Thursday, September 30, 2010

Aku orang tak reti seni

ini satu lagu puisi baru.. code ; hentam keromo sebab memang tak reti petik..


aku...
aku orang tak reti seni..
tak reti petik gitar, tak reti menyanyi..
apatah lagi nak menari berseni..
tapi bagi aku..
seni itu satu padang kebebasan..
seni itu bukan dari segi pakaian..
mahupun keindahan luaran...
seni itu satu kecantikan ; keindahan..
cantik - indah itu dari dalaman..

"aku orang tak reti seni, tak reti menyanyi, tak reti menari dan ak reti berhenti untuk terus cuba lagi..."

ramai pergi sekolah nak belajar seni..
belajar menyanyi, belajar menari..
ambil gambar buat surat khabar..
bukan itu sahaja cabang seni..
ada juga seni pertahanan diri..
seni berbahasa budi..
seni lenggokan insani..

seni itu satu keindahan..
seni itu satu jalan kebebasan..
seni itu satu tanah yang dijanjikan...


=)


‎"under one bereth, shall we stay, demolished and keep low. and low is better than being high which knew nothing. second wave strike, with love, shall win.. " - orang tak reti seni dengan si penangis bumi

Sepulturing Roses ( the death of you )

you.. polluted roses.. living in full of hatred..
toxic of life, polluted..
causing the weakness, fully dreaded - live in fear.
gone until now,dooms day was the last day.
tonight, will be the time of you..
dead and gone away..
tonight... the dreadful gone with you..
burying your last love with hate..
there's  no more remembrance towards your archaic lovey.
its the time for revolutions..
the time to make new to the world - this is not a new world order.
brighter day, brighter life.
and tonight, i'll kill your memories..
burn all the memory in facing the arrivals.
and tonight was the night i'll burying you alive- the last lovey..
no more tears of memory...
its you.. no more.. not anymore..
with full of hate, i'm burried you.. ALIVE...


*theme ; night on the planet - myproof..
buat si dia, pergi lah jika mahu pergi.. aku akan terus begini, menanti saat akan sedarmu akan betapa aku rindu. untuk mereka, dia dan anda.. bebaskan diri dari belenggu.. buang segala memori duka.. senyum sentiasa dan terus berbahagia..

ini nota buat dia, pemijak lap kaki.. terima kasih!!! terima kasih untuk saat itu, ketika kita satu.. terima kasih untuk semua kata itu.. yang tinggal hanya itu..
*eminem-kim*

Wednesday, September 29, 2010

ketandusan..

mungkin tiada berkata apa.. mungkin kerana kurang kimia bersama..
yang pasti, rindu dan ingin angan ku, untuk terus mengembara bersama...
melihat dunia, manusia dan melihat cinta.. `chenta, rindu akan saat itu..

Tuesday, September 28, 2010

Monday, September 27, 2010

NO RETREAT , NO SURRENDER






for futher info klik here or this

WHY!!!

Why do we sleep in school,
But stay awake through a 3 hour movie?
Why is it so hard to talk about God,
But so easy to talk about sex?
Why are we so bored when we look at the quran,
But find it easy to read other books?
Why is it so easy to ignore a Godly forward,
Yet we forward the nasty ones?
Why are masjids getting smaller,
But bars and clubs are expanding?
Why is it so easy to worship a celebrity,
But very difficult to engage with God?
Think about it...



~credit to a persona

Thursday, September 23, 2010

salah siapa?

meanphoto









untuk tambahan lagi klik ini

please go away... one way

drones away. spirit of stay..
dooms days just another few aways..
in those days, they just lays..
dying in dying days..
nobody wanna stays..
we need to get away..
please don't stuck her and stay..
you just need to stay ashtray..
slip away..
i want you stay.. stay away.. stay..


ay..ay..ay..rasta want peace no murda murda ay..
;)

Tuesday, September 21, 2010

hardcore itu perkara biasa. tak hardcore itu luar biasa..

*hardcore tak perlu ada fixie.. versi puisi tamil dgn breakdown ala canggung bahasa berbuai..

oh icon satu malaysia.. oh manusia..
tolak tepi melayu india cina..
kita semua sama manusia..
kita sedut oksigen yang sama..

oh manusia ayuh buang itu hedonisma..
tolak semua prejudisma sesama..
oh penguasa bahasa, jangan jadikan bahasa itu satu agama..
oh penguatkuasa, 1 tuhan bukan 1 malaysia..

mari rakan semua, bangkit berjuang bersama..
untuk kesaksamaan manusia saudara...
tak perlu sekadar alpa leka di dunia..
bingkas tangkas dan ringkas..

hardcore tak perlu di baju semata-mata..
berbasikal leka di dunia..
ayuh kita seiring bersama..
berjuang di atas nama DIA, Maha ESA...

punk bukan hanya di kedai lusuh..
masih dengan baju labuh tidak di basuh..
marilah kita bersama mereka..
para pejuang revolutinsma..

demi untuk 1 nama, DIA, YANG MAHA MULIA..
bukan sekadar raja di dunia..
namun kerana DIA, yang TERAGUNG di dunia dan syurga..
oh manusia.. marilah terus bersama bercinta.

oh..oh..oh..oh...

Monday, September 20, 2010

pukulan demi pukulan ( tajuk tidak berkaitan )

malam berlabuh..
rapuh.. rangka tulang itu membutuh..
dalam sempit, jiwa nya runtuh..

tatkala mengubah kadang-kala perlu berubah..
bukan untuk menjadi rubah, hutan belum pernah rebah..

siulan kedaimaian, melabuh seketika senja nan subuh..
terkujur sebatang tubuh - menghembus sisa-sisa tubuh..
merempuh memori dulu-dulu bersatu tubuh..
tangisan pelarian angkuh, terbubuh...

aduh..aduh..aduh..lemai longlai meluruh..

cukup dengan mengeluh, terkejang rubah berubah..
teori sinis yang di caci hina - jangan pantang mengalah..
berubah lah demi satu kubah..
tidak perlu menjadi seekor rubah, di pinta hanya lah mengubah..

ah..ah..ah.. melelah sedaplah...

sudah..sudah..sudahlah...
tak perlu berkorban jiwa demi mengubah..
usahlah berubah menjadi rubah - hutan pasti akan rebah..
entah.. ombak berhempas seakan besar nya bah..

terjelir lidah menadah - terkesima pukulan dadah..
yang pasti tercipta padah bergundah..
cukup lah menadah, ianya membawa padah..
manusia tetap akan berubah..

manusia, manusia lah dan pasti bukan rubah..
masih terbayang bagaimana kau dengan abah..
mengubah seorang rubah, lemah tertadah pasrah..
sakitnya hilang seorang dadah - di malam bulan bergundah..
bersumpah seranah akibat pukulan gelora bah merebah..

cukuplah dengan uh ah, uh ah..
bersatulah - semoga akhirnya menjadi cinta..
menjadi nafas ,  menjadi nadi - bunga padi menari...
menjadi petani bangkitlah dari bentangan petak padi..
menjadi seri, menang atau kalah, berubah dan tidak lagi berbalah..


*carutan demi carutan sememangnya berkaitan..
dengan tema manusia yang seringkali berubah tak tentu arah, dengan irama peristiwa pecah berdarah, dengan suasana keluh kesah.. dengan prosa gundah randah.. dengan iringan fajar subuh merah.. dengan hembusan damai hindar amarah.. dengan memori berwajah seorang aminah ataupun fatimah.. dengan teori mengalah bukan bermakna kalah... dan pasti bersih dari dadah.. demi untuk kata bahagia demi menyalurkan cinta demi untuk keamanan kita, saudara..


watak dan perwatakan - abah pastinya seorang ayah, petani sawah yang punyai tanah bermaruah, beberapa ekor rubah dari hutan yang belum rebah, dia - seorang dadah ,  dan kata-kata bermadah..

latak belakang - masyarakat yang sering berbalah, hutan-hutan yang bakal rebah, petak-petak sawah, kenduri nasi kawah..

plot ; malam peristiwa berdarah( pergaduhan sumpah seranah), zaman tanah-tanah dijajah, di saat kerajaan mebiarkan pengedaran dadah, di seketika pertempuran anak dengan ayah , saat seorang dadah berubah beralih arah..

pengajaran - 1. ingatlah, manusia sering kali berubah dan akan sentiasa mengubah..
                    2. hentikan berbalah, mengalah bukan bermakna kalah...
                    3. cubalah - manusia belajar daripada pengalaman, selagi tidak mencuba,
                        selagi itulah kita kalah..
                    4. buangkan segala amarah, kita berasal daripada satu rumah , satu ummah..
                    5. bersatulah, hilangkan dendam berdarah, demi menempa nikmat bersama di syurga
            

~6lapanbelas minit detik ke-8, cerut rm4.sembilan, nescafe regular secawan, dengan komulus nimbus calculus aku berkawan..~

Saturday, September 18, 2010

sunyi..... tiada berbunyi. ( pagi)

pagi... titis angin melintas pantas...
dalam sayup gelap, wujud pergerakan lantas..
masih senyap dalam separa gelap..
cahaya bulan nyaris malap dilitup komulus berasap..
masih sunyi angin sepi pagi..
masih dengan dingin pagi..
menanti munculnya satu mimpi.. menerangi..
mungkin.. kata-kata hanya satu propaganda..
belum bisa merencana bayangan kota..
irama pagi - bunyi kipas besi, playlist lagu-lagu basi..
doctrinasi - masih lagi satu revolusi..
entah kenapa.. mengapa.. masih belum jadi tajuk basi..
dan inilah punca tiada lagi irama tawa untuk dia - chenta rentak nadi..
belum pasti.. belum lagi.. yang pasti, sendirian gusar untuk mengerti..
persediaan untuk pergi ataupun susun atur kata sunyi dalam diri..
sudah lama, aku sendiri kejam akan diri ini..
biarkan pemergian terus pergi meninggalkan..
namun, masih utuh dengan pilihan.. awan litupi bulan..
aku sedar.. aku hanya sekeping filem tajam yang kejam..
menerjah dalam ke alam luka, berdarah melimpah sekitari hati..
pasti.. kehadiran ku membangkitkan keindahan..
dan pasti, aku tetap akan pergi dan tinggalkan kenangan - bukan sekadar angan..
namun.. seketika di limpah kurnia untuk bersama berlari menempa masa..
gunakan seindah nya.. jangan kita sia-sia kan limpah kurniaan NYA..
akhir.. maaf kan aku.. aku cuma kerdil di dunia..
aku cuma sampah di mata mereka - selekeh serta kelihatan tidak berguna..
maafkan aku.. psikologikalinya, aku masih rapuh untuk terus menempuh..


~separuh seketika semuanya luruh tanpa disuluh..
need that tender touch.. -tender touch, maxi priest..
-cerut hitam 7e, tiada coffee dan sunyi..

Tuesday, September 14, 2010

hari raya, masih berdendam lagi?

dendam?
dendam terjadi apabila manusia tidak memaafkan sesuatu perkara setulus hati..
mungkinkata maaf itu hanya dibibir, luaran.. pada dasar fizikal nya, mungkin dia sudah memaafkan akan sesuatu perkara berkaitan keburukan..
dendam terjadi apabila kata maaf itu sendiri diperguna sebagai alas kaki..
kenapa wujud nya sikap dendam ini? 
kenapa masih ada yang berdendam lagi?
di sini, aku masih cuba mencari cara bagaimana untuk menghilangkan dendam antara manusia,.
ye.. jawapan nya memang ada.. dan aku tahu bagaimana..
secara terang aku kata, mereka yang berdendam, punyai agama.. punyai ilmu pegetahuan tentang agama..
dan mereka turut mengaku apa agama mereka..
dalam mana2 agama pon, tidak di ajar untuk berdendam..
sekali kita maafkan seseorang ataupun satu kejadian, kita seharuslah memaafkan nya setulus hati..
buang segala benci, buang sifat prejudis dalam diri.. dendam, menjadi punca kemusnahan kehidupan..
kalau diikut kan, kerana berdendam lah manusia hancur, berbunuhan sesama, membenci antara manusia,
kenapa perlu berdendam?

"kau kata kau sudah maafkan, tetapi kenapa berdendam lagi?"
kenapa masih mahu memperlihat keburukan, apakah kita lupa akan kenangan dan keindahan yang diberikan?
argh.. sungguh pendusta.. kau punyai agama, hidup dengan agama..
agama pada konsep sahaja, buat apa..
sungguh aku rasa kan tidak guna sekiranya kita masih berdendam antara sesama manusia..

yes.. for sure, u can forgive, but u can't forget.. why?
we should forgive and forget. forget what? forget the negative things and started to feel the love again..
if u were trully forgive, u can always accept them all the way..
but why there's still hatred in your veins?
but why there's a fake forgiveness?
and why can't we forget the mistakes and error?
why mates?

and this is it..

sebati kata anda.. semulia nya satu tanda kemaafan..
mengapa apabila hari raya semua manusia bermohon kemaafan dan kembali berdendam selepas tamat tempoh beraya? ni kan pula, saat bulan syawal masih bernafas mekar dan arus bebas..
apa anda lupa, kita perlu saling memaafi antara satu sama lain.. supaya kita sentiasa di maafkan..

eh.. kau siapa tak nak maafkan dia? sedangkan nabi ampun kan umat..
kau dah hebat? tak nak maafkan orang dan berdendam lagi?
sekiranya kau punyai agama tetapi hanya pada konsep sahaja, buat apa..

jadi yang ditekan disini, usah lah kita berdendam antara sesama.. maafkan kesilapan mereka yang lain, supaya kita mendapat cahaya bersama.. agar bersama kita di syurga.. AMIN!

tribute to para pendendam yang masih berdendam secara mendalam..
hapuskan segala dendam.. jangan biarkan ia kelam..
theme song ; revenge by mediomad!!!

this is me tears of your sweet revenge.. thanx darling..
*bersama bulu biri-biri , cerut cherry, and still need that bloody weedy...  terima kasih bunga padi

Thursday, September 9, 2010

pagi raya.. menangis aku bersama takbir..

 Ø¨ِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ

mungkin orang akan kata aku gila.. mungkin sukar untuk dipercaya.. dan mungkin, tidak pasti untuk manusia terima.. bagaimana seorang yang baru berumur satu tahun , mampu mengingati sesuatu yang terjadi. bagaimana seorang kanak-kanak yang sudah membesar dapat mengenang saat dia menangis demi kerana kesedihan dan untuk sebotol susu..

masih aku teringat, dalam buai, aku menangis, dan kemudian, aku didukung oleh kakak aku, menangis meminta susu.. dan aku terkenang, saat sayu mereka, menangis akan kehilangan satu ahli keluarga. aku masih teringat ketika aku menangis, ramai di sana, ramai ahli keluarga.. dan sibuk, seorang atuk memandikan jenazah si kecil yang masih biru.. entah mengapa, itu sering membayangi aku setiap kali aku melihat kisah si abang dengan adik..pasti, sekiranya dia di sini, tiada ringkasan nota ini.. dan paling menyayati, pusara nya hanya tinggal kenangan.. mungkin kerana belum di beri nama, nisannya di curi ataupun di alih.. dan kini, setiap pagi syawal, aku masih tercari di mana jasadnya disimpan.. aku terpaksa berjalan di sebahagian kawasan perkuburan, mencari dan mengenali.. namun, ia tetap sukar.. akan tetapi, aku mahu dia tahu, yang aku, masih di bayangi saat biru itu.. saat sedu tangisan kalbu. dan pasti, aku akan terus mengenang dia.. biarpun ketika dia disimpan, aku masih belum mengerti apa-apa tentang dunia, namun, bayangan biru itu masih menghantui aku.. dan aku hadiahkan nota ringkas di pagi syawal ini, untuk dia. saudara..

nota ini diiring sekalung Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi mengadap ilahi..



In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
Praise be to Allah, Lord of the Worlds:
The Most Beneficent, the Most Merciful:
Owner of the Day of Judgement.
Thee (alone) we worship; Thee (alone) was ask for help.
Show us the straight path:
The path of those whom Thou hast favoured; Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray.






*trima kasih biri-biri pagi kerna menemani.. cerut vanilla, nescafe lembut, irama lagu meribut.. Salam Syawal buat semua.. ampun maaf dipinta..

Wednesday, September 8, 2010

mari belajar sejarah.... permulaan penerangan perjuangan..

SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG...




sultan mahmud bangun dari kamarnya.mendengus geliat badan setelah puas menikmati santapan nafsu kaum lut. matanya memandang anak muda jiwa namanya. letih terlantar di sebelah perbaringan. tidak disangka jiwa menurut sahaja apa kemahuannya.tatkala dibawa ke istana si jiwa hanya berkata ' ampun tuanku..kepada tuanku patik berserah.  bukanlah patik mahu jadi buntat dan yang hendak jadi gemala'.. teruna itu putih kulitnya.tatkala sultan mahmud memegang lengan si jiwa sudah terbayang akan keseronokan yang bakal dikecapi. 'apa namamu?' sultan mahmud menampung geram.baginda menggitar teruna yang dilanda debar. 'nama patik wira tuanku'. sultan mahmud ketawa bagaikan jalak mendapat gadis yang berdara. wira dititah berdiri.sultan mahmud meneliti tubuh di jiwa.muka bertemu muka.baginda berbisik ke telinga sang teruna. 'kabarkan kepada beta,apa kamu ular atau beta legundi.bagaimana yang kamu suka?' anak muda itu tunduk malu tidak mengangkat muka.takut dan gerun malu dan tidak berdaya tetapi bersuara perlahan, 'patiklah bawang tuanku jambak.' sultan mahmud terus berkibar sang teruna di tolak ke kamar dipasung ke katil. maka bermula onar sang penguasa. lubang kunyit sang teruna dirodok bagai nak gila..arrrr menjerit si jiwa menahan tusukan keris tumpul, bertalu talu di tusuk tanpa kasihan tanpa ada rasa pelincir. tangan si teruna menggenggam kuat selimut kamar.. berlalu lah kisah kaum lut itu dari pagi hingga ke tengahari..satu masa panjang yang menyiksa. bila panas mula menyinsing bergeliatlah sang jiwa di kamar peraduan. baginda mengenakan semula seluar panjutnya dan berbisik ke telinga pemuda..'beta tak sangka sumur digali terbit air.'anak muda muda masih terkujur dalam bingung terasa dosa. sultan memanggil panakawan hulubalang setia mengikut raja. 'ambil pemuda ini dan bunuh dia'..bergetarlah tubuh anak muda 'ampun tuanku apa dosa patik dibunuh?'... 'tiadakah kamu aib untuk hidup lagi duhai anak muda..tidakkah kamu tahu malapetaka bakal menimpa kamu?'..anak muda disentap tubuhnya. ditikam bertalu-talu hingga memancut darahnya..inilah ulangan peristiwa sebagaimana pemuda2 teruna yang lain menjadi mangsanya. lepas kunyitnya ditebuk maka dibunuhnya. pada hari yang sama jugalah siti jenab isteri orang kaya megat sri rama dibunuh gara2 seulas nangka. apa busuk hatinya sang penguasa membelah rahim perempuan yang kempunan seulas nangka. dikelar perutnya dengan keris sang durjana. terburai uri dan janin ditarik keluar..mati sudah wanita kempunan nangka..lebih sial lagi tatkala menarik janinnya keluar sultan mahmud berkata 'tiada janin ini memakan nangka beta' !!!!!!!!!!!!

bermulah revolusi bangsa..rakyat bergabung menuntut bela. mangsa kunyit teruna yang ditebuk menjadi titik tolak kebangkitan bangsa. ulama dan rakyat bergabung tenaga..mengamuk sakanlah segala rakyat jelata.

Revolusi 1699 bermula. Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Revolusi ini disertai oleh rakyat kebanyakan. Sultan Mahmud bukan sahaja dilembing Megat Sri Rama kerana isterinya itu dibunuh sultan tetapi sebahagian besar rakyat telah keluar beramai-ramai dan mengheret jenazah baginda dalam keadaan bogel, melecutnya dengan batu dan membiarkan mayat itu di rumah bendahara sehinggalah Tun Abdul Jalil mengalah oleh desakan rakyat untuk menjadi raja.

Melayu tidak belajar dari peristiwa sejarah 1699. Mungkin kerana Melayu memang suka mengabaikan sejarah. Bukankah ada satu mitos terkenal bahawa Melayu itu mudah lupa? Dan untuk meromantiskannya kita katakan yang Melayu itu memaafkan.

R.J Wilkinson misalnya dalam Jurnal JRASMB jilid IX memetik surat Kapten Alexander Hamilton, ‘He was a great sodomite, and had taken many of his Orankays or Noble Sons, by force into his palace for that abominable service.’

Hal yang sama dilaporkan oleh duta Belanda di Johor ke Betawi. Dalam surat William van der Lely dan Daniel Rysdyck bertarikh 5 April 1699, mereka membuat laporan perihal tidak senonoh sultan ini.Betul. Tahun 1699 itu orang Melayu memilih untuk menolak pemimpin tidak bermoral. BUKAN MEMUJANYA !

Revolusi 1699 itu adalah sebuah proses. Ia bukan sebuah matlamat. Kerana itu jangan hairan ia gagal. Setiap revolusi yang berlaku dalam sejarah manusia hanyalah satu gerakan tetapi bukan tujuan. Kita semua tahu revolusi 1699 itu kesasar dari mencapai matlamatnya. Namun begitu hakikat bahawa orang Melayu melakukan revolusi mental, spiritual dan material seperti itu sangat luar biasa dan mesti dikaji segera.

Ini semua misalnya dinyatakan oleh surat Gabenor Melaka ke Betawi waktu itu, van Hoorn yang bertarikh 17 Oktober 1699. Gabenor tersebut mendapat maklumat dari pedagang dan saudagar asing yang lari dari Kota Tinggi dalam keadaan terkejut dan ketakutan.

Adalah penting untuk kita fahami, revolusi 1699 ini berlaku jauh lebih awal sebelum berlakunya revolusi 1979 di Iran yang mempunyai maksud yang sama iaitu untuk membebaskan diri dari belenggu penindasan spiritual. Tidak hebatkah Melayu, melakukan yang di luar duga jauh sebelum bangsa Perancis dan Parsi melakukannya?

Sultan Mahmud telah mengabaikan pembangunan rohani rakyatnya. Malah menganiaya mereka. Tidak hairanlah rakyat bangkit menentang baginda. Persoalan moral Sultan Mahmud itu hanyalah satu faktor dari banyak faktor yang mendorong revolusi 1699.Sesetengah sarjana sejarah yang ingin mempertahankan status quo baginda telah menggunakan istilah penderhakaan. Ia satu kejutan yang cukup hebat untuk bangsa Melayu waktu itu sebenarnya.
Untuk meneliti bahagian paling sensitif iaitu kegemaran Sultan Mahmud meliwat remaja sila rujuk manuskrip berikut;

1)Kerajaan Johor 1641-1728: Ekonomi dan Politik, karangan P.Andaya dan diterjemahkan oleh Shamsuddin Jaafar, Dewan Bahasa dan Pustaka.
2) Juga karangan C.C Brown, ‘Sejarah Melayu atau Malay Annals’, JMBRAS, XXV, ii dan iii (Oktober 1952), C.R Boxer, ‘The Achines Attack on Malacca in 1629, as described in Contemporary Portuguese Sources’, dalam J. Basti dan R. Roolvink (peny.), Malaysian and Indonesian Studies, (Oxford 1964).
3)Turut berguna kerja John Harris, ‘The History of the Danish Commerce to the East Indies’, dalam dokumennya Collections of Voyages and Travels, jilid 1, (London 1744, dalam hal ini cetakan 1956).
4) Akhirnya, R. O Windstedt dalam JMBRAS, X, ii (Januari 142).
Adalah wajar sejarah yang menakutkan ini dibuka kembali. Sultan Mahmud ditumbangkan bukan kerana dia peliwat sahaja, tetapi juga kerana ia pembunuh, dan memandang sebelah mata kepada agama. Dan paling menjengkelkan, sejarah yang keji ini dikambus oleh beberapa ulama yang berpegang kepada Islam konseptual bukan Islam aktual.

 *ambilan dari satu blog.. revolusi1699

tujuan pengenalan sejarah ini bukanlah untuk menerang kan keburukan baginda.. tetapi, apa yang di pinta, berfikir bagaimana dengan warisan mereka yang memegang takhta hari ini? mungkin tiada yang meliwat rakyat lagi, akan tetapi, penindasan spiritualiti masih lagi terjadi.. ayuh.. sama-sama kita fikirkan.. bersama bergerak ke hadapan.. bersama.. 


" jika kau percaya kuasa seorang raja, ia umpama kau percaya kuasa ultraman..."
-pemuda belia bangsa manusia..





kau kedajjalan lagi

kau..
celaka.. munafik.. pendusta..
pasti nya penipuan kau sangat celaka..
sememangnya tertutup kau sebelah mata..
menindas, menipu, mendusta..
semua kerja kau membohongi segala..
bukan kata aku sempurna..
bukan kata aku pewira..
aku hanya di tulis kan menentang kau durjana..
aku hanya di riwayat kan bersemangat pewira..
untuk kau, akan ku pedangkan segala apa ada..
menentang kedajjalan itu lagi..
sial.. kamu memang sial..
untuk kamu tentera dajjal..
yang celaka mencipta sengketa antara manusia...
untuk semua, ayuh teruskan semangat waja..
ayuh kita berdoa.. agar selamat sentiasa..
dari tentera dajjal celaka..
bila mana si pembisik kata bebas kembali,
jangan lah kau jatuh kembali...

3.33 pagi.. mengharapkan ramadhan datang lagi..
hari terakhir berpuasa..
perjuangan kita masih belum sempurna...


=)

Tuesday, September 7, 2010

scottish kedai baju lusuh.. haruman si musuh

scottish merah petak-petak.. retak..
kain raja british kotak-kotak.. berontak...

pagi ini, isu maharani..
wangi.. haruman pewangi harum mewangi..
tidak siuman, termakan haruman..
gerombolan kenangan meracun permikiran..

kain merah berdarah.. berontak..
petak-petak, bukan otak-otak..
batik berkotak, meracuni otak..
terkenang kisah zaman putera katak..

dengan teriakan, berlari ke pantai damai..
saat permai, beramai-ramai..
mamai..mamai.. tidak lalai..
angin bayu sibuk membelai..
terkenang kesah hajat tak sampai..
di mana kan ku curah kan permai..

kerna di situ, aku tanam cinta teratak..
kerna di situ, terkenang batik berkotak..
kepala hotak.. bukan lagi otak-otak..
botak.. kepala botak..
hotak kau kepala hotak..
bebas kan otak dari kotak..
jangan jadi katak..
kerna kau begitu kacak..
berkocak. susu dalam kotak..
berontak. kerinduan memberontak..
kisah lawak putera katak..
alkisah maharani membecak..
terbelak.. gelojoh pelak loklak...
hotak kau kepala hotak..
kerinduan maharani bergejolak..
terbayang kau di atas jentolak..
katak oh katak...



ini kisah sendiri.. ulasan hati.. maafkan aku.. pagi2 mengarot tidak mencarot..
untuk dia, sempena ulangtahun.. 3703

Sunday, September 5, 2010

mediomad - memory




*syair kenangan hati by somebody, utk pak samad..
melahirkan secebis rindu, untuk pagi itu...

Saturday, September 4, 2010

Revolusi dalam krisis.. perjalanan masuk kota peperangan..



Revolusi industri di inggris pada akhir abad 18 dan awal abad ke 19 mendasari proses industrialisasi di Eropa dan dunia, mentransformasi pengunaan tenaga kerja manusia dengan penggunaan mesin dan alat-alat industri.Revolusi perancis 1789 merupakan cikal bakal berdirinya negara demokrasi yang menginspirasi sistem pemerintahan di seluruh dunia,  mengakhiri absolutisme mutlak penguasa. Sehingga terjadilah pembagian kekuasaan pemerintahan dalam eksekutif, legislatif, dan yudikatif.
Dua contoh revolusi terbesar diatas seakan begitu inspiratif dan menyebar sedemikian dasyat ke seantora bumi. Tetapi akankah revolusi membawa dampak yang positif pada penciptaan dunia yang lebih bermartabat saat ini. Jawabannya mungkin belum. Dunia di landa krisis keuangan global yang menyebabkan bank-bank kekeringan likuiditas, rupiah terdepresiasi begitu kuat, dan harga saham terjungkal begitu dalam. Pabrik-pabrik terancam bangkrut dan mem-PHK ribuan karyawannya. Sistem ekonomi spekulatif mendominasi perekonomian global pada umumnya sehingga sektor ekonomi produktif tidak berjalan sebagaimana mestinya. Belum lagi dengan ancaman kelaparan dan perang di beberapa belahan dunia lainnya. Dunia menjadi semakin tak bersahabat dengan hati nurani kita.
Bencana ini menunggu di depan mata. Padahal bencana ini sungguh akibat ulah tangan kita sendiri. Kita yang merasa tahu akan segalanya walaupun kita hanya bagian kecil dari alam semesta. Semakin tinggi pengetahuan yang kita miliki semakin membuat kita angkuh. Belum lagi ketamakan kita merampas hak2 orang lain,  menindas, memfitnah dan meremehkan sesama. Kita tak peduli berapa orang yang telah kita sakiti karena kita lebih peduli dengan berapa pundi2 yang kita miliki. Semakin banyak yang kita miliki menjadikan kita semakin serakah dan mengabaikan yang lemah.
Setiap penambahan pengetahuan mestinya menyadarkan eksistensi kebodohan kita. bahwa hanya sedikit yang kita tahu dari luasnya alam semesta. Setiap penambahan materi yang kita miliki hendaknya menyadarkan kita akan banyaknya kekurangan kita miliki. Setiap kebaikan yang kita kerjakan hanyalah sebagian kecil dari kejahatan yang telah kita laksanakan.
Mungkin dari hal-hal seperti itu revolusi yang hakiki mestinya dimulai.



ambilan dari http://husin.blogdetik.com/2008/11/28/revolusi-dalam-krisis/

Friday, September 3, 2010

fynn jamal & tc buskers - covering yuna (oh bulan)


-trimas kak fynn..



~ini tribute untuk mereka para pengerak kata-kata cinta di bawah cahaya bulan..

ayuh kita bergerak bersama , berkongsi kasih dan mesra..
berbahagi bahagia , ayuh kita bercinta bersama...
nikmati dunia sekelumit berdua , sekelumit bersama semua..
ini cerita cinta manusia , ini perjalanan di celah rimba kemanusiaan..
berkongsi senyuman sebarkan haruman kehidupan..
jangan ada sangsi, buang segala keruan..
manusia tidak sama dengan haruan..
dan kehidupan bukan satu permainan..
marilah bersama berjalan - berkasih dari jalanan..
untuk semua insan, mari berkongsi senyuman..
oh bulan.. ini kisah cinta bawah rembulan..
oh bulan.. bulan indah bulan ramadhan..
tidak susah untuk kita menderma- senyum itu sedekah..
tidak susah untuk memaafkan sesama kita..
dan susah untuk kita bercinta berkongsi kasih mesra..
ini untuk mereka, mereka-penggerak NADI cinta..
yang sering berzikir memuji cinta , berkongsi getaran yang sama..
dan ini untuk mereka, golongan yang gagal berpuasa dari terus berikan cinta kepada sesama..
ayuh kita, bangkit kan suasana riang ria..
demi menggapai satu kata bahagia..
buangkan segala sengketa, agar semua manusia bahagia.
cinta.. cinta yang esa.. ;)


~maafkan aku.. di bulan puasa ini, aku gagal untuk berhenti daripada berkongsi kata cinta.. aku gagal untuk mengawal semarak harmoni cinta bersama.. dan akan ku teruskan perjalanan kata.. agar kita aman bahagia..
dan atas kerana nama-NYA..