tentang!! tentang!!! tentang!!!
"wahai penjajah, kami takkan berundur, kami takkan menyerah, kami tentang." , ujar rangkaian kata,
tentang, bangkitlah, bangkitlah, bangkitlah...
tidak ada makna erti untuk kami terus tunduk, terus dijajah sebegitu rupa. kami rakyat bebas memilih kuasa, kami rakyat nampak mana baik dan buruknya.
tolak tepi asimilasi yang diperjuangkan, pasti revolusi anti raja-raja sudah menolak tunduk akan terhadap penindasan spiritualiti yang dilaungkan. komprimisi dalam institusi itu berbentuk penjajahan , anak-anak kecil perlu bebas daripada segala bentuk kekejaman. peduli?? kami tentang hingga dipeduli, kami anti.
di tujuh pergulungan wasiat lama-lama, perihal tentang kenapa rakyat bukannya raja, walhal, pesan sebenar mereka yang lama pernah berkata ' rakyat itu raja, raja itu rakyat'.
hari ini, raja kita , raja kita malu untuk mengaku dirinya rakyat, adakah itu dipanggilnya raja? diagungkan sehingga dibentangkan sepermaidani?
"dari mana datangnya berita?" , tanya si kecil kepada si besar,
"kenapa berita perihal penindasan ini tiada dalam berita di kaca televisyen rumah kita? " , tanya si kecil lagi.
esok, hari ini atau lusa, spiritual-humanis makin dimamah dan diratah dek penindasan jiwa yang sudah dipersembah berabad tua nya, bernanah luka mereka, parah dihunus cokmar raja-raja.
seperihal tentang bentan yang dulunya bangkit, bangkit melawan authoritas, dialah pejuang kita, pejuang lama-lama, seperti juga tok janggut , mat kilau dan lain lawannya raja-raja.
dan apabila banyak mata memandang kearah kedurjanaan berketurunan, akan turunnya satu bala tentera abrahah untuk membinasakan mereka.
-itulah puncanya si pemimpin kita perlukan bodyguard dan kuli-kuli untuk mengawasi mereka setiap masa, ini kerana mereka takut kepada manusia dan bukan takut kepada tuhan.
* "rupa-rupanya, aku terus membebel ketepian mengiyakan kata-kata pejuang lama-lama,
"raja kita raja penakut, takut mati dan takut akan kehilangan takhta" .
tribute untuk tangga kuning, j.p dan tahi kuda dipadang. -revolusi 1699
No comments:
Post a Comment