Wednesday, March 30, 2011

Dead Mayor (berita dari lenggeng)




ini dari kwn2.. utk kekawan..

maddame - dead mayor..


-pagi2, mengarut lagi. bangkit menerjah sisi-sisi mimpi. pagi ini, pagi ini.. disini.

Friday, March 25, 2011

titah. (urusan seri paduka)

Surat cinta,

Pembinaan berdurjana menyiksa manusia, terima kasih kerna mengubah hutan hijau jadi hutan batu.

”Kuk kak,kluk klak, kuk klak, kluk kak.” , kata mesin ‘pilling’ yang sibuk memacak pasak ke bumi.

Aduh, sampai bila kau mahu merosakkan aku? Pencemaran, nuclear, ketamakan, semua kau campak pada aku, si bumi mula menyumpah.

Sedang sibuk dua insan berbicara, ada pemerhati yang sentiasa melihat dan menemani di setiap penitian perjalanan kehidupan. Cebis2 bait kalimah cinta mula terbit dari celahan kehidupan yang penuh dengan bunyi mesin bersistem yang terus meneruskan pembangunan keduniaan.
Di balik tabir itu, disingkap akan tingkap yang selama ini mengaburi mata pengadilan insan. Sedang sibuk arkitek melukis plan pembangunan, sosialis buruh ditindas dengan kerja kasar di antara jentera2 pembinaan dan keduniaan.

atap zink biru, rumah kayu yang dibina tiga hari tiga malam untuk tempoh penempatan sementara siap bangunan besar untuk raja2 di kota, tersepit dengan liku2 kehidupan , ada pujangga yang datang dari belantara menggadai nyawa untuk terus menyara keluarga yang jauh di kampong halaman.

“kau pernah bancuh simen dalam kereta sorong? Tak, sebab kau hanya tahu ‘draft plan’ pembinaan, bagi titah dan bagi arahan . kau patut bertitik peluh bancuh simen bersama, baru kau tahu macam mana rasa makan blueberry segar dari hutan. “ , kata buruh kasar kepada raja negaranya melalui walkie talkie jentera.

Sudah bosan, mula ada rasa jelek apabila melihat si durjana masih ditampok pemerintahan, mereka lebih kejam dari zionis.

Dua insan yang mulanya tadi berpandangan akan bagaimana perasaan seperti buruh kasar bina longkang tepi jalan, mereka mula sedar, yang sebenarnya, rakyat sedang ditindas oleh raja.
Mula bicara secara individualisma, si mati tadi mula sedar yang si hidup masih tercari akan apa jawapan untuk dilakukan demi kebaikan kemanusiaan. Si mati mula bergerak seorang diri, dari jalan ke satu jalan, terus berjalan untuk membawa satu perubahan.

“Dalam tempoh ni, hanya ada 3ratus3belas orang yang sedang berjalan mencari ‘ketuhanan’, mereka tidak gentar, mereka tidak takut mati, kerna bagi mereka mati itu nikmat , apabila dapat kembali berada di arash maha –NYA, satu dan selamanya.” , malam di pondok using, kopi akar kayu, pucuk dan tembakau blueberry 2ringgit setengah, antara si mati dan si pengsan.

Gerakan bergolakan, si mati itu hanya para pejalan yang hanya menari seiring dengan paluan getaran skala rikter dari tuhan, si mati terkesima sejenak, apabila terbuka pandangan akan kemanusiaan, apa salahnya kalau kita bawa mereka bersama, kembali kepada tuhan.

“Tetapi bukan sikap tamak kau. istana, cokmar, singgahsana kuning, balairong seri, semua hanya lambang keduniaan, apa kau fikir kau raja kau mampu bagi makanan yang cukup untuk semua rakyat? Tak mampu, itu puncanya dasar ekonomi baru dan rancangan kenegaraan kau itu gagal, sebab kau bukan tuhan, kau bukan begitu ‘maha mulia’, kau juga makan nasi dari beras. “ , kata si mati kepada raja2 dunia melalui telegram kod morse yang usang dibalik kehijauan.


* * * * * *

Petang, di rumah mereka, mati dan hidup di era perpisahan.

* * * * * *

Hidup, sampai bila kau mahu terus mati? Ingat lagi saat kau dikejutkan dengan panggilan kebangkitan itu? Sudah lah nama kau pun hidup, kau perlu bangkit dan terus hidup. Si mati masih mengejutkan hidup yang masih khayal dalam pencarian dan kebuntuan memikirkan akan masa depan.

“apa kau fikir yang raja yang sedang kau bentangkan karpet merah itu bakal memberikan kau kehidupan di masa hadapan? Kau jangan lupa, yang memberi kita kekenyangan bukan duit, tapi nikmat kasih rahman dan rahim dari tuhan, yang menulis masa depan bukan aku atau raja itu, tapi tuhan, dia tahu apa yang patut untuk kita semua. “ , mati membebel sendirian dengan rokok ditangan melihat bulan.

“Mungkin aku juga perlu merasa bagaimana untuk tidur di sana, seperti keramaian, baru aku rasa, kerna sekarang raja itu masih membenarkan aku mendapat keistiwewaan mengikut perlembagaan.” , hidup mula bersuara kemelayuan mengikut kata dari artikel perlembagaan.

“Hidup, kau kena faham, memang kita senang sekarang, bagaikan putera raja, tapi apa kau rasa sekiranya kau sebagai putera yang membiarkan raja memerintah dengan tidak adil dan bersikap tamak terhadap harta-hartanya? Kau makan “pineapple”, tapi mereka (rakyat jelata,manusia), makan dari cebisan2. Itu sikap kau sebagai insan? nama kau hidup patut tukar dengan nama mati , sudahlah tidak faham akan apa itu hidup, baiklah kau menjadi mati.”

“Sudahlah, biarkan aku berjalan sendirian mengenali mati, dan aku berharap kau dapat hidup mengenal hidup dalam kehidupan. Jumpa lagi kawan.” , mati mula melangkah keluar untuk satu perjalanan.

Dub...dub...dub.... prak.... pakpak.... pintu dihempas rapi dengan berang.

Kini.........

Tinggalah hidup itu sendirian di kota-kota keriangan, yang ada, hanya sekotak irama yang bisa membawa dia dan fikirannya damai seketika menjadi ‘hippies’ dalam keadaan freethinker yang amat. Sunyi sepi, menari-nari sendiri di kesunyian jalan sepi.


* * * * * * * *


“Kerajaan sepatutnya tidak bermain api perkauman, negara seharusnya aman, harmoni. Rakyat perlu lebih kreatif demi menghadapi kesukaran kehidupan di masa hadapan ” , bisik raja pada penyampai berita, wartawan dan sidang media yang berjumpa di tangga buat seketika.

Bukankah raja yang perlu lebih kreatif untuk membantu membasmi kemiskinan? Oh, rupanya rakyat perlu jadi kreatif untuk terus hidup, bukan patutnya raja yang seharusnya memikirkan harta apa yang perlu digadai demi membantu rakyat yang sedang kebuluran , kehausan dan kesedihan.

Suatu hari, seketika si mati itu berjalan, terjumpa akan dia seseorang yang bisa bersuara dan membawa salam solidarity kebangkitan menentang kezaliman, mereka mula berbicara dan berkongsi cereka dan cerita demi membantu memberikan cinta kepada sesama.

Entah dari mana, tiba satu irama merdu yang bersifat ‘catalyst’ membantu mengeluarkan idea,
“bawa homeless itu ke istana, sekurang-kurangnya mereka tidak lapar, biarlah mereka bekerja dari sana, apa salahnya. “

Gelak gembira tawa duka politika itu riuh rendah bila ada persetujuan.

“Bila mahu pinjam trak dan pindahkan mereka?” , kata sarjan kepada jeneral.

Pasti mereka gembira melihat pendayang melayan istiadat istana, belajar tentang protocol. Alcohol, ethanol, mentol dan botol. Semua boleh dijadikan kerja, semua boleh buat kerja, jadi apa salahnya mereka berkongsi kerja. Kan lebih bahagia jika cinta itu dikongsikan bersama.







......bersambung bila hidup bangkit terjaga dari lena mimpi, mimpi itu bukan mimpi basi. hidup Akan masih terus hidup.
*komrad, sampai bila mahu disini? Duduk menyepi? Mana kata rekonstruksi mu itu?
Masih dalam ruang gelap browsing the page? Log out and move mates.

~ye, aku memang rindu, so kau kenapa senyap? –alone, stone ,in vain, waitin’ fi ye call






Posto..posto...posto...posto.. ini ada surat untuk si mati , katanya dari si hidup. , postomen membelah suasana pagi di ketika mati mula merindui.

Apa khabar agaknya si hidup ini, rupanya masih hidup dan tidak mati.


* * * * * *

Mati,
Sejak pulang dari kota dan terlihat akan kesedaran dalam keinsanan, ramai saudara sedar akan cinta sesama saudara.
Kaku, aku cuma pelik.
Apa ‘kasta’ itu seperti ‘italia pasta’?
Oh ya, negara jajahan mesti perlu ada raja.
Supaya raja itu dapat dicucuk hidungnya diper’adat’kan dengan kod undang2 dunia yang direka cipta oleh apa nama itu lembaga?
berperLEMBAGAan kononya?
Sedang raja dalam rumah bergelandangan dengan ‘media2’ gila, rakyat jelata merana terpaksa berkerah tenaga dan menggadai nyawa untuk satu nilai ‘ketamakan’ manusia bergelar ‘raja’.
Hidup, rakan2 semua, saudara,
Kasta ini tiada guna
Apa guna tunduk pada manusia?
Kita hanya sujud pada-NYA.


Yang benar,
Hidup
(tersungkur ke bumi)


Ketika selesai membaca surat itu, mati mula menyedari yang hidup kini turut ada dalam perjalanan mengubah keadaan. Sehingga itu, mereka masih menghubungi satu sama lain, demi menyelesaikan isu dan bentangan ini.

“ Revolusi itu tidak pernah mati, selagi ada yang memahami, selagi itu ia berjalan pergi. “
-1699, sebelum penjahan dari Dutchman.

fi ye (dead roses)

Letters to Julia, red roses.
Dear diary, sorry again for disturbing your thought with those cynical ideas, but back then, i am still refusing myself from keep reminiscing our memory, even it is hurt, but the smile that i’ve seen through the picture, was enough to make me stronger to life. Wounded, here, still i am, being i am. Stop.


-saat udara nyaman – satu jam terakhir. Ingat track no.10 cd hijau kuning merah?

Tuesday, March 22, 2011

Soulfly - Moses.wmv








perjalanan musa a.s. tidak seharusnya dilupa, kerana nabi musa, nabi ibrahim juga sama, bersama berjalan menuju-NYA.

selamat tinggal dunia.

aku rasa, sudah masa untuk berehat dan bercuti, untuk pergi dari sini, tempat di mana penuh dengan kasta. "argh...raja itu masih raja?"..

bebas ingin pergi , sungguh kecewa bila ramai akur pasrah menerima, tp pasti, suatu hari kau akan sedar betapa bodoh nya menyembah seorang manusia, dia manusia bukan dewa.

biarkan aku terus begini, di sini, dengan cara ku ini, pasti, akan hadir suatu hari itu nanti.
pasti, perjuangan akan terus masih hidup. bakal kembali..

selamat tinggal..


untuk lady in red, head up, i'll stop counting ye leaving steps, no more, not anymore chipsmore.


  Mediomad - Seeing All Over You by thucheng



*cuti untuk satu persediaan. tidur dan tulis. 

Monday, March 7, 2011

Bebas Palestin , kerahkan tenaga mu dan fikiran.

dari luar parlimen. (repetisi)


guru dan bakal2 guru.


lagi 1.


sidang media 1. (konon2 bercita-cita)





sidang media 2. (ahli lembaga keamanan masa depan ;p)


wall, tembok? (aku ingin ke sana semula, untuk semua)


*masih dalam otak. apa sebenarnya ini? -tali merah, larangan untuk rakyat?



Parlimen Negara 28/02/2011

perjalanan seperti biasa, berARAK ke dalam bus menuju destinasi.
tidur dalam bus - macam maju dan progresif.

"masih ramai yang tidak sedar lagi"..

penipuan , penindasan itu berlangsung secara "demokrasi berparlimen"

kenapa? mengapa?

mereka masih berMAHArajalela, sedangkan masih ramai yang lapar diluar sana.
apa mereka lupa, humanisma nya dimana?
leka, lupa, alpa atau sengaja?
rakyat, tiada siapa yang tahu situasi sebenar mereka.
lapar, dahaga , terseksa berpeluh - jatuh.
kekitaan itu tiada bila ada kasta (class) ,  ada "raja".

eksekutif, konservatif , mereka aktif , tapi pasif.

duit rakyat. harta rakyat, apa hanya untuk pemimpin demokrat?

oh rahsia, oh rahsia, mengapa dan kenapa?

masih ada yang alpa, hanya ingin kaya dan berharta.
tapi kekitaan itu kian hilang, akibat 'sikap' , 'prejudis' dan 'kealpaan'

*"dari rakyat untuk rakyat, demi cinta sesama manusia..
(ayat ini jek pas ke ceroh)" - dari satu hakikat.


yang benar

-kekiri.

repetisi dari ; Parlimen Negara 28/02/2011



Sunday, March 6, 2011

ini antara aku dan media gila.

sudut gelap, ada nyalaan yang makin malap.
entah, kian "lupa" untuk melupakan.
bisik-bisik ada terdetik.
di situ, di situ.
hujan merintik.
dan lagu malam akan terus berlagu..

selamat tidur, malam.








*dunia, akan tiba saat indah. pasti.


juga turut mempromosikan cinta. ;


"promosikan cinta sesama manusia" - love not bomb malaysia.



mediomad T's    : rm20 only
"best price from us for da troopers..here we come..let's join us together..E for equality. ". kata S.R.A


=)

Friday, March 4, 2011

Equality ;)

Okay, equality is the belief that all or some people ought to be treated equally. Get it? It is about fair. Same quantity. Not less or not more. Equal. What I can see, most people around me, didn't treat their people or community equally. They love to focus more on the highest one rather than helping the lowest. Come on, open your eyes! Some people tend to help the moderate people. Give them the money, education or yet, built a new house for them. But, what about the lowest income of person? Where are the helper? Where are the money? Education?

"Equality is not in regarding different things similarly, equality is in regarding different things differently."


You will wake up and open your eyes brightly when there is an advertisement at the tv's about there is certain people need your help. They need to survive. They need your money. They want everything. They have to educate their child to continue their study. At that time, you tend to help them. Your face are shown on the newspaper. Come on, you are a fake! You are not honest. You just want others to know you. You want to be famous. Am I right? Hello, open your eyes. We are just the same. We breathe the same air. We stand on the same earth. We hold the same wind. We are not different from each other. Only specialty makes us difference. Hey beautiful people, you have not to be arrogant to the person from lower class. One day, you will become like that. Trust me.

Do you still remember, our old generation of 20century, they are not easy to survive. They hardly work out to find money. Money to support their life. To support us, their child. Their power. For them, 20cent is quite much. They can use the 20cent to buy nasi lemak. Not for us now, we just ignoring the 20cent. We only focus to rm10 or more. Come on, if you keep the 20cent and save, it will become rm200 per month.

Ladies, gents.

Open your eyes! Treat people equally. Please.


taken from ; SEMUT

Tuesday, March 1, 2011

erti sebuah kosong.

0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
o
0

o
0
0
0
.on archaic relic, wailing broken down. *kasi part break down, baru tempur wall of death.

kekosongan bila tiada kestabilan

suara angin malam , seperti biasa menghinggap dari bucu tingkap, menyelit di lorong sempit langsir yang menyiur mengerbang, mendokong bayu dingin meresapi intipati sel-sel yang bakal mati. di sini, di celahan hutan batu ini, hidup sepasang hidupan yang watak-wataknya terpisah akibat kehendak dunia, nyata dan lantas memberi seribu ribut impak yang menggoncangkan segala nostalgia cerita filem lama. sambil berdiri mengamati sudut-sudut pandangan permandangan yang acap ditatap pabila keseorangan dalam gelap, lukisan keindahan dari tuhan itu memberi ketenangan yang akhirnya mententeramkan ribut-ribut gelora yang terhasil akibat terma-terma prejudis sesama. apa akhirnya perlu untuk kita (manusia) hanya pasrah menadah hujan yang bakal turun atas hasil ciptaan manusia? biasa saja, senyum dan terima segala apa yang ada. lumrah hakikat kekitaan itu, manusia tidak pernah rasa 'ada' selagi mereka tidak pernah tahu bagaimana untuk 'ada' didunia. nyatanya,  sengketa , duka dan celaka ada di mana-mana. sepertimana juga kebaikan yang azali telah lahir dari setiap nukleus-nuklues sel hidup yang tercipta. di mana 'ada' kejahatan, di situ 'ada' secebis kebaikan.

dan di bait-bait kedinginan itu, kegigilan dalam kesepian, akan ada warna yang mewarnai. dan kini, wujud setiap perubahan dan peralihan. sehinggakan, tiada lagi kestabilan, kosong.

dalam keadaan stabil , waras dan sedikit anthophobia, bisakah  para perisik filem lama itu 'kembali'?

"kau tetap ada biarpun tidak menari disisi. " , dari dalam inbox.

*teh ais bungkus, nusantara,  tigaempatpuluhlima pagi, menari-nari sendiri,

warna yang hilang, revolusi masih belum mati






soundtrack ; gerimis by mediomad. http://soundcloud.com/thucheng/mediomad-gerimis