Thursday, June 30, 2011

maulana, bangkit lah

maulana, apa kau masih mahu ketiduran?
ana, maulana..
rindu kau di hari penitian, apa kau lupa bagaimana dia meniti dgn burungan terbang hingga ke langit tertinggi?
dari satu tangga, ke satu tangga, dia makin hampir ke syurga,
maulana, sampai bila mahu ketiduran?

mungkin, lukisan adalah penjara jiwa buat para pelukis dan pewarna,
mungkin, puitis picisan adalah pengubat jiwa buat para pemuitis prosa kata,

sampai bila hanya mahu mencelapak dengan lukisan yang sama,
bogel, bogel, dan terus disepara bogel kan.

mungkin, mungkin, mungkin, ini salah tafsiran.
mana mungkin salah ada pada takdir tuhan.

maulana, tangisan jiwa itu perlu dibuang dan dicantas pergi,
kerna, jiwa muda ini luka melihat kau hanya bergelimpangan bergelandangan.
maulana, sampai bila mahu terus berluka dan berduka..
cereka cinta nya sudah lama dinkotahkan.

menjerumus terjelopok jiwa muda ini mengkhayati jiwa mu ya maulana,
terngadah mengelabah jiwa mu rapik carik dek ombak angin angsana,
kenapa masih berkaca dan berduka?
akhirnya terjelopok kau sepi di penjuru kota.

duhai maulana, bangkitlah dari angan kosong mu,
khabarkan pada alam yang manusia punya kuasa,
bukan hanya berdurjana dalam khayalan semesta yang kau cipta,
kerna disitu, kau sudah pahami erti sengsara, luka dan luka,
mengapa masih bergelandangan kegampangan?
angkuh mu maulana, bisa perlu tunduk pada jiwa-jiwa muda yang gila,
berikan ruang untuk ada kan ada dalam dada.

bukan hanya terus tidur dalam mati yang kau sendiri enggan nikmati,
kembalilah, pulanglah, kuasakan minda dan jiwa,
agar kau tidak lagi bergelandangan di tanjung harapan,
kerna disini, tapak muda untuk bangkit dan terus merdeka.


-tribute untuk para penggelandangan yang masih tidur , yang masih dalam kotak dan petak yang sama.

"khabar kan pada angin, yang semalam aku mimpi kan lapangan terbang dan angin-angin nostalgia lama."

Friday, June 24, 2011

udara yang sama

seronok kan bila bernafas di udara yang sama.
indah kan bila dapat berbicara dengan tiupan angin yang sama,
cantik kan pulau dan pantai yang sama,
namun bila kan kita dapat bertemu bersama.

angin, ombak, angin berombak.
ombak , angin, ombak berangin.

pokok kelapa, pokok kelapa,
pantai yang ombak nya tiada beralpa.
bisa nya, bisa bius saraf cinta menyatukan manusia.

satu, dua, tiga,
lari teriak itu ke pantai yang sama,
yang dulu nya tempat kita, menjadi permaisuri dan raja,
dalam istana pasir, tanpa ada hitam nya anasir,
tempat kita, bergelimpangan dengan angan.

seronok bila dapat kembali bernafas di udara yang sama,
entah kenapa, bila tiba aku disana,
dapat di hidu haruman bau rambut mu,
dapat di hidu haruman kenakalan cilik mu,
dapat di hidu kisah-kisah kita yang sudah lama berlalu.
entah kenapa, bila tiba aku di sana,
seronok bila dapat menjejak di atas tanah yang sama,

hari-hari lalu, berlalu,
hari-hari itu, tanpa kita tiada bersatu,
lalu,
semua tiada.

angan dulu nya masih sama,
angin nya dulu masih sama,
ombak, pantai ,
angan nya landai.


-mungkin, hari ni, hari akhir, hari akhir,

bashijau dengan ombak dan skimboard pinjam.

Monday, June 20, 2011

how to make ye own hash brown. (d.i.y)

materials ; kueh teow, telur, garam, minyak masak, dan kuali serta dapur gas.

1. pecahkan telur dalam mangkuk,
2. masuk kan garam secukup rasa.
3. celup kueh teow , macam buat roti telur.
4. goreng macam goreng telur dadar.
*nak buat bentuk, bentukkan.
4. tunggu, TUNGGU hingga keorengan.

dan boleh dihidangkan, dengan susu, sos ataupun kari.
nak buat bentuk petak atau bulat, ikot hangpa la..

*nak jadi lagi kreatif?
mix it with the mixed fruit.
sometimes, rainbow was better than then sunrises.


-ubat halwa temani bunyi minyak masak .
mediomad - gerimis ,  wnanao - atas sana , bob marley - stir it up , dirty revolution - empty houses,
eduardo cruz - tango , yooralla - extinction of existence , cypress hill - hits from the bong.

selamat mencuba!!!!

Sunday, June 19, 2011

pyscho

ada sorang ni, masa tu bapak dia mati, dia pergi kubur, dia jumpa sorang ni,
lepas tu, dia bunuh adik dia, kenapa?

bersama berekonstruksi

mungkin masa itu, cinta shah jehan begitu agung,
agam tersergam taj mahal untuk lambang cinta mereka..

mungkin itu masa, cinta rumi begitu indah,
empayar rome dan kota-kota untuk juli dia..

dulu-dulu, kita juga pernah macam mereka,
indah, agung.
dulu-dulu, kita juga pernah rasai seperti mereka,
empayar cinta dalam kota khayalan asmara.

satu pagi, jam pagi satu lagi,
tango, folk dan calypso,
kita indah tanpa gelisah,
dan terus ditenggelami bidasan ombak riang surut dan pasang.

pantai, santai dan basikal berantai.
kisah epic, untuk kita untuk semua.
dan demi manusia, bicara, dan terus bicara.



-basikal hijau-

Tuesday, June 14, 2011

aku (kamu)

aku,
seorang pecinta?
seorang perindu?
seorang pengasih?
seorang penyelamat?
seorang pembenci?
ada cinta, ada rindu, aman, tapi ada benci??

pergi mampus, politik kau sama kotor, sama dengan prejudis di bibir kau, konon kau benar, benarkah?


-x-men, magneto dan xavier , sama impian tapi lain jalan namun tetap kawan dan masih senyum dan bersalaman. kau?

*untuk mu, evolutionist, pergi mampus.




mawar, jom raikan cinta

ada kesah cinta agung di dunia, kisah di antara kota.
perihal ini berkisar akan awalin makkah, dan kisah cinta bapa tauhid kita, ibrahim a.s dan cinta nya,
bunga, bunga dan bunga.
bermula dengan kisah air,

zam..zam zam..
satu telaga air, mata air, air mata,
tiada putusnya sejak berzaman lamanya,
masih aku ingat, perihal Hajar,
jauh dari kota lama, di padang sana dengan anaknya.

dahaga,
panas,
lapar,
sunyi,
rindu,
sengsara.

namun naluri keibuannya kuat, kuat dan kuat,
yang ada hanya pokok kurma, angin dan cinta.

dulu-dulu, sifu pernah cerita.
dia lari-lari kecil, mencari air,
untuk hilangi lapar dahaga mereka,
dan disitu, masih ada cinta,
hentakan kaki kecil , jadi punca,
punca air, mata air dan air mata,
hentakan itu antara magis kudus cinta dari tuhan,
untuk kita , kemanusiaan.

dan disitu, di kota baru itu, ada telaga,
mengairi kita dulu kini dan selamanya.

*mereka kata, air telaga muda itu memberikan kehidupan abadi, namun mereka silap, manusia tetap datang dan pergi. yang pasti, air telaga zam-zam itu banyak faedahnya, untuk kita, untuk mereka dan dunia.

rujukan ;



-sentiasa hormati antara sesama dan jangan kau fikir kau mampu berkuasa mendominasi dunia, kau juga manusia. kasar bisikan itu, tiada dapat mengatasi jiwa ini, jiwa ini tiada dan sudah lama mati. duhai mawar, mari kita raikan cinta. kerna tanpa cinta,  kita pasti tiada.


dirgahayu kepala hotak kau!!!


diambi dari ; zam zam .

noktah

tiada bertitik ,  tergantung

cuba cari titik akhir?
tarik picu?
tikam dalam?
tekan butang?
unlock the door?
steal the key?
reveal the secret?
understand the prophecy?
reminisce the story?
memory?
death?


the end will be the starting of the begining
shall we met again sometime, next time
an island, a tree, with the wind of north,

-cuba cari satu titik noktah di nota ini, ada?

Monday, June 6, 2011

haykal

back in bussiness, i'm travelling this journye, fi another level..
next step, as higher interpretations.

shall we play the game again before they ceased their fire.


journalistas, call me back when you breath your own wind, island.


sebenarnya, aku tidak sangat menyokong ideologi yang menyatakan 'haikal' sulaiman itu adalah untuk kegunaan lain, bahkan, ia adalah rumah-rumah kesufian yang tidak patut dirobohkan. sudah waktu kita pulang ke pertempuran bersama mereka , PEOPLE.

1 questions fi ye, which regimentation builds abrahah's army? and how do they build that haykal's back.

israeali engineer, must be the best.

why did u said that?  because you were afraid to think about it extremely. =)


-kisaf yusuf, perihal raja sulaiman, dan balqis. balqis sudah punya istana, tp mahu lagi? apa..

sempena lynas, kekasih keparat


(hamasitas)



(keterbelakuan ketika dengan 1juta semut bak kata H.R.)


trak merah, terak merah 
( +ikwan's band)


drama di hospital bergerak, demi mereka, manusia yang menjadi mangsa.

UNTUK REKONSTRUKSI MOTIVASI, bertema


 (bong-squad) = prostestan anti-nuklera. 

contoh 1.


dan turut mempromosikan ; 


dia mintak dia dituliskan

tamak, tamak, nak banyak-banyak..
semalaman kehujanan dengan mee goreng mamak,
terpukul dengan bidasan si roman picisan,
masih sedih bila ibu deketepikan lagi..

aku terima kata si tua,
pegang ini bicara, pergi mampus!!!
tapi aku kata, sudahlah, kita biarkan apa tuhan tentukan.

kau sudah tertulis, dan masih mahu dituliskan?

perihal pena belum habis dan mungkin tidak sempat dihabiskan,
kau mahu cerita bunga? padi? kaki? matahari? menari?

*kebarangkalian, dia suka acara perseorangan, biarkan. selamat jalan kawan. ;)