Saturday, October 9, 2010

Mahkamah Mentari

dahulunya.. aku pernah jadi seorang yang hidupnya tanpa peribadi suci..
aku dahulunya seorang rastafari.. dready..
perjalanan sukar dalam hidup itu, aku tempuhi dan pelajari..
dan seketika aku telah melanggar peraturan peribadi,
aku diadili di mahkamah mentari..
di situ, aku dijatuhkan hukuman buang negeri dan terpaksa hidup sendiri..
sepi.. berdiri antara dua cabang perjalanan..
timur atau barat, mana satu yang pasti..
aku berhenti untuk menilai sesuatu yang pasti..
aku tidak patut untuk terus mengamati rastafari,
aku haruslah sedar akan erti peribadi ini..
di mahkamah mentari, aku diadili seorang bidadari yang kini sepi..
tetapi yang pasti kini,
aku terus melangkah ke arah benamnya mentari..
satu jalan yang pasti, kerna aku tidak lagi seorang rastafari..
kini.. aku bebas... =)


~ini ditulis setahun yang lalu, dalam bilik air, aku potong dreadlock panjang demi nilai kasih sayang.. yang pasti, revolusi itu tidak dihargai.. kini dready kembali, demi mengunci kata chenta pasti.. dan aku berharap kita berjaya bersama berhijrah atas kerana revolusi demi jalan yang ESA.. satu kerana DIA pencinta..

No comments: