Sunday, September 25, 2011

kenapa najib tak naik mara liner pulang ke pekan

tiket bus dari pudu sentral ke kuantan ; rm22.10,
tiket bus dari terminal makmur ke kuantan : -bawah rm5..

jadi, belanja untuk 'rakyat' pahang pulang dari kota besar kuala lumpur, tak melebihi rm30.00.

gaji seorang penjawat awam ,  paling besar mungkin bawah rm20.000.... mungkin mencecah 5 angka, sebab pangkat besar, seperti , kommisioner polis, commandant kem tentera, ataupun gaji wakil rakyat mencecah 5 angka untuk menyediakan kemudahan rakyat.

terus kita lihat pada satu konvoi perjalan pulang seorang wakil rakyat malaysia dari kuala lumpur ke kuantan / pekan .

minyak kereta ; rm 200 , bukan rm50 sebab pakai mercedes.
minyak motor/kereta kuli jadi escort ; rm 500 , 2 kereta ( 1 depan, 1 belakang ), moto polis trafik 2 biji.
upah driver ; rm800 sebulan.
tol ; percuma sebab dapat free pass, or driver claim hujung bulan , or rm 30.00. (tol gombak, tol bentong, tol karak, tol gambang )

kiraan kasar untuk satu perjalanan , rm1000. hanya untuk bawa seorang wakil 'rakyat'.
rm1000 - rm30 = rm970.

rm970 , dah boleh beli dan buat macam-macam. dah boleh jimatkan untuk perbelanjaan rakyat.

jadi kenapa seorang wakil 'rakyat' ini sahaja didahulukan? ini belum dikira wang bajet tiket penerbangan wakil rakyat ini keluar negara, mahupun untuk lawatan-lawatan si beliau. mana seorang wakil rakyat dapat duit yang banyak? duit kerajaan? duit kerajan dapat dari mana? bisnes ganja? bisnes sambal belajan? pastilah dari sumber ekonomi negara yang bergantung dari hasil titik peluh rakyat.

terus lagi , kenapa pakcik abu dan makcik fatimah, berpeluh basah sampai ke celahan, hanya kerana untuk menyara bil kemewahan seorang pemimpin???

persoalan kenapa, memang takkan terjawab. ini semua ada pada tangan rakyat. kita yang tentukan siapa pemimpin kita. akhir sekali, diseru agar rakyat malaysia terus bangkit daripada terus ditipu..

"rakyat dikulikan, pemimpin dirajakan."

-ini bukan tulisan yang mewakili mana2 parti politik, ini cuma picisan dari seorang pemerhati, sekian dari revolusi anti raja-raja.

No comments: