Wednesday, April 28, 2010

ouch. kasar bisikan mu itu

masih aku ingat, di saat aku dan beberapa umat manusia yang lain, bersama mengintai tirai kehidupan, aku di tujah dengan bisikan dan kata-kata celaka yang sungguh menyakitkan jiwa.
mungkin aku bukan seorang yang pandai, mungkin aku bukanlah penulis yang hebat, akan tetapi, aku terus menerus dan masih memberus minda ku untuk mengetepikan bisikan kasar mu itu. mungkin, apa yang aku pernah lakukan menimbulkan persoalan, mungkin itu satu jawapan. aku bukanlah seorang rasul mahupun pemesong agama, aku cuma mahu berkongsi pendapat dengan dunia tentang apa yang patut kita lakukan. namun, terus menerus aku dihentam oleh satu konspirasi yang cuba untuk menjatuhkan semangat aku. aku, tidak mungkin mengalah sebegitu sahaja. akan ku terus kan perjalanan ini untuk aku dan dunia aku. dan aku turut ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat mereka yang terlibat.

"ku hormati kasar bisikanmu semalam, perjuangan ku untuk terus hidup, ku teruskan", pesan nenek.

~salam~

Sunday, April 18, 2010

akhir nya......

akhir nya, aku dapat apa yang aku mahu, sebagai hadiah hari jadi yang ke-19. dan inilah dia, 2 ekor binatang yang hensem!!
 

dan buat si dia, terima kasih..
indah, cinta itu indah!!

Saturday, April 17, 2010

susah sangat?

susah ke kita nak percaya seseorang? kenapa perlu kita pikir begitu negative akan seseorang? susah ke kita nak terima satu hakikat?

ook. aku tahu, aku byk minx seseorang ni berubah, aku tahu itu.
tapi aku rasa, aku bukanlah seorang yang begitu kejam sebab na minx seseorang tu berubah diri daripada diri dia sendiri jadi orang lain, aku hanya mintak dia berubah jadi seorang yang lebik baik. ok, aku tahu, dia turut nak aku berubah, aku tahu, dan aku cuba, tapi kenapa susah sangat nak percaya dan takut aku jadi hak orang lain ? fuck la. dah cakap. yeah, aku ingat, maybe cinta yang di bagi belum cukup, belum lagi dapat penuhkan kemahuan kau. kau nak aku jadi apa yang kau nak, tapi kau? satu perubahan kecil yang aku minx, bukanlah untuk kepentingan atau pun kesedapan aku, aku rasa, menda tu untuk kita. tapi kenapa nak susahkah lagi keadaan? kenapa susah sangat nak jawab satu soalan? kenapa nak susah kan lagi, aku perlu pujuk and buat drama lagi ke? kenapa? perlu ke nak kena pujuk rayu ni? jawapan untuk satu soalan, susah ke? susah sgt nak ckp kenapa?

~terima kasih sebab buat aku ckp dgn dinding lagi~

begitu

di sini aku cuba cari sesuatu buat mu,
di sini aku cuba berbuat sesuatu buat mu,
namun aku gagal mencari sesuatu yang ku ingin itu,
namun aku tahu, aku mampu berbuat sesuatu itu,
dan terus, aku rindu. kau tahu aku rindu,
kau tahu aku terus berbuat sesuatu,
untuk mu, untuk senyuman mu,
namun hanya aku, menanti mu di situ..



~Port DICKson sunset's~

Thursday, April 15, 2010

lain dari orang lain

~tak couple tapi bercinta, bagaimana?~

revolusi

bila kita nak sedar satu revolusi ni terjadi?
apa yang kita tahu tentang revolusi?

ulat bulu jadi rama-rama,
ikan patin jadi ikan patin masak asam pedas,
tak reti jadi reti,
boleh jadi tak boleh,
tak boleh jadi boleh,
menangis jadi tak nangis,
tak kuat jadi kuat,
tak sabar jadi sabar.


so, na tegaskan kat sini,

"viva la revolution!!!"

`peace, love and empathy`
=)

Wednesday, April 14, 2010

Tindak-tanduk, mencurigakan.

Pergi, suatu petang yang malap, disaat sang singa, pengembala bunga sedang nyenyak dibuai mimpi petang, indah cerita mimpi itu pada mula dan ketika saat syahdu jiwa bergelora di buai mimpi asmara cinta. Lalu terjaga dari lena, pergi nya sang pujangga gila daripada sebuah istana bunga, pergi dia daripada kedudukan mahkota permaisuri sang raja, singa. Pergi nya seorang permaisuri bisa membuatkan seluruh kota yang telah di bina roboh dan diceroboh oleh penjajah tentera bergajah. Di saat mula terima khabar gila daripada bunga, bunga itu layu tidak kehijauan, berita saat cukup sempurna celaka nya, menggambarkan sebuat jambatan yang roboh ditengah, hilang satu jalan buat sang singa yang ketinggalan. Kesepian dibiarkan di seberang jalan, bukan mudah untuk sang singa gila meneruskan kehidupan, pasti sentiasa menoleh kea rah memori lama. Pergi sang dia, pergi dengan irama padi yang menari-nari keghairahan, meninggalkan istana bahagia untuk kehidupan mereka,kasta mereka berbunga-bunga. Akan tetapi, saat sang pecinta gila tidak lagi menangis sepi, permaisuri lama muncul kembali, cuba memberi makna akhir kehidupan, membawa sang raja menakhluki jajahan lain dalam menguasai permainan kehidupan, tewas sang raja muda yang baru muncul ketika ingin mengenali dunia. Tewas nya mereka terhadap kuasa gembira sang raja rimba, membuatkan yag lain merasakan begitu hina, tewas dalam tidak sempurna. Curiga sang raja muda terhadap di mana terletaknya kuasa raja gila yang telah separuh sedar meneruskan perjalanan bagi membalas serangan untuk terus hidup. Tidak tempang malahkan bukan menumpang, sang raja itu bukanlah binatang, malah punyai akal untuk meneruskan strategi permainan biarpun sukar kerana kehilangan permaisuri tercinta. Dan akhir nya, seketika permaisuri kembali bermain tarik tali, sang raja tewas dengan permainan kata-kata gila, ( babi kata dia ), seronok sang raja tak terhingga, sekembali nya permaisuri di istana hati dan bermain kata gila, bagi dia, hanya yang gila bisa membuatkan si gila ketawa, berada di episod yang sama, kasta tiada beza seketika bersama. Dingin angin pagi, membuatkan permaisuri ingin pergi lagi, entah kemana yang pasti ingin pergi, pergi dia pergi lagi. Mati lagi satu cinta.

Checkmate! Putih hitam permainan.

aku terpaksa pergi.

hampa, sedih, kecewa, itu yang kau rasa.
hanya salah ku menyentuh jiwa mu, hanya aku.
dan akan ku biarkan ia di situ, cukup buat sementara waktu.
biarkan aku pergi, aku tidak mahu kau kecewa lagi.



~bebas~

i this great future, we can't forget our past

satu panggilan nurkilan ihsan seorang rakan, buatkan diri tersenyum ringan menghadapi pelbagai beban kehidupan. tewas saat seketika media dusta sekali lagi menjadi punca kepada kepelbagaian peperangan. cukup lah dengan jawapan yang aku berikan, aku terima cadangan daripada seorang rakan, itulah satu penjelasan bagi menjelaskan tentang kepelbagaian peperangan. tiada tangisan tanpa seorang perempuan? paham tak?


NO WOMAN NO CRY by BOB MARLEY

No, woman, no cry
No, woman, no cry
No, woman, no cry
No, woman, no cry

Said said
Said I remember when we used to sit
In the government yard in Trenchtown
Oba, ob-serving the hypocrites
As they would
mingle with the good people we meet
Good friends we have had,
Oh, good friends we've lost
along the way
In this great future you can't forget your past
So dry your tears, I say

No, woman, no cry
No, woman, no cry
Ee little darling, don't shed no tears
No, woman, no cry

Said, said,
Said I remember when we used to sit
In the government yard in Trenchtown
And then Georgie would make the fire light
As it was log wood burnin' through the night
Then we would cook corn meal porridge
Of which I'll share with you

My feet is my only carriage
So I've got to push on through
But while I'm gone, I mean...

Everything's gonna be alright
Ev'rything's gonna be alright
Ev'rything's gonna be alright
Ev'rything's gonna be alright
Ev'rything's gonna be alright
Ev'rything's gonna be alright
Ev'rything's gonna be alright
Ev'rything's gonna be alright

So woman, no cry
No, no, woman,
No, woman, no cry
Oh, my little sister, don't shed no tears
No, woman, no cry


I remember when we used to sit
In a government yard in Trenchtown
And then Georgie would make the fire light
As it was log wood burnin' through the night
Then we would cook corn meal porridge
Of which I'll share with you

My feet is my only carriage
So I've got to push on through
But while I'm gone...

No, woman, no cry
No, woman, no cry
Woman, little darling, say, don't shed no tears
No, woman, no cry
Yeah


Little darling don’t shed no tears
No, woman, no cry
Little sister, don’t shed no tears,
No, woman, no cry,


*harap paham dengan kesimpulan yang terselit didalam isi kandungan. tlglah jangan nak keruhkan keadaan. mengapa dan kenapa, biarkan sahaja mereka. mereka yang membuat kesilapan, dan itu bukan yang aku mahukan. dan pasti aku ingin terus berlari bersama. henti daripada mencari kesalahan. sebab aku x pernah nak cari kesalahan kau, sebab aku tahu, kau tak pernah salah untuk aku. dan sekiranya aku adalah kesalahanmu, aku tahu kau tahu apa yang kau mahu, terus kan kehdupan atau pun mengkaji kesalahan sejarah manusia?

tiada lagi aku yang dulu, yang tinggal hanya cebisan gumpalan untuk rakan

nak ambik kayu, nak cari kayu.
cari la kayu lagi ya

Tuesday, April 13, 2010

world is not enough???

sedu bila aku terdengar kata-kata berbuih celaka, rintihan saudara tercinta, akan kerana kesedihan, kekecewaan yang di alami. masih banyak yang perlu dipelajari dari hari ke hari, dan aku sendiri belum pasti, kemanakah angin yang kian kali nya bertiup membawa aku, hampir terjerumus bergelumang dengan kata hina, mahupun hanyut dengan masa tidak berharga yang sia-sia ataupun mahu terbang ke arah cahaya, aku sedar aku masih tidak sempurna. terus terang aku bukanlah seorang pembahasa yang pintar bermain kaka-kata berbunga untuk mengindahkan kehidupan dunia, aku sendiri belum mengenali diri ini dengan cukup sempurna, aku sedar, aku seorang yang tidak reti memenangi hati seorang kekasih dengan pujuk rayu mesra, aku gagal disitu. maafkan aku

Saturday, April 10, 2010

“ padan muka, main-main lagi”, cacian pencacai caci.

Hina si manusia gila, di buang buat-bulat telanjang di ranjang, satu perlayaran ke satu pelayaran, pelabuhan ke pelabuhan, bersaksikan hari dan berbulan-bulan, mencari teman hidup tidak sendirian, di buang daerah, tercampak hina ke pentas berdarah. Perjuangan kata propaganda bangsa, “hidup , mesti terus melangkah”, saksama kata keluarga. Pantang berundur, pasti tidak akan tersungkur akhirnya akur, tiada lagi dia di mata, di hati jiwa dan raga. Pergi, pergi sang permata mutiara, kau tidak lagi perlu toleh ke sini (lembah hina celaka), tomahan berkata-kata, babi kau babi, terus menerus aku terima dan nikmati kebodohan bagaimana di hina secelaka kata-kata manusia yang konon nya berakal sempurna, gila bangsat kata kesat budaya sesat. Tidak perlu kau toleh dan toreh ruang tapis udara dengan ungkapan lembut suara manja, jangan kau tikam lagi dengan duri mawar yang racunnya bisa membunuh sejuta saraf minda, (terkenang akan dikau). Pedih, tikaman mu sangsi buat aku sedih, jiwa ku di toreh seketika duri mu sang mawar liar, menjalar menerusi akar-akar yang menutupi tebing-tebing salut darah.
Merah, berdarah

~

Salam, terima kasih buat cinta, kerana memperingatkan aku tentang satu perjanjian, yang mana telah termeterai suatu ketika dahulu di saat kita menghirup udara yang sama, indah dan tiada kata dapat menggambarkan keindahan yang kita tempa bersama, suatu ketika. Maaf sekiranya rencana buta warna ini membuatkan kamu rasa tidak cukup bahagia, aku tidak mampu membeli cinta mu dengan wang mahu pun nilai harta yang tinggi kasta nya. Maaf kan aku, aku bukan lah seorang yang sempurna untuk menerima tomahan hina kata berbunga di hujung dunia. Cerita kita bermula semula, aku masih menulis biarpun dalam kata sebenar, menaip kerana zaman sekarang dunia dah maju, namun aku tetap menggunakan kata akar manusia iaitu menulis, ini kerana rencana tidak cukup sempurna ini hanya mampu menggambarkan satu perasaan yang tidak digambarkan, kata cinta. Tercipta sebuah rencana berikutan kebosanan kehidupan, bukan bosan tiada apa untuk dilakukan akan tetapi bosan kerna tidak tahu untuk berbuat apa-apa, aku tidak tahu, aku buta dan terkapai-kapai di dalam buaian keibuan semulajadi dunia, “mother earth’s nature”, kata mereka. Aku hanyut seketika lemas di dalam sungai air mata keindahan dunia, aku lemas, timbul-tenggelam dalam arus kelam, hanya menanti masa karam di lautan dalam. Mungkin di saat ketika aku menjadi gila, hiduup tepi jalan dan gambarkan pada dunia, kita berada di penghujung kehidupan kerana aku percaya, aku, kita dan semua lapisan kehidupan, menjadi peringatan dan amaran kepada kehidupan sebelumnya. Waktu penghujung nya tidak pasti bila, aku sendiri tidak pasti sama ada aku berjaya untuk menghabiskan rencana ini mahupun tidak, sekirannya aku telah ditarik nyawa oleh malaikat nya seketika aku menulis rencana cinta ini, doakan aku di sana ya. Yang pasti, jangan menagis sekiranya akuu tiada, aku ingat janji mu pada ku. Dan ini juga janji aku untuk membantu kamu berpegang pada janji dan kata cinta mu wahai sang pencinta abadi. Dalam kebosanan aruus kehidupan, aku memilih untuk berada sepi sendiri seorang diri, untuk mencari satu inspirasi yang membantu aku untuk meneruskan kehidupan. Cinta ini tidak mudah untuk diharungi , bukan? Apa lagi satu kehidupan, penuh ranjau berduri mawar mati bukan. Aku pasti, di saat aku begini, aku tidak salah untuk terus dengan kehidupan aku seperti mana diri aku sendiri, pilihan yang pasti, kenapa dan mengapa, pasti akan aku terang kan seketika kita ke sana nanti suatu masa, “memohon berkat dari-NYA”. Dalam keadaan aku seketika ini, aku pasti nya rasa sunyi, kerana kau jauh dan tidak berada dalam jangkauan mata kasar pandangan aku, jauh jarak , attitud dan latitud kita berbeza, mungkin pasti suatu hari, kita akan berada di atas titik pertemuan yang sama semula untuk meraikan kata bahagia. Untuk pengetahuan kamu, aku menulis rencana ini di saat aku cuba untuk memahami koleksi irama yang telah kamu beri disaat kita bertemu dan bertukar kata semangat cinta, terima kasih kerana sentiasa meniupkan semangat cinta kita, “burn the fire”, ayuh kita bakar api itu. Menggunakan kata peribahasa yang tidak seberapa sempurna dalam menulis, aku pasti sukar untuk mu memahami, dan ini hanya rencana yang membuatkan kau tersiksa membaca namun kau ingin cuba memahami nya untuk membuktikan satu kata. Terima kasih untuk apa yang telah kau beri. Dan inilah yang kerja gila yang aku lakukan untuk mu, untuk aku membuktikan kata-kata ku. Dan aku bersyukur, ini adalah kegemaran aku, dan kerana kamu lah aku terus begini dan mula menjadi begini, “terima kasih bunga padi!!”, ayat bunga dari hati.
Di dalam sepi peribadi, aku menulis satu rencana.
Di dalam sunyi, aku berfikir akan bagaimana,
Di dalam sendiri, aku terkenang keadaan di sana,
Bagimana?


~Untuk bunga padi, terima kasih kerana memberi kan aku playlist lagu cinta, terima kasih kerana sentiasa menemani biarpun jauh dimata.~

Tuesday, April 6, 2010

terkapai-kapai dalam buaian nya

alangkah indah nya sekira nya aku masih lagi seperti kain putih,
alangkah syukurnya sekiran nya aku masih lagi hangat menagis,
alangkah indah nya saat aku mendengar azan yang pertama seketika aku sampai di bumi,
alangkah baik nya sekerinya aku masih tiada dosa,
dididik sebaiknya untuk menjadi ahli syurga.
namun aku terkapa-kapai didalam buaian,
hidup tiada perikemanusiaan,
hidup dalam penghinaan,
hidup dalam keburukan,
ternyata, aku terkapai-kapai lagi dalam menentukan dosa pahala,
ternyata, aku terumbang-ambing ketika di pusaran.
alangkah indah nya sekiranya kita berada di permulaan.
alangkah indah nya jika kita berada di dalam keamanan.


"mulakan hari yang indah dengan amalan kebaikan"
~masih gagal hadir mengadap-NYA secara sempurna, maafkan aku!~
AMI3703
driver awek tiada hidung

Terima kasih cikgu

Assalammualaikum sang kembar saudara, syukur kerana aku masih bangkit untuk menulis, dalam sebak terasa di jiwa, aku masih lagi meneruskan perjalan bas. sebab name blog ini adalah bashijauburuk, kenapa? aku yang gerak kan blog@bas ini, driver? menerusi satu mimpi yang dialami, ada seorang yang menerima mimpi menjadi seorang pemandu bas, bas no.13 kan? balik kepada topik sebenar, cerita mengenai cikgu ni? aku nak tegaskan, dalam apa yang aku paham, cikgu ini adalah seorang yang mengajar kita, tak kisah lah mengajar apa, janji mengajar, sama ada mengajar perasaan cinta mahupun perasaan macam rasanye di jadi kan bahan ujikaji, Cikgu taw buat ujian ke atas anak murid nya, kerana sesungguhnya, tuhan yang esa sahaja layak memberi ujian kepada manusia. "kau siapa nak uji aku?" , kata Abu kepada gurunya.
cikgu, apa kerja dia? memantau pergerakan taraf pembelajaran murid nya, membantu muridnya meningkatkan tafaf kepandaian murid nya. jangan lupa, cikugu banyak cabang nya, "cikgu yang ajar aku menulis pon aku ingat, banyak cikgu kot." dalam pada itu, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang cikgu aku, yang telah banyak membantu aku, memantau aku, untuk aku terus maju, kekal di sana, AMAN-TAQWA-PUNK.
cikggu ini mengajar aku banyak perkara, aku tidak lupa.

baru hari ini aku mendapat pujian daripada seorang guru. bukan kata nak bangga, tetapi aku cuma berpuas hati dengan apa yang aku terima.telah banyak yang di ajar. aku tahu, tak perlu aku nama kan beliau sebab dia tahu dia siapa. ye la, sape sangat nak baca blog aku, aku siapa! aku sedar dan terima hakikat itu kerana aku masih lagi di taraf permulaan untuk menjadi seorang penulis berjaya. akan tetapi, cikgu ini telah membuatkan aku berjaya dalam dunia blogging ni. "Thx mates", buat mereka yang memberi "award " , katanya..


dan bila kata hina berbunga. cantik budi bahasa. apa yang kawan-kawan paham? aku cuma ingin membantu mereka yang belum jelas dengan erti nya.
bila kata hina berbunga.
anda nampak di sebalik perkataan hina yang tidak patut wujud dalam kehidupan manusia sebab manusia pantang hina," pantang nampak jek menghina, pantang salah sikit, hina macam dapat dosa, celaka",kata bakal imam masjid kat sana. dalam nak menghina, kita ada tarafnya, bukan kasta bahasa mahupun apa, cuma berbeza pada baik dan buruk nya. tak salah kita nak hina andai hina itu demi kebaikan di masa hadapan, betol tak cikgu?

cara nak hina, biarlah aman dan damai, barulah tak mewujudkan perselisihan. ni tak, hina sikit merajuk, duduk kat tepi dinding, cangkung pegang lutut. argh.
cuba cermin diri, tengok balik, sesungguhnya ayat suci Al-Quran sangtalah berbunga, dan wujud hina nya buat si dusta kafir. dalam ayat berbunga bunyi irama indah penghinaan. dan hina dalam keindahan ini membangkitkan kita semua supaya berTAQWA kepada-NYA. sedarlah wahai insan, kita masih belum cukup sempurna, masih banyak cacat cela nya.


AMAN-TAQWA_PUNK,
atau dalam keadaan yang lain, bila kata hina berbunga.
aman adalah erti perdamaian, taqwa, satu landasan ke arah kebenaran, punk pula, adalah penentangan. tentang apa? tentang-tentang? tentang siapa?
jadi simpulan nya, perjalanan nya adalah sama, terima kasih cikgu kerana membimbing mereka berada di atas jalan-NYA.

untuk maklumat lanjut, lawatilah, http://generasieraremaja.blogspot.com/.
abid kau hebat!

Monday, April 5, 2010

di setiap kali, aku

di setiap kali aku bernyanyi, aku rindu.
di setiap kali kotak hitam berbunyi, aku pilu,
di setiap kali aki merindui, aku tetap kata aku rindu,
di setiap kali kau datang mencemburui, aku tertawa sendu,
dan di setiap kali ku dengar akan suara mu, aku masih kata, "aku sayang kamu"

Sunday, April 4, 2010

pulang ke kota, berikan aku masa

sebuah singgahsana, lenyap tatkala hujan ribut melanda, sebuah mahkota cinta, roboh buat sementara, mungkin ada yang menyangka, perjalanan kita berbeda, namun aku tahu, dalam diam menyendiri, aku masih lagi merindui, masih lagi rindu akan hadir mu di setiap hembusan nafas ku, mungkin aku berubah di saat ribut melanda, ancaman merobohkan singgahsana, namun aku bangga, aku masih mendengar suara cinta, masih berdiri di alam yang nyata. wahai bulan, terangilah malam nya, berikan lah dia cahaya cinta sempurna, berikan kita masa untuk membina semula robohan singgahsana, mengukuhkan istana bahagia, berikan aku masa. aku masih sengsara, kecewa, mungkin sebutir benih kelapa, belum cukup membuktikan nya, berikan aku masa. mungkin aku berubah mengikut masa, mungkin aku berubah tingkah laku dalam sekelip mata, mungkin terjadi apa saja, namun aku, tetap aku, berpegang dengan kata cinta, sememang nya aku bahagia, ketika saat kita bersama, menghirup suasana bahagia, dan mungkin aku akan pulang semula, nikmati saat bahagia. nantikan aku disana.



~tidak lagi bermadah manis dengan nada puitis romantis~
AMI3703

Saturday, April 3, 2010

masa sia-sia, hilang satu mahkota!

apa yang aku buat, hanya untuk secebis rasa, untuk sedikit perasaan gembira, sedikit rasa ingin sempurna, tapi apa, apa yang aku rasa, terima ugutan merat-rata, untuk secebis bahagia, aku hilang satu mahkota, aku hilang rasa gembira, apa yang aku ingin, kepuasan sementara, aku ingin bebas buat apa yang aku suka, tetapi, demi secebis bahagia, aku terpaksa.

pasti aku akan mengunci simpulan itu kembali, ini satu janji, dan tidak ambik peduli, asal kan aku gembira, yang penting aku bahagia. aku tidak mahukan harta, aku tidak mahu kan benda, aku hanya mahu kebebasan merdeka, kebebasan buat apa sahaja. hilang secebis tawa, jaga-jaga, aku bukan lagi seperti dulu, waspada, aku bukan lagi aku, aku hanya hidup kerana ugutan merat-rata, tidak mampu untuk aku simpan segala, aku hidup penuh pura-pura, aku hidup, kurang rasa gembira, aku hilang satu mahkota!

Friday, April 2, 2010

berkudis jiwa mu berkudis

ini bukan gurindam puitis,
ini bukan puisi romantis,
ini cakaran bodoh sang penulis,
ini ringkasan hodoh ilustrasi dramatis.
argh, cukup dengan tawa dan menangis,
cukup dengan jiwa yang berkudis,
gerimis, gerimis hujan tipis,
terasa pilu bahkan di hiris,
di gilis dengan telapak penggilis,
di hiris lumat nipis-nipis,
berkudis jiwa mu laris,
laris bahkan hujan gerimis,
laris hujan nya rintis-rintis,
nipis potongan nya menghiris,
tipis pandangan sekitar telapak penggilis,
dihiris digilis dalam hujan renyai gerimis,
sayup kedengaran suara sang pembengis,
menangis jiwa mu di kais sekerat bulu tangkis,
terus menerus hati dia menangis,
terus menerus hati dia terguris,
di hiris nipis tipis, laris berkudis,
berombakan jiwa kudis bergaris,
berontakan aksi romantis sadis,
menangisi puitis dramatis seketika gerimis,
lantas membingungkan hujah romantis,
tipis aksi nya nipis, terguris membaris,
tipis siat kulit nya nipis,
sadis,
kempis belon udara memphis,
kempis buih air atlantis,
kempis tanah air pewaris,
kempis.
di hiris lumat-lumat bahkan di gilis,
di kuis, di gilis, seakan sadis berkudis,
gerimis, hujan nipis-tipis,
gerimis sadis dramatis, gerimis puitis tidak lagi romantis,
gerimis sadis bahkan di hiris.



tunggangan kriss, saat sadis puitis romantis.
AMI3703