Monday, May 30, 2011

20 tahun, dalam dakapan

masih aku ingat, pagi itu, aku bangun dengan gelap... aku nampak, dunia dan cinta makin malap..

"mungkin tuhan, sekali lagi mengubah keadaaan, aku lihat dia masih se-akan2"...

pagi lalu, aku sudah terima berita akan ada kedatangan dan pemergian
...................................................................................................

aku bangun dan siram dia, bunga cinta.

alangkah indah bicara kita, ketika dia aku mandikan, rindu dan masih akan terus rindu, bila kita berbicara senda dengan buih-buih yang berbuahan, "mixed by the love, berries, milkshake , aromatherapeutic caused by the law of god." , bak kata sekularis komunikasistas. aku ingat lagi, masih kekal dalam igauan, di situ kita bercendana cinta, bagaimana bertemunya dua anak mata, berkasih-kasihan.

juga, sewaktu aku bekerja sebagai penggali kubur "anak-anak manusia", aku ingat bilamana tuhan ajar aku dengan kedatangan dan pemergian.

kali terakhir kita bermandian, jauh dari sudut gelap aku, menangis keseorangan. separuh dari jiwa yang dulu telah ku tanamkan, kini hanya tinggal lagi suku sebahagian. bertahun sudah berlalu, kesan penindasan israelis keduniaan sudah cukup banyak merobek jiwa tak berjirim itu. dan disitu dulu, telah ku mandikan satu cerita untuk disemadikan.

oh bunga cinta, maafkan diriku, aku sering berjauhan, aku sering di ketepian dengan ombak-ombak kehidupan. ini cuma cerita dalam perjalanan membina keamananan. perjuangan ini tidak akan ada henti sejak mula kamu ajarkan aku, yang mana untuk mengubati cinta, kita tidak perlu hanya belajar tentang sel-sel dalaman , kita juga perlu belajar tentang seni-seni kehidupan. dan sejak hari itu juga, aku mendokong panji-panji kemanusiaan dengan trumpetan di jalanan. menjadikan aman akan terus menyokong keamanan. "living in peace, doesn't meant anything without being peace", monolog dari si merahan.

aku cuma doakan, yang kamu, kamu, kamu, masih mampu bertahan. yang ubat itu ada disitu, di balik jendela dan pintu.

seharusnya, tiap waktu, pengajaran cinta itu tidak akan ku lupakan dan bakal dijadikan landasan perjuangan membina 'keduniaan' untuk dikecapi bersama padi sekalian - manusia.

aku rindu dan pinta akan kekuatan mu. kerna ku tahu, kita juga begitu, telah tiada apa-apa, melainkan hanya CINTA.

cinta, akan masih terus ada cinta............................


_______________________________________________________________________


tu dia zapin-porno-grindcore punya jiwang.. wakakakakaka.. masih dengan kata berbunga oleh si pembawa kata-kata cinta. masih ada di kotak luar sana? siapa tahu aku tulis pasal siapa?

hadiah untuk kota-kota di luar, ingatlah,
"setiap tubuh badan adalah rumah-rumah ciptaan tuhan. " - photostat.
jangan biar kita tewas dengan prejudis-prejudis buta kemanusiaan. buka ruang, lihat, kaji dan berjabat tangan dengan senyuman.


playlist ; - gerhana ska cinta - do the ska-lypso , republic of brickfields, - kasih , primer 55 - supa freak love , gerhana ska cinta - mary baju kebaya ,  srikandi cintaku - bloodshed ,when the sunrise became a sunset - mad-monster attack , hijau kuning - the offside , bujang kembali - redemption, faraway - nickelback , maria-maria - chapswagon (solo version by the chap), sampai bila - afiq dan bunga. untitled - mediomad , teringat - funkipunkids, price tags - chapswagon and the 'tesl' gangs. h.a.c.k.s - mayam and the bear , blog peribadi - saat udara nyaman.

Saturday, May 21, 2011

Friday, May 20, 2011

Kombi de Feira




 

 proposal projekt 2.5 ; http://kombirules.blogspot.com/2009/12/kombi-de-feira.html


model untuk kelas sekolah dijalan. student adalah audience. terima kasih kerna sudi membaca. ;)

hakim cakap pertukaran sama nilai

perihal hukuman setimpal dan sama rata disebalik perpisahan adam dan hawa seketika diturunkan dibumi. anda antara kita yang masih tertanya, bukankah kesakitan dirusuk kiri adam itu melahirkan hawa, apa benar ia setimpal? jawapan logika bagi persoalan ini seharusnya diletakkan pada hujah yang berbaur 'sexist', adam punyai sifat fizikal seorang lelaki - lebih kental, kuat , dan berotot. dan seharusnya kesakitan yang dikatakan tidak sama dirasai oleh hawa adalah untuk mengimbangi kekurangan pada sifat fizikalnya. ketika di perjatuhan, kesakitan dalam perjalanan mencabarkan itu, sama nilainya, adil.

"kau juga rasa apa yang aku rasa ketika menderita kerinduan", tersembul keluar bicara dari seorang guru lama ketika menceritakan bagaimana kedua mereka - Adam and eve, ketika dipisahkan sementara di pengadilan dunia.

pertukaran sama nilai, seharusnya diberikan ruang untuk dimiliki oleh manusia. "aku kerja berat, aku tak patut hidup melarat, kau kerja senang, kau juga tak patut makan kenyang." ingatlah , makan , berhenti sebelum kenyang.


pemberitahuan ; kelas-kelas pengajaran sama rata itu sudah pun bermula dari zaman mula-mula.

letters ; 2

 educational formula
(frankfurt's) + caliph method = liberation school.


9january2013 - an idea was brought out to promote beneficial education strategies. a cross-disciplinary action was taken in consideration as to evaluate and create new co-curriculum specification. at the early stage of this new developmental, some might said that this might be a job of marxinist-orthodox. it is because, this cross-disciplinary action was mixing the idea of frankfurt's school and the caliph method as a guideline. shall some people believe that this was made of from the discussion between KGB machinaries and those religious extremist , and after all, it just an idea of a society which believe that the communism should live like the right-wing. the school of anarchy might started to be develop at the early stage of this educational strategies to fulfill the global needs, plus as a production of tomorrow in reflecting future government as to balance the world and injecting equality goes as the basic of life. this educational strategy was created to help humanize the people, and about to create a harmonious situational learning environment. the founder of this projekt , the writer,  still sleeping in himself and finishing his research to complete the memorandum to be sent to the prime minister's office through multidimensional browser - internet browser,  using his own blog, bashijauburuk.

-artikle ini dipetik daripada kolum wad orang gila, zine para pelampaui mimpi. zine ini bakal diterbitkan sebelum tarikh penyatuan semula seperti yang di atas.

* yang sebenarnya, tak tahu nak buat apa, jadi tulis cerita sendiri , sendiri untuk orang lain, bukan untuk diri sendiri.. 2013 - 3703.

ada , untuk guru, cikgu dan ketua

ada satu istimewa tentang negara malaysia, suka kerna ada satu cara berbeza.
dalami sesuatu secara extreme untuk satu evaluasi aman dan penuh kata cinta.

ada satu perkara, aku mahu bilang, bagaimana kalau cara/pendekatan/methodologi seperti " the caliph method " ini, dijadikan asas untuk spesifikasi kokurikullum pendidikan kita? tidak mengira umur dan peringkat ?

adapt and improvise. together we humanize the world, fi love and all. ;)

*extreme disini merupakan sinonim kepada 'deep thinking' ,  evaluation after adaptation and improvise.

dan diakhiri ini dengan satu seruan bersama.



doktor hati ialah kejernihan, bila sudah jadi cermin dengan cermin.


~klik caliph method di atas untuk pemahaman lanjut~

pokok (pangkal cerita lama)

 pangkal cerita lama, sebelum terpisah adam dan hawa dari kota bahagia, dan sebelum bertemu semula di satu bukit cinta. perjalanannya merentasi setengah dunia, sebelum bertatap mata, bersapa dan 'KEMBALI' bercinta semula.

ada satu pokok, tewasnya manusia.

aku mahu tanya , pokok apa?

  1. pokok zaitun?
  2. pokok zaqum?
  3. pokok ganja?
  4. pokok pangkal?
  5. pokok bakau?
  6. pokok bunga yang layu?
  7. pokok duit-DUIT?
  8. pokok langsuyr?
  9. pokok bunga KAKTUS?
  10. pokok bonzai daun maple?
  11. pokok kat belakang kena tebang?
  12. pokoknya.. pokok kelapa..sihh...
*hari ke 8 dalam syurga.



terlukis di ketika terlihat dia dalam dia. april2011.

-lukisan keanak-anakkan yang terlukis, buruk seperti bashijau buruk.
* ada satu pulau, ada pokok kelapa, ada tempat bercanda, untuk kita, "dimana senyuman nya percuma". 
"bila kapal dah siap, nak belayar, cakap la, saya nak ikut." , jalan-jalan di mentari, beli buku untuk ayah dan ibu.

Ababil

classroom, teacher and student.

alright kids, today we will learn about "ababil".

what is 'ababil'?
which part of the book reciting 'ababil'?
if ababil looks like a pigeon, what things it will brings?

don't ye know why 'ababil' was sent to destroy abrahah's army?
the 'nellie the elephant' troopers.


oh people, don't ye ever forget about this history, it was written to be read.

*judges ; "before you judges, i shall promise you some peace of mind when you understand."


-reference ; book, kitab and guru lama. surah gajah ayat 3.

notes ; abrahah adalah seorang RAJA yang tidak pahami erti cinta sesama manusia.
untuk cerita nya, klik Al-fill

maafkan aku

aku mahu melihat mereka sampai ke-depan.
maafkan aku kerna terlupa mengingatkan.

aku tidak mahu melihat mereka masih alpa, leka mabuk keduniaan,
aku ingin mengajar 'cinta' demi keamanan.

berikan aku secebis masa dan ku pohon beri aku sedikit kekuatan.
untuk mereka, kita dan manusia.

*mungkin dia lupa, 'ain' itu apa maknanya,
maafkan dia, maafkan dia,
supaya dia terbuka kejalanan,
bagi dia masa, ruang dan peluang,
untuk dia terus kenal apa makna ini segala.

~playlist ; kasih - republic of brickfields, midnight in katari - gerhana ska cinta , for one truth - restraint , gadisku cengeng ; dr.sam dan musafir , maria maria - santana feat wyclef jeans , A is for Allah - yusof islam , don't worry be happy - bent wavelength.

-sehingga akhir di setiap penulisan =)

Musuh

tiap perlawanan ada pahlawan berlawan,
beradu, rentap , bergumpal dan berjimbal,

"terima kasih kerna sudi datang" , bilang budak baju merah.

terberlaku seketika kejadian,
di situ, dalam 'aman' kita berlawan,
pucuk pangkal sebelum berantakan,
aku cuma mahu musuh ku tahu,

aku buka seorang pembunuh 'manusia',
aku cuma mahu bunuh pemikiran singkat mereka,
yang kian/asyik membunuh kemanusiaan.

sangat setuju bila ada senyuman dan jabat tangan.

dan di meja ini, physiologi kita berlawan.

*save the kids from the war, they were too young too understand it. =)

Monday, May 16, 2011

cerita lama - fiksyen

cerita lama 1.

"tuhan, kenapa masih ada bencana?", bicara freethinker kepada alam ciptaan-NYA.

lalu didengari seorang putera israeli yang bakal menerajui perjalanan membelahi laut merah, dengan sedikit kekasaran,

"kenapa kau begitu berang menanyakan soalan sedemikian kepada alam? bukankah kau seharusnya bersyukur menerima dunia".

bilamana didengari akan pertanyaan itu, sekembali dia, si-pemikir itu ke HUTAN.

dipanahkan petir kepada si kepala exodus itu,

"adakah disampaikan wahyu kepada mu itu untuk mencela sehinggakan dia , si pemikir itu lari kembali ke hutan? bukankah kau diberi amanat cinta untuk mengajar 'CINTA' ?


cerita lama 2.

"wahai musa, kenapa kau tidak menjenguk-KU diketika AKU kesakitan?"

lantas di balas akn putera israeli itu, "KAU lah yang Maha Sempurna, Maha Besar dan Segalanya, segala sifat mu itu, tidak bisa membiarkan KAU dalam kesakitan."

"Sesunguhnya , ciptaan-KU adalah sebahagian daripada AKU, dan apabila ada ciptaan-KU yang di dalam kesakitan mahupun kesempitan,  kesakitan mereka itu juga adalah kesakitan-KU.

kini, disedarinya putera israeli itu akan terhadap "cinta sesama manusia".

projekt ; membentuk formasi sebelum horn ke-2.
mari menari dengan KU, mari mencari dengan 'HU'.


~perihal ini adaptasi si penulis dengan cerita lama, dari kitab lama, dan dengan bunga cerita lama. =)

perihal pena

dan tidak akan dilupa, bagaiman diciptakan 'pena' 700 000' tahun lamanya.

dari dalam gua gelap,
lidahnya diikat mengikut supaya mengikut supaya terikat akan baris bacaan yang ditanda.
tatkala, putera israeli menerima 10 bicara dari panah-NYA petir,
si pembaca gua, menerima indah pertelunjukkan dari si kepala - Jibril.
lari 'dia' terketar-ketar pulang ke dakapan cinta. pulang.

ulang-berulang, tergerak lidah membaca.

*tips ; jangan biar lidah itu kelu, menari di atas bunyi-bunyian-NYA. dan demi pena.

bus 3703 ; ketika awal scene blogger, greeny-apocalypsy, remember why?

mimpi jumpa madu ( bunga)

kau tengok betapa typical nya media gila di luar sana? bila ku tulis itu, itu mereka fikir, bila aku tulis ini, baru nampak, ia skadar permainan berteori kan orientasi 'smoke-screen' hasil transformasi idea komunisma berpropaganda menentang kapitalisma.

sari berita penting.
13may2011 - tanah rata, berhampiran pulau, bawah pokok kelapa, kedengaran bisik-bisik manusia mengembar-gemburkan propaganda media. rata-rata mereka berceritakan tentang sekalian kejadian yang disampaikan melalui picisan berisian propaganda daripada media cetak yang masih 'bodoh' menjadi lembu kerna begitu akur dengan akta percetakan yang melarang akan kebebasan dalam menyampai. menurut kajian seorang sejarawan muda yang belajar di sekolah haluan kirinya, 80% daripada manusia percaya dengan apa yang mereka lihat. pihak pentadbiran mula mengawal majoriti ini dengan menggariskan pemikiran mereka dengan alat bantu penyampaian kearah yang mereka sendiri tidak faham kenapa. "ah, kenapa aku perlu fikir akan palestina di sana, lebih aku fikir akan aku disini, hari ini masih belum meratah ayam lagi, peduli apa aku , lebih baik aku nikmati kehidupan ini dengan kaya raya ku sendirian." , kedengaran angkuh si kaya-kaya bila lupa akan tanah dipijaknya. bila mereka lihat akan promosi materialisma di kaca-kaca kotak petak hitam, mereka mula lupa, cinta kepada saudara amat penting. akan tetapi, majoriti yang telah dikawal minda nya ini, masih dibodohi dengan kenikmatan dunia, pangkat besar, harta, rumah dan kekayaan. bagaimana sekiranya dikatakan, wartawan, pemberita di sana, hanya si kaki ampu yang bekerja untuk kemewahan dunia. yang kaya makin kaya, yang miskin, tertindas dan dilupa.


oops.. jangan marah ya.. brooom...brooom..brooom.. moto besar.. sudah tiba..
pssst..psst.. kapal korek ada dimana2..
jentera kasar terdampar.
ayuh, bersua di meja. ayuh. ;)

aku sudah bilang, sepatutnya kita jangan biar 'skuad khas australia' itu tiba di malaysia, kan sekarang kena angkat kain rentang tentang projek nuklear.

Sunday, May 15, 2011

a walk, after the eight day

klik..klik.klik..click...
format 'tickin-class' jerumus ikut tingkap lalu angin.
creative bak kata penjajah.

setelah seharian di pantai, akhir nya kita jumpa penghujung dunia. laut dalam, pasti jadi hukuman buat askar-askar tiada berjiwa. refresh pirates carribean 3 ; at world's end. tuhan cipta pagar, locker, untuk penjara pesalah durjana, 'sudahku bilang, jangan cuba kau ke pokok sana'... tapi pujuk itu berkali-kali mendominasi carta keinginan serata sejiwa.

cukup. biarkan aku sendirian di sini, supaya terus bergerak dan menari.

next task ; perihal pena , bunga dan cerita-lama.
off fi another writing......................................._..

Monday, May 9, 2011

10 perkara

Free speech



                                                adakah kita dalam negara demokrasi?

("i won when i fight the law, but the oppressor has taken me down... ". -banksy) 



"aku cuma mahu bawa demokrasi itu ke serata negara" , ditulis oleh penulis.


gambar2 ini di curi dari ; http://becauserosesareblue.blogspot.com


apa kata mereka sekiranya ada yang bawa bendera seperti ini?

nasib baik bendera U.S.. kalau tukar bintang putih itu dengan bulan dan bintang? -dalam mood, kebebasan. exodus itu akan berjalan lagi. sehingga nanti, may ini akan ada sesuatu untuk sesuatu.

 

teaching verbs with rap song

date ;  -
time ; ( 1 period )
class ;  1-3
no. of students ;  30-40
level of proficiency ; average , intermediate
topic ; VERB
curriculum specification ; -

general objective ; after a complete lesson, student should be able to identify a simple verb.

specific objectives ; at the end of the lesson, student should be able to
                              - use a simple verb in communication
                              - use a simple verb in constructing sentences.

previous knowledge ; based on previous learning progress.

teaching aids ; radio/mp3 player/ notebook, video from youtube/a rap song

moral values ; obey and follow instruction.

set induction ; what is verb? verb is a word for 'an action'. example, clap, shake, jump.

pre-teaching ; give student a piece of paper with lyric of a rap song about 'verb'.

Verb Rap Song Lyrics
A verb is a word
It’s an action word
If you can do it, then you do it,
If you do it: It’s a Verb!

Listen up close, here’s what we’ll do
I’ll say a verb, and you say it too
Now when we’re playing, when you say it
I want you to do it too

Clap, clap, clap, clap, Clap, clap, clap, clap
Clap, clap, clap, clap, Clap, clap, clap, clapClap, clap, clap, clap, Clap, clap, clap, clap

Jump, jump, jump, jump, Jump, jump, jump, jump
Jump, jump, jump, jump, Jump, jump, jump, jumpJump, jump, jump, jump, Jump, jump, jump, jump

Shake, Shake, Shake, Shake
Shake, Shake, Shake, Shake, Shake, Shake, Shake, Shake
Shake, Shake, Shake, Shake
Shake, Shake, Shake, Shake, Shake, Shake, Shake, Shake

clap, clap, clap, clap
jump, jump, jump, jump
clap, clap, clap, clap
jump, jump, jump, jump

clap, clap, clap, clap, jump, jump, jump, jump, shake, shake, shake, shake
clap, clap, clap, clap, jump, jump, jump, jump, shake, shake, shake, shake

clap, clap, jump, jump, shake, shake
clap, clap, jump, jump, shake, shake
clap, clap, jump, jump, shake, shake
clap, clap, jump, jump, shake, shake

clap, clap, clap, clap, jump, jump, shake, shake, shake, shake, jump, jump
clap, clap, clap, clap, jump, jump, shake, shake, shake, shake, jump, jump
clap, clap, clap, clap, jump, jump, shake, shake, shake, shake, jump, jump
clap, clap, clap, clap, jump, jump, shake, shake, shake, shake, jump, jump

A verb is a word it’s an action word, now
Clap, clap, clap, clap, Clap, clap, clap, clap

A verb is a word it’s an action word, now
Jump, jump, jump, jump, Jump, jump, jump, jump

A verb is a word it’s an action word, now
Shake, shake, shake, shake, shake, shake, shake, shake

A verb is a word it’s an action word, now
jump, jump, jump, jump

A verb is a word it’s an action word



while-teaching ; show student the video of the song, ask them to listen, sing and follow the movement.


post-teaching ; ask student to create sentences through out the verbs given. 
  1.  clap
  2. jump
  3. shake
  4. sit
  5. stand
  6. run
  7. walk
  8. swim
  9. crawl
  10. ride
conclusion ; its all about 'verb' ...


Wednesday, May 4, 2011

'sex education' (18sx)






ini untuk politikus yang sibuk bercerita tentang video seks. serta, para pemain siasah yang menyokong pendidikan seks. seks itu tidak perlu diajar, sememangnya lumrah dunia, mereka , kita, tahu apa itu dan ini. terima kasih kerna membenarkan kebodohan.

bila si sinis senyum sinis.

politik kekitaan kita umpama anjing yang menyalak di ketepian,
umpama berok di ranjang keranjangan.
biasa, ujikaji, diujikaji, dikajiuji.
mereka juga manusia, mereka juga seperti biasa.
lumrah alam, bila ada 'fascist' yang tidak bisa menerima kritikan mahupun hentaman dari sesiapa yang lain,
lantas, keadaan menjadi seakan gerimis bila mana ada hujan membanjiri laluan lunak yang dulunya seperti taman-taman indah pantas berubah menjadi lopak belukar yang didiami si duri-duri yang menikam kalbu daging sepermata air.
apa bisa seorang yang 'gila' duduk seiring orang2 'hebat' disana.
kerna di dunia, maih ada KASTA.
yang 'lebih' di atas, di depan kononnya.
yang biasa, dikatakan sinis dan seperti tiada guna..

satu ucapan akhir, terima kasih sebab bikin tembok antara kita. yang pasti, politikmu itu tetap ber'kasta', tetap berprejudis antara sesama. ini adalah kerna ada yang masih tidak faham demokrasi sebenar.

aku rela berlari terus dikiri dan menari daripada membunuh saudara sendiri.

Tuesday, May 3, 2011

heyjunkie



abid ; aku rembat.. malas nak cari.. ;)

Monday, May 2, 2011

masa dah tamat, perang baru hangat.

pritt..pritt... tiupan wisel di padang menandakan sudah masuk waktunya tamat perlawanan..

para pen'siasah' seperti mula kelihatan agresif, mereka sudah faham entrial untuk mengangkat 'bendera'. mereka sudah mula bergerak mengikut rentak.




"don't worry, we'll fight for our justice, for the people". -malam itu, itu, dan itu.
para pen'siasah' kita juga perlu bersedia , perlu tahu..


salah satu cara sebelum keadaan makin parah. sila fahami memorandum 'aman' ini. untuk semua, manusia.




by ; penulis, =)
jurugambar ; tak dikenali sebab gambar rembat dari facebook.
gambar molotov cocktail ; uncle google
gambar gadis comel ; unty google images.


akhir kata, pemain bola itu dilayangkan kad kuning sebelum menghampiri garisan sempadan pihak lawan.
"aduh, kau tindas kami dengan protokol, bakal kami lempar dengan alkohol, etanol dan metanol. mentol pon boleh.. " , people. ( pro-extreme palestinian leftist.)