Saturday, August 28, 2010

cereka anak penjajah negara dan anak tukang pengilap kayu almari rumah orang kaya

bermula cereka saat di mana dua jiwa bertentang mata.. jatuh, rebah seketika satu jiwa seorang pemuda yang meningkat remaja di celana pasca sofa kayu belantara di istana kaya, yang kaya harta nya hasil dari ekploitasi hasil tenaga kerja anak-anak tanah malaya.. tersimpul kaku, layu keras seperti batu, akibat tersepit dengan irama manja yang turun berliku mengikut anak tangga sambil membelai rambut kusut masai dengan irama yang membelai suasana. seluar askar, pakar matematika, bersuara mengajar formula mengira bagaimana segi ukuran sebuah bulatan dibunjurkan di atas kertas putih bersih. dia, seorang anak kepada saudagar kaya, saudagar kaya yang membina istana pasir di hujung kota , istana pasir tempat orang-orang kaya berhibur di balik keindahan pulau yang berbisa. dia, seorang pujangga matematika, bisa berbicara mencacatkan satu kesepian, mewarnakan satu kehidupan.. permulaan nya penuh kata-kata romantika saat kepala pemuda dipenuhi kata-kata berbisa hasil kecewa diluka manusia gila yang kononnya bersaudara. indah. tersebut alkisah dua jiwa yang bergelora cinta dengan irama kemajuan dunia. mereka, bersama berjalan menempa masa mencipta memori bersama, bisa menolak dunia demi syurga bersama. romantika mereka penuh dengan cereka gila, cereka cinta , cereka indah yang ditempa ketika menikmati cinta.. pemuda gila yag asalnya dari satu keluarga yang hanya diketuai oleh seorang lanun dunia yang bekerja di factori swastika, mengelap kayu beroti bagi mendamaikan mata orang-orang kaya. anak muda yang hidupya biasa saja, dari keluarga sederhana, mula memasang impian gila untuk terus bercanda mesra dengan dia seorang anak saudagar kaya penjajah tanah malaya. ketika bermula bercanda, mereka berdua bagaikan remaja gila yang indah berasmaradana dengan suasana penuh irama luka duka dunia. kicauan cenderawasih menyerikan pagi mereka, riang-riang riang bersuara meriangkan suasana riang mereka. indah, sungguh indah jalan cerita cinta mereka. kesukaran bermula , tatkala, orang tua mula mempertikaikan darjat manusia. oleh kerana dia anak saudagar penjajah kaya, pemuda gila dihitung hina dengan wang dunia. kekayaan sahaja mampu membeli cinta, kemewahan sebagai simbol logika untuk memetik kuntum bunga di tanah aroma penjajah tanah malaya..

"argh..kenapa dan mengapa, drjat menjadi ukuran dunia.." kata pemuda gila yang hanya tahu ingin meneruskan pelayaran cinta bersama si dara maria yang punya irama beruang tiga bersaudara.

di saat ketika untuk kembali mengisi masa sepi dengan para menteri dan puteri diraja anak orang kaya saudagar penjajah tanah malaya. melangkah seperti pengemis hina di istana kaya untuk duduk makan bersama. namun, terhenti langkah kaku di depan pintu, dihitung, dihisab atas dunia, dinilai dengan wang yang membawa kaya konon ya ianya harta kepentingan segala.

"ada duit ke nak masuk? ", kata saudagar kaya penjajah tanah kita. di hina dengan mata wang dunia, perlu kah dinilai sebegitu hina.

kononnya kerana wang manusia bisa bahagia. pedulikan itu, rasta pasti bisa menentang kasta. tiada beza taraf manusia, kita semua nya sama. dunia ini sebenarnya satu tanah rata, satu kasta nya, tiada taraf beza mengikut harta, yang beza hanya yang mana akan ke syurga dan ke neraka. akan tetapi, dengan tiada budi pekerti, si keji yang kaya dengan harta menjajah tanah kita, memperdulikan harta dunia sebagai simbol materialisma bagi membeli keindahan dunia.

kini, terpisah sudah dua jiwa. akibat sengsara dari perbezaan kasta. akibat harta dunia. darjat , wang dan pangkat. terpisah, di asingkan dunia mereka daripada terus bercanda mesra menyusun kata romantika bersama. si pemuda terus tercampak di lembah belantara bersama mereka, saudara-saudara satu agama yang bisa menolak kasta. dan si dia, dara tercinta, di hantar jauh menempuh angin aswara udara melalui kapal angkasa untuk bermaharajalela di kota nusantara. terpisah menerusi gelombang frekuensi kasta dan harta. bila mana satu malaysia sebagai slogan media, tetapi si kaya masih lagi menindas pihak sederhana. yang kaya terus bebas dengan dusta dan plastika emporium butika penenun amerika. si miskin, masih dengan kehidupan sederhana, ikan goreng dan kicap sos soya sebagai pembuka selera. yang kaya dengan makanan budaya francisca. konon kata nya satu Malaya, bahkan terus dipagar istana bagi menghalang si sederhana untuk berkasih mesra bersama.. mana kata konon nya manusia itu tiada beza. mana kasih sayang cinta kepada sesama. yang ada hanya diskriminasi buta membezakan kasta dan harta. celaka konon nya bersaudara. dan kini, si dara jelita, pergi dengan kesepian anak mata mematuhi kata kaya saudagar penjajah tanah malaya.. jauh demi secebis warna, memutuskan rantai cinta romantika mereka. cereka mereka dibakar mesra, luput di telan globalisasisa arus modernisasi bangsa manusia. terpisah akhir nya mereka yang dulu nya mesra. yang tinggal hanya kicauan camar cenderawasih di sebalik balutan angin yang ribut membilut sekelumit jiwa. sepi perjalanan udara di balik pembuluh darah yang bergetar membawa karbon monoksida mengalir keluar dari celahan rongga. yang ada, hanya senyuman bersama bercinta bersaudara membawa panji-panji cereka cinta dunia untuk syurga bersama. ;)



~tribute untuk mangsa cinta antara dua darjat..
"semoga kau selamat di sana.. " , kata pemuda gila di saat kaku terkenang masa bersama ketika melihat bagaimana pemuda belia remaja terus menjadi gila terkenang kan bulan yang menyeri di malam puasa. merintih sedih kehilangan pasangan bahagia. dia.


tamat cereka cinta dugong dan duyong (part tiga) melalui kiasan hyperbola..

Friday, August 27, 2010

getaran prejudis untuk mereka ( celaka satu mata)

bersaksikan bulan,
jari jati diri menari,
memerhati jauh dari sudut hati,
dengan paluan kompang rastafari,
terkenang al-kisah sang pari-pari kertas berlipas cokelat pisang kelat,
lirik mata memerhati di sudut sepi,
malam dini hari, pari-pari sepi menari-nari,
tawa duka lara akibat luka dari si celaka dunia,
si dia tersenyum hina di caci celaka pendusta satu mata,
hina, jatuh tersungkur di lembah neraka dunia,
di iringi frekuensi melodi basi,
di waktu primadona gila bersuara dengan irama dusta saat malam tiada berpuasa,
lagi tersungkur sepi lagi,
terkenang akan pari-pari yang mati di laman tari-menari,
gila babi, sawan nya gila babi,
terkedu ketika diperhati jutaan pemerhati yang konon berhati-hati,
mati.. sila pergi mati..
biarkan aku terus begini, memerhati mengenang keindahan ilahi..
syukran...


*prejudis secara membuta tuli..
terima kasih kerana mewarnai..

satu lagi nota rimba

ini hadiah buat rakan2 di belantara..
suara dari rakan saudara yang berada di lembah celaka,
di bawah akta tahanan pihak berkuasa,
di bawah kawalan saudagar kaya mat ISA..

bagaimana rasa nya berpuasa jauh dengan keluarga?
bagaimana rasa nya raya di sebuah kota kawalan anggota?
di dalam sangkar berdebu, ragu-ragu mereka terpaku,
layu dipatahkan perjuanngan mereka dengan akta berkuasa..
celaka.. celaka.. bagaimana nasib saudara kita di sana?
jangan kita lupa, mereka juga manusia..
mereka perlukan kasih dari sesama manusia..
bagaimana dengan kuih raya? apakah mereka dapat merasa?
apakah mereka dapat bersama keluarga?
sungguh celaka akta berkuasa..
konon megah bermaharajalela di puncak aman negara..
celaka sang dewata anggota yang konon nya menjaga keamanan negara..
tetapi makan rasuah di hujung kota, tetapi makan haram di celahan bulan puasa..
celaka sungguh mereka saudagar-saudagar kaya yang mengawal akta berbISA..
memusahkan kebahagiaan dunia. memantau pergerakan manusia..
siapa sangat mereka berbanding Yang Maha ESA..
cuma pemegang mohor2 celaka yang konon yang berkuasa di bumi nyata..
celaka oh celaka.. apa yg di pinta, bebaskan saudara kami di sana..
yang salah nya tidak nyata dan di tahan semata-mata kerana satu suara kuasa akta celaka..
celaka demokrasi mereka mendusta.. saudagar kaya mat ISA...


bangsat.. korup..zalim..
akan kami leraikan jasad kau.. akan kami leburkan nama kau.. akan kami lenyap kan nafas kau..
saudagar kaya mat ISA....

Ikut Suka Aku (I .S. A) by Meor and friends

kerna dia, aku terduduk di tangga

embun pagi, dini hari, damai nya hati..
bingkas bangkit aku pergi, mencari kasih ilahi..
merangkakkan kaki berantakan mengikut paluan getaran bumi,
pergi mencari secebis pelangi menerangi bumi dengan senja nan pagi..
dengan samar-samar cahaya, aluan kicauan camar-camar asmara,
lantas membius sejuta saraf minda membedakan dua lumrah perbedaan...
tepu aku layu tertunduk tersipu kaku...
tewas dengan keindahan kicauan merpati putih jernih,
yang paruhnya membuatkan manusia terjaga sedar akan dunia yang pedih..
bisa bius cinta yang di terbangkan nya membawa duka,
tatkala membawa lara mengenangkan kisah manusia duka..
dia, terbang di udara, merangkak di alor kota di celahan kota bangla..
untuk dia, kan ku deklamasi kan sebuah rima cinta,
berbaur sempurna bahkan hanya satu nota yang penuh cacat cela..
dan untuk dia, akan ku rima kan sebuah kata cinta,
demi mengukir senyuman bergelora di jiwa.
dan untuk dia, akan ku bawa kisah kita ke kota bahagia.. 
melalui masa, perjalanan bakal ditempa bersama masa kita berdua bercinta..



kerana dia, tersipu layu aku kaku di celahan anak tangga itu..
rima yang konon nya berbunga buat si dia, mawar hitam berdarah di mata..
=)


*(gbr sekadar hiasan anak mata) ;p

Sunday, August 22, 2010

terima kasih daun keladi..

terima kasih daun keladi buat insani yang rajin untuk hadir menghiasi bashijauburuk ini..
terima kasih daun keladi, kalau rajin, nanti tolong lagi.. ;p

Tuesday, August 10, 2010

kembali nya Ramadan.

maafkan aku.. aku sebegini.. aku mengerti akan kesalahan ku. aku telah banyak menyakitkan mu. dan aku berharap kau belajar bersabar sempena satu bulan mulia. selamat berpuasa. ingat, perang dengan jiwa bermula. saat si pembawa api di kunci mati di neraka.. saat ini untuk kita bermula.. membina sahsiah diri demi untuk kembali nya di panggil untuk mengadap Yang Maha Esa,, hentikan pencemaran, kawal kemarahan, dan seharusnya menjaga pandangan.  Selamat berpuasa kepada rakan saudara...


benarkan aku mengucap , Selamat tinggal dunia.. Jumpa kamu di sana..

Saturday, August 7, 2010

cereka dugong dan duyong (part 1)

terkujur sebentuk gumpalan darah di dalam sebidang tanah yang azali di jadikan oleh Pencipta sekalian alam. turun dari alam cahaya kedalam jasad fizikal menjadikan kita ke dunia. perjalanan kehidupan jauh sudah tertempa, dan perjalanan itu berlandaskan satu perancangan, yang pasti hanya Yang Menciptakan mengerti segala nya. pasti lagi, yang tercipta pastilah punyai pasangannya, seperti Adam dan Hawa, siang dan malam, berbeza dan sama serta suku dan kata. setibalah di suatu ketika, saat sepasang permata dunia, bertemu di sebuah puncak yang nyata. bertentang mata , kaku lidah terkelu, saat mula kisah pertemuan dua jiwa menerus arus pergerakan cahaya.. jatuh satu perasaan ketika pertama kali bertukar pendapat jiwa. ini cereka cinta antara dua spesies kehidupan. bermula ketika mereka pertama kali bertentang mata, leka si dugong memerhati kelibat duyong yang berlegaran di laluan anak mata. kaku, terkedu sekujur tubuh memerhati dan merasai saat hadir nya satu perasaan yang di namakan cinta. layu.. tunduk rebah dugong ke bumi saat menatap duyong yang berlalu pergi. lantas mengharapkan satu pertemuan lagi. mungkin.. mungkin akan bertemu lagi..  bersambung....




"kita bukan berbeza ,  kita saling melengkapi" - pemandu bas dengan m.cik jual keropok dalam bus.
=)

Thursday, August 5, 2010

dulu benci , kini BANCI

bangsat, jiwa mu berkarat...
di mana kata sejagat yang hanya tahu melihat..
di mana kata sepakat kemakmuran rakyat?
konon kata membantu rakyat, bahkan lagi rakus memperkosa jiwa mereka..
di mana pegangan propaganda media?
konon rakyat di utama kan..
konon kependudukan rakyat menjadi kepentingan..
bangsat.. rakus mereka diperkosa..
oleh kosa kata media..
yang terbiar terus menerus dibiar..
yang mencakar dibiar kan terus mencakar,
demi secebis bekalan suapan..
demi secebis bekalan minuman..
mana garam? mana gula? bahkan nota examina di sepahkan merata..
kad kuning di raja menjadi tanda, konon nya lawatan para duta, membawa suara..
yang tinggal, hanya tangisan makcik-makcik tua..
hanya tangisan si kecil meminta susu ketika lapar..
hanya tangisan atuk tua merintih akibat jenayah politika.



*tangisan para pembanci yang membanci
=)