Friday, July 1, 2011

skeptism,

pandangan pada satu sudut, buat kau masih utuh dibutuhkan dengan dunia,
politika punya romantika dalam sekularasi mimpi,

manusia, kini diperbodohkan lagi seperti kesatria di papan catur bicara,
diperkuda, diperkuasakan hasil dari tenaga atomica yang kau cipta,
indah bukan menjadi bebola yang terpukul dek lapan penguda di atas padang hijau kau kata,

extremist sudah ada dalam bicara kemanusiaan?
tahniah, satu kejayaan hasil pembalikan di pantai-budaya,
di pantai, di padang tengahan pekan lama, dan di sungai usia,
padi menari di balik garisan ufuk timur,
di mana tempat nya nelayan kacak dengan 'bubu' ketamnya.

ombak ada breakpoint, manusia ada limitpoint?
siapa kata, bak datang prosa kata depan-depan,
bukan dengan 'civilasi-sisi' yang kau persuarakan,
bukan dengan isyarat si senyap , bahkan bukan isyarat 'beep' yang dimaksudkan.

pantai budaya, kita , kekitaan dan manusia,
di situ, berlagu sambil bersatu,
di dada ada ia dalam ada,

balik tabir manusia - bicara pelek berbeza,
kita tetap satu oksigen yang sama nilai nya o-2,
tetap pada pucuk 'syuhud' HU yang sama,
masam muka? bicara kata berbahasa? tembak kata dengan papan pemuka?
"kata pada gambar ancaman semua?" , kata dia

olok-olok kau kata?
sekali kau pegang, tiada arang pantang senantiasa menghalang.
bila dah ikat, ikat.
bukan ikat dan lepas,
ikat dan ikat,

cuba kau tekan dengan bicara mad bunga-bunga,
iqlab bilamana 'ba'bi'bu' nya sabdu' bertudung nun mati,

perihal lama, aku masih kapai-terkapai,
sedangkan kita semua sama,
amalan , taraf, kita semua sama dalam rahsiaNYA,
jadi, kita sama, tiada berbeza.

jika orang kata aku pluralis, liberialis, aku mahu tanya kenapa?
sosialis dalam tafsiran kitab kita apa makna nya?
bukan sosialis dari oxford, torah cerita yahweh, dan juga bukan pengertian siasah dari kamus maharaja.


-soalan itu, raja namrud, diperangi secara aman oleh ketua monotheis kita.

No comments: