Wednesday, November 3, 2010

raja? maha mulia? -menolak tunduk

Salam solidariti buat semua, peace be upon you!

hari ini kembali untuk menulis lebih elaborasi berikutan sebelum ini hanya penuh dengan kata-kata yang konon nya berpuisi.. hari ini, topik kita pasal institusi beraja ataupun institusi kesultanan melayu di tanah malaya ini hari..

masyarakat Melayu telah mengamalkan konsep Dewaraja iaitu raja dianggap suci dan mulia. Amalan tersebut telah mewujudkan system feudalisme, iaitu raja ditaati dan disembah oleh rakyat secara membuta tuli dan rakyat tiada hak untuk bersuara. Raja berkuasa sepenuhnya dan sesiapa yang menentang raja akan ditimpa daulat. Konsep daulat telah mengangkat kedudukan raja ke tahap yang begitu tinggi dan menimbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi beraja. Bagi mengukuhkan konsep daulat tersebut, berbagai-bagai adat diwujudkan yang membabitkan cara berpakaian, bahasa dan pengucapan, tingkah laku dan sebagainya. Antara adat istiadat yang menggambarkan kedaulatan seseorang sultan termasuklah istiadat pertabalan yang disempurnakan dengan penuh tertib dan mengikuti aturan yang ditetapkan.Sebelum kedatangan Islam, undang-undang telah digubal mengikut citarasa raja. Raja juga berhak sepenuhnya untuk memutuskan sesuatu hukuman dan barangsiapa yang menentangnya akan ditimpa daulat. Mereka juga tidak boleh ditegur atau dinasihati walaupun tidak berlaku adil dan wajar. Semakin tinggi taraf sosial seseorang juga semakin memungkinkan dia akan terlepas daripada hukuman-hukuman tertentu.

Tidak kah kita terfikir, kenapa kita masih perlu mengekalkan system pentadbiran ini? Apakah kita perlu kekal dengan pentadbiran feudalisme yang menjadi kuku besi dalam pemerintahan hari? Yang kaya, berdaulat katanya, semakin berkuasa walaupun melakukan kesilapan kerana membiarkan kebenaran dipinggirkan.. apakah beza nya daulat pada seorang raja dengan seorang rakyat biasa? Kita tetap sama, makan untuk terus berjalan, minum untuk terus meneruskan kehidupan. Apa beza nya rakyat dengan raja? Kita tetap sedut oksigen yang sama. Jadi apa perlu lagi dengan otoriti feudalism yang hanya menjadi simbolik dewaraja  hari ini? Tidakkah kita sedari yang kasta ini masih berjalan dari zaman manusia tidak mengenali tuhan hingga ke saat ini, tidakkah kita sedari lagi?

mungkin kita perlu kan raja atau sultan sebagai perisai terakhir agama, ini kerana, pemimpin hadapan kita sendiri telah meninggalkan agama, dengan memimpin masa kita dengan ideologi barat yang membawa sekularasi dalam pentadbiran.. akan tetapi, kenapa  seorang raja itu mengabaikan tugas nya sebagai seorang raja.. apa mereka lupa FASAL untuk menjadi seorang raja? apa mereka lupa tiada yang patut di sembah melainkan Allah? apa mereka lupa, tiada Yang Maha Mulia selain daripada Allah..

seperti nasihat Imam Syafi'i yang berbunyi;  "jauhilah pintu raja"

"dimana pun seorang raja berada, janganlah bernaung di pintu nya,
apa yang engkau inginkan dari seorang raja?
bila sang raja marah, dia akan mengejar mu,
dan bila hatinya puas, dia akan berasa bosan kepada mu..
berlindunglah hanya kepada ALLAH dan jauhilah pintu para raja..
sesungguhnya berdiri di pintu seorang raja merupakan suatu kehinaan." - Imam Syafi'i


dan dibawah satu payung agama kita bercinta, atas satu nama, nama-NYA.. tiada seharus nya daulat tuanku, yang kita perlu adalah Allahu Akbar! Amin.

No comments: