#occupy dataran15ogos2001 - salah satu pesta yang sedang berlaku serata kota-kota dunia. peluka-luka dunia, datang serah menyahsa diri mereka bersama dalam diskusi-anarki yang dimulai oleh mereka -peluka, dalam usaha menentang kapitalisma. benihnya, suara keamanan ini untuk sejagat bangsa kita, untuk bekalan susuan anak-anak kecil, untuk makanan para 'intelektualis', untuk kasihnya sesama manusia. petang, malam dan hari terus berlalu. seperti sediakala, pasti ada 'kuli-kuli' anjing kapitalis atasan datang memeriahkan keadaan dengan berbekalkan nasihat dan AMARAN. seterusnya merosakkan kelas-kelas pendidikan keamanan. diskusi anak muda -peluka, dinodai rakus oleh kepimpinan askar-kuli suruhan kapitalis atasan, dihalaunya anak-anak muda ini supaya berkeliaran menikmati kehidupan. jelasnya disini, pihak kepimpinan kekerajaan kita mahukan belia muda peluka ini 'merempit' serata kota, berlumba kereta sepelosok kuala, dan terus menikmati gelas-gelas kaca berisi 'arak' dan terus mabuk dunia. kebebasan bersuara dianukan mundur supaya peluka-luka ini kembali menari sepi. jelaslah, bahawa kerajaan kita bimbang akan duit dalam poket mereka dicuri oleh idea-idea peluka ini untuk dikongsikan bersama. kapitalis tetap kapitalis, kuli-kuli tetap jadi anjing yang menyalak. namun, semangat juang kita masih belum reda, biar BASAH jiwa dan raga, biar patah tulang membanting kuderat dan pasti #mengisi kota-kota ini akan terus mengisi kota-kota bahagia. dan malam akan terus berlagu keroncong-cinta demi cinta sesama.
*note ; sniper dari tower bukit aman sebenarnya si pemabuk dunia yang suka melihat saudara-saudaranya meredah jalanraya dengan petrol 'sponsor sendiri'. tambah lagi, sniper bukit aman, hanya kuli-kuli yang menjadi anjing dan akan terus menyalak apabila disuap daki-daki dari poket 'kapitalis atasan'.
tribute untuk 15oct2011, #occupy dataran. terima kasih untuk segelas coffee 7e-made dan waktu anarkis bersama.
"you should pull the trigger when you had a chance or else you have to face the rough pointing deadline" , kata si hijau untuk sniper-sniper kuli si anjing.
1 comment:
gmbr plis
Post a Comment