dalam ribut, gambus Alhambra terus merisik jiwa-jiwa yang sudah lama terbang,
suara-suara penari majusi yang kian hampir, menjadi petunjuk untuk terus merobek terjah setiap raqash dan membawa kembali rindu pada gambus-gambus mazmur,
sebelum kau jumpa Alhambra, kau perlu setia mendengar petikan fakir-fakir kesan maharana, dan mereka bisa mengujimu sebelum meresapkanmu menuju Alhambra,
yang mana gambus dan sitarnya 'asyik' dengan mazmur. asyik.
setelah kau melihat Alhambra bertabrak di balik bukit,
kau akan diuji ruhulkudus yang sentiasa menjaga gaung,
yang selalu membimbingmu di muntaha,
dan kau akan terserap pada fana' yang mana bakal menjadi tuhfah sebagai bekalan untuk marhaen Alhambra.
seketika meniti menuruni bukit,
kau akan rasa seperti mahu terus berlari mendakap Alhambra,
sehinggakan kau hampir lupa untuk penuhi tabungmu dengan secangkir al-kausar,
jangan, jangan kau lupa,
secangkir itu berharga dan mampu membawa mu berlari lagi sejuta langkah,
sebelum kau berjaya merentasi hutan-yuda ciptaan para mujaddid dan zindik.
disitu, ujian sebenar buat mu,
serapkan dirimu menjadi air yang mengalir pada setiap bekas,
supaya kau berjaya uzlah di sisi laila,
akhirnya,
kau akan jumpa kunci alhambra di suatu heningan subuh syafie',
melangkahlah dengan gembira ke dalamnya,
Alhambra yang tiangnya berbunga mekar.
disana kau akan dimiliterisasi,
tiada lagi kau,
yang tinggal hanya aku dalam AKU,
menarilah wahai pengembara,
disana, cahayanya tiada tara.
sejenak sebelum kau hilang,
kalungkan bunga andalusia kepada marhaen yang memegang busur fakir kesan maharana,
pintakan ia supaya memanah kepada jiwa-jiwa yang masih terbang,
supaya jiwa-jiwa itu menurutimu di Alhambra,
Alhambra yang kotanya bahagia.
dan apabila kau sudah hilang,
jangan lagi kau rindukan syair ghazal yang ku nyanyikan,
supaya kau 'asyik' bersama yang maujud.
*ini bukan satira, ini hanya rubai vis-a-vis kota bahagia, Alhambra.
4 comments:
terbaek..best2.. =)
hindu.
hindu.
boleh saya tahu hindu nya di mana?
Post a Comment