Friday, December 3, 2010

AYUH.. BANGKITLAH.. BANGKITLAH... !!!!










Poster-poster di atas adalah satu seruan kepada seluruh Mahasiswa Malaysia untuk sama-sama bangkit mempertahankan hak dan kebenaran serta menentang penipuan dan kejahilan yang selama ini dikenakan terhadap penuntut universiti tanah air khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Banyak usaha telah digerakkan sepanjang tahun oleh persatuan dan individu tertentu atas rasa prihatin dan tanggungjawab. Tetapi apa cara dan usaha sekalipun, mereka tidak  kuat untuk berdiri sendiri. Kini akan tiba masanya untuk mahasiswa sama-sama bangun dan bersatu berganding bahu untuk menuntut segala hak yang telah dirompak. Akta Universiti dan Kolej Universiti hendaklah dimansuhkan! Jika anda punya rasa tanggungjawab sebagai seorang penuntut universiti yang sayangkan agama, bangsa dan negara, sertailah Perhimpunan Mahasiswa Negara sebagai satu isyarat kepada negara, mahasiswa Malaysia punyai semangat juang yang tinggi, berani kerana benar! Siapa lagi yang akan memperbetulkan sistem pendidikan negara kalau bukan anda Mahasiswa Malaysia yang berilmu! Buangkan segala sifat dendam dan kebencian sesama sendiri! Bersatu kerana anda adalah generasi yang ditanggungjawabkan untuk memimpin bumi di masa akan datang.

AYUH! BANGKITLAH MAHASISWA NEGARA! 
GEMGAMKAN TANGANMU! JERITKAN SUARAMU!

No comments: