Monday, July 12, 2010

maaf..maaf... tak nak maaf? doh biarlah..

mungkin sekali lagi aku hadir untuk memohon maaf,
mungkin sekali lagi aku senyum untuk mengukir senyuman memohon kemaafan.
kata maaf itu terletak di tangan mu sayangku, ikotilah kehendak mu. asal kan kamu bahagia di sana.. maafkan aku sekiranya tidak mampu mengubah kesilapan lalu.
maafkan aku, aku bukan seorang yang sempurna.
dengan penuh keterbukaan aku lantas menerima segala kebencian.
demi secebis kepuasan hati seorang berperibadi murni.
hari ini, lagenda masih menyeri saat sepi kehidupan.
memberi makna untuk kehidupan meneruskan perjalanan.
 hari ini, aku sudah tidak lagi peduli, maaf atau tidak, biarlah ia berlalu.
kerana aku pasti, ada lagi yang lagi mengasihani dan maha mengampun.
sekiranya kamu sudah mengatasinya, pasti kamu sudah memaafkan dia.
jelas disini, kamu sendiri yang masih tidak mengatasi nya.
kamu masih lagi tertawa sepi sendiri dengan dendam yang menyelubungi.
apa yang aku pinta, berterima kasihlah kepada yang maha esa,
kerna pernah menemukan kita, pernah membuat kita bahagia walaupun seketika.
kerna dia lah kita mengerti erti sebuah perasaan cinta,
dan kerna dia lah, kita tertawa duka lara dan berbahagi saat bahagia bersama.
terima kasih cinta!!!
tolong sedar, betapa indah nya ciptaan tuhan. indah nya kamu dalam kamus kehidupan ku.


~i am legend, thx fi da day. i won;t forget the way we arguing fi the shows.

BASHIJAUBURUK AMI3703
untuk para peneman yang sentiasa menemani, terima kasih kerna menemani, memahami dan mengubati luka ini.

Sunday, July 11, 2010

somebody ask me, who is the "LADY IN RED"

siapa ya? siapa dia? dia adalah seseorang yang menjadi satu mawar cinta dalam satu peribadi kehidupan. dan bila menggunakan "LADY" sebagai terma, pastilah untuk kaumm hawa bukan. "hawa tercipta di dunia untuk temani sang Adam, begitulah lah jua dirimu, hadir untuk temani aku" , kamus sastera dewan bahasa agama. sekiranya kamu tahu erti kemerahan yang di bawa, pasti kamu tahu siapa yang membawa unsur kemaraan api cinta ( mawar merah berdarah )...

its all about that, "self-realisation pertaining the way we think logically based on real matters, exactly from the basic"... kata Lady in Red.

Tuesday, July 6, 2010

insan, bukan insani

satu lagi cerita alkisah pembunuh misteri yang mematikan segala pergerakan haemoglobin darah lamtas melumpuhkan isi-isu ideologis yang tragisnya menyebabkan pertumbuhan kudis-kudis kemanusiaan yang kononya manis. ini alkisah sang pembakar kehidupan yang lantas berlari menari zapin dengan irama tawa media yang secara tak langsung menangisi kesepian abadi dalam diri. dia , menjadi penyeri tawa hingar yang meriuhi kejernihan sebuah senyuman. dia ,  sepi senyum dengan tawa sendiri , memikirkan kemanusiaan yang kini tiada lagi. apakaha erti kehidupan seorang insan sekiranya tidak mengenali erti menjadi insani. hilang segala budi pekerti, hilang satu erti..

kemanakah EHSAN INSANI?


~tribute to her, LADY IN RED