baiklah, bila dah sampai tahap terlalu kritis,
dunia akan makin diam, makin diam tanpa suara,
baiklah, dunia mahu lihat aku tanpa kemanisan,
dunia akan makin suram, makin diam tanpa bicara.
terlalu kritis, berpandangan sinis,
manis? kurangkan gula, awas dia'bengis'.
skrol lama-lama itu skrol para pendosa,
mahu jadi tuhan dan terus menghukum manusia?
-ke kediaman istimewa, cengkerik, nira dan pendayung sampan melintasi neraka.
No comments:
Post a Comment