Tuesday, November 29, 2011

sepetang cuma

kian waktu untuk kita terbang adalah suntuk,
sejenak.
dengan penuh jenaka cinta, kita lenyap seketika resap dalam kesatuan,
lantai tarian jadi paksi,
pemuzik alhambra jadi paderi dan saksi-saksi,
nyatanya sulit untuk kita terus lenyap satu bersama,
sepetang cuma , cinta tarian kita.

*aku ini bukan makhluk asing

Thursday, November 24, 2011

kerana dibunuh, aku hidup

sukarkan kehidupan, hidupi kesengsaraan, nyalakan api semarak mu,
bangkit dari lamunan , sergah mengawal ketidaksedaran.
maka, jadilah dirimu itu singa hutan yang meresap dalam tarian.


lihat gambar laksamana buluh, dimana mereka berada?
jalanan!
jalanan!

dan dijalanan itu, pendidikannya percuma. percuma.
ilmu dan pengetahuan bukan untuk dijual beli.

maafkan aku sayang, aku hanya seorang pendewasa jalanan yang impikan kebahagian sesama manusia tanpa adanya wang. tanpa adanya harga. maafkan aku sayang.

*buat para pendosta-nista, pertempuran dijalan tidak akan dapat dimejahijaukan. #99%

Sunday, November 13, 2011

laksamana buluh






tiada yang terbaik daripada yang terindah.. esok dan keasyikan keseterusnya.

Friday, November 4, 2011

pintu. remembering the exit i draw.

Mari Kemari, datang,
Datanglah Mari Kemari Datanglah,
Siapa Pun Dirimu. Pengelana, Peragu, dan Pecinta
Mari... Kemari Datanglah,
Tak Penting Kau Percaya atau Tidak…
Mari, kemari … Datanglah,
Kami Bukanlah Caravan Yang Patah Hati...
Atau Pintu-Pintu dari Keputus- asaan,
Mari Kemari Datanglah... 
Meski Kau Telah Jatuh Ribuan,
Kali, Meski Kau Telah Patahkan Ribuan Janji, 
Mari Kemari… Datang. . . 
Datanglah Sekali Lagi…