Saturday, April 10, 2010

~

Salam, terima kasih buat cinta, kerana memperingatkan aku tentang satu perjanjian, yang mana telah termeterai suatu ketika dahulu di saat kita menghirup udara yang sama, indah dan tiada kata dapat menggambarkan keindahan yang kita tempa bersama, suatu ketika. Maaf sekiranya rencana buta warna ini membuatkan kamu rasa tidak cukup bahagia, aku tidak mampu membeli cinta mu dengan wang mahu pun nilai harta yang tinggi kasta nya. Maaf kan aku, aku bukan lah seorang yang sempurna untuk menerima tomahan hina kata berbunga di hujung dunia. Cerita kita bermula semula, aku masih menulis biarpun dalam kata sebenar, menaip kerana zaman sekarang dunia dah maju, namun aku tetap menggunakan kata akar manusia iaitu menulis, ini kerana rencana tidak cukup sempurna ini hanya mampu menggambarkan satu perasaan yang tidak digambarkan, kata cinta. Tercipta sebuah rencana berikutan kebosanan kehidupan, bukan bosan tiada apa untuk dilakukan akan tetapi bosan kerna tidak tahu untuk berbuat apa-apa, aku tidak tahu, aku buta dan terkapai-kapai di dalam buaian keibuan semulajadi dunia, “mother earth’s nature”, kata mereka. Aku hanyut seketika lemas di dalam sungai air mata keindahan dunia, aku lemas, timbul-tenggelam dalam arus kelam, hanya menanti masa karam di lautan dalam. Mungkin di saat ketika aku menjadi gila, hiduup tepi jalan dan gambarkan pada dunia, kita berada di penghujung kehidupan kerana aku percaya, aku, kita dan semua lapisan kehidupan, menjadi peringatan dan amaran kepada kehidupan sebelumnya. Waktu penghujung nya tidak pasti bila, aku sendiri tidak pasti sama ada aku berjaya untuk menghabiskan rencana ini mahupun tidak, sekirannya aku telah ditarik nyawa oleh malaikat nya seketika aku menulis rencana cinta ini, doakan aku di sana ya. Yang pasti, jangan menagis sekiranya akuu tiada, aku ingat janji mu pada ku. Dan ini juga janji aku untuk membantu kamu berpegang pada janji dan kata cinta mu wahai sang pencinta abadi. Dalam kebosanan aruus kehidupan, aku memilih untuk berada sepi sendiri seorang diri, untuk mencari satu inspirasi yang membantu aku untuk meneruskan kehidupan. Cinta ini tidak mudah untuk diharungi , bukan? Apa lagi satu kehidupan, penuh ranjau berduri mawar mati bukan. Aku pasti, di saat aku begini, aku tidak salah untuk terus dengan kehidupan aku seperti mana diri aku sendiri, pilihan yang pasti, kenapa dan mengapa, pasti akan aku terang kan seketika kita ke sana nanti suatu masa, “memohon berkat dari-NYA”. Dalam keadaan aku seketika ini, aku pasti nya rasa sunyi, kerana kau jauh dan tidak berada dalam jangkauan mata kasar pandangan aku, jauh jarak , attitud dan latitud kita berbeza, mungkin pasti suatu hari, kita akan berada di atas titik pertemuan yang sama semula untuk meraikan kata bahagia. Untuk pengetahuan kamu, aku menulis rencana ini di saat aku cuba untuk memahami koleksi irama yang telah kamu beri disaat kita bertemu dan bertukar kata semangat cinta, terima kasih kerana sentiasa meniupkan semangat cinta kita, “burn the fire”, ayuh kita bakar api itu. Menggunakan kata peribahasa yang tidak seberapa sempurna dalam menulis, aku pasti sukar untuk mu memahami, dan ini hanya rencana yang membuatkan kau tersiksa membaca namun kau ingin cuba memahami nya untuk membuktikan satu kata. Terima kasih untuk apa yang telah kau beri. Dan inilah yang kerja gila yang aku lakukan untuk mu, untuk aku membuktikan kata-kata ku. Dan aku bersyukur, ini adalah kegemaran aku, dan kerana kamu lah aku terus begini dan mula menjadi begini, “terima kasih bunga padi!!”, ayat bunga dari hati.
Di dalam sepi peribadi, aku menulis satu rencana.
Di dalam sunyi, aku berfikir akan bagaimana,
Di dalam sendiri, aku terkenang keadaan di sana,
Bagimana?


~Untuk bunga padi, terima kasih kerana memberi kan aku playlist lagu cinta, terima kasih kerana sentiasa menemani biarpun jauh dimata.~

Tuesday, April 6, 2010

terkapai-kapai dalam buaian nya

alangkah indah nya sekira nya aku masih lagi seperti kain putih,
alangkah syukurnya sekiran nya aku masih lagi hangat menagis,
alangkah indah nya saat aku mendengar azan yang pertama seketika aku sampai di bumi,
alangkah baik nya sekerinya aku masih tiada dosa,
dididik sebaiknya untuk menjadi ahli syurga.
namun aku terkapa-kapai didalam buaian,
hidup tiada perikemanusiaan,
hidup dalam penghinaan,
hidup dalam keburukan,
ternyata, aku terkapai-kapai lagi dalam menentukan dosa pahala,
ternyata, aku terumbang-ambing ketika di pusaran.
alangkah indah nya sekiranya kita berada di permulaan.
alangkah indah nya jika kita berada di dalam keamanan.


"mulakan hari yang indah dengan amalan kebaikan"
~masih gagal hadir mengadap-NYA secara sempurna, maafkan aku!~
AMI3703
driver awek tiada hidung

Terima kasih cikgu

Assalammualaikum sang kembar saudara, syukur kerana aku masih bangkit untuk menulis, dalam sebak terasa di jiwa, aku masih lagi meneruskan perjalan bas. sebab name blog ini adalah bashijauburuk, kenapa? aku yang gerak kan blog@bas ini, driver? menerusi satu mimpi yang dialami, ada seorang yang menerima mimpi menjadi seorang pemandu bas, bas no.13 kan? balik kepada topik sebenar, cerita mengenai cikgu ni? aku nak tegaskan, dalam apa yang aku paham, cikgu ini adalah seorang yang mengajar kita, tak kisah lah mengajar apa, janji mengajar, sama ada mengajar perasaan cinta mahupun perasaan macam rasanye di jadi kan bahan ujikaji, Cikgu taw buat ujian ke atas anak murid nya, kerana sesungguhnya, tuhan yang esa sahaja layak memberi ujian kepada manusia. "kau siapa nak uji aku?" , kata Abu kepada gurunya.
cikgu, apa kerja dia? memantau pergerakan taraf pembelajaran murid nya, membantu muridnya meningkatkan tafaf kepandaian murid nya. jangan lupa, cikugu banyak cabang nya, "cikgu yang ajar aku menulis pon aku ingat, banyak cikgu kot." dalam pada itu, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang cikgu aku, yang telah banyak membantu aku, memantau aku, untuk aku terus maju, kekal di sana, AMAN-TAQWA-PUNK.
cikggu ini mengajar aku banyak perkara, aku tidak lupa.

baru hari ini aku mendapat pujian daripada seorang guru. bukan kata nak bangga, tetapi aku cuma berpuas hati dengan apa yang aku terima.telah banyak yang di ajar. aku tahu, tak perlu aku nama kan beliau sebab dia tahu dia siapa. ye la, sape sangat nak baca blog aku, aku siapa! aku sedar dan terima hakikat itu kerana aku masih lagi di taraf permulaan untuk menjadi seorang penulis berjaya. akan tetapi, cikgu ini telah membuatkan aku berjaya dalam dunia blogging ni. "Thx mates", buat mereka yang memberi "award " , katanya..


dan bila kata hina berbunga. cantik budi bahasa. apa yang kawan-kawan paham? aku cuma ingin membantu mereka yang belum jelas dengan erti nya.
bila kata hina berbunga.
anda nampak di sebalik perkataan hina yang tidak patut wujud dalam kehidupan manusia sebab manusia pantang hina," pantang nampak jek menghina, pantang salah sikit, hina macam dapat dosa, celaka",kata bakal imam masjid kat sana. dalam nak menghina, kita ada tarafnya, bukan kasta bahasa mahupun apa, cuma berbeza pada baik dan buruk nya. tak salah kita nak hina andai hina itu demi kebaikan di masa hadapan, betol tak cikgu?

cara nak hina, biarlah aman dan damai, barulah tak mewujudkan perselisihan. ni tak, hina sikit merajuk, duduk kat tepi dinding, cangkung pegang lutut. argh.
cuba cermin diri, tengok balik, sesungguhnya ayat suci Al-Quran sangtalah berbunga, dan wujud hina nya buat si dusta kafir. dalam ayat berbunga bunyi irama indah penghinaan. dan hina dalam keindahan ini membangkitkan kita semua supaya berTAQWA kepada-NYA. sedarlah wahai insan, kita masih belum cukup sempurna, masih banyak cacat cela nya.


AMAN-TAQWA_PUNK,
atau dalam keadaan yang lain, bila kata hina berbunga.
aman adalah erti perdamaian, taqwa, satu landasan ke arah kebenaran, punk pula, adalah penentangan. tentang apa? tentang-tentang? tentang siapa?
jadi simpulan nya, perjalanan nya adalah sama, terima kasih cikgu kerana membimbing mereka berada di atas jalan-NYA.

untuk maklumat lanjut, lawatilah, http://generasieraremaja.blogspot.com/.
abid kau hebat!

Monday, April 5, 2010

di setiap kali, aku

di setiap kali aku bernyanyi, aku rindu.
di setiap kali kotak hitam berbunyi, aku pilu,
di setiap kali aki merindui, aku tetap kata aku rindu,
di setiap kali kau datang mencemburui, aku tertawa sendu,
dan di setiap kali ku dengar akan suara mu, aku masih kata, "aku sayang kamu"

Sunday, April 4, 2010

pulang ke kota, berikan aku masa

sebuah singgahsana, lenyap tatkala hujan ribut melanda, sebuah mahkota cinta, roboh buat sementara, mungkin ada yang menyangka, perjalanan kita berbeda, namun aku tahu, dalam diam menyendiri, aku masih lagi merindui, masih lagi rindu akan hadir mu di setiap hembusan nafas ku, mungkin aku berubah di saat ribut melanda, ancaman merobohkan singgahsana, namun aku bangga, aku masih mendengar suara cinta, masih berdiri di alam yang nyata. wahai bulan, terangilah malam nya, berikan lah dia cahaya cinta sempurna, berikan kita masa untuk membina semula robohan singgahsana, mengukuhkan istana bahagia, berikan aku masa. aku masih sengsara, kecewa, mungkin sebutir benih kelapa, belum cukup membuktikan nya, berikan aku masa. mungkin aku berubah mengikut masa, mungkin aku berubah tingkah laku dalam sekelip mata, mungkin terjadi apa saja, namun aku, tetap aku, berpegang dengan kata cinta, sememang nya aku bahagia, ketika saat kita bersama, menghirup suasana bahagia, dan mungkin aku akan pulang semula, nikmati saat bahagia. nantikan aku disana.



~tidak lagi bermadah manis dengan nada puitis romantis~
AMI3703

Saturday, April 3, 2010

masa sia-sia, hilang satu mahkota!

apa yang aku buat, hanya untuk secebis rasa, untuk sedikit perasaan gembira, sedikit rasa ingin sempurna, tapi apa, apa yang aku rasa, terima ugutan merat-rata, untuk secebis bahagia, aku hilang satu mahkota, aku hilang rasa gembira, apa yang aku ingin, kepuasan sementara, aku ingin bebas buat apa yang aku suka, tetapi, demi secebis bahagia, aku terpaksa.

pasti aku akan mengunci simpulan itu kembali, ini satu janji, dan tidak ambik peduli, asal kan aku gembira, yang penting aku bahagia. aku tidak mahukan harta, aku tidak mahu kan benda, aku hanya mahu kebebasan merdeka, kebebasan buat apa sahaja. hilang secebis tawa, jaga-jaga, aku bukan lagi seperti dulu, waspada, aku bukan lagi aku, aku hanya hidup kerana ugutan merat-rata, tidak mampu untuk aku simpan segala, aku hidup penuh pura-pura, aku hidup, kurang rasa gembira, aku hilang satu mahkota!

Friday, April 2, 2010

berkudis jiwa mu berkudis

ini bukan gurindam puitis,
ini bukan puisi romantis,
ini cakaran bodoh sang penulis,
ini ringkasan hodoh ilustrasi dramatis.
argh, cukup dengan tawa dan menangis,
cukup dengan jiwa yang berkudis,
gerimis, gerimis hujan tipis,
terasa pilu bahkan di hiris,
di gilis dengan telapak penggilis,
di hiris lumat nipis-nipis,
berkudis jiwa mu laris,
laris bahkan hujan gerimis,
laris hujan nya rintis-rintis,
nipis potongan nya menghiris,
tipis pandangan sekitar telapak penggilis,
dihiris digilis dalam hujan renyai gerimis,
sayup kedengaran suara sang pembengis,
menangis jiwa mu di kais sekerat bulu tangkis,
terus menerus hati dia menangis,
terus menerus hati dia terguris,
di hiris nipis tipis, laris berkudis,
berombakan jiwa kudis bergaris,
berontakan aksi romantis sadis,
menangisi puitis dramatis seketika gerimis,
lantas membingungkan hujah romantis,
tipis aksi nya nipis, terguris membaris,
tipis siat kulit nya nipis,
sadis,
kempis belon udara memphis,
kempis buih air atlantis,
kempis tanah air pewaris,
kempis.
di hiris lumat-lumat bahkan di gilis,
di kuis, di gilis, seakan sadis berkudis,
gerimis, hujan nipis-tipis,
gerimis sadis dramatis, gerimis puitis tidak lagi romantis,
gerimis sadis bahkan di hiris.



tunggangan kriss, saat sadis puitis romantis.
AMI3703