Thursday, August 16, 2012

sepapan sampan pendayung melintas

baru seketika, tiba dalam sesat. kendi dhab serta susu kambing.
seorang darwish masuk ke dalam kota, bukan dulu kota bahagia.
melangkah sementara untuk singgah mengisi semula bekalan untuk hari-hari nanti,
kelemasan tidak, cuma mahu terbang menggelungsuri sungai-sungai syurga.

padi, patukan bisa pengair muda, kompass hati menyanyi utara.
ada misi bangkai-barangkali dalam topeng extremist.


*kau dah selak sendiri, masa kita menari berdikari.


Monday, August 13, 2012

terbakau hammurabi si perisik .

luka yang paling panjang untuk dijahit. yang mana jadi antara puak babylon atau melalui phophecy alexander d' great. para pemegang busur dari istana richard, atau pun lirik senyuman tukang masa istana yang pergi kerja naik moto, tetap buka bentuk. nak tengok satu yang tiada berbentuk , memang kata senang. friction yang berlaku di ruang bunga paru-paru , juga perlu dikira. mana timbangan sekata.
walaupun sesiapa siapa tidur di dalam gua, dia tetap jengah menjendela.


*type yourself with own rebelution. rise up! 3 o'clock blues dreading,

Sunday, August 12, 2012

lambaian bunga berkumbangang

kumbang berkumandang, nyanyi lagu dalam rintik hutan,
mentari , jangan pernah getar pada matahari, jangan pernah padam cinta Mata Hati.

kiri kanan taris terus tari,
hati-hati! disini dahannya berduri,
kesan bisik itu abadi,

kau disana, cinta terbang melangit di pagi.
emosi pagi punca malam kita mati,
serulah agar nanti bangkit kita menari sufi, nanti.

plot masa latar chapter komik lukisan tuhan, ditiupkan jadi istana pasir tanah,






#educationalnotes ; learn with the birds, -ibrahim, qabil, hud-hud, ifrit, buraq, ababil,



saya dah tulis lama, dalam buku hitam, tapi apa perlu kau bawa lagi? nak jumpa matahari petang ungu, kena sabar yang nyata! cengeng!

Tuesday, August 7, 2012

pantaikan kembali


lari-lari kecil hajar, bisu diam tapi menyanyi.
belukar kosong dengan kendi dhab.

ombak biru tanpa padi hijau, ya, kebinatangan songsang.
cuma rentak rumba dari suara kulit tegang dengan kayu berlubang.
nak menari kun fayakun? nak nyanyi hu atau bisik ah?
usah kata cuba fakir, sufah pun belum pasti larut kalau tak dipeluk tiang itu satu.

bila berdiri, jangan kau lupa, ritma apa kau nyanyi.

http://www.flickr.com/photos/rastamiraol/