sayup....
rintihan masih kedengaran...
sejarah masih ditagih, penagih cinta masih berkasih - menangis..
buat kawan, sampai bila kamu sendirian?
buat kawan, sampai bila mahu mengenepikan lain-lain kehidupan?
mana kau di tiap medan pertempuran?
memang, menangis itu pengubat jiwa..
tapi sampai bila?
bukan kata ingin jadi celaka untuk melupakan..
ini kerana untuk menyayangi, tidak perlu lagi menangis dan berhenti..
kita perlu bangkit meneruskan perjuangan..
yang ditangisi itu syahid di medan pertempuran.,
bukan menangis di rumah sendirian..
jangan lupa detik perjuangan menggapai kemenangan - ini bukan berangan.
mana kau kawan? mana pada lain kehidupan?
bangkitlah, bangkitlah, bangkitlah!!!
jangan lagi kau menangis sendirian, aku juga keseorangan..
ayuh kita bersatu, bangkit dengan jitu,
ayuh kita laungkan kemenangan!
kerana itu, kita fahami itu, untuk terus perjuangkan itu..
satu!
-hari khamis, pokcik "husin", telaga, kebangkitan..
No comments:
Post a Comment