kau tengok betapa typical nya media gila di luar sana? bila ku tulis itu, itu mereka fikir, bila aku tulis ini, baru nampak, ia skadar permainan berteori kan orientasi 'smoke-screen' hasil transformasi idea komunisma berpropaganda menentang kapitalisma.
sari berita penting.
13may2011 - tanah rata, berhampiran pulau, bawah pokok kelapa, kedengaran bisik-bisik manusia mengembar-gemburkan propaganda media. rata-rata mereka berceritakan tentang sekalian kejadian yang disampaikan melalui picisan berisian propaganda daripada media cetak yang masih 'bodoh' menjadi lembu kerna begitu akur dengan akta percetakan yang melarang akan kebebasan dalam menyampai. menurut kajian seorang sejarawan muda yang belajar di sekolah haluan kirinya, 80% daripada manusia percaya dengan apa yang mereka lihat. pihak pentadbiran mula mengawal majoriti ini dengan menggariskan pemikiran mereka dengan alat bantu penyampaian kearah yang mereka sendiri tidak faham kenapa. "ah, kenapa aku perlu fikir akan palestina di sana, lebih aku fikir akan aku disini, hari ini masih belum meratah ayam lagi, peduli apa aku , lebih baik aku nikmati kehidupan ini dengan kaya raya ku sendirian." , kedengaran angkuh si kaya-kaya bila lupa akan tanah dipijaknya. bila mereka lihat akan promosi materialisma di kaca-kaca kotak petak hitam, mereka mula lupa, cinta kepada saudara amat penting. akan tetapi, majoriti yang telah dikawal minda nya ini, masih dibodohi dengan kenikmatan dunia, pangkat besar, harta, rumah dan kekayaan. bagaimana sekiranya dikatakan, wartawan, pemberita di sana, hanya si kaki ampu yang bekerja untuk kemewahan dunia. yang kaya makin kaya, yang miskin, tertindas dan dilupa.
oops.. jangan marah ya.. brooom...brooom..brooom.. moto besar.. sudah tiba..
pssst..psst.. kapal korek ada dimana2..
jentera kasar terdampar.
ayuh, bersua di meja. ayuh. ;)
aku sudah bilang, sepatutnya kita jangan biar 'skuad khas australia' itu tiba di malaysia, kan sekarang kena angkat kain rentang tentang projek nuklear.
No comments:
Post a Comment