Sunday, June 22, 2014

kota penyu tanpa cengkerang

"unggas bebas, mengebar sayap penjuru ke penjuru, menggalas basah menyambar sirip.pohon renek, gelak tawa, gundah kencana, sepoi angin selatan sebelum bertukar utara.berlalu serumpun segar"


disebuah tanah asing, yang ada cuma beberapa ekor penyu masih meneruskan sisa cela. masih cuba bersatu-sama untuk terus ada suasana. tenang renangnya, gundah yang dijadikan bahagia itu o.k.u. belum mampu keluar dari teluk semula tanpa cengkerang.

2069, perang dunia ke-4

bilangan f22 kelihatan seperti unggas bebas. melingkari kota-kota kehidupan. durjana. facisms, judi nombor satu bagi semua pelosok dunia. kaum ku adalah kaum yang maha. kaya raya menindas. tentera yang tidak mampu kudeta, dijadikan peluru. pengebom berani mati. kereta kebal anti-gravity, peronda malibu yang mampu hilang dilarut malam seperti nighthawk. f14 sebagai balai kantur bergerak. semuanya di awangan. anti-gravity.

pesta merdeka kali ke 192, disambut hanya diruang sarap. whisky dan 7 cawan kecil. cigar tembakau kuda. tidak seperti waktu dulu, berlalu serumpun segar. antara bangunan-bangunan yang tiada rupa, punah, kereta adalah rumah semua manusia. tiada dinding konkrit, tiada dinding berocky. kelongsong peluru sebagai kayu api, menembak sesama manusia demi hanya secebis roti. lembu dan hampir semua ternakan, mati semasa perang biologi jadi industri utama menjajah negara-negara. general hanya menghantar ababil(f22) untuk mengebom toksid. reban, kandang, atau sangkar ikan, semuanya kosong. manusia mengangkat pistol dan pisau untuk secebis roti. mula dilanda kemarau, bukan kemarau terik matahari, ianya kemarau yang melaparkan. ladang-ladang dibakar, kebun-kebun dijadikan penjara, gudang-gudang mula susut, tiada lagi industri mengetin atau industri kuih goreng. bom! bom! bom! semuanya letupan, semuanya pengeboman. yang menyambut natal, yang menyambut bulan penuh, yang menyambut hari tuai, juga yang menyambut kemarau lapar sebagai hari puasa mereka, semua hanya diantara lorong-lorong kecil yang dulunya longkang aliran sisa. 

tiada lagi nelayan, tiada industri sardin, laut biru semuanya merah, semuanya berdarah. populasi keseluruhan tanah dunia tinggal hanya cuma 3.6 juta orang. kalau adapun, cuma semangkuk dua periuk kera, hutan rebah. tiada pengimbal yang menari jack dan kacang ajaibnya, kebun adalah penjara, tiada guru-guru tadika, tiada kilang kasut, tiada siaran televisyen, dan yang pasti tiada elektrisiti. kayu-kayu perabot jadi unggun api untuk malam. bumi gelita, 'blink' merah dari f22 adalah bintang, dan semua yang ada dibumi sentiasa berdoa sambil melihat sinaran tembakan bom seperti tahi bintang. jarak masa antara tahi bintang cuma empat puluh lima minit.

penyu-penyu lari mungkin ke galapagos, mungkin nortuna, mungkin diantara gunung-gunung bawah laut, atau di pulau yang indah,belum dijumpai peta, atau gua bawah tanah. lelumba tidak lagi berenang, tiada ikan mahupun udang yang mampu berenang di lautan darah. eraksi toksid mampu memecahkan perisai dinding, apatah lagi cengkerang-cengkerang penghuni laut. kura-kura di kolam semua mati hangus seperti anjing yang dibakar. populasi dunia cuma ada di mereka-mereka yang tinggal di udara, di atas gravity. tongkang, layar, kapal besar, semua hanya tukun laut mati.


yang terjebak di pulau indah, penyu-penyu cacat tanpa cengkerang, masih hidup dengan sisa. makan air laut mati. 



********************************************************************************************************************


duhai khalifah yang menghidupkan alam, sedarlah, bahawa yang memusnahkan bumi ini sendiri adalah yang mentadbirnya tanpa tuhan. lihatlah, tuhan itu ada dimana-mana. 


"save el turtle"

yang masih menulis satira,
fakir rimba, bashijauburuk, 2014.


  

capture by messo burger, skimboarder, taveller, writer.capture by messo burger, skimboarder, taveller, writer.
image art by fiat thaiskim. skimboarder, activist, adventurerimage art by fiat thaiskim. skimboarder, activist, adventurer

Wednesday, March 5, 2014

most berret green

inside er' aorta,
bomb a,
no more tuna netra,
color a call,
a c all.

like la sierra maestra banana,
foo all em' plucka,
where everyman walks a bomb a,
then e pencil all rise flowa.

yellow sesame' on a street in jonka,
likewise no other, 
shall all be altogether,



jackie's cabin culture. surfin

Tuesday, October 29, 2013

bagasi ilmu dan pondok cinta

biru redup, jam 3, Mata Hari ,

nanti bila dah penuh dada, mari lumba dengan ikan lumba-lumba.





di antara gunung-ganang, ada daki prophet, ada kisah balik awan. jangan lupa baca buku.

Monday, August 5, 2013

3.09 , pagi ketika semua pohon tunduk ke bumi

larut, isi malam longlai, sujud.
diam, hanya antara kita,
hanya langit-langit sedang menggaru,
di bawah awan, di kaki pelangi.

seperti semalam baru kita berpisah.

selamat kembali wahai sang kemerahan

Tuesday, March 5, 2013

0314

sayang, sudah tiga bulan aku bermalam dengan suara mu di hentian bas,

"holla, tolong ambil saya nanti yah".

air biru bersih mahu sampai, tiada lagi ombak besar dalam tahunan.

waktu untuk petik embun, selamat pagi sayang.



*sebenarnya aku rindu suara pagi mu, di tepi jendela sepanjang 130km.
hujan pagi, teluk cempedak, air pasang penuh




Friday, November 2, 2012

kota bahagia, pena dari tuna netra

pembikinan filem pementasan puisi, dengarnya angin tidak ketahuan bertiup kemana, dibalik sana mana?
surat dan sirat dari ranting akar-akar kecil harusnya digali, ritma dan nada sebagai irama paksi, balik sana juga perlu dimakna. kota-kota cinta yang dikatakan bahagia , apakah ia tersergam sebuah suasana tanpa derita? ingin ke kota sana, dahului hari muka bumi dengan menyelak katanya dahulu, jangan biarkan muka bumi menyelak kata pada hari sesalmu.

tuhan juga pernah bilang tentang sebuah kota bahagia yang ada di suatu bahagia,

Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar(kota) ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa kami '; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik". 

baqarah, verse 58.


nak masuk kota? sekarang tahu bagaimana? ambil kunci, selak pintu ya cinta.




Thursday, August 16, 2012

sepapan sampan pendayung melintas

baru seketika, tiba dalam sesat. kendi dhab serta susu kambing.
seorang darwish masuk ke dalam kota, bukan dulu kota bahagia.
melangkah sementara untuk singgah mengisi semula bekalan untuk hari-hari nanti,
kelemasan tidak, cuma mahu terbang menggelungsuri sungai-sungai syurga.

padi, patukan bisa pengair muda, kompass hati menyanyi utara.
ada misi bangkai-barangkali dalam topeng extremist.


*kau dah selak sendiri, masa kita menari berdikari.


Monday, August 13, 2012

terbakau hammurabi si perisik .

luka yang paling panjang untuk dijahit. yang mana jadi antara puak babylon atau melalui phophecy alexander d' great. para pemegang busur dari istana richard, atau pun lirik senyuman tukang masa istana yang pergi kerja naik moto, tetap buka bentuk. nak tengok satu yang tiada berbentuk , memang kata senang. friction yang berlaku di ruang bunga paru-paru , juga perlu dikira. mana timbangan sekata.
walaupun sesiapa siapa tidur di dalam gua, dia tetap jengah menjendela.


*type yourself with own rebelution. rise up! 3 o'clock blues dreading,

Sunday, August 12, 2012

lambaian bunga berkumbangang

kumbang berkumandang, nyanyi lagu dalam rintik hutan,
mentari , jangan pernah getar pada matahari, jangan pernah padam cinta Mata Hati.

kiri kanan taris terus tari,
hati-hati! disini dahannya berduri,
kesan bisik itu abadi,

kau disana, cinta terbang melangit di pagi.
emosi pagi punca malam kita mati,
serulah agar nanti bangkit kita menari sufi, nanti.

plot masa latar chapter komik lukisan tuhan, ditiupkan jadi istana pasir tanah,






#educationalnotes ; learn with the birds, -ibrahim, qabil, hud-hud, ifrit, buraq, ababil,



saya dah tulis lama, dalam buku hitam, tapi apa perlu kau bawa lagi? nak jumpa matahari petang ungu, kena sabar yang nyata! cengeng!

Tuesday, August 7, 2012

pantaikan kembali


lari-lari kecil hajar, bisu diam tapi menyanyi.
belukar kosong dengan kendi dhab.

ombak biru tanpa padi hijau, ya, kebinatangan songsang.
cuma rentak rumba dari suara kulit tegang dengan kayu berlubang.
nak menari kun fayakun? nak nyanyi hu atau bisik ah?
usah kata cuba fakir, sufah pun belum pasti larut kalau tak dipeluk tiang itu satu.

bila berdiri, jangan kau lupa, ritma apa kau nyanyi.

http://www.flickr.com/photos/rastamiraol/

Tuesday, April 17, 2012

renut burung petang bawah pondok badut kasut merah

naiklah buraq rimba ini sepetang cuma, 
dan hinggap di sebuah pondok yang tidak nyata dimata,

biar fakir lebarkan sayap kirinya melembang dunia,
biar fakir tunjukkan mu perihal pertama dunia,
buka mata hati mu,
dengar segala jerit bangsa,
"yang sedang membakar jiwa di neraka, yang sedang kaya dengan dunia,"
"yang mabuk kuasa sementara, yang lumpuh dimamah sengsara."

lebarkan sayap kanan bahagia mu untuk busur fakir balik sana,
panahkan cinta pada marhaen jelata,
agar dapat bangkit menari salsa di tanah satu telaga.

agar nanti, raudhah dapat melintas sempurna atas nama aminah,
untuk kecapi kembali pohon 'diaspora' syurga.


yang fakir,
rambut yang dibelah tujuh.

___________________________________________________

*puisi bait kejam petang itu hanya mahu raudhah terus dengan niatnya menjadi aminah. Aminah adalah nama Islam selepas raudhah memeluk Islam. fakir adalah manusia atheist yang lenyap dengan ilm-kalam, menyelam kedalam urat-urat ranting halus daunan rimba.

oleh kerana ada yang tidak faham dan perlu membaca sambil meninggalkan tuhan, jadi disini , pendidikan percuma diberikan. ;)

1. buraq ; adalah tunggangan pena (Muhammad s.a.w.) pada peristiwa isra' mikraj. signifikasi ini dibawa kedalam pengisian untuk menampakkan bahawa bait ini direka untuk membawa mata (si peneliti) melihat dan ingat akan apa perihal yang dilihat baginda semasa dalam perjalanan menaiki langit dalam satu malam. adaptasikan kisah perjalanan ke langit itu kedalam satu minit kehidupan.

2. sayap kiri : gerakan radikal berteorikan kesakitan yang menyeronokkan. sakit pun tekan. menempuh perit kehidupan, masalah dan dugaan itu adalah sebahagian daripada rahmat Allah dan ia adalah kenikmatan yang padat.

3. perihal pertama dunia ; juga boleh diselit sebagai ilmu tentang nama2 yang diajar oleh Allah Azzal Wajalla kepada adam a.s. , juga boleh dikatakan sebagai apa yang dilihat oleh baginda Muhammad s.a.w. ketika menunggan buraq sebelum berjumpa kalian utusan di langit berbeza.

4. sayap kanan ; langkah lestari, revolusi yang didukung mata (si peneliti) ataupun raudhah.

5. marhaen jelata ; umat sekalian manusia , human being.

6. menari salsa ; tarian mencari kemaafan / tarian untuk bersatu dengan Allah. *kalau anda arif, anda tahu tarian apa yang terbaik untuk ditarikan. "bersama ku kita mencari, bersama HU kita menari".

7. tanah satu telaga ; padang masyar yang hanya ada satu telaga bernama al-kausar , "barang siapa yang mengenali baginda dan juga mencintai baginda , secangkir al-kausar itu dapat menghilangkan dahaga saat menari di padang sana dengan matahari sejengkal dari kepala"

8. pohon 'diaspora' syurga ; pohon khuldi yang mana buahnya dipetik oleh adam dan hawa pada hari ke-7 di jannah (syurga) , sebelum dicampak ke dunia pada lewat senja hari ke-8 dalam syurga.

9. rambut dibelah tujuh ; sidratul muntaha, titian akhir selepas proses perhitungan.

1-9 : ini adalah kaitan non-fiction yang cuba diterapkan kepada pembaca / mata (si peneliti) , agar sentiasa hidup tanpa sebarang hedonisme dan sering menjadikan 'law of relations' sebagai kaitan dalam tiap saat/sudut kehidupan, hidup seperti pena, mati seperti ali , fana' seperti rumi. setelah faham istilah yang digunakan , baca bait puisi/rubai semula untuk kefahaman yang lebih. selamat membaca.

*this writing wasn't a reference as a text book, this is just a half-fiction story line to make this life more complacent. together we seek peace and do love!

for the lord, i'm with all my sins, sincerely open this diamonds-idea just to enhance all brothers and sisters wake up to strive a better life and dancing tall altogether. no dread and emancipate. -bashijauburuk

Sunday, April 8, 2012

sudut gelap pada sisi bulan yang terang





orang planet. republic of brickfield cover. as always, this song will never set up a palimpsest, and love will remains insane. actually, it was not that good. but at least, with this song, someone already knew how to 'foxtrot' on her dancing floor. keep the good love. irie.-tribute to an alien whom now live with another planet .


*kara adalah sebatang kara yang punyai jiwa. ;)

Thursday, April 5, 2012

#cinta, another fait acompli

khanqah bersama Marabout. dalam tidur ratusan tahun

dalam lengkok lurus yang kau jumpa, itu mungkin penitian muntaha.
peduli, siapa pendayung sampan?
dan bagaimana kau terlepas pandang akan ikan yang hilang dan terpaksa berpatah balik?

ladunni itu ilm al-yaqin, bukan sebarang kita dapat menjiwai dia.

petang makin bersungai, pohon diaspora hari ke-8 syurga , mekar tapi buahnya hilang.

*siapa antaranya pemegang lencana commander ke-8? perlu ingat, communisme perlu tanpa autokrasi.


yang kacak ,
yamlikha, mautunus, kastunus, berirunus, danimus , yatubunus dan kalus.




-sayang, kali ni aku takkan biar kau terpisah jauh di jeddah lagi, biar aku saja yang menelan epal hijau itu , dan jangan kita ulangi kisah hari ke-8 ditasik api dengan rambutan curi. kau perlu kekal di syurga bersama dia. bersama DIA. adam dan hawa di hari ke-8 dalam syurga

menyambut khidir , mimpi diam semalam.

zon timur, ufuk ketika renyai , air pasang no.4 , waterpump house, jam waktu selepas ikan hilang. "di mana ada aku, di situ ada DIA"

"esok, mungkin kita akan jumpa guru, pengajar satu ilmu yang belum pernah kau tahu." ,  kita perlu lihat bagaimana ikan yang hilang itu kembali melompat kedalam sungai , di balik batu-batu jeram, suara sayup-sayup bicara antara dua manusia, a'mir dan a'mira.

"siapa sebenarnya guru yang tiap manusia bakal jumpa dan belajar tanpa satu adanya? " , pulang kata dari a'mira.

hari makin senja, air sungai masih mengalir perlahan dan redup, kedengaran cricket-cinta dalam hutan riang menyanyikan kita-cinta , dengan alam, pergi dan hidup aktif tanpa sebarang talian radio-aktif.

memilih jalan sunyi bukanlah sesuatu yang sukar, Pak Samad sendiri pernah menjadi darwish di ibu kota london bersama dalam dirinya sendiri. dan alam, terus menyanyi.

antara dua insan ini, mereka tidak bisu, tapi hanya kurang bersuara, memang peribadi mereka tidak petah , pendiam dan sentiasa ingin mendengar, namun,

"oh kamu , kamu rasa apa antara ilmu yang bakal kita belajar?" , soal a'mira.

"cuba dengar cricket-cinta sedang meramah mesra dengan nat-i-serif, dan mereka khaliq meresap dalam 'fanafillah' " , biarcara a'mir dalam sedang mengkhayati irama asyik yang sedang riang.

"apa kaitan cricket-cinta dengan ilmu?"

tebingan sungai kembali sunyi tanpa kata, tertangguk seorang insan mati dalam persoalan , manakala sahabatnya sedang asyik menikmati bunyian zikir alunan cricket-cinta. tatkala ikan yang berjaya dipancing itu sedang terlepas kedalam sungai.

hujan hampir pergi, arus turun dari bukit deras, matahari pergi dan air hulu turun menuju bumi hilir dengan berita dari bukit.

"kita perlu bergerak", seru a'mira dengan lenggok bahasa cintanya,

"pernah tak kita manusia cuba jadi pacat dipokok? secara habitualnya kita maju dengan cara menempel di pohon tua".

a'mira bingung, khuatir lemas dibawa arus deras. air semakin tinggi menebing, perkakas separuh telah hanyut.

"rumah ditepi sungai mengalir seperti bahtera, pernah tengok?" , usaha a'mir untuk terus kekal di tapak perkhemahan dan kekal survive dengan arus air yang tiba-tiba berombak daripada khali sejenak.

a'mira tegas dengan bimbang , "dekat jeram nak buat kapal? "

rengek cengeng puteri balqis berjaya menangi hati si kacak yusuff. a'mir kini turut membantu a'mira berkemas dan lari membawa sunyi ke rimba berikutan si puteri itu khuatir mereka hanyut dibawa arus yang turun dari bukit sana.

**********************************************************

"bukankah sudah diberitahu sewaktu kau sudah melembang di kota ini, usah kau persoal kenapa, aku cuma pinta kau SABAR, mendengar dengan mata, melihat ketika pejam. sekarang kau harus pergi, nyah menjauhi dan pulang pergi dari aku." , hembus khidir kepada musa tatkala si pengembara itu gagal untuk bersabar dalam mendalami ilmu yang bernama ladunni.

***********************************************************

kenapa manusia tidak bersabar dalam mengkhayati panggilan tuhan dan sering kali bergerak atas kehendak mereka?

kenapa manusia gagal untuk duduk dan tunggu akan jawapan hikmah dibalik tiap kejadian?

kenapa manusia sering saja ingin terus bahagia didunia? sedangkan bahagia dunia itu sebenarnya neraka.

faham tiap perbuatan dan kelakuan itu semuanya adalah gerak tuhan, "tatkala mereka melempar , bukan mereka yang melempar."  jadi manusia perlu sentiasa memaafkan, perlu sentiasa duduk dalam daim, dan matikan diri sebelum mati.

-coretan ketika air sedang deras, sungai bil, bicara antara insan yang melihat terpisahnya dua lautan, biru dan hijau. dalam masa menyambut ladunni daripada guru yang agung.

HARUSLAH SEMUA MANUSIA TAHU YANG KHIDIR A.S SENTIASA ADA BERSAMA UNTUK MENGAJAR KITA, BELIAU TIDAK MATI NAMUN HANYA TERLINDUNG DARI SEPASANG MATA KASAR (rijâlul ghaib).  AL-FATIHAH.


*untuk kamu yang sedang cuba untuk faham cerita a'mira dan a'mira, sila selak kitabtualama , surah al-kahfi ayat 60-82. selamat terbang di langit syurga wahai semua, wahai kamu cenderawasih riang, - fakir-rimba.

Tuesday, April 3, 2012

listrik rindu mati dan illustrasi redempsi

senyum sendirian belum tentu buat manusia gembira, memilih bahagia dunia , melangkah jauh -pergi. akhirnya kau tiba di pangkuan dalam sementara, lena dengan air mata  dan asyik dalam mabuk kita.

sedang kau dipimpin dia, senyum ku ; tersimpan, listrik bicara makin kelu - makin tiada mahu.

ya, mungkin epal itu tidak lagi menjadi dosa, cuma mendayung sampan melintasi neraka, epal itu hanya satu neraka yang ku pilih, sepetang cuma perjalanan kita.

maaf kerna aku meneguk epal di mata mu , di ruang biru kita. cuma, aku ini fakir ; yang gagal memadam satu berhala yang bernama 'cinta'.

mabuk pada cinta mu itu lebih teruk berbanding mabuk epal-vodka, selamat terbang di langit syurga.


~kerusi food court tepi tangga pasar lama ,  2042 , dreadlock , darwish tua dengan sebotol epal-vodka.

lagu tema ,



lagu yang sama , cuma ini video cover.  dan paling penting, mulai saat nanti, kau akan faham apa makna rajah epal dibalik ulasan bashijauburuk. maaf ini bukan satira.


*dan untuk orang-orang yang mahu jadi orang dalam keorangan, sila lihat gambar rajah , anda semua dijemput hadir.

Monday, April 2, 2012

bazarena shah alam , didgeridoo



A PVC didgeridoo is the simplest and the cheapest didgeridoo that can be made easily in your backyard.  Take a visit at your local hardware store and there you will find plenty of PVC tubes in various sizes and colors.  For making PVC didgeridoo, a tube with the diameter of 38mm and length of 182.9cm (6 feet) is a good size to start with. I have done on a bigger diameter tube but you will need big amount of beeswax for the mouthpiece. The length of the tube will determine the pitch of the didgeridoo. The overall length (plus the mouthpiece) of about 132.08 cm (52”) will tune at C. At 41.609” (105.687cm) the tune will be at E.  The tube can be cut shorter (a bit at a time) until you get the tune correct. I tuned the tube with a digital tuner and that makes the job much easier. Don’t worry about the tune at this moment, get on practicing the drone and enjoy the sound. 
 
The store man will help you in cutting the length you’ve chosen. All you need to carry back other than the tube is a few pieces of coarse and fine sand papers, one or two cans of spray paint of different colors and that’s it. The cut edges may  be trimmed by scraping the ends of the tube using a kitchen knife (penknife) and then further smoothing can be done by using sand papers. The blowing end of the tube is made by fixing an adapter joint (some called it bushing or fitting) as the mouthpiece. I would still prefer and recommend you to fix beeswax as the mouthpiece. I would assume that a didgeridoo without beeswax is not really a didgeridoo yet. Beeswax is not always available when you need it, PVC joint (fitting) is the best choice. At present, the price of beeswax in Kuala Lumpur is around RM60 – RM80/kg. Beeswax from local honey bees farm can be easily distinguished by the light brown color of the wax. Imported wax is darker. 
    
A kind of glue is used to securely fix a PVC tube to another. The PVC glue produces a very strong smell and I would suggest you to look for a suitable joint size so that the joint can be fixed to the tube without using any glue. A PVC joint is made with rounded smooth edges and it won’t hurt your lips and that is one of the functions of the mouthpiece
.
When the mouthpiece had been fixed, the tube is ready to be blown. A plain tube will look better if you take some effort to paint it. The smooth surface of the tube should be sand papered for the paint to   stick nicely and permanently. You are free to express your heart out on the painting. Let the painting to dry naturally. The next step is to apply a coat of ‘clear spray’. This will give a shine on the didgeridoo and will look more attractive. 
 
A properly made PVC didgeridoo will produce a beautiful sound and it will be difficult to differentiate from an expensive didgeridoo, this will all depend on your blowing skill too. 
 
If I were to make a PVC didgeridoo, I would prefer my didgeridoo to have a slight bent at the end of the tube. It will look nicer if compared to a plain straight tube.  For bending the tube you will need a hot blower or you can just heat it over a naked flame. I don’t prefer bending over the flame because PVC will get burn marks and leaving an ugly appearance on the tube.  When hot blower is used, heat alongside the end of the tube. When the tube softens, bent a little bit and then stop. Let the tube harden, then heat at a place slightly away from the bent that had been made earlier. The same step continues until desired bent is archived. Excessive bending will make the tube to sag at one side.  Another method of getting a good bending is to fill up the tube with sand. When bending is being done, the sand will prevent the tube to collapse during bending and maintaining an even internal diameter of the tube.  So, that’s it.  
   
As you noticed in the photos, my newly made PVC didgeridoo is fitted with a rubber cone at the end of the tube. This is what they called a bell didgeridoo. A real bell didgeridoo is made from a tree trunk by maintaining the base of the tree and it may not look beautiful but the sound is wonderful. The guy who is blowing the tube is a didgeridoo player from Selangor (a state in Malaysia) named Mirol. He was accompanied by a mini djembe drummer. The harmonic sound derived from the fusion of didgeridoo and djembe drum is so melodious and uncontrollably your feet start tapping as the music flows.    


 
*diambil dari kayudidge . terima kasih pakcik malik.

dan untuk seseorang, di sahara itu aku sentiasa menunggu mu, selamat terbang.

Monday, March 12, 2012

satira 4.0 untuk bunga padi di kaki longkang.

mabuk semalam teruk.
terpukul , redempsi mimpi akan terus 4.0 dengan buruk atau beruk,
hingga masa sesulit masa sulit semalam,
cuma, ingatkan saja memori kita dengan pena kejam,
ianya berhala lapuk yang raqash ; seteguk lagi,

kau adalah gandum tanah asing dari kampung ke 8 tasik jupiter.
kau mungkin adalah penyair biola-bisu dari gudang-gudang yuna.
beritakan anjing yang menari atas kertas semata,
dia sedang kenikmatan dengan belai-dunia,
dari hujung kota ke hujung kota ; dalam kereta,
lihat, jenguk di setiap pelusuk perjalanan mu,
akan ada nafas baru yang membawa mu melengkok di lurusnya jalan.
adab Ya HU,

jangan pernah mengalah - perang itu baru bermula,
jangan pernah sadis - biar saja air longkang itu mengalir menjadi tigris,
usah lagi peduli siapa dibalik jendela,
nat-i-serif dari konya magara.
jangan pernah lupa, secangkir al-kausar di padang sana,
agar nanti kau sentiasa dibawah sayap burung qudusi,
jangan pernah lemah, kayuh basikal tua itu ke puncak gading,
dan jangan pernah menangis,
simpan semua rindu dulu dalam kendi air yang hilang,
biar ia hanyut dalam diam-kelam. BIAR

menarilah saat ketika israfil sedang berlatih dengan nei nya,
pergi dan terus gapai mentari,
semoga ibu dibalik sana gembira melihat cinta bahagia di kota bahagia.



terus, fakir mati dalam perjalanan menyepak jodoh jauh dari kota bahagia. biar redup ini saja tahu rindu ini milik siapa.


satira ini dari longkang wangi yang tertulis tanpa pena kejam, tanpa mata pejam, tanpa suara dendam. biar jangan ada benci. maaf untuk profisi kain kuning. soalan itu perlu dijawab nanti di perhitungan. dan fakir akan terus memegang panji, "itu semua kerana cinta."

--------------------------------------------------------------------------------------------------
~pasar ahad, serap dalam kebinasaan, melintasi neraka dan menyepi di dalam rindu yang takkan hilang. selamat berjuang sayang. 4.0. lupa, saya baru jumpa gambar dengan t-shirt kchc, awak dukung baby.




*kalau manusia memang sangat pandai baca satira, baca dengan sempurna.

Friday, February 17, 2012

langkah lestari , by pak samad

selipar buruk hypatia di langit subuh

rueful, don't ever forget, they were just samaritan,
even you were dying with them sarcophagus,
rueful, a journey lay right rite of passage.

even it might be shilly-shally.
running please with this ablution.
let peace be foremost!

-pendayung sampan melintasi neraka, library kecil alexandria, 1669