Monday, August 29, 2011

sunyi raya, airmata.

sepuluh tahun dahulu, kau dan aku adalah 'hero' sejagat di kampung raya kita, kita jadi kita.

maafkan aku, aku tidak mampu melangkah melihat pusara-pusara sepi disitu,
aku kaget, bila masih rindu zaman kegemilangan kita dulu,
di alur sungai, di bentangan padi, dan di jalan menuju bukit cinta,
di ketika satu suasana dulu-dulu, tempat kita jadi permata buat semua.

kini, sepi..
yang ada, tangisan ibu-ibu, air mata cinta menangisi pemergian mu,
masih terasa hingga ke benak kalbu, dalam sedalamnya,
selepas tiada lagi kita.

sesaat baru ku sedari, yang sebenarnya tuhan satukan kita pada satu bentuk kehidupan yang abadi,
pada satu cahaya yang ditiup kekitaan.
sekarang, tiada lagi kau dan aku, yang ada hanya 'AKU'.

di pagi mulia, digulungkan sebicara doa buat saudara-saudara di syurga semua, semoga senantiasa berbahagia di arasyNYA.

sepuluh tahun kini, ada penganti sejarah kita, adik-adik kecil seperti kekitaan meriuhkan keadaan. meriuhkan suasana manisnya dunia.

akhirnya, kita mulai faham akan apa itu kenikmatan,
ada yang datang , ada yang pergi, ada yang hilang dan akan berganti.

cinta, cinta itu tetap ada kan?

*al-fatihah buat che abdullah , harith munzir, dan 'hero-hero kemerdekaan tanah manusia'.

egois, pesimis, dan dendam


masih, ada yang kurang disenangi antara sesama insan.
harta, kereta apa dipandu, belajarnya apa?
pangkat kerjanya? taraf kependudukan?

penilaian kehidupan hari ini, digarisi oleh skema keduniaan.
yang nampak pada mata, bukan yang zahir pada hakikat tuhan.
pangkat, harta, kedudukan,
masing-masing egois, mahu memperagakan akan 'siapa sesiapa'.
akan apa ada apa pada apa-apa.
itulah dinamakan duniawi.

raya, pagi raya, selamat hari raya,
ada antara kita masih berduka senyum bersengketa,
didendami sesama berpuncakan sepercik api dari syurga.
dibenci, dikasari, dikejami. pesimis.

keinsanan?
mereka berkata, "dah pakai seluar pendek, kusut, serabai".
lagi tambahnya , "mana nak datang 'iman' andai sebegitu rupa".
satu perlu ditambah, keimanan tiada bertambah andai kekurangan sebuah nilai keinsanan.
dan aku akan terus jadi aku. "anl an'am"

maaf andai ada yang terluka, terasa dikasari oleh peperangan,
ini cuma satu karangan eidulfitri yang dipersembahkan untuk 'dunia'.

salam dunia buat semua manusia.


*playlist ; mediomad - 30days without satan , mat sabu - communist as hero, nirvana - lake of fire ,
joe pv - manisnya dunia, beyond decay - ballad of a coming revolution , p.ramlee - dendang perantau , chapswagon - fix you (coldplay cover) , mediomad - dark protest , didging tribe feat dj novtech - experimentasi, bob marley - war , dr.sam dan musafir - oleh-oleh di kota raya, keane - everybody's changing.


yang benar ,

a.p.i (kembali)

Sunday, August 28, 2011

selamat pagi cinta

ye, rindu kan?
sabar ya..
tunggu kepulangan masa untuk kita terus bernafas di udara yang sama.

-bashijauburuk dalam peperangan.

siti, don't give up

siti, kau ada kekuatan, kau ada kau dalam kau,



*tribute untuk siti dan adik2.. ;)

perlis's attack

communist attack,

kami komunis, kami perjuang kemerdekaan.
hang pa tahu apa itu komunis?
hang pa paham perjuangan komunis?

baca akhbar, kerajaan label komunis jahat,
buku teks sejarah habaq mai, komunis ini pembelot bangsa.
sebab bintang 3 gabung semua melayu-india-cina.
pembelot BANGSA?

oh..lupa, melayu raya,
melayu merdeka sebab british?
patutnya, melayu merdeka sebab melayu.
bukan sebab british..

maaf sekiranya aku racist sebentar.
aku hanya seorang komunis...


yang benar,
A.P.I. second wave.


Wednesday, August 24, 2011

postomen vs alien.

dear existentialism ,

selamat hari mintak maaf,
masa diam itu, ada tak kau dengar bunyi air mengalir tak berhenti?
punca air, air mata,

kau masih mahukan dunia, kau tidak pernah tinggalkan dunia, untuk mati sebelum mati.
kau patut menari atas sungai, bukan tangisi kekurangan dunia.

pernah terasa indah seketika mabuk di persisan sungai,
riang-riang bicara kita seketika sejenak kedalam ,
sambil nikmati permandangan si pemabuk dunia.

diam itu ada sebab, diam itu ada nikmatnya,
usah biar ada bunga, biar saja damar itu jadi madu.

sekarang, diam itu berbaloi, jangan nanti bila kau teringat, kau tersenyum sendirian dalam kebebalan,

-yang benar ,
silent projekt,


*soundtrack ; the flute.


poskad raya legalisasi

khabar gembira dari seminar legalisasi yogja dahulu terbangkit semula bila rangkaian kata mula menjejak ke sana. 

di sana, liberal, di sana 'sudah menyelam'...

argh.. jangan kau lupa, kisah dahulu kala, wali-wali semua, semua sedut oksigen yang sama.

selamat menjamu kopi malaysia wahai rakan2 legalisasi di sana.

*diam dan sukar untuk berbicara. lalu itu aku.

Tuesday, August 23, 2011

keroncong dan bambu katarsis

berkeroncong di pagi hari, dingin sunyinya menyusuk ke tulang, berduyung-duyung datang ombak ceria dalam perjalanan, amin.

ke lantai, bersentuhan, dan 'mosh' sampai ke petang, di situlah tempat 'kita' terus berlari telanjang menuju tuhan.

lihat jarum jam, bangkit jangan terus termanggu dalam 'jamil'nya dunia. hentakkan kaki pasak dan tanam dalam ke bumi, biarkan yang semalam pergi. biar mereka kata kita leka, biarkan cacian mereka, biarkan.

jom terus berlari menari dalam mimpi.

-bashijauburuk, peta dunia, damar asmara, berserta segulung carta penari lama-lama.

Monday, August 22, 2011

one drop perfume




*tutup mata, sila dengar lagu cinta.. jom busking nanti.. ;)

Sunday, August 21, 2011

cari pasal 2.69

1. 
 

2.


*isu di merata-rata.. isu di seluruh negara.. *ayuh redah lautan merah

exodus

Fenomena Laut Terbelah

 


Keajaiban di Pulau Jindo bentuk laluan sementara 2.8 kilometer selama sejam


APA saja yang disebut sebagai keajaiban memang tidak pernah gagal menarik perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila kisah di sebaliknya sukar dijelaskan. Malah, banyak sebenarnya fenomena menakjubkan berlaku di dunia ini yang kurang diketahui ramai biarpun berlaku hampir saban tahun. Salah satu fenomena yang tidak kurang menariknya adalah kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo. Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter. Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang ‘membelah laut’ bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.

Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.

Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo. Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.

Acara itu juga membolehkan pelancong menikmati pelbagai pengalaman di laut dan menyaksikan pemandangan unik serta budaya Jindo. Pesta itu diserikan dengan lagu rakyat Jindo dan tarian khas Korea, Ganggangsullae, turut dipersembahkan. Tarikan lain sepanjang pesta itu termasuk pertunjukan bunga api, pertunjukan laser, persembahan muzik tradisional serta permainan dram.

Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.

Malah, siapa yang mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.

“Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul,” kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun yang dipetik media tempatan, baru-baru ini.

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.

Namun, seperti juga banyak kejadian aneh lain, ada kisah atau kepercayaan rakyat tempatan di sebalik fenomena itu. Ia dikaitkan dengan sebuah kampung di Jindo yang diserang harimau yang menyebabkan penduduk berlari ke pulau Modo untuk berlindung. Malangnya, seorang wanita tua, Pong, yang tidak berdaya tertinggal. Dalam keadaan serba tersedak dia memohon bantuan Dewa Laut, yang kemudian memisahkan laut dan membantu wanita malang itu lari daripada haiwan liar berkenaan.

Apabila laut itu terbelah, ramai penduduk yang berlari ke Modo, memainkan gong dalam usaha mereka mencari wanita berkenaan. Dia, bagaimanapun meninggal dunia tetapi sebelum mati, wanita berkenaan sempat membisikkan: “Doaku dimakbulkan. Laluan laut terbuka dan aku dapat melihat kamu semua. Kini, harapanku sudah terlaksana. Aku boleh meninggal dengan tenang.”

Nama asal daerah itu, Hodong, kemudian ditukar kepada Hoedong, bermakna ‘Kampung Orang yang Kembali’, bagi mengingati kisah Pong.

Selain di Korea, kejadian itu turut dipopularkan di Jepun, selepas penyanyi wanitanya, Dendo Yomishi, menghasilkan lagu fenomena Jindo itu pada 1996.


Kisah Nabi Musa belah samudera (exodus)

Fenomena laut terbelah dua bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku pada zaman Nabi Musa yang ketika membawa pengikutnya yang taat kepada Allah melarikan diri daripada kekejaman Firaun, pemerintah Mesir.

Namun begitu, besar perbezaan dengan apa yang berlaku di Korea Selatan kerana perkataan terbelah dan membelah itu sendiri membawa makna berlainan. Kejadian laut terbelah di Korea Selatan berpunca daripada faktor saintifik sedangkan keupayaan Nabi Musa membelah Laut Merah pada tanggal 10 Muharam dengan tongkatnya adalah disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda.


Kekejaman Firaun yang mengaku dirinya Tuhan sudah sampai di kemuncak, menyebabkan Nabi Musa membawa pengikutnya lari untuk mengelak daripada diseksa. Pelarian membawa mereka ke tepi Laut Merah. Sekali pandang, Nabi Musa dan pengikut baginda bakal menjadi habuan kebuasan Firaun kerana terperangkap - di depan laut dan di belakang pula tentera Firaun semakin mendekati.

Namun Allah SWT mempunyai perancangan tersendiri untuk menyelamatkan Rasul serta makhluk-Nya yang beriman. Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkat baginda, yang sebelum itu berjaya membuatkan ahli sihir Firaun ketakutan selepas menjelma menjadi ular besar menelan semua ular yang dijelmakan ahli sihir berkenaan, ke laut.

Dengan izin-Nya, Laut Merah itu terbelah dua, menyediakan laluan untuk Nabi Musa dan pengikut baginda menyeberang dengan selamat.

Firaun dan bala tenteranya yang ghairah mahu membunuh Nabi Musa dan pengikut baginda akhirnya masuk ke dalam perangkap maut apabila laut kembali bersatu sebaik mereka berada di tengah-tengah dan selepas Nabi Musa dan pengikut baginda sudah selamat tiba di tebing.

Bukti kejadian itu diungkap oleh seorang pakar arkeologi, Ron Wyatt, yang mendakwa menemui beberapa roda kenderaan perang purba di dasar Laut Merah. Katanya, ia mungkin sebahagian sisa kenderaan perang tentera Firaun yang tenggelam ketika mengejar Nabi Musa.

Katanya, selain roda kenderaan perang berkuda, Wyatt bersama pasukannya turut menemui tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan itu mengukuhkan dakwaan ia adalah sisa tulang tentera Firaun apatah lagi hasil kajian yang dilakukan di Universiti Stockholm ke atas tulang berkenaan mengesahkan ia berusia sekitar 3,500 tahun, sama waktu kejadian Nabi Musa membelah Laut Merah berlaku.

Apapun, kedua-dua kejadian itu berlaku atas kehendak Allah SWT yang cuma mengarahkan laut terbelah mengikut jadual, dan itulah yang akan terjadi.
 

 INFO: Laut terbelah Jindo

  • Berlaku dua kali setahun iaitu sama ada Mac atau Mei serta Julai.



  • Secara saintifik, kejadian itu disebabkan penurunan mendadak paras air laut akibat pertembungan air pasang dan surut secara serentak.



  • Ia juga disebabkan tarikan graviti antara bulan dan matahari.



  • Fenomena itu berlaku selama sejam dan mendedahkan sebahagian dasar lautannya yang membentuk laluan menghubungkan daratan Jindo dan pulau sekitarnya.



  • Menjadi antara acara tarikan utama pelancong ke Korea Selatan, setiap tahun. 



  • sumber: http://akukertasputih.blogspot.com/2010/09/fenomena-laut-terbelah-terbelah-dan.html




    *dari sudut mari mengenal.. ;)

    Thursday, August 18, 2011

    goodbye my friend.

    suka, seronok, indah..
    entah kenapa, makin hari aku makin gembira.

    tambahan, bila terlihat, rangkaian manusia mula menjejakkan kaki ke dalam bahtera.

    tapi aku masih di atas sebuah gunung, masih membelakangi bahtera.
    sekarang, aku mahu bilang, kita ada kita dalam kita.

    *usah khuatir sekiranya sudah berada di dalam bahtera besar nuh.

    Monday, August 15, 2011

    a walk

    do not even sleep, why?

    while sleep still does not giving ye any peace of mind,  ye soul need something, something which never suits a thing.

    tiada bertidur dan kelam,
    api tetap menyala,
    air tetap mengalir,
    dah serap jadi air dalam pelbagai bekas?
    dah nampak dalamnya matahari?

    peringatan maut ; untuk mencapai 'makrifat' , "ilmu juga perlu dilenyapkan".

    письма к советской

    Дорогой druglord,
    Сейчас я думаю о влиянии вы внутренних действий в рамках этой нации, как вы манипулировать этой civillize peopple?

    инъекции вы дали, убив тысячи жизни, детенышей, innnocent людей. но все-таки, ради денег, вы убили эту солидарность без человечества.

    плантации, ваша проекция, которая упала сюда, даже не справедливой против этой нации.

    и это меморандум, идентификатор писал фантастические вы,
    "перестать убивать этого человечество вы достоинство!"


    водорослей, Pirate Bay, так и с моря, мы пьяны.

    Saturday, August 13, 2011

    buku hitam - dua jalan dua

    ada dua buku, dua keduanya bercontengan hitam. antara corak dunia dengan secalit kata luka.

    ada masa , masa berharga, ada masa, masa hitam. hitam tak bermakna buruk.

    dua buku, kiri dan kanan. buku kanan ada merah, buku kiri ada coklat jingga kayu.
    mana mahu selak, mana mahu kata-kata pelak'.

    sekarang, langkah kanan tapi masuk kiri, selak , terus lukis dan tulis.
    buku kanan biar kosong dengan 'dadaisme'.
    biar tak bermakna tidak peduli.
    tapi biar tulisan kanan itu lukis dan tulis dirinya sendiri.
    atas as'bab dia pilih untuk coret buku dia dengan isi coret buku 'dia'.

    sekarang, aku jerit pada alam, "yang aku akan terus jadi 'aku' bukan buku".
    dan terus langkah kanan masuk kiri.
    tanpa ragu, terus aku lari anak ke pantai bertemankan tema bayu,

    "apa mahu aku terus conteng nama 'mu' di langit?"


    -merah ada peta, coklat sedang lihat dunia dengan mata
    ...........................................................................................
    "in years, i'd sculpturing ye mind, grind over and over, and now, i'm not even a fool within ye crossed in me by blading ye swords over again and again till i drown, and i won't fall, because, i'll keep breathing inside me on the other side. " . bashijau akan berhenti di satu perhentian dan akan tidur, akan sekembali nanti dengan biacara 'atheis' , 'pecah' dan 'a-d-m' . hingga nanti, selamat malma
    ..........................................................................................

    rap semalam ( kedai makan malam)


    *malam, bicara antara malam, ada malam suram, ada malam kelam, suram dan kelam tetap penuh ceria dan bahagia, kerna adanya si dia, bulan penuh. selamat malam alam.



    *dan sekarang, sila dengar si dia mengarut kata tentang dia. bunga masih lagi bernafas.




    * cukup?



    *ada bunga tanya, selain rasfari , elemen apa lagi? sekarang jawabnya, bila kau faham ini, kau tahu apa elemen cinta ke-2. seruling dan rentak petikan fast-reggaenya ku katogerikan sebagai mystical-hardcore. ;)

    Thursday, August 11, 2011

    0244 , 420;4

    ingatkah semua cerita yang kita lalui?
    kenangan ku yang terindah di dalam hidup ini,
    sebuah kata-kata takkan cukup menggambarkan,
    terus tersimpan di hati dan juga ingatan,
    hari-hari ku berjalan selalu di dekatmu,
    seakan waktu berhenti dan enggan berlalu,
    ku terikatkan ini dalam sebuah nada dan lagu,
    kerna bersamamu ku ingin ciptakan hidup yang baru..

    bersamamu ku akan terus kembali,
    menikmati wangi cinta dan matahari,
    bersamamu ku akan terus kembali,
    pelangi saat badai pergi.

    *masing-masing terjumpa simpang seni, masing-masing punya si penulis jiwa masing-masing,
    kita berlari dalam keadilan, cuma kita perlu lebih berseiringan. nyaring-bersaringan.


    di sesat jalan

    aduh..
    bisa sungguh damar dari pepohonan akar tua itu.
    damarnya punyai racun jiwa yang mampu melumpuhkan segenap jiwa.

    terapan lukisan dari batang pepohonan akar tua itu,
    jua memerihkan segala pelosok batin para penyandar yang menumpang teduh kasihnya pepohon akar tua itu.

    luluh, luhur, luka tidak akan sembuh.
    damar cinta merah itu, berahi mendarahi segenap oxyhaemoglobin dalam jiwa para penyandar itu.
    sepantas alam membaluti dedaunan ganja, dan melumpuhkan pergerakan radikal oxyhaemoglobin.

    kini, dia tersandar lumpuh , pada pepohonan akar tua itu,
    sambil menikmati daunan pucuk bersulamkan tembakau madu.
    kerasnya, kerasnya.
    tanpa sebilut ganja,
    tanpa seribut kopi arabica,
    tanpa sekalut kata.

    akhirnya, tersandar dia luhur pada pepohon akar umbi jiwa,
    hingga ketemu satu titik sesat seperti 'darwish' yang haus di ketengahan sahara.

    tergantung sakitnya,
    sakitnya untuk nikmati mati sebelum mati,
    sakitnya jiwa untuk terus menari sebelum mati.

    lantas, dia menjerih dan melaungkan kata kepada alam semesta,

    "oh tuhan, aku mahu kecapi mati sebelum mati, aku mahu mati sebelum mati".

    -jalan yang dipilih adalah jalan yang halus, seperti banyaknya jejari pada dedaun yang luruh di musim tengkujuh.


    *theme song untuk novel dalam perjalanan. - 'epic krukkek makhluk asing.'

    cinta anak-anak kecil

    sekarang jangan jadi bodoh wahai rakyat malaysia.. jangan jadi bangsat.. apa salahnya kalau ada nyanyian agama dalam gereja? mana salahnya?

    baca ini... Kontroversi: Kisah 'Benar' Di Sebalik Operasi JAIS Serta Pihak Polis Di Gereja Methodist Church Lalu ....


    ini satu entry paling bodoh yang pernah aku baca dalam malaysia..
    bangkitlah wahai ortodox melayu.. telah lama kau telah diperkotakkan..
    sekarang, geng abang merah nak angkat sepanduk, buat apa?
    baik pergi tolong bina rumah untuk mereka-mereka yang tiada berumah.. jangat jadi bangsa yang bangsat nak menentang kebodohan..

    nak belajar sesuatu daripada sesuatu? cuba tengok cerita 'kingdom of heaven'... at the end of the story, yang pegang watak sallahuddin al-ayubi buat apa masa dia dah berjaya takluk jurusalem?

    * peperangan propaganda ini banyak kesannya pada kanak2. save the kids from the war.

    Wednesday, August 10, 2011

    jamaica's away.

    jadikan peduli itu sebagai therapi cinta,
    jadikan peduli itu sebagai pyschologi cinta,
    jadikan kata peduli itu sebagai sociologi cinta,
    dan jadikan peduli kata itu sebagai pre-monolog cinta.

    *semuanya ini ku lakukan hanya untuk MU, hanya untuk SATU.

    nak tahu kenapa aku jadi begini? search lagu ni, jamaica's away by souljah. last aku dengar lagu ni, tahun 2009. tapi sekarang , dah kembali jadi playlist tidur. tersilap tekan punya pasal, sekarang dah gundah gelana.

    -btw, thanks to somebody, sebab jadi pengantaraan antara sketsa-sketsa cinta.

    mengarut itu sebahagian daripada aku, bukan DIA

    kambing-kambing akan terus meragut di padang rumput,
    belacak masih utuh untuk terus melompat di pergigian air,
    cengkerik dan katak biasa terus membatak alam dengan 'woooinggwoowoiing' di ketika hujan.

    adakah akan ku teruskan perjalanan menyelak buku merah , buku cinta lama dia?
    adakan aku perlu untuk terus menganalisa setiap irama kata yang dia kisahkan dalam cerita 'bustand' yang dia terapkan?

    jawapan anda di tangan anda. sekiranya anda tidak mahu, silah tekan pangkah merah dekat atas,
    leave this 'remeniscent' scene. don't give a damn about the art that paint those empty wall,
    its been a long time to wait for the resurrection.

    INGATLAH WAHAI ANAK-ANAK ADAM , JANGAN SESEKALI ANDA LUPAKAN TALI-TALI CINTA KETUHANAN YANG PERLU DIJALINKAN....

    terus aku nyanyi, "bersama ku kita mencari, bersama HU kita menari". 


    Tuesday, August 9, 2011

    kau, kau ( sketsa malam itu)

    kau belum tahu siapa aku, dan siapa AKU.
    kau tak boleh kata aku salah sebab aku akan kata aku adalah AKU.

    bicara kata antara kita,
    dengan sengaja aku lukis dunia supaya keduniaan kita tampak seperti aku adalah si batu..
    yang lurus membawa bicara kata,
    dengan sengaja, aku akan tanam secebis kiasan supaya ada kais antara kita.

    sekarang, kau jangan jadi penilai sesat kalau tidak faham,
    jangan sebab salah sangka, kau termakan satu bicara dari seorang kata 'pro-reversma'.

    hidup adalah pembebasan,
    penulisan adalah pembebasan spiritualiti seorang 'pena'.
    jadi, jangan mudah nampak cinta atau pun buruk sangka,
    dalam berjuta kamus, ada bicara dari kitab sesat yang tersembunyi.
    jangan salah pilih kata, sekali lagi aku kata, sila
    selak kitab dari kiri.

    notes ; jangan bermaqam. bebas, lepaskan dan kosongkan. :)

    bila?

    kaget kebenderangan bila tersungket kedengaran irama trumpetan yang dia pukulkan pada telinga ahli kitab new age israelites semalam.
    kaget kebingungan bila memikirkan nasib sepasang perasaan yang mati dalam jiwa merdeka seorang pujannga rimba.

    dari buluh sungai, hingga eukaliptus hutan, semuanya dimamah anai-anai dan bisa diulaskan menjadi sebenderangan musiqa dan irama-irama.
    dari kayu, hingga besi, semuanya diubahkan menjadi peneman pada si peniup-peniup dunia.

    akhirnya, ada rasa rindu 'bila-bila' terdengar irama trumpetan. terdengar percikan tiupan dari muncung depan trumpetan.

    akur, bila ada irama rindu tegar yang menyegarkan.

    hampir setahun tidak meniup trumpet kan? mungkin disebabkan ketakutan terjumpa peniup trumpet kedua.
    tapi itu bukan alasan, bukan halangan.
    pasti, akan kembali ke kancah perjuangan, seiring dengan peniup trumpet ke-2.

    -janji sang peniup.

    with the wind of north

    an east coast beach,
    an island of western's breech,

    seeing the kids stomping on the ground,
    love, she love and they loved.

    and they will come back and woke up from the land that they had not to realised that they was a part of it.

    bangkit dari mati, pasti, mati hidup kembali.

    yang benar,
    pasir pantai.



    Monday, August 8, 2011

    limitasi

    • sudah berabad saya sangkut dalam halusnya seni itu,
      dan kehalusan itu memberikan kehausan yang amat,
      bila minum air cinta, pasti rasa mahu meneguk lagi seteguk dunia..
      tapi DIA tahu, yang kita, manusia punyai limitasi dan hanya mampu mengawal secangkir 2 minuman cinta.

    jeans rabak di pinggang verse 2.

    sekolah darjah satu,

    dan dipersekolahan 'satu' itu.

    dan aku terima segalanya dengan mas tulipnya dugaan dan kesabaran.

    esa sungguh sketsa dari tuhan.

    fansuri sketsa dia

    dulu dia bilang, dia tidak tahu kenapa dia tekan satu button yang wujud dalam satu kitab.
    dulu dia bilang, dia seorang pitjisan malang yang hanya tahu berasmara dengan lukisan nu-metal jiwa lama dia.

    ada cereka,
    sengketa,
    bicara di sekolah klasik dia, dia bawa ke setiap pusat koordinat dunia dia.
    di utara, di pendalaman nya neraka, di penghujung perjalanan sang nyawa.

    dia bawa ke serata kota,
    tepat ke satu sasaran usang yang sudah lama terkial kesesatan.

    oh esa nya sketsa cerita tuhan.

    dari dalam satu kitab, kitab new age israelites
    terperosok ke dasar-dasar 'kias' yang datang dari sebasikal penjiwa jalanan.

    dalam pencarian, kumbang suka madu yang berkopi arabica,
    dalam perdamaian, lebah suka debunga filasafat saitifis.

    tapi dia tetap menerap,
    tetap tinggalkan satu petak kosong pada dinding-dinding berlubang.
    dan dia cuma bilang,



    "maaf, aku cuma Dalit yang bermain sita di kaki lima."



     seronok dgr alunan kesitaan dalam bunyi 'kuali gantung' dari barcelona.

    akhirnya, aku tewas dalam pelukan kata sketsa seorang dia. hilang sejuk chocolate shake dalam cawan merah, boloq terus.


     

    Saturday, August 6, 2011

    Tuesday, August 2, 2011

    malam rabu

    malam itu.
    malam rabu.
    malam hari hari minggu.

    malam itu,
    itu malam satu,
    itu satu seribu.

    riang-riang, tawa duka luka,
    tidur, berdengkur,

    itu malam satu seribu malam.
    malam itu, malam tiada bermakam,
    tempat 'raja' malam berdengkur semalam,

    suka duka luka,
    subur bertaffakur,

    malam itu,
    malam satu seribu malam,

    bilamana pokok-pokoknya, tumbang,
    sembam menyembah ke alam,
    bilamana arus airnya, seketika khali sejenak,
    kaku terpaku tiada berombak.

    pokoknya pagi suatu malam,
    antara irama suara tuhan dengan angin-angin di celahan dahan.
    kehalusan memberikan kehausan,
    malam dan malam terus haus dengan suara halus dari tuhan.

    bicara pagi antara angin dengan dingin.
    malam.

    -bustop kawasan 13, tempat tinggal pokok bergambar, tempat tinggal kotak cinta, tempat turunnya kasih dari kekasih.

    rama-rama malam

    3rd august 2009. 2006-2009


    there she goes, there she goes.
    with the pieces of me heart.

    * dear darlax, in this great future, yes and it was, i can't even forget ye,
    how we met, how we approach each other on the other night. but now, there's no us and our's anymore.

    "i love to smile, and smilling makes me happy. " , "to find the area of a circle, 1st u must know how to use the formula of a circle area" , jose.

    -tribute untuk anda, katak.

    yang benar,
    bashijau.
    2 years of aggravation.

    musim bersihkan diri



    bersih..mari membersihkan diri..bersih...
    bersin..mari membersinkan diri..bersin...

    *bashijauburuk against corruption. remix nya stylo..

    Monday, August 1, 2011

    harta karun

    oh harta, harta bagaikan kata dalam kamus cinta.
    oh warta, warta bagaikan dewa dalam kamus berita,
    oh cinta, oh berita , oh warta , oh harta.

    daim....

    diam.....

    kata dalam kamus kata kita, bermakna, berunsurkan unsur-unsur jiwa,
    menjadi ubat di setiap luka duka manusia,
    menjadi penyembuh untuk segala duka luka manusia.
    menjadi penawar untuk kita, semua.

    dan ingatlah , harta yang paling berharga adalah kejernihan hati, bukan nya wang, rumah dan motor besar.

    *tribunal untuk journal-journal yang berisi kesepian, biarkan malam terus melabuhkan tirai nya di pintu-pintu.

    "dan kaum yang paling beruntung adalah mereka, kerna mereka mendapat nikmat kurniaan makanan dari syurga diketika kesesatan, dan bersyukurlah kamu dengan kaum mu wahai anak-anak adam".

    -pantai, kedai, teh, dreadlock, cinta dan kebangkitan,

    playlist pagi-malam

    1. rocksteady beat ochestra - Piccola
    2. geng gemok keji - hingga akhir nanti (alleycats cover)
    3. gerhana ska cinta - tiada yang lain
    4. a.c.a.b - bunga padang pasir
    5. gerhana ska cinta - midnight in katari
    6. nirvana - lake of fire
    7. bloodshed - srikandi cintaku
    8. m.nasir - keroncong untuk ana
    9. kluk kluk adventure feat massraw - Dia
    10. UNIC feat cat farish - mencari Yang Maha Satu
    11. 311 - love song
    12. republic of brickfield feat ramli sarip - dunia perlumbaan
    13. salam - use it
    14. too phat - dua dunia
    15. bob marley - rat race
    16. radiodread - no suprises
    17. carlos santana - moon flower classical spanish cover.
    18. bob marley - natural mystic
    19. malique feat salam - cerita kedai kopi
    20. redemption - bas no 13
    21. gerhana ska cinta - skali skale
    22. republic of brickfields - bina impian
    23. black dog bone - rileks.
    24. koffin kanser - akar umbi
    25. m.nasir - kias fansuri
    26. kitaro - caravansary
    27. ramli sarip - syair laila majnun
    28. santana - maria maria
    29. old parasite - zero star.
    30. me 1st and the gimme gimme - wild world
    31. the ramlees - itulah sayang


    *penulisan yang tiada motif. yang indah ada di sebalik ke-30 cerita yang telah dibukukan, kawan2, jangan lupa, sekarang waktu kita, waktu perang.

    ayuh..ayuh..ayuh..
    cinta itu SATU.

    rahsia 20 , not 2.0

    ada cerita yang tak pernah dicerita, ada cereka yang tidak pernah direka, ada itu satu yang tetap ada.
    ini perihal 20 bukan 2point0. perihal cerita cereka rahsia. sifat 20 adalah sifat HU. HU ALLAH.

    1. Al-Wujud ; Ada

    Laa  ilaa-ha il-laa hu-wa
    ertinya ; "Tidak ada Tuhan melainkan Dia ". al-Baqarah ayat 163

    Wa-huwa ma'akum aina maa-kuntum.
    ertinya ; "Dan Ia ada beserta kamu di mana saja kamu berada". al-Hadid ayat 4.

    2. Al-Qidam ; Sedia

    Hu-wal aw-walu wal-aakhiru
    ertinya ; "Dialah yang awal dan yang akhir" . al-Hadid ayat 3

    3. Al-Baqa ; Kekal


    Hu-wal aw-walu wal-aakhiru
    ertinya ; "Dialah yang awal dan yang akhir" . al-Hadid ayat 3

    Kul-lu syai-in haalikun il-naa waj-hahu
    ertinya ; "Tiap-tiap sesuatu binasa, kecuali DiriNYA" . al-Qasas ayat 88

    4. Al-Mukhalafah Lil-hawadisi ; berlainan dari sekalian yang baharu

    Laisa kamis-lihi syai-un wa-huwas samii-'ul basir
    ertinya ; "Tidak ada suatu pun sama denganNYA" . al-Syuran ayat 11.

    Walam yakun lahu kufu-wan ahad
    ertinya ; "Dan tidak ada sesiapun sebanding denganNYA" . al-Ikhlas ayat 4

    5. Al-Qiyaamuhu Binafsihi ; berdiri sendiri

    In-nal-laaha laghaniy-yun 'anil-'aalamin
    ertinya ; "Sesungguhnya  Allah tidak berkeperluan kepada makhluk" . al-Ankabut ayat 6.

    6. Al-Wahdaaniah ; Tunggal

    In-namaa ilaa-hukum ilaahun waa-hidun
    ertinya ; "Tuhan kamu itu hanya Tuhan yang tunggal" . al-Kahfi ayat 110

    7. Al-Qudrah ; Kekuasaan

    In-nal-laaha ' alaa kul-li syai-in qadiir.
    ertinya ; "Sesungguhnya Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu" . al-Baqarah ayat 20

    fa-'aalun limaa yurid
    ertinya ; "(Ia) amat (berkuasa) berbuat apa yang Ia kehendaki" . al-buruj ayat 16.

    8. Al-Iradah ; Kemahuan

    Izaa araa-da syai-an an yaquulu lahu kun fayakun.
    ertinya ; "Apabila ia kehendaki sesuatu , tidak lain perintahNYA melainkan perkataaan 'kun' (jadilah) , lantas jadi (kehendakNya)" . Yasin ayat 82.

    Wamaa tasyaa-uuna il-laa an yasyaa-Allah.
    ertinya ; "Tidak (jadi) apa yang kamu kehendaki , kecuali jika dikehendaki oleh Allah" . at-Takwir ayat 29

    9. Al-Ilmu ; pengetahuan.

    In-nallaaha bikul-li syai-in 'aliim
    ertinya ; "Sesungguhnya Allah mengetahu tiap-tiap suatu" . al-Baqarah ayat 231.

    Ya'lamu sir-rakun wajah-rakum waya'-lamu maa-tak-sibuun
    ertinya ; "Ia mengetahui batin kamu dan zahir kamu , dan Ia mengetahui apa yang kamu usahakan" . al-An'am ayat 3.

    10. Al-Hayat ; Hidup

    Allahu laa-ilaaha il-laa hu-wal hay-yul qay-yuum laa tak-khuzuhu sinatun walaa-naumun
    ertinya ; "Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang berdiri sendiri , tidak disentuh oleh ngantuk dan tidak (oleh) tidur" . al-Baqarah 255

    Wa-tawak-kal 'alal hay-yil lazii laa yamuutu.
    ertinya ; "Dan berserahlah kepada yang hidup, yang tidak akan mati" . al-Furqan ayat 58.


    11. As-Sama' ; Hidup, Jiwa, Nyawa

    12. Al-Basar ; Pengilihatan

    13. Al-Kalam : Berkata-kata , Omong.

    14. Qaunuhu Qadiran ; Allah dalam keadaan Berkuasa

    15.Qaunuhu Muriidan ; Allah dalam keadaan Berkemahuan

    16. Qaunuhu 'Aaliman : Allah dalam keadaan Mengetahui

    17. Qaunuhu Hayyan ; Allah dalam keadaan Hidup.

    18. Qaunuhu Samii'an : Allah dalam keadaan Mendengar.

    19. Qaunuhu Basiiran ; Allah dalam keadan Melihat.

    20. Qaunuhu Mutakallima ; Allah dalam keadaan Berkata-kata



    ini cerita rahsia, baru muqadimmah. masih banyak yang perlu kita teroka. mungkin ada yang kata, ini cerita hanya ringkas sahaja, akan tetapi, di sebalik setiap sesuatu, telah ada satu sesuatu, dan di situ, kunci kata untuk rahsia semua.

    *post ini bukan sebab mahu jadi religous bandwagon, post ini dipostkan untuk memperingati, yang segala nya bermula dengan DIA.

    -tribute untuk kelas2 tauhid di jalan, di kedai kopi dan di sekolah-sekolah revolusi tahun 1998 hingga 2011.