Tuesday, March 30, 2010

Pancaran Padam Bumi , melilit belit-belit

di waktu ini sulit, aku melulit, menyiat segala isi kulit untuk melilit. terus menerus di sebalik fajar petang, aku berlari dan menari, perhati dan diperhati.
aku menikmati cahaya fajar pancaran padam bumi ini dalam kerinduan. aku tahu di sana, terbang seekor rama-rama malam yang sepi nya tidak berlagu kelam,
dan di sana pasti lagi, berdiri seorang bidadari sepi yang menangisi pemergian ini. sulit dan terus melilit, pancaran padam bumi ini tidak lagi sepi,
dalam mengenang si pari-pari  di sekililing bidadari, yang pasti, hati ini sulit dan terus membelit isi hati kamu sang pengulit.
aku harap kau akan terus bersama aku dalam mengulit segala isi kulit di samping nikmati fajar pancaran padam bumi di hening kesulitan segala mimpi sulit.

bidadari itu sepi, kerna aku tahu, aku tiada di sisi sang bidadari pengulit isi kulit.


AMI3703
petrol 5ringgit

Sunday, March 28, 2010

politik cinta

semalam, sewaktu kau tiada bersama, aku sedar, aku sedar, aku dalam dilemma, aku dalam ujian nya, mencari erti peperangan sebenar. aku sedar, semalam aku siapa, aku hanya mampu bersuara, mengenal perjuangan bangsa dunia, dan aku sedar, dalam tidak sedar kau sememangnya bersama aku dalam bersuara, terima kasih bunga cinta, kau sememangnya cukup untuk aku rasa bahagia, kau ada di mana-mana, kau mampu menjajahi aku, membantu aku mengharungi gelora bahtera lama, kau temani aku saat aku sepi terkenang kan si dia, puteri perigi mati. kenapa masih ada unsur yang sama? kawan tiada beza, kongsi minat yang sama, dan pasti ia bukanlah kesalahan si dia kerna memilih dan memenangi hati si dia. walaupun si dia mempunyai unsur si dia, cinta lama yang telah lama mati. sakit untuk aku lihat air muka dia, kerana aku sering terbayang gigi besi nya, dia, cinta dunia gila yang hanya menjadi sejarah silam yang tenggelam berikutan karam di tengah kelam malam. argh. hantu , cukup dengan itu, aku mahu bebas dari belenggu hantu itu, aku ingin melupakan kesakitan yang telah aku beri, maafkan aku jika sekali lagi aku berbuat begini, ini cakaran aku kerna tidak mampu menahan beban kusut kepala yang melanda jiwa sengsara. padan muka, itu yang aku rasa. padan muka, rasa sangat cilaka apabila terkenangkan sejarah lama. padan muka. akan tetapi, itulah kebesaran ilahi, walaupun aku tidak bersama si dia, tetapi aku masih di beri peluang oleh Sang Berkuasa Bumi memberi aku secebis kasih cinta dari kisah lama. apa yang ada sekarang adalah segala pemberian nya, dan turut serta, jutaan terima kasih buat si cinta yang hadir merawat luka, yang hadir dan terus memberi makna.

aku sayang kau alien. rindu cioman di mata ;p

~roots nite waktu earth hour!!

AMI3703

Wednesday, March 24, 2010

jom clubbing? " majulah minda anak muda"

clubbing? seperti anda semua tahu, clubbing maybe dimaksud kan dengan kelab malam. kelab malam bukan lah mudah sangat seperti bayangan anda, kelab malam atau lebih tipikal nya, disco. bagi aku, tak salam klo aku na pergi clubbing, suka hati aku lah, aku tahu club apa yang aku masuk, club99 ke, ape ke, kelab anak muda positive minda ke, kelab cegah jenayah ke, kelab pelangcongan sekolah ke, sukat hati aku lah. aku punya hak memilinh. aku bukan apa, aku nak kitaperlu tahu, jangan menilai sesuatu dengan mudah, bahkan nanti, kau sendiri akan terasa kebodohan kau sendiri. nikmatilah kebodohon diri sendiri setelah lama pergi dengan keputusan sendiri. ( sepi dan basi ). aku cuba untuk jadi anak muda yang sihat minda, aku tidak mahu ketinggalan dan aku perlu ada jalan. ayuh lah semua, majukan lah minda anda, bangkit lah. tak perlu untuk anda meng'grind'kan pemikiran anda di atas satu landasan sahaja, kita di beri ruang untuk berada di atas mana-mana landasan sekiranya landasan itu adalah landasan kebenaran.

"kebenaran itu sangat menyakitkan", kata warisan freemasonic

" rasai dan nikmatilah indah hidup ini, jangan biar kan sepi menyelubungi"




~ untuk nota cinta, terima lah kasih ku ini, ( terima kasih punya penerangan dalam sanskrit kuno) hahahahah.
nak pergi menari dansa gembira dengan keluarga lama, ingin mencari kekuatan dalam perjuangan! huhuhu.harap si dia terus memahami apa yang di impi!

 AMI3703, ( no plat bus hijau buruk )

sepi sebuah kebebasan

dalam panas tengahari aku berjaya merungkai di mana nya rasa sunyi sepi di sebalik kebebasan hidup. sepi yang tak sepatutnya di rasa sekiranya kita berjaya mencari erti hidup ini. dalam  kebebasan kehidupan yang telah di beri oleh Sang Penguasa Bumi ini, kita bebas membuat pilihan dalam menentukan jalan kehidupan kita. akan tetapi, mereka dan kita sering kali lupa, alpa dan sering mengabaikan kebaikan dan sebalik nya pertaruhkan jiwa dengan syaitan. Sehingga kan pilihan yang kita buat itu berdiri di atas jalan yang salah. tak kisah kalau masih ada yang memancing di tepian. aku, manusia, bebas untk buat apa sahaja mengikut kemampuan aku yang telah di kurnai, " setiap itu adalah kehendak-NYA ( Sang Penguasa Bumi )." sepi yang pasti wujud dalam diri setiap individu adalah berikutan tidak lagi mensyukuri nikmat ilahi dan sering berasa bosan dalam kehidupan. aku masih ingat, aku tidak pernah sepi di sana. aku ada segala nya, aku tidak pernah rasa susah dan sepi, berikutan kuasa Maha Esa yang membantu. tidak  sepi lagi, itu yang aku rasa ketika perjalanan ini. bukan lah sepeti yang aku mahukan semua , aku dapat rasa, masih ada lagi batasan nya. jadi, sepi itu tidak sepatut nya menjadi satu masalah kehidupan. bersyukurlah!

"andai kata aku adalah 'm**y', apa yang kau buat ketika aku sebegini", suara sumbang dari tepi

malam itu, di saat aku sedang gembira lupakan cerita tentang dia, si dia mula bersuara mengenai kisah dua pencinta mati yang telah lama berkubur. dengan sedikit nilai sepi, aku berdiri di saat pagi hari, untuk cuba tidur ,
tetapi jauh di sudut hati, aku masih rindu lagi. dan terus aku bangkit dan menjadi seperti sedia kala. ah. maaf kan aku bunga padi,a ku sekali lagi melakukan ini. pasti kau sedih lagi. maafkan aku, aku tidak mampu untuk berada di bumi seorang diri. aku perlukan kau di sisi, perlukan senyuman mu di sisi, perlukan belaian mu (urut belakang) , untuk aku terus berdiri. maafkan aku sekiranya aku sibuk menugasi tugasan freemasonic di sini.

buat si kembang, x perlu  lah kau tanya lagi soalan basi itu lagi, dia sudah lama pergi!

betrayed!!

selamat pagi malaysia.
selamat siang bunga,
selamat pagi bumi,
selamat hari lagi,
selamat jumpa lagi.

tajuk hari ini yang bakal di bahaskan adalah dalam menjaga serta mengawal kemarahan,
aku bukan lah seorang manusia perfect, tetapi aku cuba bersuara dalam diam, aku cuba tak nak marah kau, tapi bila kau marah dan tak dapat kawal perasaan kau, kau nak lepas dekat aku pulak, kau siapa nak marah aku, sedang kan mak bapak aku pon tak marah aku. memang aku terasa.

you betrayed the hospiltality!!!!


tribute to girls that  hanging over their ass in front of others, a message fi you darling!
"girls who had fucked up the day."

Saturday, March 20, 2010

supposed?

we were supposed to be together,
we were supposed to be together,
and we knew what we supposed to do,
we knew what we supposed to eat,
we knew what we supposed to beat,
we knew what we supposed to be with.
we supposed to end up our life together,
we supposed buy our wedding ring together,
we supposed to built our love together,
we supposed to grow our child together.
we supposed to be together.
we supposed to be..
supposed to be..
shall we suppose to end up like this?
shall we suppose to be separate like this?
shall we suppose to be far like this?

supposed?
think what we supposed to do.
no matter what you think, no matter what prove it,
this is the story of all descent man,
where you fall yourself,
where you lose your mind,
no matter what you dream,
no matter what talk,
now you talk to lose,
now you talk to greed,
now show dick?
now show your right
where you fall yourself,

where you lose your mind,
this is the story of all descent man,
and i don' care!

tribute to supposed by lucky munky!
ska-punk mood!
yeah.

tangisan sang puteri

masih aku ingat, masih segar dalam kepala aku, di mana aku , dia dan rakyat jelata, bergerak , nikmati pancaran bunga api di atas kepala di taman tasik. ( x perlu sebut tasik mana ). malam itu, saat dia di samping dia, aku lena dalam keriuhan malam menyaksikan tangisan manja sang puteri berikutan percikan bunga api itu. sakit bukan?

dalam keramaian, aku seperti sedia kala, berjalan menghirup udara hanya dengan memerhati dan cuba memberi tiupan cinta buat si dia, sang puteri. akan tetapi, saat itu, dia hadir dan melemparkan aku dengan kata caci makian. aku sendiri tidak mengerti mengapa itu dan ini, mengapa penulisan ini terjadi. jujur aku kata, aku rindu senyuman nya.saat kita bercanda, sempena hari jadi dia dan dia yang ke-18. pelbagai keperihan yang aku lalui saat itu. itu adalah untuk menunjukkan pengorbanan yang aku lakukan. aku rela sakit daripada melihat kau sakit. akan tetapi, sakit itu tidak pernah di ubati oleh mu, sang puterti yang lagak nya seperti puteri maharaja, sedangkan dia hanya puteri raja tomyam nusantara yang terkenal nama nya di pesada sebuah jajahan tanah air. bagi aku, dia hanya perlu aku ketika dia luka, ketika dia hiba, ketika dia berduka lara, akan tetapi, dia mengabaikan aku demi sebuah harga , harta dan benda. itu kata kau sebagai cinta? bila kau bahagia di sana, kau lupa.

maafkan aku sekira nya sekali lagi aku tanya, kau SIAPA. cilaka

Thursday, March 18, 2010

~Mentari, saat nikmati cahaya matahari pagi ~

aku, aku bebas di sini.
menikmati matahari, keindahan alam ini,
ini bukan tempat hukuman, ini tempat untuk bebas berdiri,
manusia hari ini kian membangun kan pencakar langit,
hinggakan sukar untuk kita nikmati pancaran padam bumi.
matahari, satu destinasi pasti, mentari?
satu jalan sepi yang yang setia jaya nya menangisi kehilangan keindahan bumi,
tidak kah kau sedari, ini semua terjadi di sebabkan pilihan sendiri,
mentari, sinar pancaran indah alam,
yang bisa memberi sinar buat pencinta mati,
pencinta itu tidak pernah layu, pencinta itu terang sekali,
pencinta itu, pencinta cinta abadi.
mungkin hari ini adalah mentari akhir, tapi pasti,
kau, aku, dan dia bakal melihat nya lagi selepas mati.
destinasi mentari pasti, mentari pagi ini tidak sepi.
terima kasih bunga padi!

Tuesday, March 16, 2010

eraksi gaya manusia, di situ

di situ, kau dan aku tersipu malu.
di situ, kau dan aku jadi haru biru,
di situ, beza kau dan aku,
di situ, jurang percaturan kau atau aku,
di situ, kau merah aku biru,
di situ, hidup kau atau aku,
di situ, muncul pentadbiran baru,
di situ, pertengkaran kau dan aku,
di situ, kenaikan bintang baru,
di situ, suara jeritan pengacara itu,
di situ, kita juga bertemu,
di situ, kita pecah jadi seribu.
di situ, tv plasma baru,
di situ, kita tonton permainan itu.
di situ, kau dan aku.
di situ, kita bersatu.
di situ, kita bersuara dalam rindu,
di situ, kau duduk lihat aku,
di situ, aku perhati kamu,
di situ...


tv plasma baru!

semua pecinta!

semua? apa erti semua?
semua adalah segala, semua adalah semua.
bukan kata kau sorang saja.
hahahaha.
gila.
suka hati aku nak kata apa.
kau sendiri kata aku gila,
kau sendiri yang hina.
kau lupa perkataan semua.
yang hanya untuk kau, dalam kurungan sahaja.
ini cerita untuk semua pecinta.
fahami erti nya, kerna ia kuasa maha esa!

nota buat si celaka ( sang pembaca )

celaka, rasa sangat murka.
durjana, hilang eraksi muka,
pedih, rasa seperti binasa,
hampa, perasaan sangat kecewa,
sememangnya rasa loya bila di hina.
hina, suka benar mengata,
ini nota untuk si celaka,
celaka yang membaca.
celaka yang muka nya murka,
terasa pedih dan binasa,
kecewa penuh hampa,
hina benar bila loya,
celaka. celaka. celaka.

itu kata mereka., celaka.
buat si pembaca, kau bukan celaka,
celaka adalah si celaka.


(padan muka)

Monday, March 15, 2010

kenapa kau dan kenapa aku mesti ikot cakap kau?

ni adalah untuk menunaikan kata-kata aku, dan ini aku tulis untuk kau, kau tahu kau siapa.
kenapa ea? kenapa ea? kenapa ea?
masih lagi aku dengar suara sedih kau, kau masih lagi kata kau sedih sebab tidak cukup bahagia.
apa yang kau na lagi? apa yang kau tidak dapat lagi?

ok, aku tahu , aku bukan insan sempurna, sejak kau kenal aku lagi, aku seorang yang hipokrit. tipu diri sendiri, dan aku tak pernah jadi apa yang aku na jadi, sebab kecik-kecik dulu aku nak jadi doktor, tapi aku terpaksa tukar cabang hidup aku kearah cabang yang baru, tetapi aku masih boleh jadi doktor, doktor kasih sayang!
yea, aku tahu kau marah, aku tahu , jauh di sudut hati kau, aku masih lagi buat kau sedih.
dengan perangai aku yang macam ni. suka kongsi kasih sayang dan rasa gembira aku dengan manusia lain.
kau, hanya tahu, kasih dan sayang aku hanya untuk kau, kau.
apa yang aku perlu buat, taat , setia dan buat kau gembira sentiasa. peh.
kau ingat aku apa? robot bertopeng kan manusia? kau na buat aku jadi macam apa?
terus menerus aku perlu jaga hati kau, dan biar hati aku terasa?
yang kau tahu, aku perlu jaga hati kau, ambik berat pasal kau, manjakan kau, kena tulis dan buat semua benda untuk kau, ye, kali ni aku tulis untuk kau.

maaf ye, aku dah penat dengan hidup aku yang penuh hipokrasi tanpa demokrasi birokrasi. hahaha.
aku terpaksa buat semua untuk kau kan, sebab apa, sebab kau nak aku buktikan aku sayang kau, andai kata kalau aku tak buat, aku tak sayang kau la? celaka. aku hilang satu cinta, cinta gila, sebab kau.
kenapa kau masih tak terima aku seadanya? apa yang aku nak, aku nak kongsi aku punya bahagia dengan sesiapa sahaja. tapi kau, nak aku tabur semua atas muka kau sahaja.
kenapa? aku bukan nak jadi mulia atau apa, aku hanya nak bebas jadi apa yang aku nak. aku nak bebas buat apa yang aku nak buat, tapi kenapa kadang-kala aku tak boleh buat apa yang aku nak buat? sebab aku kena buat kau gembira. aku sahaja yang kena buat kau gembira? aku sahaja?
aku tahu aku banyak buat salah, tapi kenapa kau seolah tak percaya apa yang aku kata, cinta.
kenapa susah kau nak beri aku sokongan dan aku terpaksa mintak maaf ?
aku nak buat apa yang aku nak buat. dah la aku tak dapat jadi apa yang aku nak jadi, ni kan pula aku terpaksa elak benda yang aku nak buat semata-mata nak pastikan kau gembira.
kau tahu apa? kau paham apa? kau betul-betul kenal ke aku macam mana?
aku pernah kata, aku sayang kau, dan aku hanya mahu kau, tapi kau? hari-hari mintak aku cakap semua itu, hari-hari nak aku buat kau bahagia, tapi apa yang kau kata, kau tak cukup bahagia.
kenapa kau susah nak percaya? kau nak apa lagi? hampir separuh hidup aku, hanya untuk kau walaupun aku dengan kau masih baru lagi bersama. aku tahu kau banyak berkorban untuk aku, aku tahu, banyak benda kau kau kongsi dan bagi aku. aku tahu semua tu, dan sebab itu aku syang dan cinta kau. tapi kau, masih lagi mahukan kesempurnaan, segala yang indah dan tanpa duka. celaka.
aku , seumur hidup aku, aku memang kurang kasih sayang. sedangkan orang yang terdekat dengan aku pin tak tahu apa yang aku rasa, oh celaka, aku susah nak rasa gembira. percaya tak andai aku kata, selama ini, aku pura-pura gembira? banyak benda yang buat aku kusut kepala. banyak sangat masalah dunia.

mula-mula, kau cakap kau akan terima aku seadanya, kau akan cuba jadi yang terbaik, yea, memang terbaik, aku yang kena layan karenah kau, aku yang kena layan kau, aku yang kena ubah semua benda. kau tahu apa? ye, memang aku jahat, kongsi sayang aku dengan ramai manusia, tapi aku dah cakap kan, aku tahu siapa sebenar nya cinta. tapi kau susah nak terima. kasih masih nak bukti depan mata, materialistik celaka.
penat dah aku layan karenah perempuan, penat. semua serba tak kena. aku tak dapat buat apa yang aku nak buat. aku terpaksa ikot apa yang kau nak aku buat. bukan kata aku tak gembira, cuma aku rasa diri aku celaka. buat semua benda tak kena. nak tulis pon untuk kau. peh. aku nak jadi seorang yang bebas, menulis secara bebas, berfikir secar bebas. dah la aku tak dapat belajar secar bebas, aku tak dapat hidup bebas.

maaf cinta, ini hanya cakaran untuk hilangkan getaran kemarahan. aku tahu kau tahu aku sayang kau.
aku tetap sayang kau cinta.

Sunday, March 14, 2010

Rama-rama Malam


 
malam kian berlalu, aku tetap di situ begitu,
waktu terus berlalu, tinggalkan aku begitu di situ,
ruang paru-paru kian biru, saat aku masih begitu.
kehilangan satu warna biru, perit untuk aku terima itu..

dalam sayup-sayup malam, aku masih fikir akan senyum mu.
di balik cahaya malam kelam, aku masih menanti akan hadir mu.
aku tahu, aku tahu, dan aku tahu,
sukar bagi mu untuk memilih jalan itu.
sukar untuk mu mencari jalan pulang itu.
tapi , kau lupa, aku masih di situ, begitu!

hadiah buat si dia, rama-rama malam yang terbang menghiasi malam,

aku terus yakin, kau tetap cinta aku, kau tetap milik aku.
biar pun beribu batu perjalanan mu, biar berjuta batu perjalanan mu,
aku tahu, aku tahu dan aku tahu,
kau masih rindu aku, kau masih perlu aku.

dalam sayup malam yang kelam itu, 
kau terus pergi, meneruskan langkah mu itu,
kau tinggalkan aku, aku telanjang aku di situ,
namun aku terus begitu, di situ.

aku tahu kau tahu, dan aku tahu,
pasti kau akan pulang ke pangkuan ku,
kerna kau tidak bisa biar kan aku di situ begitu!

rama-rama malam, terbang menghiasi langit malam.
dengan suara alam, aku bermalam menanti kau di saat kelam.
aku tahu kau tahu, rama-rama malam.


bila kau rindu, hayati lah suara alam di waktu malam, dan katakanlah pada bulan, bahawa kau rindu. aku, aku akan terus di situ, bersama rama-rama malam, nikmati cahaya bulan itu. kerna aku tahu, kau juga rindu aku.

rama-rama malam,aku rindu akan senyum mu
=)


Friday, March 12, 2010

DARKSKY ENTERPRISE adalah nazi sympathy???!!!



Current mood:  accomplished
Category: Religion and Philosophy
PEMAHAMAN..IDEALOGY..KONSEP..PEMIKIRAN..
assalamualaikum dan salam sejahtera kepada hadirin dan para pembaca sekalian...
sebelum tu, kami ingin memohon maaf jika ada yang terasa dan kami memang ingin sangat buat orang yang bodoh sombong lagi bongkak ini terasa..

DARKSKY ENTERPRISE adalah nazi sympathy???!!!
apa ke bodoh nya korang ni??darksky enterprise ni "LABEL" la ngok!!
DARKSKY ENTERPRISE ni terang-terang satu label bebas atau dalam bahasa inggerisnya "independant label"..tak percaya, sila check kat profile..disini, kami menerima segala jenis seni muzik dan segala bentuk seni yang dihasilkan..kami tidak la plak menekankan fahaman-fahaman tertentu dalam label ini bagi tidak meng'diskriminasi'kan individu mahupun kumpulan tertentu itu..dah nama darksky ni satu label bebas..kalau kami ni label nazi atau label nazi sympathy, ahahahaha..kitaorang tak pakai la nama "DARKSKY ENTERPRISE"..baik kitaorang isi nama label ni "nazi enterprise" atau "neo-nazi enterprise" atau nama coverline sket "melayu sahaja enterprise"..ahahaha..itula, aku kata korang ni bodoh, bangga!!kata cerdik plak, marah..mcm mana tu??..ahahahah
kawan-kawan, rakan-rakan, teman-teman..
apa yang korang faham pasal nazy sympathy??ahahaha..adakah disebabkan kerana ada diantara kita yang berkawan dengan para nationalist atau para neo-nazi??macam tu ke??ahahaha..korang ni bodoh ke apa??kalau korang ni peace sangat..tolong faham konsep HUMAN RIGHT!!!..dah nama atas dasar kemanusiaan, tak boleh membezakan..dyeorang ni pown MANUSIA..yang mungkin kurang pada mereka sebab mereka membawa fahaman racist dan nationalist..lagi satu..NAZI itu sendiri adalah satu system politik..mcm mana korang nak tolak satu system yang telah wujud..BERBINCANGLAH!!..ini tak..nampak je silap seseorang..terus serang..terus nilai..terus menghukum..korang ni sapa..MANUSIA JUGAK!!..ke korang ni TUHAN
???..setahu aku..hanya tuhan je yang boleh menghukum dan menilai sesuatu itu..tak tahu la plak korang ni pown tuhan..tuhan dari dunia mana??TUHAN DUNIA MYSPACE KE??ahahahaha..korang kena tahu dan faham, walaupun apa yang tersurat itu jelas, kadang-kadang apa yang tersirat disebaliknya belum tentu sama!!!

oklah, kita berbincang..jika golongan gay n lesbian kita hormati dan beri mereka peluang untuk meneruskan hidup dalam komuniti masyarakat..dengan alasan kononnya, HUMAN RIGHT!!..mereka ni pown manusia jugak..pastu, jika mereka ini telah wujud dalam keluarga, bloodline atau kenal dari kecik..takkan nak buang mereka..ahahahah..kalau macam tu, korang terima..takde plak nak menentang..tapi, macam mana dengan golongan yang membawa fahaman nazi atau berkawan dengan pihak neo-nazi ni??kalau ada diantara mereka yang wujud dalam keluarga..atau kenal dari kecik..mcm mana??..lagi satu, dyeorang ni bukan manusia ke??dyeorang ni binatang ke??..binatang pown korang pertahankan atas dasar ANIMAL RIGHT!!..apa korang tak respect perjuangan sendiri??kemana DASAR KEMANUSIAAN korang??!!ini dah ludah atas muka sendiri ar..korang cakap korang PEACE..HUMAN RIGHT..perjuangkan HAK ke-SAMARATA-an..KOMUNISME..tapi..kemana hilangnya asas perjuangan tu??kemana konsep yang dibawa??..

kawan-kawan..rakan-rakan..teman-teman..kita semua ada AKAL..boleh berfikir dengan waras tanpa menetapkan sesuatu pada idea sendiri sahaja..apa salahnya berbincang!!..Jika kita ini "AMAN"..sepatutnya kita hindari 'WAR'..patutnya kita menolak ''perang"!!!..dengan cara apa kita menolak peperangan??..dengan cara BERBINCANG!!..BERKONGSI PENDAPAT!!..dengan itu, barulah kita kan lebih memahami diri dan cuba untuk bertoleransi..apa yang dilihat sekarang..sifat EGO..BONGKAK..SOMBONG ada dalam diri!!..sifat-sifat hina itu menguasai diri masing-masing!!!kenapa??mengapa??sudah tiada lagi relevan akal??sudah tiada lagi sifat toleransi??kemana liberalisasi dan demokrasi yang diperjuangkan selama ini???adakah disebabkan korang 'hebat' sangat, maka korang jadi 'hidung tinggi'??ahahaha..maaflah kawan2..aku menaip disini adalah atas dasar "KEMANUSIAAN"!!..maka, minta dijauhkan diri aku ini dari sifat bongkak dan sombong!!

kawan-kawan..rakan-rakan..teman-teman sekalian..
jika lahir pada diri dan hati kalian untuk membasmi racism..homophobic..nazi'sm..apa-apa je la..dengan tindakan kalian yang macam ni..aku rasa bukan begitu caranya!!..korang dengan suka hati memboikot..menentang..menghina..mengeji..mencaci..menghukum tanpa pasti..dan terus menjauhi..apa yang korang buat ni??!!kalau macam tu cara kalian..pergi mati ar!!PERGI BUAT NEGARA SENDIRI YANG SEMUA ORANG SAMA DENGAN KALIAN!!..sepatutnya, kalau betul ingin membasmi semua ini..kenali mereka..dekati mereka..berkongsi idea dengan mereka..bertanya mengapa..terapkan entiti dan intipati konsep kepada mereka..barulah "PEACE"..BARULAH BETUL KONSEP "AMAN" YANG DIPEGANG SELAMA INI..ini tidak, rasa tak senang hati jika tak maki, bergaduh, berperang dengan "mereka-mereka" yang korang benci ini..ada diantara mereka ini tak ganggu pown kalian..tak kacau pown hidup korang..dah kenapa la kalian ni duk sibuk nak bergaduh dengan dyeorangnya??kalau ada yang mula, barulah bertindak!!PERTAHANKAN HAK!!maksud aku..JANGANLAH MULAKAN SESUATU YANG TAK SEPATUTNYA DILAKUKAN..KORANGKAN "PEACE"!!FIKIRLAH..ADA AKAL!!..
bagi pendapat aku..tindakan kalian kurang tepat!!!aku tak kata SALAH!!tak tahu la kalau lepas ni ada yang reka-cerita lawak lagi lepas ni kata aku menentang idea sayap kiri ni..ahahaha..cuma, ada sesetengah dalam idea sayap kiri ini aku tidak setuju dan tidak dapat menerima!!..

aku rasa, dah terlalu banyak yang aku sampaikan..selebihnya..fikirlah sendiri..kalau korang tak boleh fikir..takyah jadi punx la.."punx is how the way you thinx n how u try to make a better life in your movement..based on idealogy N philosophy without avoiding humanity trust n anarchisme.."
ahahaha..
SIA-SIA PERJUANGAN TANPA FAHAMI KONSEP!!
'yon' a.k.a "Mohd.Nurshafiq"

Thursday, March 11, 2010

konspirasi gunjah-8

bermulalah satu persoalan tentang persidangan agung dunia di mana lapan kepala kabinet kuasa besar dunia berkumpul dalam menyelesaikan masalah yang di kaji. masih aku ingat, di saat aku menonton wayang dengan si dia, pemerhati yang masih belum banyak mengetahui tentang pentadbiran dunia, ketika kami menonton cerita 2012. sedar tidak sedar, di dalam movie itu, ada menunjukkan persidangan kabinet lapan negara kuasa besar dunia, G8. buat para penonton lain yang masih dalam belenggu dan tidak mengetahui akan persidangan tersebut, masih lagi alpa dan tidak sedar, mereka, negara-negara tersebut telah mengawal pergerakan kita. dalam movie tersebut, kesemua kabinet dan menteri serta pembesar dapat peluang untuk menyelamatkan diri daripada bencana alam. kenapa mereka sahaja yang dapat menaiki bahtera yang telah di reka? kenapa hanya mereka? di mana kementerian negara lain? di imbas kembali, seorang geologis daripada negara India yang pada mula nya mendapat maklumat hasil kajian bawah tanah terhadap bencana itu, akan tetapi kenapa si dia yang membawa berita tidak dapat peluang untuk meneruskan kehidupan? dalam pada itu, hanya mereka yang mempunyai wang sahaja boleh menaiki bahtera. hanya kerana ada wang, mereka selamat. bagaimana pula dengan rakyat dunia yang laen? wang hanya cetakan pada kertas. di sebabkan ada nya perbezaan kasta kehidupan, ramai manusia tidak di selamatkan dan sebalik nya si pemimpin dan para pembesar di beri ruang yang besar dan kebebasan untuk hidup. aku masih ingat, aku nampak seorang tua , membawa anjing ketika menaiki bahtera, kenapa anjing itu diberi peluang kehidupan? bagaiman dengan nyawa manusia yang terkorban? konspirasi ini jelas sekali membuktikan kepentingan diri mereka sendiri. hanya yang berkuasa di dunia dapat menyelamatkan diri mereka. bagi aku, itu adalah satu berita palsu akan khabar puak mayan tentang ramalan pengakhiran zaman. kepada sesiapa yang mempercayainya, adalah satu kebodohan bagi aku. terang-terang, jikalau itu adalah bencana akhir zaman, kenapa masih ada manusia yang hidup?
itu hanya lah satu propaganda mereka untuk membuat kita terpesong. mungkin juga, mereka yang memegang amanat freemasonry itu, membuat pakatan untuk melakukan pembuunuhan besar-besaran, bagi menghapuskan penduduk dunia yang beragama. sesungguh nya mereka adalah orang yang tidak beragama dan taat kepada si media yang hanya di gembar gembur kan sebagai pembawa mesej sebenar. berwaspada lah kawan2, mereka hanya membawa propaganda. hentikanlah penindasan golongan bawahan, ini kerana peraturan dunia hanya di tetapkan oleh Allah s.w.t. bukan lah mereka, kuasa konspirasi dunia yang hanya mentadbir untuk kesenangan generasi mereka.

bangkitlah..bangkitlah..bangkitlah...

Wednesday, March 10, 2010

tauladan afro/dread dengan ceti halal





salam. hari mood aku na cerita pasal aku dgn seorang mamat afro. ( kau style kembang ).
yeah, mula nya kami jumpa dekat kampus dalam balai kewangan pihak kerajaan negara atas angin. kami para siswa swasta ini, menghadapi masalah kewangan berikutan daripada penambahan subjek. dalam diam, kami fikir akan kenapa pihak kerajaan melaksanakan penambahan subjek. sekiranya subjek itu adalah satu kepentingan dan subjek utama yang di tuntut oleh pihak kelanunan pengajian negara, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah dalam pembayaran sebab hampir dua per lima siswa kerajaan atas angin. subjek yang di tambah adalah subjek yang di ajar oleh mentor kalian. yea. studies skills. untuk apa? pergi lepak dengan mentor, pendaftaran KERTAS MERAH, belajar bagaimana nak susun kerusi dalam kelas untuk buat parti hari jadi seorang umat serta belajar bagaimana untuk berpakaian ke kelas, ( sebab pelajar tak boleh rambot panjang atau kembang) subjek apa itu? akan tetapi berikutan mempunyai masalah kewangan, pihak kerajaan negara atas angin telah membuat perubahan dalam sistem pembelajaran demi memperoleh sumber kewangan. hanya dengan subjek yang kurang jelas matlamat nya, para siswa terpaksa bermakian dan bermandi peluh bersama staff-staff balai kewangan pihak kerajaan atas angin. yeah.

maaf akak, kami memang suka bila nak buat drama ni. lo asyik ikot cakap orang atasan, sampai bila na maju. trima kasih akak staff sebab baek hati bagi KERTAS MERAH dan KAD BIRU untuk para siswa yang mempunyai masalah. dan saya paham, akak pon dh penat jumpa saya sebab setiap kali jumpa, pasti drama cerita hollywood ada.

buat si fatin (bobo), thx sebab sentiasa di sisi semasa di balai rom seri kewangan kerajaan negara atas angin dan thx sebab sudi support, tahu la kita mangse penindasan. =)

dan buat si kembang yang berperut buncit yang hobby nya perabih dwet beli rokok zionis, kau memang gempak. siap buat drama cerita hollywood lagi. mcm ni ayat dia, " akak, na dpt duit CELAH MANE? tengok ni, dlm dompet ada rm25 je lagi belanja sampai minggu depan." akak staff pula cakap, "mcm mana dengan pinjaman dari pihak mafia kewangan negara? ". kembang balas jurus silat dengan nada afro-core , " p**t* (mafia kewangan negara), dah lama x masukkan pinjaman, konon bagi pinjam. (lo tahu baek minx bapak aku byr je smua, tapi mampu lak bapak aku kan.) ". sambil belek dalam dompet dan ckp, "duit pinjaman x masuk, lepas tu kena bayar penambahan pulak. mati la mcm ni, mmg x mkn la." ( dalam hati kata, mcm ne aku na beli rokok mahal pasni, terpaksa hisap rokok balut je la.) hampir kesemua para siswa memandang kita, kau ni kembang, mmg style. sok kita gi jumpa lagi ea para penjawat kakidantangan kerajaan negara atas angin itu.

syukur alhamdulillah sebab aku x marah atau maki betol2 akak staff dan berjaya mengatasi ujian dari tuhan ini. aku tahu, ini adalah pembelajaran aku dalam kehidupan. x lupa, thx umi sbb sentiasa support, kaum keluarga yang laen, serta kawan sekelas yang telah dikelaskan bersama oleh mereka. kembang, bobo, and jihear, thx edren. cici? mane boleh tinggal, kekasih kot, thx sbb sudi jadi operator yang angkat hotline kaunter pengaduan. anda memang memahami. hee. cory taw kot2 mrh kat sy sebab x mesej, cory k, kami pergi berperang dan menuntut hak kami sebagai siswa. *syg kau la tonggek!


( gbr ni time dread dulu, lepak dan bergusti dengan pihak penghibur di pekan rompin) *gbr dgn kembang sebenar yang jadi watak cerita, x da yg menarik. ok kan kembang?

Monday, March 8, 2010

CARO LAH ( volume one )


c'mon people, lets move on. let's rawk. support our local acts!

Wednesday, March 3, 2010

Monday, March 01, 2010

band slot/list for 21st MAC 2010 (more band wanted)
Current mood: awake
Category: Music
ini adalah salah satu kerjasama kami bersama pihak Micro Music untuk memulakan tapak kami di sekitar Kuala Lumpur..y eker??ntoh..senang citer..ada slot gig untuk rakan2 di Paul's Place pada 21mac 2010 nanti..

syarat-syarat:

1- datang awal sebab kalo lambat undian nombor giliran korang pergi mati ke belakang..wuahahahaha

2- bawak instrumen sendiri sebab kitaorang tak mampu nak tanggung gitar n seberapa banyak kabel korang..stik drum tu sekali la..spectrum jugok..eh..effect sekali..bawak la amp lebih kalo guna banyak sangat gitar..

3- bawak kawan-kawan, sanak saudara, makcik pakcik mahupown pak sedara belah mana2 untuk turut serta berhibur..apa susah..adoi..

4- support semua band untuk tidak menjadi rockstar LG mahupown artisan akademi patatsial..

5- jangan nak jadi malaysian idiot idol mahupown one in a million manusia bodoh in da world sebab kitaorang tak support macam tu except kecemasan..maksudnya..tolonglah stay sampai habis gig..faham dop..

6- jaga awek memasing..nanti hilang..sebab kat situ selalu hilang awek..kalo hilang.jgn cari kitaorang..awek = gitar,instrumen,effect,barang2 dan awek betul adalah tanggungjawab sendiri.

7- kereta dan motor..dikunci betul2..check 26 kali supaya sebarang unsur jenayah tidak dapat muncul..terutamanya helmet..jaga la..kang tak boleh balik daaa..

8- kitaorang cuma dapat sediakan tapak untuk gig..kalo nak payment..tunggu kitaorang jadi jutawan..kebanyakkan gig anjuran kami adalah gig KAWAN-KAWAN..harap maklum!!!

9- dilarang membawa sebarang unsur jenayah dan idea otak manusia..biarlah idealogi disimpan..ini sekadar gig biasa.."frenxship come first before idealogy, not frenxship as a frenxshit"..jadi..takyah la nak ada boikot memboikot..bodoh sangat!!malaysia ni kecik jer..

10- last but not least, gig anjuran kami adalah gig kecik..tak sehebat sure heboh mahupown fiesta media idola..jadi..disitulah kami memerlukan kawan-kawan untuk support..bukannye untuk memboikot..inilah tempat untuk band-band perform..tak kiralah baru ke lama..tak kisah genre..kita semua sama saja..kita semua tiada beza..o yeah..o yeah..kita tiada beza..



*wat masa ni..rakan-rakan yang telah bersetuju untuk turut sama menjayakan event ini adalah seperti berikut :

a- Ajal (kematian hitam besi)

b- P.K.G (komedi punk rock)

c- mediomad (ska rojak budu)

d- ouija board (death metal ganas)

e- tragic of hermia (screamo jerit-jerit)

f- diseksa (trash punk ketuk laju)

g- black days (anime besi batu)

h- kraut killer (kematian besi-besi)

i-

j-

k-

l-

Tuesday, March 2, 2010

jeans rabak di pinggang!

cerita sepi si dia, aku lihat masih ada anak sungai mengalir di hujung sana, sepi, sedih dan terus menangis. aku nampak dan aku pasti, dia perlukan secebis kasih dari alam dan makhluk alam. sedih si dia apabila di tinggalkan oleh si karim yang inginkan kebebasan, dan bagi aku, itu bkn satu kesalahan. dalam aku diam dan memerhati, aku nampak akan punca gembira itu masih ada. luahan si dia, buat si salmah terus ketawa smbil memegang tali pusat nya. dia lagi bisa menceriakan mereka. aku hanya perhati dan mengumpul segala yang ada di udara untuk dijadikan satu berita. salmah, karim, daud dan isabella, nama yang tiada kena mengena dgn kau semua. dalam keriuhan suasana, aku masih lagi mencari sinar si bulan di sebalik pohon-pohon kedauanan yang melingkar di atas kepala yang menutupi ku dari melihat awan. dalam keramaian itu, aku masih seperti biasa, balut tembakau wangi, aku tahu kau suka akan bau tembakau wangi itu, dan aku terus begitu. aku hanya di sini, membantu si salmah agar gembira serta si daud dan karim bahagia. isabella pula bagaimana? dia hanya seekor kucing hitam yg terbaring kepenatan setelah seharian menjadi pelarian daripada pihak jabatan haiwan. akhir sekali, aku sekali lagi pergi dari mereka, setelah tugas si daud selesai, kami pulang sambil bulan di atas kepala. -tamat cerita salmah, karim, daud dan isabella-