Tuesday, June 29, 2010

benci..benci..benci lah

mengapa mesti ada perasaan benci?
bila benci mengapa perlu diskriminasi?
membuang segala rasa kasih, sayang dan sukar untuk memaafkan seseorang.
benci?
satu rasa prejudis yang dipupuk dengan kepanasan serta api yang setia membakar,
membuatkan mereka terus membenci.
apa yang pasti, prejudis benci ini memecahbelahkan segalanya,
merobohkan istana bahagia,
menghancurkan kemanusiaan sedia ada,
porak perandakan semua.
mengapa perlu membenci?
mengapa perlu diskriminasi?
salahkah kita berkongsi kasih antara sesama?
perlukah kita membenci sesama manusia?
jangan dilupa, benci adalah api kemusnahan yang mengdiskriminasikan kehidupan.
mengapa perlu membenci?


*terima kasih kerana membenci.
tribute to para pembenci yang membenci mereka yang dibenci.

kejam? mana lagi kejam?




or





mana lagi kejam? tolong ye anda2 sekalian.
tlg fikirkan akan kemanusiaan bukan bagaimana jaringan.
kekejaman telah lama membunuh jaringan kemanusiaan.
sesungguhnya, dunia ini tidak pernah kejam, yang kejam adalah manusia.

Sunday, June 27, 2010

ada orang suruh ganti yang baru, daipada bashijau buruk kepada..

terima kasih

terima kasih aku ucapkan pada ilahi kerana seringkali mendamaikan hati ini.

setelah cuba dihalang, kamu tetap pergi membunuh diri

siapa yang dinanti? siapa yang menanti? apa yang di menanti? kenapa perlu dinanti?
akan pasti tertimbul pelbagai soalan. bukan kah alam itu cukup untuk memberi jawapan? dan manusia itu adalah sebahagian daripada alam. akan tetapi kenapa ada manusia yang membiarkan penantian itu seperti peperangan. ya. penantian itu satu pengembaraan. manusia sering kali membiarkan sesuatu penantian itu terjadi. apa yang dinanti, pasti nya satu revolusi dan satu kemajuan. perubahan daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. menunggu masa untuk sejarah itu pergi dan tidak berulang lagi. perubahan pastilah untuk masa hadapan. kenapa perlu menanti itu? kerana disitu ada satu kata yang semua manusia ingin merasa. kata cinta yang memberikan segala nya. yang pasti itu adalah yang paling dirindui. menanti saat syurga itu kembali. yang pasti, penantian itu akan terhenti apabila kita mati. oleh kerana kehidupan dunia ini adalah sementara, yang pasti, kita perlu mati untuk mengecap kembali erti syurga duniawi. pelajari sabar demi erti pencarian.

yang pasti.. terima kasih bunga padi yang memberi satu lagi penantian. apa yang paling aku nanti, kepulangan jiwamu untuk aku terus berlari. andai mahu sepatah dua lagi, nantikanlah!


tribute 2 ; SKANKIN FEST 2010. "dengan irama arus kemodenan, menari aku mengenangkan mu"

Tuesday, June 15, 2010

polan sialan menyundal di jalanan..

bukan menghina bahkan merasa sisa di kata hina dusta berbaur anjing yang hidupnya makan biru remrumputan,
ini penyelesaian ringkas mengikut irama baldu saat malam labuh terus berlalu. apa yang dilihat, segerombolan kumpulan bersisa di jalanan, mencari secebis kegembiraan, leka di pertengahan.
apa mungkin nikmati kehidupan tanpa mengira erti kemudahan yang di berikan. kesenangan menyusahkan.
apa mungkin ramai yang masih leka disini, menikmati kemudahan kehidupan, sehinggakan lentok jatuh terpaku melihat kebogelan polan sialan. apa yang pasti, aku, ianya leka di pelosok rantauan dunia kemodenan. melihat rerumputan kehidupan menari zapin bergelimpangan mencari keriangan. terus menerus pergerakan digerakkan bagi memajukan perkembangan fikiran. kenapa perlu ada pergerakan yang indah begitu menawan, sehinggakan leka terhadap ribuan pelarian yang menjadi korban. polan sialan, berkembang dalam arus kemodenan, mengapa dan kenapa, persoalan tertanya, begitu banyak si polan sialan yang bebas nikmati kehidupan.

Wednesday, June 2, 2010

Berikan Cinta Kepada Sesama

lumrah kehidupan, semua nya adalah berasaskan cinta. kita di beri peluang untuk hidup di atas dunia oleh tuhan dan ini sudah cukup untuk membuktikan cinta dari tuhan kepada kita. cinta, apa itu cinta? cinta adalah segala nya. satu zat yang memberi erti keindahan kepada kehidupan, cinta bukan saja satu perasaan mahupun hanya satu kata-kata yang hanya di guna pakai untuk meluahkan perasaan kasih dan sayang, akan tetapi cinta juga adalah satu perantaraan diantara kehidupan.satu hubungan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. kenapa cinta penting dalam kehidupan? sekiranya kita mengerti apa sebenar nya erti cinta, kita akan tahu cara untuk menikmati cinta. berikan cinta kepada sesama, satu konteks keamanan yang di salur kan dan di ajar kepada kita. berkongsi cinta dengan kehidupan lain adalah sangat penting. dalam mana2 agama mahupun rastafari, buddha dan agama samawi yang lain, unsur cinta ini sangat dititik beratkan agar kita dapat menikmati kehidupan yang aman dan harmoni. berkongsi kasih dan sayang sesama makhluk dapat menjauhkan kita daripada unsur negatif seperti peperangan, menhindarkan sikap prejudis terhadap yang lain. sikap2 negatif sememang nya ada di kalangan kita dan ianya menjadi lebih teruk apabila manusia tewas dengan bisikan si pembisik kata. apabila tewas, prejudis yang kecil itu mula mengembang dan mewujudkan diskriminasi dalam diri. unsur seperti ini haruslah dikawal supaya kita sesama manusia tidak berpecah belah dan sering kali bergelut didalam peperangan yang menghancurkan warisan manusia yang lahir dari ibu bapa yang sama iaitu adam dan hawa. kita seharusnya memberikan cinta kepada sesama, berkongsi dan menikmati ganjaran kehidupan ini bersama. haruslah kita ingat, kita ini hanya manusia yang dicipta kan oleh Sang Pencipta, kita tidak sepatutnya menghukum umat manusia lain dengan kekejaman dan kebencian kerna sesungguh nya hanya tuhan yang layak memberi hukuman kepada manusia.

" Let us share the same love, by giving others chances , sharing the same vibrations. Enhancing the positiveness inside, I-nessy is the thing we need, knowing ourself because we are coming from one. Don't let the "why" separating all which differentiate human kind fi managing us fools.. don't let the whisperer fooling us.. Restraining the only love by forgiving ourself, lets share the same colors of life without that much prejudice. peace&love"

Bila si songsang berleluasa

seperti sedia kala, pasti ada antara kita yang cuba merosakkan scene musik tanah air. pasti ada semut api yang cuba merombak keamanan sesuatu keadaan dengan menyelitkan unsur yang boleh memecahbelahkan keadaan. kenapa wujud ini semua? ini kerana dalam keadaan aman, pasti ada mereka yang tewas dengan bisikan dan mula melencong arah ke arah idea2 yang pasti nya memecahbelah kan keadaan. seperti mana yang di lihat, ramai antara mereka yang konon nya ber'idea kan peace, dalam kata lain, peace punk. ok. betolkah mereka ini berunsur kan keamanan? aman yang mcm mana mereka juangkan? yang dapat aku lihat, aman mereka adalah berasaskan kepentingan individu. kenapa? banyak idea yang di terap kan yang kononnya menyokong hak individu untuk bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahukan. adakah ini satu idea peace? ye. keamanan untuk diri sendiri adalah sangat penting untuk mana2 individu dalam meneruskan kehidupan. dalam aman yang telah di berikan, mereka mula menuntut kebebasan. kebebasan yang mereka mahukan adalah kebebasan untuk mereka lakukan apa sahaja. bagi aku, kebebasan ini penting, akan tetapi perlu lah ada batas nya. adakah kebebasan untuk mengadakan hubungan sejenis patut diberi kan? seperti yang kita tahu, sememang nya dalam mana2 agama, perkara seperti ini tidak patut di beri peluang. bila mana idea seperti ini mula ada, pasti wujud pihak yang akan menentang idea yang di anggap bodoh ini.konon nak menghalalkan hubungan sejenis. cuba kita fikir, atas dasar kemanusiaan, bila kita lakukan hubungan sejenis, macam mana kita nak teruskan zuriat dan warisan kita? bila lelaki bersama lelaki melakukan hubungan seksual, macam mana nak dapat anak. cuba fikir logik la, bila si lesbian berasmara, boleh dapat anak ke? konon lah fikir human right. betulke ini human right? bila mana hak kemanusian bersuara mengikut kepentingan diri dan nafsu, inilah jadi nya, sebagai contoh, kenapa wujud bible new testamen? dan kenapa idea dalam bible ini lebih kearah hak kepentingan diri. itu yang wujud telah lama. pihak paderi mula mengubah pegangan dan fahaman dari bible mengikut kehendak dan kepentingan diri. bagi aku, idea ini banyak datang dari barat seperti mana yang kita ketahui, di negara eropah, banyak yang telah membenarkan perkahwinan sejenis ni. dan malaysia dah mula menerima idea ini. mungkin pucuk pimpinan kita masih belum berkeras dalam memerangi isu ini. kita boleh lihat makin banyak golongan homo ini wujud seperti pondan2 yang berkeliaran di waktu malam mencari makan, hingga ke kolej2 yang di mana kita boleh lihat ramai golongan pengkid wujud. mata dah mula sakit, ada ke patut perempuan berpakaian lelaki. jelas dapat di lihat negara kita dah mula berubah dan menjadi seperti negara2 eropah. ok. kenapa nak banding kan kehidupan tanah air kita dgn negara2 eropah. kenapa? adakah kita lupa, negara kita ber'asaskan kerajaan Islam. mungkin sesetengah pihak akan perjuangkan hak individu untuk terus bebas melakukan hubungan seperti ini. ini kerana mereka tetap akan menegaskan hak mereka untuk menjadi diri mereka sendiri. aku sendiri menghormati mereka, tetapi sedikit sebanyak pasti ada unsur penentangan apabila berhadapan dengan keadaan sepeti ini. ya, mmg benar, mereka perlu di hormati kerana mereka juga manusia yang punyai hati dan jiwa. untuk menentang golongan seperti ini, kita perlu tahu cara yang benar. bagi aku, keganasan tidak harus sama sekali di gunakan untukmembendung keadaan ini. bukan untuk menjadi penakut, akan tetapi kita perlulah fikir, mereka tetap manusia, kenapa kita nak hukum mereka dengan keganasan? kenapa perlu ada pihak yang membanteras mereka dengan keganasan? bagi akuk, hukuman sepeti ini biarlah tuhan yang jalankan. tuhan tahu apa yang terbaik untuk umat nya. kita tidak boleh menyalahkan mana2 individu yang memperjuangkan idea ini sepenuh nya,mungkin mereka jadi sebegitu berikutan cara ibu bapa mereka mula mendidik mereka secara songsang. mungkin juga genetic dan hormon mereka bertentang dengan sifat fizikal mereka.. bagi homophobic2 diluar sana, seharus nya keganasan tidak sepatut nya di gunakan untuk membanteras mereka ini. kita sepatut nya membantu mereka sedar akan realiti sebenar kehidupan. sedar lah, perempuan dgn perempuan mana boleh dapat anak. akan tetapi, aku pernah berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kehidupan seperti ini, dan mereka pernah bersuara, "boleh dapat anak, anak angkat. kita boleh lihat, ramai pasangan yang straight ini membuat anak dan ramai antara mereka yang melahirkan anak tanpa bernikah dan turut membuang bayi,. daripada mereka membuang bayi, baik bagi kami, kami boleh besarkan", kata seorang pengkid yang pernah ditemui. secara tak langsung logik juga bukan. tapi kita boleh fikir, andai kata mereka ingin memiliki anak daripada cara ini, secara tidak langsung, makin ramai lah mereka yang membuat anak dan memberikan anak kepada orang lain. adakah seorang bayi itu perlu dijadi kan seperti permainan yang dijual dekat kedai permainan. cuba fikir, bagaimana mereka mahu membesar kan anak itu,siapa ayah atau ibu? murah sungguh harga kehidupan. bila perkara seperti ini berlaku, makin songsang lah kehidupan manusia. makin banyaklah individu yang terus akan perjuangkan hak individu yang berasaskan nafsu dan kepetingan diri. seharusnya kita sedar akan kejadian asal manusia, mengenang kembali bagaimana manusia primitif membina kehidupan. jangan lah kita mengubah cara kehidupan kita berasaskan kepentingan diri dan nafsu, kita seharusnya hidup mengikut hukum alam semula jadi kerana disitu terdapat zat2 yang membuktikan kehadiran-NYA.