Saturday, July 9, 2011

perang 2.0 - a'mir dan a'mira

amira , pulang, pulanglah,
kembali ke pangkuan keluarga,
kembalilah bersama tersayang.

"tidak, amira tidak mahu, amira mahu ibu-ibu tahu, yang ibu-ibu juga perlu keadilan" , kata seorang dia, seorang berjubah seketika di ketepian.

amira, pulanglah, kembalilah,
kamu bukan ditakdir untuk menelan basahnya anak mata dek serangan gas pemedih mata,
kamu masih ada ruang, masih ada peluang untuk pulang.

"tidak, amira tidak akan pulang, amira mahu ibukota kita jadi saksi, jadi bukti tempat kita bawa demokrasi bersama, amira mahu suara kita didengar" , rujuknya.

praaaannngg.......!
sayang, bola keluar, bebola asap terpancul keluar.

lintang pukang, tertindih terhalang,
sudahlah ditindas dek kapitalisma,
sudahlah dipijak dek kekejaman penindasan.
kini, sesak nafasnya, pedih anak mata, basah terpancur semburan berbisa.

berbekalkan jubah dan selendang, dia lintang pukang, terhunus dek cota, terkandas dengan gas-gas.
tetapi, amira masih tidak mahu pulang, masih dijalan, masih dengan rakan peperangan.

"pulangkan 'adil' kami, berikan 'demokrasi' kami, supaya anak-anak kecil dapat menyusu dengan adil, dapat bernafas tanpa rasa kerdil", bilang si dia yang hanya bertemankan selendang basah.

amira bukan degil, amir bukan menjegil, dan kami tiada menggigil.
walaupun sejuk kehujanan, walaupun kabur kepedihan, walaupun sakit terlanggaran,
amira tetap bukan degil, amira tetap mahu 'demokrasi dan adil'.

hingga larut petang, akhirnya........

964 penunjuk perasaan ditahan kerana menyertai perhimpunan jalanan. 49 daripadanya adalah wanita.
tidak termasuk anak-anak kecil yang bersama.

sekerasnya, dia juga mahu mendokong panji-panji kita,
sederasnya, keberaniannya mengalir mendokong suara-suara kita.

akhirnya, mereka turut mendapat rawatan sauna seketika bersama 'maria'.
bisik-bisik suara, riuh rintik bergelora, bicara dan bicara.
akhirnya tidur bergelimpangan di kerusi-kerusi kekangan.

hati ibu akhirnya lega, bila amira turut dilepaskan bersama, turut dibebaskan bersama.
dalam senyap, dia ada bisiknya,
 "tak salah andai kita bersua semula di jalanan lagi, tak salah andai kita terjumpa lagi, dan tak salah kalau kita terus 'demonstrasi' lagi sekiranya masih ada yang berlaku tidak adil kepada kita".

itu risiknya, suara dari benak kecil kotak suara, masih, masih dan masih terus untuk bersuara,
demi ibu-ibu dan susuannya. demi 'adil dan saksama' , demi satu harga, 'demokrasi'.

pritt............ wisel berbunyi menamatkan sesi berontakan di jalanan..

-peristiwa ini berlaku dijalanan, suatu ketika dahulu, waktu hari yang punyai petang yang panjang, antara penulis dengan seorang aktivis dijalan.

*laporan ; journal revolusi malaysia dalam perjalanan, journal demonstrasi malaysia dalam perjalanan.

buat seorang gadis yang aku dengar namanya 'amira' , maafkan saya kerna memegang anda sewaktu kejadian, aku cuma tidak mahu kau terus dipijak dan musnah dalam kepulan-bergerombolan. dan juga maaf kerna aku terlihat jelingan mu di sebalik jubah dan purdah. cantik sungguh anak mata keberanian mu itu. ;)

tribute untuk pakcik2, makcik2, dan warga kota, serta 'amira'. tidak dilupakan seorang warga kita yang terkorban di jalan, Baharuddin bin Ahmad. Al-Fatihah. 

No comments: