Salam, terima kasih buat cinta, kerana memperingatkan aku tentang satu perjanjian, yang mana telah termeterai suatu ketika dahulu di saat kita menghirup udara yang sama, indah dan tiada kata dapat menggambarkan keindahan yang kita tempa bersama, suatu ketika. Maaf sekiranya rencana buta warna ini membuatkan kamu rasa tidak cukup bahagia, aku tidak mampu membeli cinta mu dengan wang mahu pun nilai harta yang tinggi kasta nya. Maaf kan aku, aku bukan lah seorang yang sempurna untuk menerima tomahan hina kata berbunga di hujung dunia. Cerita kita bermula semula, aku masih menulis biarpun dalam kata sebenar, menaip kerana zaman sekarang dunia dah maju, namun aku tetap menggunakan kata akar manusia iaitu menulis, ini kerana rencana tidak cukup sempurna ini hanya mampu menggambarkan satu perasaan yang tidak digambarkan, kata cinta. Tercipta sebuah rencana berikutan kebosanan kehidupan, bukan bosan tiada apa untuk dilakukan akan tetapi bosan kerna tidak tahu untuk berbuat apa-apa, aku tidak tahu, aku buta dan terkapai-kapai di dalam buaian keibuan semulajadi dunia, “mother earth’s nature”, kata mereka. Aku hanyut seketika lemas di dalam sungai air mata keindahan dunia, aku lemas, timbul-tenggelam dalam arus kelam, hanya menanti masa karam di lautan dalam. Mungkin di saat ketika aku menjadi gila, hiduup tepi jalan dan gambarkan pada dunia, kita berada di penghujung kehidupan kerana aku percaya, aku, kita dan semua lapisan kehidupan, menjadi peringatan dan amaran kepada kehidupan sebelumnya. Waktu penghujung nya tidak pasti bila, aku sendiri tidak pasti sama ada aku berjaya untuk menghabiskan rencana ini mahupun tidak, sekirannya aku telah ditarik nyawa oleh malaikat nya seketika aku menulis rencana cinta ini, doakan aku di sana ya. Yang pasti, jangan menagis sekiranya akuu tiada, aku ingat janji mu pada ku. Dan ini juga janji aku untuk membantu kamu berpegang pada janji dan kata cinta mu wahai sang pencinta abadi. Dalam kebosanan aruus kehidupan, aku memilih untuk berada sepi sendiri seorang diri, untuk mencari satu inspirasi yang membantu aku untuk meneruskan kehidupan. Cinta ini tidak mudah untuk diharungi , bukan? Apa lagi satu kehidupan, penuh ranjau berduri mawar mati bukan. Aku pasti, di saat aku begini, aku tidak salah untuk terus dengan kehidupan aku seperti mana diri aku sendiri, pilihan yang pasti, kenapa dan mengapa, pasti akan aku terang kan seketika kita ke sana nanti suatu masa, “memohon berkat dari-NYA”. Dalam keadaan aku seketika ini, aku pasti nya rasa sunyi, kerana kau jauh dan tidak berada dalam jangkauan mata kasar pandangan aku, jauh jarak , attitud dan latitud kita berbeza, mungkin pasti suatu hari, kita akan berada di atas titik pertemuan yang sama semula untuk meraikan kata bahagia. Untuk pengetahuan kamu, aku menulis rencana ini di saat aku cuba untuk memahami koleksi irama yang telah kamu beri disaat kita bertemu dan bertukar kata semangat cinta, terima kasih kerana sentiasa meniupkan semangat cinta kita, “burn the fire”, ayuh kita bakar api itu. Menggunakan kata peribahasa yang tidak seberapa sempurna dalam menulis, aku pasti sukar untuk mu memahami, dan ini hanya rencana yang membuatkan kau tersiksa membaca namun kau ingin cuba memahami nya untuk membuktikan satu kata. Terima kasih untuk apa yang telah kau beri. Dan inilah yang kerja gila yang aku lakukan untuk mu, untuk aku membuktikan kata-kata ku. Dan aku bersyukur, ini adalah kegemaran aku, dan kerana kamu lah aku terus begini dan mula menjadi begini, “terima kasih bunga padi!!”, ayat bunga dari hati.
Di dalam sepi peribadi, aku menulis satu rencana.
Di dalam sunyi, aku berfikir akan bagaimana,
Di dalam sendiri, aku terkenang keadaan di sana,
Bagimana?
~Untuk bunga padi, terima kasih kerana memberi kan aku playlist lagu cinta, terima kasih kerana sentiasa menemani biarpun jauh dimata.~
No comments:
Post a Comment