Monday, August 29, 2011

sunyi raya, airmata.

sepuluh tahun dahulu, kau dan aku adalah 'hero' sejagat di kampung raya kita, kita jadi kita.

maafkan aku, aku tidak mampu melangkah melihat pusara-pusara sepi disitu,
aku kaget, bila masih rindu zaman kegemilangan kita dulu,
di alur sungai, di bentangan padi, dan di jalan menuju bukit cinta,
di ketika satu suasana dulu-dulu, tempat kita jadi permata buat semua.

kini, sepi..
yang ada, tangisan ibu-ibu, air mata cinta menangisi pemergian mu,
masih terasa hingga ke benak kalbu, dalam sedalamnya,
selepas tiada lagi kita.

sesaat baru ku sedari, yang sebenarnya tuhan satukan kita pada satu bentuk kehidupan yang abadi,
pada satu cahaya yang ditiup kekitaan.
sekarang, tiada lagi kau dan aku, yang ada hanya 'AKU'.

di pagi mulia, digulungkan sebicara doa buat saudara-saudara di syurga semua, semoga senantiasa berbahagia di arasyNYA.

sepuluh tahun kini, ada penganti sejarah kita, adik-adik kecil seperti kekitaan meriuhkan keadaan. meriuhkan suasana manisnya dunia.

akhirnya, kita mulai faham akan apa itu kenikmatan,
ada yang datang , ada yang pergi, ada yang hilang dan akan berganti.

cinta, cinta itu tetap ada kan?

*al-fatihah buat che abdullah , harith munzir, dan 'hero-hero kemerdekaan tanah manusia'.

No comments: