Pergi, suatu petang yang malap, disaat sang singa, pengembala bunga sedang nyenyak dibuai mimpi petang, indah cerita mimpi itu pada mula dan ketika saat syahdu jiwa bergelora di buai mimpi asmara cinta. Lalu terjaga dari lena, pergi nya sang pujangga gila daripada sebuah istana bunga, pergi dia daripada kedudukan mahkota permaisuri sang raja, singa. Pergi nya seorang permaisuri bisa membuatkan seluruh kota yang telah di bina roboh dan diceroboh oleh penjajah tentera bergajah. Di saat mula terima khabar gila daripada bunga, bunga itu layu tidak kehijauan, berita saat cukup sempurna celaka nya, menggambarkan sebuat jambatan yang roboh ditengah, hilang satu jalan buat sang singa yang ketinggalan. Kesepian dibiarkan di seberang jalan, bukan mudah untuk sang singa gila meneruskan kehidupan, pasti sentiasa menoleh kea rah memori lama. Pergi sang dia, pergi dengan irama padi yang menari-nari keghairahan, meninggalkan istana bahagia untuk kehidupan mereka,kasta mereka berbunga-bunga. Akan tetapi, saat sang pecinta gila tidak lagi menangis sepi, permaisuri lama muncul kembali, cuba memberi makna akhir kehidupan, membawa sang raja menakhluki jajahan lain dalam menguasai permainan kehidupan, tewas sang raja muda yang baru muncul ketika ingin mengenali dunia. Tewas nya mereka terhadap kuasa gembira sang raja rimba, membuatkan yag lain merasakan begitu hina, tewas dalam tidak sempurna. Curiga sang raja muda terhadap di mana terletaknya kuasa raja gila yang telah separuh sedar meneruskan perjalanan bagi membalas serangan untuk terus hidup. Tidak tempang malahkan bukan menumpang, sang raja itu bukanlah binatang, malah punyai akal untuk meneruskan strategi permainan biarpun sukar kerana kehilangan permaisuri tercinta. Dan akhir nya, seketika permaisuri kembali bermain tarik tali, sang raja tewas dengan permainan kata-kata gila, ( babi kata dia ), seronok sang raja tak terhingga, sekembali nya permaisuri di istana hati dan bermain kata gila, bagi dia, hanya yang gila bisa membuatkan si gila ketawa, berada di episod yang sama, kasta tiada beza seketika bersama. Dingin angin pagi, membuatkan permaisuri ingin pergi lagi, entah kemana yang pasti ingin pergi, pergi dia pergi lagi. Mati lagi satu cinta.
Checkmate! Putih hitam permainan.
No comments:
Post a Comment