Wednesday, October 20, 2010

Sekelumat rahmat. (otak-otak)

dalam kotak, malam dengan suara katak,
membesar seorang kanak-kanak,
dalam kotak dengan mainan satu kotak,
berdetak satu jiwa penuh berontak.

apa makna bebas sekiranya masih di dalam kotak?
umpama seekor katak yang hidup membatak - kepala hotak.

dalam malam , masih dalam kotak,
tersembul sekelumit rumit dari otak,
bukan botak, bahkan akal berotak..
seorang kanak-kanak dari kotak,
zahirnya mampu mengguna otak sepenuh rahmat otak.

namun jiwanya masih berontak,
tiada kemampuan untuk terus jadi bijak berotak,
hanya mampu memberontak sepi dalam kotak.

mungkin ini cabaran, mungkin ini dugaan, kata puteri kacak.
namun, kanak-kanak itu sedar , ini semua rahmat,
sekelumat rahmat serta nikmat,
tiada gunanya berbakat sekiranya tiada secebis berkat.

terus-menerus - dengan jiwa berontak,
kanak-kanak terus memerah otak,
biarpun di dalam kotak, namun otaknya tiada berpetak.


*tribute untuk mereka yang berada di penjara dunia, pelajar sekolah2 kerajaan katak, anak-anak muda yang tersekat kebebasan bersuara.. seharusnya kita perlu pandai menggunakan otak!!!

theme song ; why so many why - I-ness sufi dub projekt

~masih dalam kotak~

No comments: