Tuesday, April 17, 2012

renut burung petang bawah pondok badut kasut merah

naiklah buraq rimba ini sepetang cuma, 
dan hinggap di sebuah pondok yang tidak nyata dimata,

biar fakir lebarkan sayap kirinya melembang dunia,
biar fakir tunjukkan mu perihal pertama dunia,
buka mata hati mu,
dengar segala jerit bangsa,
"yang sedang membakar jiwa di neraka, yang sedang kaya dengan dunia,"
"yang mabuk kuasa sementara, yang lumpuh dimamah sengsara."

lebarkan sayap kanan bahagia mu untuk busur fakir balik sana,
panahkan cinta pada marhaen jelata,
agar dapat bangkit menari salsa di tanah satu telaga.

agar nanti, raudhah dapat melintas sempurna atas nama aminah,
untuk kecapi kembali pohon 'diaspora' syurga.


yang fakir,
rambut yang dibelah tujuh.

___________________________________________________

*puisi bait kejam petang itu hanya mahu raudhah terus dengan niatnya menjadi aminah. Aminah adalah nama Islam selepas raudhah memeluk Islam. fakir adalah manusia atheist yang lenyap dengan ilm-kalam, menyelam kedalam urat-urat ranting halus daunan rimba.

oleh kerana ada yang tidak faham dan perlu membaca sambil meninggalkan tuhan, jadi disini , pendidikan percuma diberikan. ;)

1. buraq ; adalah tunggangan pena (Muhammad s.a.w.) pada peristiwa isra' mikraj. signifikasi ini dibawa kedalam pengisian untuk menampakkan bahawa bait ini direka untuk membawa mata (si peneliti) melihat dan ingat akan apa perihal yang dilihat baginda semasa dalam perjalanan menaiki langit dalam satu malam. adaptasikan kisah perjalanan ke langit itu kedalam satu minit kehidupan.

2. sayap kiri : gerakan radikal berteorikan kesakitan yang menyeronokkan. sakit pun tekan. menempuh perit kehidupan, masalah dan dugaan itu adalah sebahagian daripada rahmat Allah dan ia adalah kenikmatan yang padat.

3. perihal pertama dunia ; juga boleh diselit sebagai ilmu tentang nama2 yang diajar oleh Allah Azzal Wajalla kepada adam a.s. , juga boleh dikatakan sebagai apa yang dilihat oleh baginda Muhammad s.a.w. ketika menunggan buraq sebelum berjumpa kalian utusan di langit berbeza.

4. sayap kanan ; langkah lestari, revolusi yang didukung mata (si peneliti) ataupun raudhah.

5. marhaen jelata ; umat sekalian manusia , human being.

6. menari salsa ; tarian mencari kemaafan / tarian untuk bersatu dengan Allah. *kalau anda arif, anda tahu tarian apa yang terbaik untuk ditarikan. "bersama ku kita mencari, bersama HU kita menari".

7. tanah satu telaga ; padang masyar yang hanya ada satu telaga bernama al-kausar , "barang siapa yang mengenali baginda dan juga mencintai baginda , secangkir al-kausar itu dapat menghilangkan dahaga saat menari di padang sana dengan matahari sejengkal dari kepala"

8. pohon 'diaspora' syurga ; pohon khuldi yang mana buahnya dipetik oleh adam dan hawa pada hari ke-7 di jannah (syurga) , sebelum dicampak ke dunia pada lewat senja hari ke-8 dalam syurga.

9. rambut dibelah tujuh ; sidratul muntaha, titian akhir selepas proses perhitungan.

1-9 : ini adalah kaitan non-fiction yang cuba diterapkan kepada pembaca / mata (si peneliti) , agar sentiasa hidup tanpa sebarang hedonisme dan sering menjadikan 'law of relations' sebagai kaitan dalam tiap saat/sudut kehidupan, hidup seperti pena, mati seperti ali , fana' seperti rumi. setelah faham istilah yang digunakan , baca bait puisi/rubai semula untuk kefahaman yang lebih. selamat membaca.

*this writing wasn't a reference as a text book, this is just a half-fiction story line to make this life more complacent. together we seek peace and do love!

for the lord, i'm with all my sins, sincerely open this diamonds-idea just to enhance all brothers and sisters wake up to strive a better life and dancing tall altogether. no dread and emancipate. -bashijauburuk

No comments: