Friday, September 3, 2010

fynn jamal & tc buskers - covering yuna (oh bulan)


-trimas kak fynn..



~ini tribute untuk mereka para pengerak kata-kata cinta di bawah cahaya bulan..

ayuh kita bergerak bersama , berkongsi kasih dan mesra..
berbahagi bahagia , ayuh kita bercinta bersama...
nikmati dunia sekelumit berdua , sekelumit bersama semua..
ini cerita cinta manusia , ini perjalanan di celah rimba kemanusiaan..
berkongsi senyuman sebarkan haruman kehidupan..
jangan ada sangsi, buang segala keruan..
manusia tidak sama dengan haruan..
dan kehidupan bukan satu permainan..
marilah bersama berjalan - berkasih dari jalanan..
untuk semua insan, mari berkongsi senyuman..
oh bulan.. ini kisah cinta bawah rembulan..
oh bulan.. bulan indah bulan ramadhan..
tidak susah untuk kita menderma- senyum itu sedekah..
tidak susah untuk memaafkan sesama kita..
dan susah untuk kita bercinta berkongsi kasih mesra..
ini untuk mereka, mereka-penggerak NADI cinta..
yang sering berzikir memuji cinta , berkongsi getaran yang sama..
dan ini untuk mereka, golongan yang gagal berpuasa dari terus berikan cinta kepada sesama..
ayuh kita, bangkit kan suasana riang ria..
demi menggapai satu kata bahagia..
buangkan segala sengketa, agar semua manusia bahagia.
cinta.. cinta yang esa.. ;)


~maafkan aku.. di bulan puasa ini, aku gagal untuk berhenti daripada berkongsi kata cinta.. aku gagal untuk mengawal semarak harmoni cinta bersama.. dan akan ku teruskan perjalanan kata.. agar kita aman bahagia..
dan atas kerana nama-NYA..

No comments: