Thursday, September 9, 2010

pagi raya.. menangis aku bersama takbir..

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

mungkin orang akan kata aku gila.. mungkin sukar untuk dipercaya.. dan mungkin, tidak pasti untuk manusia terima.. bagaimana seorang yang baru berumur satu tahun , mampu mengingati sesuatu yang terjadi. bagaimana seorang kanak-kanak yang sudah membesar dapat mengenang saat dia menangis demi kerana kesedihan dan untuk sebotol susu..

masih aku teringat, dalam buai, aku menangis, dan kemudian, aku didukung oleh kakak aku, menangis meminta susu.. dan aku terkenang, saat sayu mereka, menangis akan kehilangan satu ahli keluarga. aku masih teringat ketika aku menangis, ramai di sana, ramai ahli keluarga.. dan sibuk, seorang atuk memandikan jenazah si kecil yang masih biru.. entah mengapa, itu sering membayangi aku setiap kali aku melihat kisah si abang dengan adik..pasti, sekiranya dia di sini, tiada ringkasan nota ini.. dan paling menyayati, pusara nya hanya tinggal kenangan.. mungkin kerana belum di beri nama, nisannya di curi ataupun di alih.. dan kini, setiap pagi syawal, aku masih tercari di mana jasadnya disimpan.. aku terpaksa berjalan di sebahagian kawasan perkuburan, mencari dan mengenali.. namun, ia tetap sukar.. akan tetapi, aku mahu dia tahu, yang aku, masih di bayangi saat biru itu.. saat sedu tangisan kalbu. dan pasti, aku akan terus mengenang dia.. biarpun ketika dia disimpan, aku masih belum mengerti apa-apa tentang dunia, namun, bayangan biru itu masih menghantui aku.. dan aku hadiahkan nota ringkas di pagi syawal ini, untuk dia. saudara..

nota ini diiring sekalung Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi mengadap ilahi..



In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
Praise be to Allah, Lord of the Worlds:
The Most Beneficent, the Most Merciful:
Owner of the Day of Judgement.
Thee (alone) we worship; Thee (alone) was ask for help.
Show us the straight path:
The path of those whom Thou hast favoured; Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray.






*trima kasih biri-biri pagi kerna menemani.. cerut vanilla, nescafe lembut, irama lagu meribut.. Salam Syawal buat semua.. ampun maaf dipinta..

No comments: