mengapa mesti ada perasaan benci?
bila benci mengapa perlu diskriminasi?
membuang segala rasa kasih, sayang dan sukar untuk memaafkan seseorang.
benci?
satu rasa prejudis yang dipupuk dengan kepanasan serta api yang setia membakar,
membuatkan mereka terus membenci.
apa yang pasti, prejudis benci ini memecahbelahkan segalanya,
merobohkan istana bahagia,
menghancurkan kemanusiaan sedia ada,
porak perandakan semua.
mengapa perlu membenci?
mengapa perlu diskriminasi?
salahkah kita berkongsi kasih antara sesama?
perlukah kita membenci sesama manusia?
jangan dilupa, benci adalah api kemusnahan yang mengdiskriminasikan kehidupan.
mengapa perlu membenci?
*terima kasih kerana membenci.
tribute to para pembenci yang membenci mereka yang dibenci.
No comments:
Post a Comment