Tuesday, December 27, 2011

minum petang, sekopi cuma

berlarilah cinta pada tanah yang asing,
untuk kau cari makna siapa sebenarnya mata pena,
kan kitakan sama satu rupa dan makna,

bolehkan keseorang di jalan sesat ataupun di sesat jalan,
keduanya memberi mu satu rilisan cahaya padu,
yang bakal temani mu diseketika menari dalam mimpi jadi angkatan fiksyen.

pelbagaikan jalan , ingat, yang dulu kita menari di samping,
di lantai tarian, di hutan-hutan, tasik dan ketepian.
usah sering rindu pada jalan hutan dalam rendaman ,
itu hanya satu belukar simpan untuk ubati luka-luka,
biarkan ia sunyi sementara berikutan ombak ketepian membelai pantai,

kau pernah bilang, yang ombak sederhana itu sukar buatmu terbang,
jadi, tiada percutian di pantai kita sementara bah nya besar tabrak kebumi,
aku cuma tidak mahu kau dibuai oleh hempasan lantai yang besar,
aku cuma mahu kau terus menari dalam kota bahagia.

 jalan kedepan, dan maju seriba tahun langkah kedepan.

*imbas sebentar coretan kitab-kita.









*baca semula dengan irama alhambra untuk duduk dalam satu sudut iluminatif bahasa cahaya.
  
                                     

4;20, malaysia, breaking dawn,
~cerut peach, indocafe dan satire-ganja.

No comments: