Wednesday, June 2, 2010

Bila si songsang berleluasa

seperti sedia kala, pasti ada antara kita yang cuba merosakkan scene musik tanah air. pasti ada semut api yang cuba merombak keamanan sesuatu keadaan dengan menyelitkan unsur yang boleh memecahbelahkan keadaan. kenapa wujud ini semua? ini kerana dalam keadaan aman, pasti ada mereka yang tewas dengan bisikan dan mula melencong arah ke arah idea2 yang pasti nya memecahbelah kan keadaan. seperti mana yang di lihat, ramai antara mereka yang konon nya ber'idea kan peace, dalam kata lain, peace punk. ok. betolkah mereka ini berunsur kan keamanan? aman yang mcm mana mereka juangkan? yang dapat aku lihat, aman mereka adalah berasaskan kepentingan individu. kenapa? banyak idea yang di terap kan yang kononnya menyokong hak individu untuk bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahukan. adakah ini satu idea peace? ye. keamanan untuk diri sendiri adalah sangat penting untuk mana2 individu dalam meneruskan kehidupan. dalam aman yang telah di berikan, mereka mula menuntut kebebasan. kebebasan yang mereka mahukan adalah kebebasan untuk mereka lakukan apa sahaja. bagi aku, kebebasan ini penting, akan tetapi perlu lah ada batas nya. adakah kebebasan untuk mengadakan hubungan sejenis patut diberi kan? seperti yang kita tahu, sememang nya dalam mana2 agama, perkara seperti ini tidak patut di beri peluang. bila mana idea seperti ini mula ada, pasti wujud pihak yang akan menentang idea yang di anggap bodoh ini.konon nak menghalalkan hubungan sejenis. cuba kita fikir, atas dasar kemanusiaan, bila kita lakukan hubungan sejenis, macam mana kita nak teruskan zuriat dan warisan kita? bila lelaki bersama lelaki melakukan hubungan seksual, macam mana nak dapat anak. cuba fikir logik la, bila si lesbian berasmara, boleh dapat anak ke? konon lah fikir human right. betulke ini human right? bila mana hak kemanusian bersuara mengikut kepentingan diri dan nafsu, inilah jadi nya, sebagai contoh, kenapa wujud bible new testamen? dan kenapa idea dalam bible ini lebih kearah hak kepentingan diri. itu yang wujud telah lama. pihak paderi mula mengubah pegangan dan fahaman dari bible mengikut kehendak dan kepentingan diri. bagi aku, idea ini banyak datang dari barat seperti mana yang kita ketahui, di negara eropah, banyak yang telah membenarkan perkahwinan sejenis ni. dan malaysia dah mula menerima idea ini. mungkin pucuk pimpinan kita masih belum berkeras dalam memerangi isu ini. kita boleh lihat makin banyak golongan homo ini wujud seperti pondan2 yang berkeliaran di waktu malam mencari makan, hingga ke kolej2 yang di mana kita boleh lihat ramai golongan pengkid wujud. mata dah mula sakit, ada ke patut perempuan berpakaian lelaki. jelas dapat di lihat negara kita dah mula berubah dan menjadi seperti negara2 eropah. ok. kenapa nak banding kan kehidupan tanah air kita dgn negara2 eropah. kenapa? adakah kita lupa, negara kita ber'asaskan kerajaan Islam. mungkin sesetengah pihak akan perjuangkan hak individu untuk terus bebas melakukan hubungan seperti ini. ini kerana mereka tetap akan menegaskan hak mereka untuk menjadi diri mereka sendiri. aku sendiri menghormati mereka, tetapi sedikit sebanyak pasti ada unsur penentangan apabila berhadapan dengan keadaan sepeti ini. ya, mmg benar, mereka perlu di hormati kerana mereka juga manusia yang punyai hati dan jiwa. untuk menentang golongan seperti ini, kita perlu tahu cara yang benar. bagi aku, keganasan tidak harus sama sekali di gunakan untukmembendung keadaan ini. bukan untuk menjadi penakut, akan tetapi kita perlulah fikir, mereka tetap manusia, kenapa kita nak hukum mereka dengan keganasan? kenapa perlu ada pihak yang membanteras mereka dengan keganasan? bagi akuk, hukuman sepeti ini biarlah tuhan yang jalankan. tuhan tahu apa yang terbaik untuk umat nya. kita tidak boleh menyalahkan mana2 individu yang memperjuangkan idea ini sepenuh nya,mungkin mereka jadi sebegitu berikutan cara ibu bapa mereka mula mendidik mereka secara songsang. mungkin juga genetic dan hormon mereka bertentang dengan sifat fizikal mereka.. bagi homophobic2 diluar sana, seharus nya keganasan tidak sepatut nya di gunakan untuk membanteras mereka ini. kita sepatut nya membantu mereka sedar akan realiti sebenar kehidupan. sedar lah, perempuan dgn perempuan mana boleh dapat anak. akan tetapi, aku pernah berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kehidupan seperti ini, dan mereka pernah bersuara, "boleh dapat anak, anak angkat. kita boleh lihat, ramai pasangan yang straight ini membuat anak dan ramai antara mereka yang melahirkan anak tanpa bernikah dan turut membuang bayi,. daripada mereka membuang bayi, baik bagi kami, kami boleh besarkan", kata seorang pengkid yang pernah ditemui. secara tak langsung logik juga bukan. tapi kita boleh fikir, andai kata mereka ingin memiliki anak daripada cara ini, secara tidak langsung, makin ramai lah mereka yang membuat anak dan memberikan anak kepada orang lain. adakah seorang bayi itu perlu dijadi kan seperti permainan yang dijual dekat kedai permainan. cuba fikir, bagaimana mereka mahu membesar kan anak itu,siapa ayah atau ibu? murah sungguh harga kehidupan. bila perkara seperti ini berlaku, makin songsang lah kehidupan manusia. makin banyaklah individu yang terus akan perjuangkan hak individu yang berasaskan nafsu dan kepetingan diri. seharusnya kita sedar akan kejadian asal manusia, mengenang kembali bagaimana manusia primitif membina kehidupan. jangan lah kita mengubah cara kehidupan kita berasaskan kepentingan diri dan nafsu, kita seharusnya hidup mengikut hukum alam semula jadi kerana disitu terdapat zat2 yang membuktikan kehadiran-NYA.

No comments: