Thursday, April 5, 2012

menyambut khidir , mimpi diam semalam.

zon timur, ufuk ketika renyai , air pasang no.4 , waterpump house, jam waktu selepas ikan hilang. "di mana ada aku, di situ ada DIA"

"esok, mungkin kita akan jumpa guru, pengajar satu ilmu yang belum pernah kau tahu." ,  kita perlu lihat bagaimana ikan yang hilang itu kembali melompat kedalam sungai , di balik batu-batu jeram, suara sayup-sayup bicara antara dua manusia, a'mir dan a'mira.

"siapa sebenarnya guru yang tiap manusia bakal jumpa dan belajar tanpa satu adanya? " , pulang kata dari a'mira.

hari makin senja, air sungai masih mengalir perlahan dan redup, kedengaran cricket-cinta dalam hutan riang menyanyikan kita-cinta , dengan alam, pergi dan hidup aktif tanpa sebarang talian radio-aktif.

memilih jalan sunyi bukanlah sesuatu yang sukar, Pak Samad sendiri pernah menjadi darwish di ibu kota london bersama dalam dirinya sendiri. dan alam, terus menyanyi.

antara dua insan ini, mereka tidak bisu, tapi hanya kurang bersuara, memang peribadi mereka tidak petah , pendiam dan sentiasa ingin mendengar, namun,

"oh kamu , kamu rasa apa antara ilmu yang bakal kita belajar?" , soal a'mira.

"cuba dengar cricket-cinta sedang meramah mesra dengan nat-i-serif, dan mereka khaliq meresap dalam 'fanafillah' " , biarcara a'mir dalam sedang mengkhayati irama asyik yang sedang riang.

"apa kaitan cricket-cinta dengan ilmu?"

tebingan sungai kembali sunyi tanpa kata, tertangguk seorang insan mati dalam persoalan , manakala sahabatnya sedang asyik menikmati bunyian zikir alunan cricket-cinta. tatkala ikan yang berjaya dipancing itu sedang terlepas kedalam sungai.

hujan hampir pergi, arus turun dari bukit deras, matahari pergi dan air hulu turun menuju bumi hilir dengan berita dari bukit.

"kita perlu bergerak", seru a'mira dengan lenggok bahasa cintanya,

"pernah tak kita manusia cuba jadi pacat dipokok? secara habitualnya kita maju dengan cara menempel di pohon tua".

a'mira bingung, khuatir lemas dibawa arus deras. air semakin tinggi menebing, perkakas separuh telah hanyut.

"rumah ditepi sungai mengalir seperti bahtera, pernah tengok?" , usaha a'mir untuk terus kekal di tapak perkhemahan dan kekal survive dengan arus air yang tiba-tiba berombak daripada khali sejenak.

a'mira tegas dengan bimbang , "dekat jeram nak buat kapal? "

rengek cengeng puteri balqis berjaya menangi hati si kacak yusuff. a'mir kini turut membantu a'mira berkemas dan lari membawa sunyi ke rimba berikutan si puteri itu khuatir mereka hanyut dibawa arus yang turun dari bukit sana.

**********************************************************

"bukankah sudah diberitahu sewaktu kau sudah melembang di kota ini, usah kau persoal kenapa, aku cuma pinta kau SABAR, mendengar dengan mata, melihat ketika pejam. sekarang kau harus pergi, nyah menjauhi dan pulang pergi dari aku." , hembus khidir kepada musa tatkala si pengembara itu gagal untuk bersabar dalam mendalami ilmu yang bernama ladunni.

***********************************************************

kenapa manusia tidak bersabar dalam mengkhayati panggilan tuhan dan sering kali bergerak atas kehendak mereka?

kenapa manusia gagal untuk duduk dan tunggu akan jawapan hikmah dibalik tiap kejadian?

kenapa manusia sering saja ingin terus bahagia didunia? sedangkan bahagia dunia itu sebenarnya neraka.

faham tiap perbuatan dan kelakuan itu semuanya adalah gerak tuhan, "tatkala mereka melempar , bukan mereka yang melempar."  jadi manusia perlu sentiasa memaafkan, perlu sentiasa duduk dalam daim, dan matikan diri sebelum mati.

-coretan ketika air sedang deras, sungai bil, bicara antara insan yang melihat terpisahnya dua lautan, biru dan hijau. dalam masa menyambut ladunni daripada guru yang agung.

HARUSLAH SEMUA MANUSIA TAHU YANG KHIDIR A.S SENTIASA ADA BERSAMA UNTUK MENGAJAR KITA, BELIAU TIDAK MATI NAMUN HANYA TERLINDUNG DARI SEPASANG MATA KASAR (rijâlul ghaib).  AL-FATIHAH.


*untuk kamu yang sedang cuba untuk faham cerita a'mira dan a'mira, sila selak kitabtualama , surah al-kahfi ayat 60-82. selamat terbang di langit syurga wahai semua, wahai kamu cenderawasih riang, - fakir-rimba.

No comments: