Sunday, March 14, 2010

Rama-rama Malam


 
malam kian berlalu, aku tetap di situ begitu,
waktu terus berlalu, tinggalkan aku begitu di situ,
ruang paru-paru kian biru, saat aku masih begitu.
kehilangan satu warna biru, perit untuk aku terima itu..

dalam sayup-sayup malam, aku masih fikir akan senyum mu.
di balik cahaya malam kelam, aku masih menanti akan hadir mu.
aku tahu, aku tahu, dan aku tahu,
sukar bagi mu untuk memilih jalan itu.
sukar untuk mu mencari jalan pulang itu.
tapi , kau lupa, aku masih di situ, begitu!

hadiah buat si dia, rama-rama malam yang terbang menghiasi malam,

aku terus yakin, kau tetap cinta aku, kau tetap milik aku.
biar pun beribu batu perjalanan mu, biar berjuta batu perjalanan mu,
aku tahu, aku tahu dan aku tahu,
kau masih rindu aku, kau masih perlu aku.

dalam sayup malam yang kelam itu, 
kau terus pergi, meneruskan langkah mu itu,
kau tinggalkan aku, aku telanjang aku di situ,
namun aku terus begitu, di situ.

aku tahu kau tahu, dan aku tahu,
pasti kau akan pulang ke pangkuan ku,
kerna kau tidak bisa biar kan aku di situ begitu!

rama-rama malam, terbang menghiasi langit malam.
dengan suara alam, aku bermalam menanti kau di saat kelam.
aku tahu kau tahu, rama-rama malam.


bila kau rindu, hayati lah suara alam di waktu malam, dan katakanlah pada bulan, bahawa kau rindu. aku, aku akan terus di situ, bersama rama-rama malam, nikmati cahaya bulan itu. kerna aku tahu, kau juga rindu aku.

rama-rama malam,aku rindu akan senyum mu
=)


No comments: