Friday, August 27, 2010

satu lagi nota rimba

ini hadiah buat rakan2 di belantara..
suara dari rakan saudara yang berada di lembah celaka,
di bawah akta tahanan pihak berkuasa,
di bawah kawalan saudagar kaya mat ISA..

bagaimana rasa nya berpuasa jauh dengan keluarga?
bagaimana rasa nya raya di sebuah kota kawalan anggota?
di dalam sangkar berdebu, ragu-ragu mereka terpaku,
layu dipatahkan perjuanngan mereka dengan akta berkuasa..
celaka.. celaka.. bagaimana nasib saudara kita di sana?
jangan kita lupa, mereka juga manusia..
mereka perlukan kasih dari sesama manusia..
bagaimana dengan kuih raya? apakah mereka dapat merasa?
apakah mereka dapat bersama keluarga?
sungguh celaka akta berkuasa..
konon megah bermaharajalela di puncak aman negara..
celaka sang dewata anggota yang konon nya menjaga keamanan negara..
tetapi makan rasuah di hujung kota, tetapi makan haram di celahan bulan puasa..
celaka sungguh mereka saudagar-saudagar kaya yang mengawal akta berbISA..
memusahkan kebahagiaan dunia. memantau pergerakan manusia..
siapa sangat mereka berbanding Yang Maha ESA..
cuma pemegang mohor2 celaka yang konon yang berkuasa di bumi nyata..
celaka oh celaka.. apa yg di pinta, bebaskan saudara kami di sana..
yang salah nya tidak nyata dan di tahan semata-mata kerana satu suara kuasa akta celaka..
celaka demokrasi mereka mendusta.. saudagar kaya mat ISA...


bangsat.. korup..zalim..
akan kami leraikan jasad kau.. akan kami leburkan nama kau.. akan kami lenyap kan nafas kau..
saudagar kaya mat ISA....

No comments: