Thursday, September 30, 2010

Aku orang tak reti seni

ini satu lagu puisi baru.. code ; hentam keromo sebab memang tak reti petik..


aku...
aku orang tak reti seni..
tak reti petik gitar, tak reti menyanyi..
apatah lagi nak menari berseni..
tapi bagi aku..
seni itu satu padang kebebasan..
seni itu bukan dari segi pakaian..
mahupun keindahan luaran...
seni itu satu kecantikan ; keindahan..
cantik - indah itu dari dalaman..

"aku orang tak reti seni, tak reti menyanyi, tak reti menari dan ak reti berhenti untuk terus cuba lagi..."

ramai pergi sekolah nak belajar seni..
belajar menyanyi, belajar menari..
ambil gambar buat surat khabar..
bukan itu sahaja cabang seni..
ada juga seni pertahanan diri..
seni berbahasa budi..
seni lenggokan insani..

seni itu satu keindahan..
seni itu satu jalan kebebasan..
seni itu satu tanah yang dijanjikan...


=)


‎"under one bereth, shall we stay, demolished and keep low. and low is better than being high which knew nothing. second wave strike, with love, shall win.. " - orang tak reti seni dengan si penangis bumi

No comments: