Sunday, October 30, 2011

untuk raja-raja



mahu menegur siswa? mahu ditegur siswa? siapa berkuasa? siapa?


Saturday, October 29, 2011

Alhambra, kota cinta (infatuated 6.90)

dalam ribut, gambus Alhambra terus merisik jiwa-jiwa yang sudah lama terbang,

suara-suara penari majusi yang kian hampir, menjadi petunjuk untuk terus merobek terjah setiap raqash dan membawa kembali rindu pada gambus-gambus mazmur,

sebelum kau jumpa Alhambra, kau perlu setia mendengar petikan fakir-fakir kesan maharana, dan mereka bisa mengujimu sebelum meresapkanmu menuju Alhambra,
yang mana gambus dan sitarnya 'asyik' dengan mazmur. asyik.
setelah kau melihat Alhambra bertabrak di balik bukit,
kau akan diuji ruhulkudus yang sentiasa menjaga gaung,
yang selalu membimbingmu di muntaha,
dan kau akan terserap pada fana' yang mana bakal menjadi tuhfah sebagai bekalan untuk marhaen Alhambra.

seketika meniti menuruni bukit,
kau akan rasa seperti mahu terus berlari mendakap Alhambra,
sehinggakan kau hampir lupa untuk penuhi tabungmu dengan secangkir al-kausar,
jangan, jangan kau lupa,
secangkir itu berharga dan mampu membawa mu berlari lagi sejuta langkah,
sebelum kau berjaya merentasi hutan-yuda ciptaan para mujaddid dan zindik.

disitu, ujian sebenar buat mu,
serapkan dirimu menjadi air yang mengalir pada setiap bekas,
supaya kau berjaya uzlah di sisi laila,

akhirnya,
kau akan jumpa kunci alhambra di suatu heningan subuh syafie',
melangkahlah dengan gembira ke dalamnya,
Alhambra yang tiangnya berbunga mekar.

disana kau akan dimiliterisasi,
tiada lagi kau,
yang tinggal hanya aku dalam AKU,
menarilah wahai pengembara,
disana, cahayanya tiada tara.

sejenak sebelum kau hilang,
kalungkan bunga andalusia kepada marhaen yang memegang busur fakir kesan maharana,
pintakan ia supaya memanah kepada jiwa-jiwa yang masih terbang,
supaya jiwa-jiwa itu menurutimu di Alhambra,
Alhambra yang kotanya bahagia.

dan apabila kau sudah hilang, 
jangan lagi kau rindukan syair ghazal yang ku nyanyikan,
supaya kau 'asyik' bersama yang maujud.



*ini bukan satira, ini hanya rubai vis-a-vis kota bahagia, Alhambra.

berdentum perang berdentum

Thursday, October 27, 2011

gua di hujung kota, bakal kembali

 







*selamat tidur.. buat sahabat di hujung peradaban, pasti, kita bakal kembali berjabat tangan.

zuhud jabal rahmah

listrik illustrasi mengenal akan sesuatu, dan ghaiblah ilmu apabila ketakutan itu dihanyutkan,
ya, ia perang di balik sana, ya, ia tikam balik dada,
dimana letak pusat baginda mu dulu? hampirkan ku kepada maksudmu yang lagi satu, yang di balik sana itu.

jadi kenapa terus diam?
mengapa harus timbul tenggelam?

*kenal dulu ketakutan yang disimpan, baru keluar dan terus menyinsing di fajar subuh.

Tuesday, October 25, 2011

ada masa, aku



*even rita marley pun tahu kenapa bila bob senyap dan bersendiri, kenapa. ada itu ada, ada masa itu masa ada.

Monday, October 24, 2011

sesungguhnya



ini dia bicara rastafar, erti sesungguhnya itu, apa mahu kau terus dengar apa sebenarnya punca diamnya hari yang berlalu? sesungguhnya,



*dan sekarang, berikan aku masa dan peluang untuk bina tiang serinya istana kita, maaf kerna mungkin lambat ataupun mengambil masa merentas tujuh lautan, ini kerna aku mahu binakan kita satu tiang yang cukup untuk peradaban sepanjang zaman. aku pinta, sabar dan teruskan pencarian mu itu, di sana, di kota bahagia, semoga kita terus bercinta menuju cinta. selamat pagi cinta. ;)


#nah kau acapella punya cerita.

saudagar mimpi vs penari dunia

setibanya darah anak kecil itu mengalir di tanah bumi tuhan, disitu bangkitnya semarak jiwa pemberontak,
setitis darah anak suci itu mengalir, makin gah, makin bangkit jiwa pemberontak, dan pabila sungai darah itu mengalir deras, pastinya, berduyun bahtera tentera pemberontak tiba di kota-kota, tiba di persimpangan , tiba-tiba, menjadi dorongan untuk para pemberontak terus bangkit dari lamunan.

makin kau jerat, makin kau akan lihat, yang mana akan ada 1000 lawannya 1.

*jadi, jangan kata kau ikut cara agama kalau kau bangga dengan cara bangsa. sialan.

Sunday, October 23, 2011

half-an-hour lesson.

 

Changing Education Paradigms 

RSA Animate - 21st century enlightenment 

  Language as a Window into Human Nature

 

 

 

 


Saturday, October 22, 2011

berikan aku wang pulang



sila dengar sejarah cinta yang tidak dilupakan. sila dengar dan bergembiralah, bahawasanya sejarah dulu-dulu antara raja purba berkasta itu cuma cerita dulu yang buat kita akan terus bahagia..

"yang, boleh enggak merangkul mu, boleh..boleh..boleh..."


"yang, boleh enggak aku mintak ongkos pulang" , jadi aku bisa pulang.

pulang ke kampung halaman dimana tempatnya saujana, padinya hijau dan bergerombolan arak-arak dari sungainya.

aku cuma cowok kesimpatan. yang hanya mahu pulang, dan keluar dari pintu.

gelap bercahaya.

sosok cinta itu terbang tanpa jasad, berlari menuju cahaya,

*akhirnya, tidur itu satu kisah. selamat

raja kita, rupanya raja purba,

kenapa qubah? bukankah patutnya maruah?

jumpa semalam seisi kota dengan raja-raja,
warisnya dinilai harga berjuta,
dipuisi dengan tembaga warna-warna,
emas, jingga dan berbagai warna kasta,

si raja, kata, qubah perlu terus jadi rubah,
merubah dan kepalai pelosok khutbah,
raja kata, si ketua perlu jadi ketua,
bukankah raja itu ketua?
ataupun raja itu hanya berjalan ke-tua?
mana makna maruah pada istilah ketua qubah?
ketua segala khutbah.
kenapa si raja harapkan qubah kepalai khutbah?
mahukah ia terus berlembah?
sialan, raja itu tiada bermaruah.

*bukankah raja itu si kepala revolusi? kenapa mengharapkan golongan masjid untuk terus bawa revolusi?

kasta bahasa itu celaka habaq hang!

Friday, October 21, 2011

propa-itu-destrolic

sekarang, kebenaran jadi tunjang, jadi, tempat mula-mula,
teka-teki ular sepanjang simpang,
rempang, mula pucuk hulu dan mengalir turun yang mana hilirnya di muara genggam,
madah dendam, gurindam itu ku kiaskan semoga tiada antara yang terus luka,
luka, duka dan suka , tiada lagu dapat dimaafkan,
murka, raja dulu raja purba, tiada lagi dapat dimaafkan,

hidup ini hanya mimpi yang semalam,
malam , waktu leka dipejabat, di tengah ibu kota,
mana waktunya manusia semua senyum bersengketa,
tunggu saja apinya dicurahkan 'neraka',
bagai dicita ulam mendatang,
bagai tercita alam kepalang,

jadi, zionist sudah disegenap, extremist di setiap penjuru,
bom dan peluru, sentiasa tunggu saat terus meluru.
tunggu dan tahu , hadirnya neraka di pertengahan kita,
jadi taman , jadi teman,
tunggu dan tahu, hadirnya neraka di peradaban kita,
untuk semua dan segala permasalahan yang ada,
sengketa, sengsara, luka duka kan terus luka,

perangi perang dengan askar-askar perang,
jalannya biar suluh biar terang,
aman akan pulang pada jalan terang,
akan pulang dengan suluh benderang,
supaya sekalian kita nikmati kasihnya sesama.

madah dendam, pintu keluar 6.9

jadinya, kau lebih suci dari apa yang ku bayangkan..

dulu-dulunya, wujud peribahasa dendam antara kita, antara dua dunia kita. madah dendam semalaman itu kau simpan ramas dalam kocek minda, di mana tempatnya kau terangkan seluruh kehidupan, jadi kau terus hunuskan hujah benci sesama manusia,

isolasi yang ditunjakkan jadi paksi sengketa, jadi tunjang pergolakan , sekarang masih mahu terus berhunus keris antara kita? perang bukan perlu dengan senjata, perang bukan perlu bertikam sesama.

jadi , apa cara untuk kita hentikan ini semua?

maafkan aku, jangan sebut lagi nama ku, biarkan aku. dan aku akan pergi tanpa terus menoleh kembali pada dinding yang dulu-dulunya kita tampal sejarah memorial kematian bunga.

wasiat rumi yang ku tinggalkan hanya akan jadi penawar buat mereka yang tangisi kekejaman yang kau lakukan sedemikian kala, sekarang, sila tinggalkan ruang ini, jangan lagi kau kembali untuk tinggalkan satu lagi luka, sila melangkah keluar tanpa sengketa.

cukuplah, teruskan hidup dan jangan sebut lagi namaku. sebenarnya, kau lebih suci daripada apa yang ku bayangkan.

dan aku sudah maafkan kamu. walaupun kita tidak berjumpa, akan tetapi kau tahu. cukuplah kau tahu dan mengerti.

-malam dibukit tepi kota, malam disinggahsana raja kasta, malam yang mana bulannya sakit tiada berteman.

*playlist ; malique ibrahim feat jamal abdillah - aku maafkan kamu , redemption - aman damai tenang, bruna mars feat damien marley - liquor store blues, malique feat lah - masih khayal bangun) , mooda moody - gadis dan bunga , souljah - jamaica's away , gerhana ska cinta - midnight in katari, kitaro - caravansary.

kasta bahasa itu celaka, hanjeng

lyricist yang genius akhirnya jadi punca untuk terus berbahasa. 


menulis itu senang bukan? ada keyboard, ada pen dan kertas, ada apa saja alatan, jadi boleh saja ditulisnya cereka dan cerita. menulis itu senang bukan, tapi bagaimana penulisan itu mampu sampai terus ke jiwa pembaca, adakah ia senang seperti kata kerja 'menulis' itu? untuk sampaikan ruh cinta melalui penulisan itu tidak mudah seperti memegang satu senjata. pena..pena.pena.. pena itu bermata, bermata, apa matanya kehitaman penuh dendam? apa matanya kekuningan penuh penipuan? atau pun matanya kehijauan penuh angan-angan?

imaginasi manusia hanya satu medan perang yang sempit, terbatas dan penuh limitasi di setiap segi segenap pemikiran. pokok dalam hutan, tebal dan sukar untuk dikesan, jadi, rahasia kita hanya bermula semalaman, selamat bermimpi pokok yang jadii pokoknya.


siapa mahu tahu cerita tentang pokok istimewa di kota babylon? andalus, serikandi, ataupun ratna sari.

Wednesday, October 19, 2011

peace-pipe no.3 ( futujara)




this overtone flute can be called as 'futujara' or 'koncovka'. if you do not understand the video above , watch this.



 

*bunyinya asyik bukan? seperti mengimbau kenangan si bujang lapok bergelandangan sebelum bertempur dengan si pengaco di penambang. -mozart pendekar bujang lapok.

peace-pipe



*and thanks again fo this lovely pipe'n'tobacco. fyi, stoned jugak natang ni.. -planta-vanilla.

also, very much fi the homemade whitecoffee. thankiss. ;)

#mengisi kota-kota part 2

atas permintaan. bashijauburuk tolong tunaikan. ;)


before 0000 15102011. 120 minutes after second ambush, murid2 tunggu kelas bermula. 





 sekolah demokrasi. 16102011 0000 , afta the 2nd ambush.
#decentralised#



4;20, dbkl square, hot nescafe, mattres, weedweed , love and lovey.
at then end of the lesson, #occupy together were seems to be hard and tough, only the tough will remains on going. together we #occupy the street/square and gear up strive for fighting!!!

"next time, wanna join us? search #occupydataran , we will be there," , 99%

Monday, October 17, 2011

revolusi 1699



GERAKAN ANTI RAJA TELAH LAMA BERMULA
NOTA:


gerakan anti raja
gerakan anti kaum feudal
gerakan menentang kekebalan raja
bukan satu yang baru

bukan dimula oleh kerajaan pakatan rakyat
bukan dimulakan oleh aziz bari

anak anak muda sekarang memang tak ambil pot
tentang raja raja melayu
raja raja melayu ini dilihat sebagai
free loader atau kaki makan free
kaki entot free
kaki minum free
kaki masuk kelab free

anak anak muda tak marah pada raja
mereka boleh jadi raja
mereka boleh berja raja
tapi buat lah kerja
bekerjalah cari makan
buat lah apa yang patut

yang tak ada kelulusan bawalah teksi
yang badan gempal boleh jadi pak gard
yang pandai memandu boleh bawa bus pelancung
jangan nak makan free saje
cari rezeki yang halal

nak jadi raja jadilah
tapi buat lah kerja!



NOTA:
lihat klip ini
madey telah meminta orang melayu dehaka
ini lebih kurang hajar dari
kenyataan aziz bari





UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION MEMULAKAN KEMPEN ANTI RAJA

NOTA:
madey
najib
muhyiddin
semuanya anti raja
sila baca berita ini
malah akhabar utusan juga memainkan
sentimen anti raja

ini sejarah
jangan nak tipu macam
sejarah mat indera - kali ini
dah ada internet kah kah kah









































mengisi kota-kota #

#occupy dataran15ogos2001 - salah satu pesta yang sedang berlaku serata kota-kota dunia. peluka-luka dunia, datang serah menyahsa diri mereka bersama dalam diskusi-anarki yang dimulai oleh mereka -peluka, dalam usaha menentang kapitalisma. benihnya, suara keamanan ini untuk sejagat bangsa kita, untuk bekalan susuan anak-anak kecil, untuk makanan para 'intelektualis', untuk kasihnya sesama manusia. petang, malam dan hari terus berlalu. seperti sediakala, pasti ada 'kuli-kuli' anjing kapitalis atasan datang memeriahkan keadaan dengan berbekalkan nasihat dan AMARAN. seterusnya merosakkan kelas-kelas pendidikan keamanan. diskusi anak muda -peluka, dinodai rakus oleh kepimpinan askar-kuli suruhan kapitalis atasan, dihalaunya anak-anak muda ini supaya berkeliaran menikmati kehidupan. jelasnya disini, pihak kepimpinan kekerajaan kita mahukan belia muda peluka ini 'merempit' serata kota, berlumba kereta sepelosok kuala, dan terus menikmati gelas-gelas kaca berisi 'arak' dan terus mabuk dunia. kebebasan bersuara dianukan mundur supaya peluka-luka ini kembali menari sepi. jelaslah, bahawa kerajaan kita bimbang akan duit dalam poket mereka dicuri oleh idea-idea peluka ini untuk dikongsikan bersama. kapitalis tetap kapitalis, kuli-kuli tetap jadi anjing yang menyalak. namun, semangat juang kita masih belum reda, biar BASAH jiwa dan raga, biar patah tulang membanting kuderat dan pasti #mengisi kota-kota ini akan terus mengisi kota-kota bahagia. dan malam akan terus berlagu keroncong-cinta demi cinta sesama.


*note ; sniper dari tower bukit aman sebenarnya si pemabuk dunia yang suka melihat saudara-saudaranya meredah jalanraya dengan petrol 'sponsor sendiri'. tambah lagi, sniper bukit aman, hanya kuli-kuli yang menjadi anjing dan akan terus menyalak apabila disuap daki-daki dari poket 'kapitalis atasan'. 

tribute untuk 15oct2011, #occupy dataran. terima kasih untuk segelas coffee 7e-made dan waktu anarkis bersama.

"you should pull the trigger when you had a chance or else you have to face the rough pointing deadline" , kata si hijau untuk sniper-sniper kuli si anjing.

Monday, October 10, 2011

mangkuk tingkat ada 15

sesulit tingkah laku itu buat synaps dalam otak buat kamu gusar, buat kamu kata, kamu sepertinya ada lebihnya.
jangan pernah imlpemen definisi oligarki dalam pembawaan, dan jangan terus menjengah pada kemahuan materi.
yang cantik itu jiwa dan nafas ruh, bukan kening ataupun anak tudung. jasad itu dunia. perihal kata kunci cabang intelektualis, ada lima belas, untuk terus belayar di lautan ilmu. belum faham kenapa susanan 'dal' dibelakang 'mim', jangan kamu cakap kamu kenal cahaya pada jiwa separa sedar yang kau kiaskan, dan jangan diselingkuh akan thariqat yang dibentangkan. basikal adalah basikal.

*jangan biar sofis ditenggelami nilai-nilai aestetik pawagam layar emas, basikal adalah basikal.

american-psy-war

"the kids, the young and the youth, they should know and notice,
that this weed defeated alcoholic-beverages, this is the herb , and it was great. "  
-bushmen , kedai roti canai, 2005



perangi gejala ortodoxination itu dengan peperangan psikology, ia adalah kebangkitan kita.

*wawancara bersama bushmen, herbsman, rastaman, dan suhakam. jadi, legalisasi ganja itu perlu. 

note ; najib sudah benarkan belia bebas mengamalkan idealisme mereka, meanwhile, those radical-punk-freak had started light-out them fire upon this legalisation. roll your own joint.

Wednesday, October 5, 2011

parlimen 4;20



cerut romeo'y'julieta dari havana cuba,
sebalut ganja,
golden virginia england 1877,

mana ada rasa sama rasa dengan rasa-rasa.
jadi, nikmatilah setiap hiruk pikuk kehidupan,
yang gratisnya legalisasi perlu kedepan.

"bersama kita stoned kearah legalisasi.", sambil menari dalam fiksyen tuhan.



surat untuk

warkah ini untuk kekasih gelap di tanah andalusia.

kepada mawar mekar yang terus memahami penawar duka luka,
lihatlah puisi yang tercanting di sekiling ruang jiwa mu,
serikan ia dengan semburan pewangi yang mekar,
biar akar itu terus kukuh dan pasti dedahan itu melingkar,
lingkaran akan terus erat walaupun tiada kita bersatu pada jasad,
ini sembarangan rumi yang ku coretkan,
coretan kiasan fansuri ini, untuk nafas setiap 'ruh',
bagi terus menjiwai rasa hadirnya ketuhanan dalam peribadi,
semalam, satu panggilan misteri, bukan untuk bercakap,
cuma cukup untuk terus melapur diri yang sebenarnya aku mabuk teruk,
mabuk teruk pada penjiwaan - mabuk hakiki,
biarpun aku tidak tahu apa-bagaimana keadaan mu di andulusia,
aku pinta, kau terus memahami setiap tafsiran kehidupan, dan jangan sesekali biarkan ia kosong.
hidup adalah seni, jika ia disenikan.
cinta dan perjalanan ini bukan sebarangan jalan, ini jalan orang-orang pilihan,
pilihlah suara maulana yang bisa buatmu mabuk pada lautan sufah,
biarkan lunaknya jadi manjaniq dalam deraman cinta 'ruh' kita,
ingatlah, disitu ada dalam ada.
sebelum satu penutup, aku pinta lagi agar disematkan keroncong kita pada setiap fantasi mimpi itu.
dan ingatlah, rumi ini menari bukan pada sebarangan tarian.
biarlah 'ruh' kita terus kembali bersatu pada rindu lunaknya suara sang maulana.

yang benar,
darwis pembawa kekitaan.
dari zawiyah sang 'penidur' untuk kekasih yang setia di andalusia.

Tuesday, October 4, 2011

What would a legal pack of marijuana cigarettes look like?

1) White Widow. An elegant box containing 16 cigarettes, and various designed cases to fit your personality.
pm_ww1
pm_ww2
pm_ww3
pm_ww4
pm_ww5
2) G13. A simple/basic/plain package in plastic with zip-lock containing four cigarettes.
pm_g13
By Base Design
marijuana_basedesign_03
By The Heads of State
marijuana_heads_of-states

3. box


4. joint.





*rise up people, this green ain't kill us all, it breeds new love among us - society. shall it be what it will be. go green!


giza, piramid, dan tingkap kita

jalan bukan pada perimeter atau kilometer jaraknya,
luas bukan pada ukur lilit dan persegi,
hukum tidak ada pada maqam.

sekarang, pilih butang neutral, tolak 'emosi',
biarkan mati jadi mati,

-kopi dan roti di mentari.