Friday, March 25, 2011

titah. (urusan seri paduka)

Surat cinta,

Pembinaan berdurjana menyiksa manusia, terima kasih kerna mengubah hutan hijau jadi hutan batu.

”Kuk kak,kluk klak, kuk klak, kluk kak.” , kata mesin ‘pilling’ yang sibuk memacak pasak ke bumi.

Aduh, sampai bila kau mahu merosakkan aku? Pencemaran, nuclear, ketamakan, semua kau campak pada aku, si bumi mula menyumpah.

Sedang sibuk dua insan berbicara, ada pemerhati yang sentiasa melihat dan menemani di setiap penitian perjalanan kehidupan. Cebis2 bait kalimah cinta mula terbit dari celahan kehidupan yang penuh dengan bunyi mesin bersistem yang terus meneruskan pembangunan keduniaan.
Di balik tabir itu, disingkap akan tingkap yang selama ini mengaburi mata pengadilan insan. Sedang sibuk arkitek melukis plan pembangunan, sosialis buruh ditindas dengan kerja kasar di antara jentera2 pembinaan dan keduniaan.

atap zink biru, rumah kayu yang dibina tiga hari tiga malam untuk tempoh penempatan sementara siap bangunan besar untuk raja2 di kota, tersepit dengan liku2 kehidupan , ada pujangga yang datang dari belantara menggadai nyawa untuk terus menyara keluarga yang jauh di kampong halaman.

“kau pernah bancuh simen dalam kereta sorong? Tak, sebab kau hanya tahu ‘draft plan’ pembinaan, bagi titah dan bagi arahan . kau patut bertitik peluh bancuh simen bersama, baru kau tahu macam mana rasa makan blueberry segar dari hutan. “ , kata buruh kasar kepada raja negaranya melalui walkie talkie jentera.

Sudah bosan, mula ada rasa jelek apabila melihat si durjana masih ditampok pemerintahan, mereka lebih kejam dari zionis.

Dua insan yang mulanya tadi berpandangan akan bagaimana perasaan seperti buruh kasar bina longkang tepi jalan, mereka mula sedar, yang sebenarnya, rakyat sedang ditindas oleh raja.
Mula bicara secara individualisma, si mati tadi mula sedar yang si hidup masih tercari akan apa jawapan untuk dilakukan demi kebaikan kemanusiaan. Si mati mula bergerak seorang diri, dari jalan ke satu jalan, terus berjalan untuk membawa satu perubahan.

“Dalam tempoh ni, hanya ada 3ratus3belas orang yang sedang berjalan mencari ‘ketuhanan’, mereka tidak gentar, mereka tidak takut mati, kerna bagi mereka mati itu nikmat , apabila dapat kembali berada di arash maha –NYA, satu dan selamanya.” , malam di pondok using, kopi akar kayu, pucuk dan tembakau blueberry 2ringgit setengah, antara si mati dan si pengsan.

Gerakan bergolakan, si mati itu hanya para pejalan yang hanya menari seiring dengan paluan getaran skala rikter dari tuhan, si mati terkesima sejenak, apabila terbuka pandangan akan kemanusiaan, apa salahnya kalau kita bawa mereka bersama, kembali kepada tuhan.

“Tetapi bukan sikap tamak kau. istana, cokmar, singgahsana kuning, balairong seri, semua hanya lambang keduniaan, apa kau fikir kau raja kau mampu bagi makanan yang cukup untuk semua rakyat? Tak mampu, itu puncanya dasar ekonomi baru dan rancangan kenegaraan kau itu gagal, sebab kau bukan tuhan, kau bukan begitu ‘maha mulia’, kau juga makan nasi dari beras. “ , kata si mati kepada raja2 dunia melalui telegram kod morse yang usang dibalik kehijauan.


* * * * * *

Petang, di rumah mereka, mati dan hidup di era perpisahan.

* * * * * *

Hidup, sampai bila kau mahu terus mati? Ingat lagi saat kau dikejutkan dengan panggilan kebangkitan itu? Sudah lah nama kau pun hidup, kau perlu bangkit dan terus hidup. Si mati masih mengejutkan hidup yang masih khayal dalam pencarian dan kebuntuan memikirkan akan masa depan.

“apa kau fikir yang raja yang sedang kau bentangkan karpet merah itu bakal memberikan kau kehidupan di masa hadapan? Kau jangan lupa, yang memberi kita kekenyangan bukan duit, tapi nikmat kasih rahman dan rahim dari tuhan, yang menulis masa depan bukan aku atau raja itu, tapi tuhan, dia tahu apa yang patut untuk kita semua. “ , mati membebel sendirian dengan rokok ditangan melihat bulan.

“Mungkin aku juga perlu merasa bagaimana untuk tidur di sana, seperti keramaian, baru aku rasa, kerna sekarang raja itu masih membenarkan aku mendapat keistiwewaan mengikut perlembagaan.” , hidup mula bersuara kemelayuan mengikut kata dari artikel perlembagaan.

“Hidup, kau kena faham, memang kita senang sekarang, bagaikan putera raja, tapi apa kau rasa sekiranya kau sebagai putera yang membiarkan raja memerintah dengan tidak adil dan bersikap tamak terhadap harta-hartanya? Kau makan “pineapple”, tapi mereka (rakyat jelata,manusia), makan dari cebisan2. Itu sikap kau sebagai insan? nama kau hidup patut tukar dengan nama mati , sudahlah tidak faham akan apa itu hidup, baiklah kau menjadi mati.”

“Sudahlah, biarkan aku berjalan sendirian mengenali mati, dan aku berharap kau dapat hidup mengenal hidup dalam kehidupan. Jumpa lagi kawan.” , mati mula melangkah keluar untuk satu perjalanan.

Dub...dub...dub.... prak.... pakpak.... pintu dihempas rapi dengan berang.

Kini.........

Tinggalah hidup itu sendirian di kota-kota keriangan, yang ada, hanya sekotak irama yang bisa membawa dia dan fikirannya damai seketika menjadi ‘hippies’ dalam keadaan freethinker yang amat. Sunyi sepi, menari-nari sendiri di kesunyian jalan sepi.


* * * * * * * *


“Kerajaan sepatutnya tidak bermain api perkauman, negara seharusnya aman, harmoni. Rakyat perlu lebih kreatif demi menghadapi kesukaran kehidupan di masa hadapan ” , bisik raja pada penyampai berita, wartawan dan sidang media yang berjumpa di tangga buat seketika.

Bukankah raja yang perlu lebih kreatif untuk membantu membasmi kemiskinan? Oh, rupanya rakyat perlu jadi kreatif untuk terus hidup, bukan patutnya raja yang seharusnya memikirkan harta apa yang perlu digadai demi membantu rakyat yang sedang kebuluran , kehausan dan kesedihan.

Suatu hari, seketika si mati itu berjalan, terjumpa akan dia seseorang yang bisa bersuara dan membawa salam solidarity kebangkitan menentang kezaliman, mereka mula berbicara dan berkongsi cereka dan cerita demi membantu memberikan cinta kepada sesama.

Entah dari mana, tiba satu irama merdu yang bersifat ‘catalyst’ membantu mengeluarkan idea,
“bawa homeless itu ke istana, sekurang-kurangnya mereka tidak lapar, biarlah mereka bekerja dari sana, apa salahnya. “

Gelak gembira tawa duka politika itu riuh rendah bila ada persetujuan.

“Bila mahu pinjam trak dan pindahkan mereka?” , kata sarjan kepada jeneral.

Pasti mereka gembira melihat pendayang melayan istiadat istana, belajar tentang protocol. Alcohol, ethanol, mentol dan botol. Semua boleh dijadikan kerja, semua boleh buat kerja, jadi apa salahnya mereka berkongsi kerja. Kan lebih bahagia jika cinta itu dikongsikan bersama.







......bersambung bila hidup bangkit terjaga dari lena mimpi, mimpi itu bukan mimpi basi. hidup Akan masih terus hidup.
*komrad, sampai bila mahu disini? Duduk menyepi? Mana kata rekonstruksi mu itu?
Masih dalam ruang gelap browsing the page? Log out and move mates.

~ye, aku memang rindu, so kau kenapa senyap? –alone, stone ,in vain, waitin’ fi ye call






Posto..posto...posto...posto.. ini ada surat untuk si mati , katanya dari si hidup. , postomen membelah suasana pagi di ketika mati mula merindui.

Apa khabar agaknya si hidup ini, rupanya masih hidup dan tidak mati.


* * * * * *

Mati,
Sejak pulang dari kota dan terlihat akan kesedaran dalam keinsanan, ramai saudara sedar akan cinta sesama saudara.
Kaku, aku cuma pelik.
Apa ‘kasta’ itu seperti ‘italia pasta’?
Oh ya, negara jajahan mesti perlu ada raja.
Supaya raja itu dapat dicucuk hidungnya diper’adat’kan dengan kod undang2 dunia yang direka cipta oleh apa nama itu lembaga?
berperLEMBAGAan kononya?
Sedang raja dalam rumah bergelandangan dengan ‘media2’ gila, rakyat jelata merana terpaksa berkerah tenaga dan menggadai nyawa untuk satu nilai ‘ketamakan’ manusia bergelar ‘raja’.
Hidup, rakan2 semua, saudara,
Kasta ini tiada guna
Apa guna tunduk pada manusia?
Kita hanya sujud pada-NYA.


Yang benar,
Hidup
(tersungkur ke bumi)


Ketika selesai membaca surat itu, mati mula menyedari yang hidup kini turut ada dalam perjalanan mengubah keadaan. Sehingga itu, mereka masih menghubungi satu sama lain, demi menyelesaikan isu dan bentangan ini.

“ Revolusi itu tidak pernah mati, selagi ada yang memahami, selagi itu ia berjalan pergi. “
-1699, sebelum penjahan dari Dutchman.

No comments: