semalam, sewaktu kau tiada bersama, aku sedar, aku sedar, aku dalam dilemma, aku dalam ujian nya, mencari erti peperangan sebenar. aku sedar, semalam aku siapa, aku hanya mampu bersuara, mengenal perjuangan bangsa dunia, dan aku sedar, dalam tidak sedar kau sememangnya bersama aku dalam bersuara, terima kasih bunga cinta, kau sememangnya cukup untuk aku rasa bahagia, kau ada di mana-mana, kau mampu menjajahi aku, membantu aku mengharungi gelora bahtera lama, kau temani aku saat aku sepi terkenang kan si dia, puteri perigi mati. kenapa masih ada unsur yang sama? kawan tiada beza, kongsi minat yang sama, dan pasti ia bukanlah kesalahan si dia kerna memilih dan memenangi hati si dia. walaupun si dia mempunyai unsur si dia, cinta lama yang telah lama mati. sakit untuk aku lihat air muka dia, kerana aku sering terbayang gigi besi nya, dia, cinta dunia gila yang hanya menjadi sejarah silam yang tenggelam berikutan karam di tengah kelam malam. argh. hantu , cukup dengan itu, aku mahu bebas dari belenggu hantu itu, aku ingin melupakan kesakitan yang telah aku beri, maafkan aku jika sekali lagi aku berbuat begini, ini cakaran aku kerna tidak mampu menahan beban kusut kepala yang melanda jiwa sengsara. padan muka, itu yang aku rasa. padan muka, rasa sangat cilaka apabila terkenangkan sejarah lama. padan muka. akan tetapi, itulah kebesaran ilahi, walaupun aku tidak bersama si dia, tetapi aku masih di beri peluang oleh Sang Berkuasa Bumi memberi aku secebis kasih cinta dari kisah lama. apa yang ada sekarang adalah segala pemberian nya, dan turut serta, jutaan terima kasih buat si cinta yang hadir merawat luka, yang hadir dan terus memberi makna.
aku sayang kau alien. rindu cioman di mata ;p
~roots nite waktu earth hour!!
AMI3703
No comments:
Post a Comment