Thursday, September 23, 2010

meanphoto









untuk tambahan lagi klik ini

please go away... one way

drones away. spirit of stay..
dooms days just another few aways..
in those days, they just lays..
dying in dying days..
nobody wanna stays..
we need to get away..
please don't stuck her and stay..
you just need to stay ashtray..
slip away..
i want you stay.. stay away.. stay..


ay..ay..ay..rasta want peace no murda murda ay..
;)

Tuesday, September 21, 2010

hardcore itu perkara biasa. tak hardcore itu luar biasa..

*hardcore tak perlu ada fixie.. versi puisi tamil dgn breakdown ala canggung bahasa berbuai..

oh icon satu malaysia.. oh manusia..
tolak tepi melayu india cina..
kita semua sama manusia..
kita sedut oksigen yang sama..

oh manusia ayuh buang itu hedonisma..
tolak semua prejudisma sesama..
oh penguasa bahasa, jangan jadikan bahasa itu satu agama..
oh penguatkuasa, 1 tuhan bukan 1 malaysia..

mari rakan semua, bangkit berjuang bersama..
untuk kesaksamaan manusia saudara...
tak perlu sekadar alpa leka di dunia..
bingkas tangkas dan ringkas..

hardcore tak perlu di baju semata-mata..
berbasikal leka di dunia..
ayuh kita seiring bersama..
berjuang di atas nama DIA, Maha ESA...

punk bukan hanya di kedai lusuh..
masih dengan baju labuh tidak di basuh..
marilah kita bersama mereka..
para pejuang revolutinsma..

demi untuk 1 nama, DIA, YANG MAHA MULIA..
bukan sekadar raja di dunia..
namun kerana DIA, yang TERAGUNG di dunia dan syurga..
oh manusia.. marilah terus bersama bercinta.

oh..oh..oh..oh...

Monday, September 20, 2010

pukulan demi pukulan ( tajuk tidak berkaitan )

malam berlabuh..
rapuh.. rangka tulang itu membutuh..
dalam sempit, jiwa nya runtuh..

tatkala mengubah kadang-kala perlu berubah..
bukan untuk menjadi rubah, hutan belum pernah rebah..

siulan kedaimaian, melabuh seketika senja nan subuh..
terkujur sebatang tubuh - menghembus sisa-sisa tubuh..
merempuh memori dulu-dulu bersatu tubuh..
tangisan pelarian angkuh, terbubuh...

aduh..aduh..aduh..lemai longlai meluruh..

cukup dengan mengeluh, terkejang rubah berubah..
teori sinis yang di caci hina - jangan pantang mengalah..
berubah lah demi satu kubah..
tidak perlu menjadi seekor rubah, di pinta hanya lah mengubah..

ah..ah..ah.. melelah sedaplah...

sudah..sudah..sudahlah...
tak perlu berkorban jiwa demi mengubah..
usahlah berubah menjadi rubah - hutan pasti akan rebah..
entah.. ombak berhempas seakan besar nya bah..

terjelir lidah menadah - terkesima pukulan dadah..
yang pasti tercipta padah bergundah..
cukup lah menadah, ianya membawa padah..
manusia tetap akan berubah..

manusia, manusia lah dan pasti bukan rubah..
masih terbayang bagaimana kau dengan abah..
mengubah seorang rubah, lemah tertadah pasrah..
sakitnya hilang seorang dadah - di malam bulan bergundah..
bersumpah seranah akibat pukulan gelora bah merebah..

cukuplah dengan uh ah, uh ah..
bersatulah - semoga akhirnya menjadi cinta..
menjadi nafas ,  menjadi nadi - bunga padi menari...
menjadi petani bangkitlah dari bentangan petak padi..
menjadi seri, menang atau kalah, berubah dan tidak lagi berbalah..


*carutan demi carutan sememangnya berkaitan..
dengan tema manusia yang seringkali berubah tak tentu arah, dengan irama peristiwa pecah berdarah, dengan suasana keluh kesah.. dengan prosa gundah randah.. dengan iringan fajar subuh merah.. dengan hembusan damai hindar amarah.. dengan memori berwajah seorang aminah ataupun fatimah.. dengan teori mengalah bukan bermakna kalah... dan pasti bersih dari dadah.. demi untuk kata bahagia demi menyalurkan cinta demi untuk keamanan kita, saudara..


watak dan perwatakan - abah pastinya seorang ayah, petani sawah yang punyai tanah bermaruah, beberapa ekor rubah dari hutan yang belum rebah, dia - seorang dadah ,  dan kata-kata bermadah..

latak belakang - masyarakat yang sering berbalah, hutan-hutan yang bakal rebah, petak-petak sawah, kenduri nasi kawah..

plot ; malam peristiwa berdarah( pergaduhan sumpah seranah), zaman tanah-tanah dijajah, di saat kerajaan mebiarkan pengedaran dadah, di seketika pertempuran anak dengan ayah , saat seorang dadah berubah beralih arah..

pengajaran - 1. ingatlah, manusia sering kali berubah dan akan sentiasa mengubah..
                    2. hentikan berbalah, mengalah bukan bermakna kalah...
                    3. cubalah - manusia belajar daripada pengalaman, selagi tidak mencuba,
                        selagi itulah kita kalah..
                    4. buangkan segala amarah, kita berasal daripada satu rumah , satu ummah..
                    5. bersatulah, hilangkan dendam berdarah, demi menempa nikmat bersama di syurga
            

~6lapanbelas minit detik ke-8, cerut rm4.sembilan, nescafe regular secawan, dengan komulus nimbus calculus aku berkawan..~

Saturday, September 18, 2010

sunyi..... tiada berbunyi. ( pagi)

pagi... titis angin melintas pantas...
dalam sayup gelap, wujud pergerakan lantas..
masih senyap dalam separa gelap..
cahaya bulan nyaris malap dilitup komulus berasap..
masih sunyi angin sepi pagi..
masih dengan dingin pagi..
menanti munculnya satu mimpi.. menerangi..
mungkin.. kata-kata hanya satu propaganda..
belum bisa merencana bayangan kota..
irama pagi - bunyi kipas besi, playlist lagu-lagu basi..
doctrinasi - masih lagi satu revolusi..
entah kenapa.. mengapa.. masih belum jadi tajuk basi..
dan inilah punca tiada lagi irama tawa untuk dia - chenta rentak nadi..
belum pasti.. belum lagi.. yang pasti, sendirian gusar untuk mengerti..
persediaan untuk pergi ataupun susun atur kata sunyi dalam diri..
sudah lama, aku sendiri kejam akan diri ini..
biarkan pemergian terus pergi meninggalkan..
namun, masih utuh dengan pilihan.. awan litupi bulan..
aku sedar.. aku hanya sekeping filem tajam yang kejam..
menerjah dalam ke alam luka, berdarah melimpah sekitari hati..
pasti.. kehadiran ku membangkitkan keindahan..
dan pasti, aku tetap akan pergi dan tinggalkan kenangan - bukan sekadar angan..
namun.. seketika di limpah kurnia untuk bersama berlari menempa masa..
gunakan seindah nya.. jangan kita sia-sia kan limpah kurniaan NYA..
akhir.. maaf kan aku.. aku cuma kerdil di dunia..
aku cuma sampah di mata mereka - selekeh serta kelihatan tidak berguna..
maafkan aku.. psikologikalinya, aku masih rapuh untuk terus menempuh..


~separuh seketika semuanya luruh tanpa disuluh..
need that tender touch.. -tender touch, maxi priest..
-cerut hitam 7e, tiada coffee dan sunyi..

Tuesday, September 14, 2010

hari raya, masih berdendam lagi?

dendam?
dendam terjadi apabila manusia tidak memaafkan sesuatu perkara setulus hati..
mungkinkata maaf itu hanya dibibir, luaran.. pada dasar fizikal nya, mungkin dia sudah memaafkan akan sesuatu perkara berkaitan keburukan..
dendam terjadi apabila kata maaf itu sendiri diperguna sebagai alas kaki..
kenapa wujud nya sikap dendam ini? 
kenapa masih ada yang berdendam lagi?
di sini, aku masih cuba mencari cara bagaimana untuk menghilangkan dendam antara manusia,.
ye.. jawapan nya memang ada.. dan aku tahu bagaimana..
secara terang aku kata, mereka yang berdendam, punyai agama.. punyai ilmu pegetahuan tentang agama..
dan mereka turut mengaku apa agama mereka..
dalam mana2 agama pon, tidak di ajar untuk berdendam..
sekali kita maafkan seseorang ataupun satu kejadian, kita seharuslah memaafkan nya setulus hati..
buang segala benci, buang sifat prejudis dalam diri.. dendam, menjadi punca kemusnahan kehidupan..
kalau diikut kan, kerana berdendam lah manusia hancur, berbunuhan sesama, membenci antara manusia,
kenapa perlu berdendam?

"kau kata kau sudah maafkan, tetapi kenapa berdendam lagi?"
kenapa masih mahu memperlihat keburukan, apakah kita lupa akan kenangan dan keindahan yang diberikan?
argh.. sungguh pendusta.. kau punyai agama, hidup dengan agama..
agama pada konsep sahaja, buat apa..
sungguh aku rasa kan tidak guna sekiranya kita masih berdendam antara sesama manusia..

yes.. for sure, u can forgive, but u can't forget.. why?
we should forgive and forget. forget what? forget the negative things and started to feel the love again..
if u were trully forgive, u can always accept them all the way..
but why there's still hatred in your veins?
but why there's a fake forgiveness?
and why can't we forget the mistakes and error?
why mates?

and this is it..

sebati kata anda.. semulia nya satu tanda kemaafan..
mengapa apabila hari raya semua manusia bermohon kemaafan dan kembali berdendam selepas tamat tempoh beraya? ni kan pula, saat bulan syawal masih bernafas mekar dan arus bebas..
apa anda lupa, kita perlu saling memaafi antara satu sama lain.. supaya kita sentiasa di maafkan..

eh.. kau siapa tak nak maafkan dia? sedangkan nabi ampun kan umat..
kau dah hebat? tak nak maafkan orang dan berdendam lagi?
sekiranya kau punyai agama tetapi hanya pada konsep sahaja, buat apa..

jadi yang ditekan disini, usah lah kita berdendam antara sesama.. maafkan kesilapan mereka yang lain, supaya kita mendapat cahaya bersama.. agar bersama kita di syurga.. AMIN!

tribute to para pendendam yang masih berdendam secara mendalam..
hapuskan segala dendam.. jangan biarkan ia kelam..
theme song ; revenge by mediomad!!!

this is me tears of your sweet revenge.. thanx darling..
*bersama bulu biri-biri , cerut cherry, and still need that bloody weedy...  terima kasih bunga padi