Thursday, December 30, 2010

Gagak Puteh: "jom heboh untuk MAHASISWA"

Gagak Puteh: "jom heboh untuk MAHASISWA": "Jika diteliti dari pembangunan lahiriah dan kesepaduan Mahasiswa kita pada hari ini, ternyata masih hambar. Oleh sebab itu suatu perancanga..."

Friday, December 17, 2010

Ahli Fikir - Derita Merindu

kecelekaan mencelakakan (kau)

siapa kita di dunia?
kenapa kita lupa?
kenapa kita leka?
seketika kecelekaan mencelakakan,
seharus kita perlu kuat demi membuang prejudis antara sesama..
akan tetapi kenapa?
kenapa perlu di tindas sebegini?
kenapa perlu diperlakukan sebegini?
apa mahu mereka, kenapa perlu kita?
inilah dia, bernafas pada udara yang sama,
bercinta bersama, kongsi segala.
cinta , suka, ketawa, tapi duka?
kenapa bila luka , kau lupa, kau tiada di sini.
kau hanya ada bila kita suka dan ketawa.
kau hanya ingin seronok bernafas didunia..
tapi kau lupa, bagaimana paru-paru ini sukar untuk terus bernafas pada udara yang sama.
kau hanya terus jadi kau, suka dengan dunia kau..
tapi kau lupa dan tidak mengerti luka pada lainnya.
kau leka, suka ria tanpa risau akan luka lainnya.
kau suka kau gembira tapi kau biarkan yang lain merana.
kerana itulah kau, kau..
kecelakaan mencelakakan..


tribute utk kau, 'siapa sesiapa..

Monday, December 13, 2010

tangisan perjuangan , tribute untuk "husin"

sayup....



rintihan masih kedengaran...
sejarah masih ditagih, penagih cinta masih berkasih - menangis..

buat kawan, sampai bila kamu sendirian?
buat kawan, sampai bila mahu mengenepikan lain-lain kehidupan?
mana kau di tiap medan pertempuran?
memang, menangis itu pengubat jiwa..
tapi sampai bila?
bukan kata ingin jadi celaka untuk melupakan..
ini kerana untuk menyayangi, tidak perlu lagi menangis dan berhenti..
kita perlu bangkit meneruskan perjuangan..
yang ditangisi itu syahid di medan pertempuran.,
bukan menangis di rumah sendirian..
jangan lupa detik perjuangan menggapai kemenangan - ini bukan berangan.

mana kau kawan? mana pada lain kehidupan?
bangkitlah, bangkitlah, bangkitlah!!!
jangan lagi kau menangis sendirian, aku juga keseorangan..
ayuh kita bersatu, bangkit dengan jitu,
ayuh kita laungkan kemenangan!
kerana itu, kita fahami itu, untuk terus perjuangkan itu..
satu!

-hari khamis, pokcik "husin", telaga, kebangkitan..

untuk 'aku' ( manusia )

biar apa pun yang mencemburui kita,
biar apa cara dan apa mahu mereka,
hendaklah kita senyum dan terus bertahan..

kadang-kadang manusia leka, lupa..
kenapa tuhan buat dan cipta ini semua..
menumpang berseronok di dunia..
di harap kita sedar di mana dunia,
siapa seangkatan kita..

adab serta hormat jangan dilupa,
biar apa mahu nya,
manusia hanya tahu ingin seronok bebas di dunia.
tetapi mereka, kita lupa.. kita mereka luka..
mereka , kita - manusia, tiada pernah begitu sempurna..


~kamus hitam, prejudis, mp3 kena rembat, tidur petang

Monday, December 6, 2010

viva la revolution!

masa nya sudah tiba, detik nya sudah bermula...
bila mana penyatuan dibentang di depan mata..
buang segala prejudis sesama, ayuh bersama berlari dan menari..


Selamat Menyambut Awal Muharram 1432H
Salam Maal Hijrah :)Selamat Menyambut Awal Muharram 1432H
Salam Maal Hijrah :)

Friday, December 3, 2010

AYUH.. BANGKITLAH.. BANGKITLAH... !!!!










Poster-poster di atas adalah satu seruan kepada seluruh Mahasiswa Malaysia untuk sama-sama bangkit mempertahankan hak dan kebenaran serta menentang penipuan dan kejahilan yang selama ini dikenakan terhadap penuntut universiti tanah air khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Banyak usaha telah digerakkan sepanjang tahun oleh persatuan dan individu tertentu atas rasa prihatin dan tanggungjawab. Tetapi apa cara dan usaha sekalipun, mereka tidak  kuat untuk berdiri sendiri. Kini akan tiba masanya untuk mahasiswa sama-sama bangun dan bersatu berganding bahu untuk menuntut segala hak yang telah dirompak. Akta Universiti dan Kolej Universiti hendaklah dimansuhkan! Jika anda punya rasa tanggungjawab sebagai seorang penuntut universiti yang sayangkan agama, bangsa dan negara, sertailah Perhimpunan Mahasiswa Negara sebagai satu isyarat kepada negara, mahasiswa Malaysia punyai semangat juang yang tinggi, berani kerana benar! Siapa lagi yang akan memperbetulkan sistem pendidikan negara kalau bukan anda Mahasiswa Malaysia yang berilmu! Buangkan segala sifat dendam dan kebencian sesama sendiri! Bersatu kerana anda adalah generasi yang ditanggungjawabkan untuk memimpin bumi di masa akan datang.

AYUH! BANGKITLAH MAHASISWA NEGARA! 
GEMGAMKAN TANGANMU! JERITKAN SUARAMU!