Saturday, August 28, 2010

cereka anak penjajah negara dan anak tukang pengilap kayu almari rumah orang kaya

bermula cereka saat di mana dua jiwa bertentang mata.. jatuh, rebah seketika satu jiwa seorang pemuda yang meningkat remaja di celana pasca sofa kayu belantara di istana kaya, yang kaya harta nya hasil dari ekploitasi hasil tenaga kerja anak-anak tanah malaya.. tersimpul kaku, layu keras seperti batu, akibat tersepit dengan irama manja yang turun berliku mengikut anak tangga sambil membelai rambut kusut masai dengan irama yang membelai suasana. seluar askar, pakar matematika, bersuara mengajar formula mengira bagaimana segi ukuran sebuah bulatan dibunjurkan di atas kertas putih bersih. dia, seorang anak kepada saudagar kaya, saudagar kaya yang membina istana pasir di hujung kota , istana pasir tempat orang-orang kaya berhibur di balik keindahan pulau yang berbisa. dia, seorang pujangga matematika, bisa berbicara mencacatkan satu kesepian, mewarnakan satu kehidupan.. permulaan nya penuh kata-kata romantika saat kepala pemuda dipenuhi kata-kata berbisa hasil kecewa diluka manusia gila yang kononnya bersaudara. indah. tersebut alkisah dua jiwa yang bergelora cinta dengan irama kemajuan dunia. mereka, bersama berjalan menempa masa mencipta memori bersama, bisa menolak dunia demi syurga bersama. romantika mereka penuh dengan cereka gila, cereka cinta , cereka indah yang ditempa ketika menikmati cinta.. pemuda gila yag asalnya dari satu keluarga yang hanya diketuai oleh seorang lanun dunia yang bekerja di factori swastika, mengelap kayu beroti bagi mendamaikan mata orang-orang kaya. anak muda yang hidupya biasa saja, dari keluarga sederhana, mula memasang impian gila untuk terus bercanda mesra dengan dia seorang anak saudagar kaya penjajah tanah malaya. ketika bermula bercanda, mereka berdua bagaikan remaja gila yang indah berasmaradana dengan suasana penuh irama luka duka dunia. kicauan cenderawasih menyerikan pagi mereka, riang-riang riang bersuara meriangkan suasana riang mereka. indah, sungguh indah jalan cerita cinta mereka. kesukaran bermula , tatkala, orang tua mula mempertikaikan darjat manusia. oleh kerana dia anak saudagar penjajah kaya, pemuda gila dihitung hina dengan wang dunia. kekayaan sahaja mampu membeli cinta, kemewahan sebagai simbol logika untuk memetik kuntum bunga di tanah aroma penjajah tanah malaya..

"argh..kenapa dan mengapa, drjat menjadi ukuran dunia.." kata pemuda gila yang hanya tahu ingin meneruskan pelayaran cinta bersama si dara maria yang punya irama beruang tiga bersaudara.

di saat ketika untuk kembali mengisi masa sepi dengan para menteri dan puteri diraja anak orang kaya saudagar penjajah tanah malaya. melangkah seperti pengemis hina di istana kaya untuk duduk makan bersama. namun, terhenti langkah kaku di depan pintu, dihitung, dihisab atas dunia, dinilai dengan wang yang membawa kaya konon ya ianya harta kepentingan segala.

"ada duit ke nak masuk? ", kata saudagar kaya penjajah tanah kita. di hina dengan mata wang dunia, perlu kah dinilai sebegitu hina.

kononnya kerana wang manusia bisa bahagia. pedulikan itu, rasta pasti bisa menentang kasta. tiada beza taraf manusia, kita semua nya sama. dunia ini sebenarnya satu tanah rata, satu kasta nya, tiada taraf beza mengikut harta, yang beza hanya yang mana akan ke syurga dan ke neraka. akan tetapi, dengan tiada budi pekerti, si keji yang kaya dengan harta menjajah tanah kita, memperdulikan harta dunia sebagai simbol materialisma bagi membeli keindahan dunia.

kini, terpisah sudah dua jiwa. akibat sengsara dari perbezaan kasta. akibat harta dunia. darjat , wang dan pangkat. terpisah, di asingkan dunia mereka daripada terus bercanda mesra menyusun kata romantika bersama. si pemuda terus tercampak di lembah belantara bersama mereka, saudara-saudara satu agama yang bisa menolak kasta. dan si dia, dara tercinta, di hantar jauh menempuh angin aswara udara melalui kapal angkasa untuk bermaharajalela di kota nusantara. terpisah menerusi gelombang frekuensi kasta dan harta. bila mana satu malaysia sebagai slogan media, tetapi si kaya masih lagi menindas pihak sederhana. yang kaya terus bebas dengan dusta dan plastika emporium butika penenun amerika. si miskin, masih dengan kehidupan sederhana, ikan goreng dan kicap sos soya sebagai pembuka selera. yang kaya dengan makanan budaya francisca. konon kata nya satu Malaya, bahkan terus dipagar istana bagi menghalang si sederhana untuk berkasih mesra bersama.. mana kata konon nya manusia itu tiada beza. mana kasih sayang cinta kepada sesama. yang ada hanya diskriminasi buta membezakan kasta dan harta. celaka konon nya bersaudara. dan kini, si dara jelita, pergi dengan kesepian anak mata mematuhi kata kaya saudagar penjajah tanah malaya.. jauh demi secebis warna, memutuskan rantai cinta romantika mereka. cereka mereka dibakar mesra, luput di telan globalisasisa arus modernisasi bangsa manusia. terpisah akhir nya mereka yang dulu nya mesra. yang tinggal hanya kicauan camar cenderawasih di sebalik balutan angin yang ribut membilut sekelumit jiwa. sepi perjalanan udara di balik pembuluh darah yang bergetar membawa karbon monoksida mengalir keluar dari celahan rongga. yang ada, hanya senyuman bersama bercinta bersaudara membawa panji-panji cereka cinta dunia untuk syurga bersama. ;)



~tribute untuk mangsa cinta antara dua darjat..
"semoga kau selamat di sana.. " , kata pemuda gila di saat kaku terkenang masa bersama ketika melihat bagaimana pemuda belia remaja terus menjadi gila terkenang kan bulan yang menyeri di malam puasa. merintih sedih kehilangan pasangan bahagia. dia.


tamat cereka cinta dugong dan duyong (part tiga) melalui kiasan hyperbola..

No comments: