Wednesday, April 28, 2010

ouch. kasar bisikan mu itu

masih aku ingat, di saat aku dan beberapa umat manusia yang lain, bersama mengintai tirai kehidupan, aku di tujah dengan bisikan dan kata-kata celaka yang sungguh menyakitkan jiwa.
mungkin aku bukan seorang yang pandai, mungkin aku bukanlah penulis yang hebat, akan tetapi, aku terus menerus dan masih memberus minda ku untuk mengetepikan bisikan kasar mu itu. mungkin, apa yang aku pernah lakukan menimbulkan persoalan, mungkin itu satu jawapan. aku bukanlah seorang rasul mahupun pemesong agama, aku cuma mahu berkongsi pendapat dengan dunia tentang apa yang patut kita lakukan. namun, terus menerus aku dihentam oleh satu konspirasi yang cuba untuk menjatuhkan semangat aku. aku, tidak mungkin mengalah sebegitu sahaja. akan ku terus kan perjalanan ini untuk aku dan dunia aku. dan aku turut ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat mereka yang terlibat.

"ku hormati kasar bisikanmu semalam, perjuangan ku untuk terus hidup, ku teruskan", pesan nenek.

~salam~

No comments: