Sunday, July 3, 2011

peludah warna.

ini sokongan untuk pak samad.... biar kita BERSIH

kuning, dulu warna raja-raja,
tangga kuning, singgahsana kuning,
tapi kini, kuning warna si pemberontak.

kenapa raja kita tidak berkata?
kenapa raja kita tiada bersuara?
bahkan hanya menjadi lembangan di istana raya,
dicucuk hidungnya, ditutup mulutnya.

kain, kain yang koyak itu, kita jadikan panji-panji kita.
jadikan rentangan suara, jahitkan jadikan panji kita.
berontakan pada kuning nya kahak penguatkuasa,
kita diugut dengan ordinan daruratnya,
apa ada adil nya jika kita sahaja dikenakan tindakan,
tapi mereka, masih hanjeng kekuningan.

budi bicara tiada, persengketaan diasuh dengan propaganda sini-sana,
bila mana menentang kerajaan, kita di kata sebagai pembelot bangsa,
mana lagi belot, penuntut keadilan ataupun ketua yang menjual tanah rakyat nya untuk duit dan kuasa?
siapa lagi pembelot jika kita kira pada kuningnya fikiran.
rakyat kah pembelot?
raja kah pembelot?
ataupun israeli yang membelot?

kuning warna kita, tiada kotor nya bahasa , tiada kolotnya fikiran kita.
kuning warna kita, kuning warna kata, kuning kekuningan.

*ISA? ordinan darurat? kenapa tidak ditahan nya penyokong kilang radioaktif itu?
kenapa tidak di sekat pembinaan durjana itu? kenapa rakyat yang tidak ada peluang bersuara di parlimen itu diugut untuk ditahan?

tiada peribahasa lain untuk jenayah politika, melainkan hanya satu, BANGSAT!!!!!!!!!!!

No comments: