Saturday, November 27, 2010

roadsidevan

 
 
Kombi website of enormous variety, illustrates just how incredibly versatlie the camper van is

Read more: http://justacarguy.blogspot.com/2009/02/kombi-website-of-enormous-variety.html#ixzz16YOvwKXU

rantai

ini loket, sila klik

wait in vain



worse of the year






-kesah lama

~kasut kuning, lari2 sendirian

dari mata dengan mata, temu cinta tiada berupa.. oh.. indah nya.. bila terpisah dari penjara dunia, oh indahnya..

bas pasar ahad. 1

masa ini, bayu sepi..
kawan2 sudah menari, aku masih di kiri.
berdiri sendiri turut merasa ingin menari..
maafkan aku, sukar untuk aku tidak mabuk duniawi..
cinta dunia, sukaneka, anekarupa dunia pelbagai kata..
itu persatuan mengacuh aku seperti kelekaan..
tiada niat aku untuk melupa bahkan terus bercinta..
berjalan sendiri menari di sini..
jauh menyesatkan diri..

biarkan ia perlahan begini, dari batu ke batu,
tangga ke tangga, mari menuju-NYA.
asalkan dierti, siapa diri ini sendiri.
fahami, mengerti, nikmati dan terus menerokai..
dengan bekal sepotong tali, menari-nari..

terus dengan pencarian tersembunyi.
bas menerokai lagi..

hening pagi, angin sepi, nota resoliasi, jawi dan rumi, kiri menari..

terima kasih sebab sombong, sebab jauh, sebab jatuh , sebab tak faham, sebab tak nak cuba faham.. itulah humanity.


"art off nature? where's the nature?", kata dia dan dia yang lain berkata , "this is it, this is the nature, humanity!".

akan ada kanan untuk kiri, ada yang depan mendahului, belakang mengikuti.

"don't forget the prophecy", like unto thee..

Saturday, November 20, 2010

umi

duhai umi, lihatlah anak mu, di dalam kerinduan..
di sini, ku berjalan mengikut tujuan.
aku berdiri, meniti , mengikut rentak piluan keEsaan tuhan..
masih aku ingat, di waktu bermula menyebut nama cinta antara kita,
di piluan perjalanan kesunyian, bersendirian , antara kehidupan dengan ketuhanan. di sini, menangis kerinduan aku sendirian.

untuk mu umi, kekasihku, doakan supaya ku berjaya di titian usang indah jalan pulang.. dari Mu mentajali aku dari mu, akan ku kembali menyusur indah dalam kerinduan di perjalanan pulang.. jauh aku pergi, membawa hati ini kerna aku takut, takut hilang di penitian. biarpun aku sesat di jalan, biarpun aku hanyut dengan arus kehidupan, namun tidak sedetik hati ini ingin memisahkan kita, aku ingin kembali bersama mu.

ya tuhan, ku panjatkan segala doa, detik nyawa ku ini demi dia, umi..

di jalan ranjau berdiri aku sendirian, mencari secebis kasih untuk kita bersama kelak. doakan anakmu ini, agar sentiasa dipermudahkan untuk kembali mengecapi saat bersama, kelak..

melangkah terjah jelajah di tanah , di sini, sentiasa merindui mu, Satu.

*playlist ; republic of brickfields - kasih, u.f.o - oh ibuku, m.nasir - raikan cinta , srikandi cintaku, redemption - kejutkan aku , meor - raungan anak belantara , malique feat najwa - senyum , funky punkids - teringat , syair laila majnun - ramli sarip, rivernation - ku tak sengaja , purevibracion - in luv , i-ness sufi dub projekt - in this valley of love.

Thursday, November 11, 2010

dasar, terdampar. (jiwang core)

masa itu, mungkin ternanti-nanti..
tika ada datang dan pergi..
hati-hati, perjalanan bakal menempuh duri..
dalam daging, ada hati, dalam hati?
apa ada apa.. ada apa ada..

memang, sukar untuk terima kalah,
pasti amarah bila bertempa gunung dengan murung..
bunga akan jadi bunga, hanya kuntum nya pucuk berbeda..
langkah terus memangkah..
takbir alam dilihat , di rempuh berpeluk tubuh.

sayang.. kau begitu acuh, harus kita berani mencuba apa ada nya apa ada..
mahrifah tanda mula kita bersua kenal,
muka ke muka, langkah ke langkah,
erti ada di dalam, maksud ada di luar.
bukan kata kuasa kita berkuasa..
kita ini pengemis buta, hanya tahu mengguna mata untuk dunia,
harus nya kita guna mata kita demi-NYA, kerna mata kita adalah mata-NYA..
kita cuma si hina, gila dan hanya mampu berkasih mesra bercinta sesama kita..
belum pasti, cermin memantulkan segala isi rahsia..
di pantulan cahaya, ada ribuan kilauan ganjaran rahasia..
hanya menanti masa, untuk kita mengenal akan apa ada nya apa, ada apa nya ada..
di situ bukan kau, di situ bukan aku, di situ hanya DIA..
aku adalah aku, kau adalah kau, dan kita adalah DIA..


jauh dilubuk rahsia, menjunam aku akan ke dasar dalam nya cinta.. di situ, aku terdampar..

bagaimana dengan dasar penyatuan cinta, ingat atau lupa?

~senyum~

playlist ; Yusuf Islam - wild world, republic of brickfields - rahsia, pulang dari kilang, m.nasir - di balik cermin mimpi, raikan cinta , salam feat altimet - alamak , ramli sarip - syair laila majnun, ras muhammad - leaving babylon , purevibracion - in luv , rivernation - hanya kamu , i-ness sufi dub projekt - in this valley of love , sum41 - i just wanna live, m.nasir feat siti nurhaliza - bagaikan sakti..

*setapak melankah, dua langkah ingatan aku pada kau. menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama. yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang.. pasti, kita akan bersua kembali. =)

Wednesday, November 10, 2010

malaysia

healing, loving.


Healing is a thing to do feel healed.
While the love seem arriving,
Everything just like annoying,
But the peace in healing makes you smiling,
“oh.. I wonder..”
Wondering how was the wound?
Wondering how deep it was?
Wondering how sick it was?
Remembering the time when the love keeps fading,
Loving is nothing without sacrificing – keep trying
Sometimes, to be healed, we need a thing.
Remedy, medicine, and love,
Knowing that the remedy is pure,
Healing wounds with love and loving,
Somehow, it becomes a drug.
When we used to much drugs , overdrive it,
We became addicted..
The addiction just happens when we forgetting,
That the real remedies of heart – “Allah”.


And still, the pain is running in vain..

Morale values ; bila mana sesuatu pengubat menguasai kita, kita akan mula merasa ketagihan, dan bila ubat itu tiada lagi, yang tinggal hanyalah satu kemurungan. Luka akan terus luka, namun darahnya akan terhenti, pasti.
Rememba ; don’t take things too serius, SERIOUSNESS IS A SICKNESS!!!

Playlist ; gerhana ska cinta – cahaya, midnight in katari , good charlotte – wounded , bombskilla – far away, i-ness sufi dub project – come and kiss my soul, mediomad – kelam, m.nasir – keroncong untuk ana, radiohead – creep , ramli sarip – istilah bercinta ,  art company - suzanna

camar cenderawasih - sepi terbang sendiri

atas nama cinta-NYA, here comes the kraken, new chapter ; part 2.. ;p
oh srikandi, ini rima kasih buat mu, camar cenderawasih..

sayup malam, aku jauh dengan timbunan kalam,
di ketepian, aku berdayung keseorangan,
jauh dari mata kasar, namun akan hadirnya cahaya sebagai penyeri perjalanan kita,
mungkin, ketika kau sedang menatap khilaf ini,
kau berasa sepi berikutan jarak perantaraan kita,
jauh , banyak yang perlu di tempuh.

masih segar dalam ingatan ku,
bagaimana kau berlari manja di anak-anak ombak,
indah seperti larian kecil si hajar mencari air-NYA.
bagaimana kita menari riang biarpun tiada irama,
bagaimana kau bisa tenangkan aku ketika ku kegusaran dek sering memikirkan..

segar dalam ingatan ku,
bagaimana kau memberi aku sinaran kegembiraan sewaktu kau membantu aku dari kemunduran akibat di tinggalkan,
menolak terjah aku supaya bingkas bangkit menjelajah..

mungkin saat ini, akan ada anak sungai di balik kaca mata itu - jauh kesunyian.
maafkan aku, kerna belum mampu mengatakan kesempurnaan,
belum mampu meletakkan seribu kesungguhan..
apa yang ku pinta, kau mengerti akan segala apa , mengapa dan kenapa.
yang pasti, itu mahupun ini , tidak bisa terjadu tanpa NYA disisi..

pertama sekali, panjatkan syukur pada ilahi kerna memberikan kita peluang untuk terus punyai siratan mistikal indah yang menyatukan kehidupan, dan seterusnya, terima kasih kerna hadir dan memberikan aku makna, erti, dan percaya. terima kasih srikandi - camar cenderawasih.


*sorry. gambar ini comel sgt.. ;) dah siap yg pnjang ea..

Tuesday, November 9, 2010

berfikir? tiada ia bersalah.. fikirkan lah..

Pada hakikatnya kita sentiasa berfikir. Setiap hari sewaktu bekerja kita sentiasa berfikir mengenai pekerjaan kita. Kita berfikir tentang cara untuk meningkatkan prestasi kerja kita. Kita berfikir tentang cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Selepas itu, kita berfikir pula tentang cara untuk mengekalkan prestasi yang baik. Akhirnya kita akan berfikir pula tentang cara untuk menghasilkan prestasi yang terbaik. Begitulah keadaan akal kita yang tidak pernah berhenti daripada berfikir.

Bagaimanapun, kita akan berfikir dengan lebih serius apabila kita berhadapan dengan masalah, misalnya ketika kita ditimpa musibah, ketika kita kesempitan wang, ketika kita sakit atau ketika kita menghadapi kegagalan. Kita berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Lebih berat masalah yang kita hadapi, lebih besar juga usaha berfikir yang kita lakukan.

Berfikir Kerana Allah?
 
Bagaimanakah pula dengan tanggung-jawab kita terhadap Allah SWT dalam hal berfikir ini? Apakah yang dituntut oleh Allah SWT dengan keupayaan berfikir yang ada pada kita? Untuk apakah Allah memberikan kita keupayaan berfikir? Apakah keutamaan orang yang berfikir menurut kehendak Allah? Apakah balasan dan kesudahan orang yang tidak mahu berfikir seperti yang Allah tuntut?
 
Sebenarnya Allah SWT memerintahkan kita untuk berfikir. Sebagai contoh, perhatikan firman Allah SWT yang bermaksud:
 
“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka.

“Wahai Tuhan kami, siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, sesungguhnya Engkau hinakan dia, dan orang yang melanggar aturan itu tidak mempunyai penolong.
 
“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang memanggil kepada keimanan: Berimanlah kepada Tuhanmu! Lalu kami beriman. Wahai Tuhan kami, sebab itu ampunilah dosa kami dan tutuplah kesalahan kami dan wafatkanlah kami bersama orang yang baik-baik.

“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul-rasul Engkau dan janganlah Engkau hinakan kami di akhirat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
 
“Maka Tuhan memperkenankan permohonan mereka dan mengatakan: Sesungguhnya Aku tidak akan membuang percuma saja pekerjaan orang yang beramal antara kamu, baik lelaki atau perempuan, satu dengan yang lain adalah sama. Oleh itu, orang yang berpindah negeri, diusir daripada rumahnya, diseksa kerana mengikut jalan-Ku dan berperang atau terbunuh, sesungguhnya akan Kututup kesalahan mereka dan akan Aku masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Itulah pahala daripada Allah dan di sisi Allah pahala yang sebaik-baiknya.”
(Ali ‘Imran: 191-195)
 
Pada suatu subuh, Saidina Bilal melihat Rasulullah SAW menangis teresak-esak. Apabila ditanya oleh Bilal mengapakah baginda menangis, Rasulullah SAW menjawab bahawa baginda baru saja menerima wahyu (ayat di atas). Apakah kandungan ayat tersebut yang menyebabkan Rasulullah SAW menangis?
 
Dalam ayat pertama, Allah menerangkan tentang sifat orang yang mengingati-Nya pada waktu berdiri, duduk dan berbaring. Menurut Abdullah Yusuf Ali dalam tafsirannya, semua keadaan itu (berdiri, duduk dan berbaring) adalah simbolik untuk semua keadaan termasuk peribadi, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain. Maknanya dalam seluruh hidup kita sama ada belajar, bekerja, bergaul, berumahtangga malah apa saja, adalah dalam keadaan sentiasa mengingati Allah.
 
Apakah yang dimaksudkan dengan sentiasa mengingati Allah? Adakah ini bermakna kita menyebut perkataan ‘Allah’, ‘Allah’, ‘Allah’, pada setiap masa? Sebenarnya apa yang dituntut oleh Allah ialah supaya kita menentukan setiap perkara yang kita lakukan mestilah:
  • untuk mencari matlamat Allah;
  • dilaksanakan mengikut syariat Allah; dan
  • meletakkan pengharapan kepada Allah, bukan kepada usaha kita semata-mata.
Ini bermakna kita perlu sentiasa memikirkan adakah kehidupan kita seluruhnya berada dalam keadaan seperti di atas. Adakah kita telah menjadikan seluruh hidup kita sebagai perhambaan kepada Allah dalam pengertian di atas?
 
Dalam ayat seterusnya Allah menyebutkan sifat mereka yang berfikir mengenai keajaiban kejadian langit dan bumi. Mereka berfikir sehingga dapat membuat kesimpulan bahawa semuanya dijadikan oleh Allah bukan dengan sia-sia. Kemudian mereka berdoa supaya ‘selamatkanlah’ diri mereka daripada api neraka. Abdullah Yusuf Ali menafsirkan api adalah simbolik kepada hukuman yang pedih. Apa yang penting di sini ialah hubungan antara berfikir dengan selamat daripada api neraka.
 
Marilah kita bertanya diri sendiri adakah kita telah berfikir dengan bersungguh-sungguh sehingga kita merasai akan kehebatan ciptaan Allah SWT? Banyak perkara yang boleh kita fikirkan, misalnya penciptaan manusia sendiri dan penciptaan unsur-unsur utama alam iaitu udara, air, tumbuhan dan haiwan. Kehebatan ciptaan Allah sepatutnya menjadikan hati kita tunduk pada kebesaran Allah. Apabila kita tunduk pada kebesaran Allah, kita akan mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.
 
Kita sedar bahawa kejayaan yang sebenar ialah apabila kita selamat daripada api neraka. Allah menyebutkan dalam ayat di atas, sesiapa yang dimasukkan ke dalam api neraka sebenarnya mendapat kehinaan. Cuba kita fikirkan tentang kegagalan yang dialami di dunia ini. Sekiranya kita gagal peperiksaan pun kita rasa malu dan terhina. Begitu juga dengan orang yang gagal dalam temuduga pekerjaan, berasa malu dan hina. Apa lagi orang yang didapati bersalah dan dihukum masuk penjara, mereka akan berasa kehinaan yang lebih besar lagi. Jadi salah satu ciri azab akhirat ialah kehinaan. Kita terhina di hadapan seluruh manusia, di hadapan Allah dan para malaikat-Nya. Bukankah ini merupakan sumber motivasi yang terbesar untuk manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT dalam pengertian yang sebenarnya? Dalam ayat di atas juga disebutkan, mereka berdoa sekali lagi supaya Allah tidak menghinakan mereka di akhirat. Ini menunjuk-kan betapa beratnya seksaan menanggung kehinaan di akhirat nanti. Lebih berat daripada segala bentuk kehinaan di dunia.
 
Akhirnya Allah memperkenankan permohonan mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Sekali lagi, Abdullah Yusuf Ali mengatakan bahawa sungai-sungai yang mengalir di bawahnya ialah simbol kebahagiaan dan kemewahan yang tidak terhingga yang sesuai dengan keadaan masyarakat Arab pada masa itu (masa wahyu diturunkan). Ini kerana sungai adalah satu nikmat yang tidak terhingga bagi masyarakat yang hidup di tengah padang pasir yang kering kontang. Oleh itu, sudah tentu kita boleh membayangkan bentuk kemewahan dan kenikmatan yang tidak terhingga itu. Malah Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa nikmat di syurga  Allah adalah sesuatu yang tidak pernah dipandang, tidak pernah didengar dan tidak pernah terlintas di hati manusia. Itulah nikmat dan kejayaan sebenar.

Apakah yang perlu kita fikirkan?
 
Sebenarnya perkara yang disebutkan di dalam ayat yang dipetik di atas itulah perkara pertama yang perlu kita fikirkan. Selain itu, ada perkara lain lagi yang perlu kita fikirkan. Dalam hal ini Rasulullah SAW pernah menceritakan mengikut apa yang tersebut di dalam kitab Nabi Ibrahim AS yang bermaksud: “Sewajarnya setiap yang berakal, selagi akal fikirannya tidak hilang, membahagikan masanya kepada empat waktu iaitu:
  • waktu untuk dia bermunajat (berzikir dan berdoa) kepada Allah;
  • waktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya;
  • waktu untuk dia berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah; dan
  • waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya seperti mencari makanan dan minuman.”
Adakah kita telah memikirkan tentang empat perkara di atas ataupun kita menumpukan pemikiran kepada aspek tertentu sahaja? Dunia di sekeliling kita hanya memikirkan tentang perkara yang keempat. Sekiranya kita tidak berhati-hati, suasana yang ada di sekeliling kita boleh mempengaruhi kita sama ada kita sedar atau tidak. Mungkin secara tidak disedari kita hanya memikirkan persoalan yang keempat sahaja. Ini bermakna kita merasai perkara pertama, kedua dan ketiga sebagai tidak penting. Na’uzubillah!
 
Setelah beriman dan merasai hubungan kita dengan janji-janji Allah, kita dituntut pula untuk memikirkan persoalan jihad iaitu mencari jalan yang terbaik bagi menyelamatkan umat Islam daripada terus berada di bawah cengkaman musuh-musuh Islam. Ini adalah tuntutan yang sudah sewajarnya dirasai oleh mereka yang benar-benar berfikir tentang kewujudan, keagungan dan kekuasaan Allah.
 
Sebagai kesimpulan, berfikir merupakan salah satu tugas utama setiap mukmin yang benar-benar mahu beriman kepada Allah SWT. Hanya dengan berfikir tentang penciptaan langit, bumi dan makhluk-makhluk Allah SWT, kita akan merasai kehebatan-Nya. Dengan rasa hati yang mengagungkan Allah SWT sahaja kita akan merasai hidup ini merupakan ujian daripada Allah SWT. Akhirnya proses berfikir akan membawa hati kita merasai bahawa balasan Allah SWT sedang menanti kita di akhirat. Bagi mukmin, doa mereka ialah semoga Allah SWT menyelamatkan diri mereka daripada api neraka jahanam yang sangat pedih. Inilah yang sepatutnya berlaku apabila kita berfikir. 


di ambil dari ; berfikir tuntutan Allah

Saturday, November 6, 2010

new chapter. ; untuk chenta

trima kasih.. kerna temani aku untuk setahun masa itu. sayang kamu...

:)

Wednesday, November 3, 2010

raja? maha mulia? -menolak tunduk

Salam solidariti buat semua, peace be upon you!

hari ini kembali untuk menulis lebih elaborasi berikutan sebelum ini hanya penuh dengan kata-kata yang konon nya berpuisi.. hari ini, topik kita pasal institusi beraja ataupun institusi kesultanan melayu di tanah malaya ini hari..

masyarakat Melayu telah mengamalkan konsep Dewaraja iaitu raja dianggap suci dan mulia. Amalan tersebut telah mewujudkan system feudalisme, iaitu raja ditaati dan disembah oleh rakyat secara membuta tuli dan rakyat tiada hak untuk bersuara. Raja berkuasa sepenuhnya dan sesiapa yang menentang raja akan ditimpa daulat. Konsep daulat telah mengangkat kedudukan raja ke tahap yang begitu tinggi dan menimbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi beraja. Bagi mengukuhkan konsep daulat tersebut, berbagai-bagai adat diwujudkan yang membabitkan cara berpakaian, bahasa dan pengucapan, tingkah laku dan sebagainya. Antara adat istiadat yang menggambarkan kedaulatan seseorang sultan termasuklah istiadat pertabalan yang disempurnakan dengan penuh tertib dan mengikuti aturan yang ditetapkan.Sebelum kedatangan Islam, undang-undang telah digubal mengikut citarasa raja. Raja juga berhak sepenuhnya untuk memutuskan sesuatu hukuman dan barangsiapa yang menentangnya akan ditimpa daulat. Mereka juga tidak boleh ditegur atau dinasihati walaupun tidak berlaku adil dan wajar. Semakin tinggi taraf sosial seseorang juga semakin memungkinkan dia akan terlepas daripada hukuman-hukuman tertentu.

Tidak kah kita terfikir, kenapa kita masih perlu mengekalkan system pentadbiran ini? Apakah kita perlu kekal dengan pentadbiran feudalisme yang menjadi kuku besi dalam pemerintahan hari? Yang kaya, berdaulat katanya, semakin berkuasa walaupun melakukan kesilapan kerana membiarkan kebenaran dipinggirkan.. apakah beza nya daulat pada seorang raja dengan seorang rakyat biasa? Kita tetap sama, makan untuk terus berjalan, minum untuk terus meneruskan kehidupan. Apa beza nya rakyat dengan raja? Kita tetap sedut oksigen yang sama. Jadi apa perlu lagi dengan otoriti feudalism yang hanya menjadi simbolik dewaraja  hari ini? Tidakkah kita sedari yang kasta ini masih berjalan dari zaman manusia tidak mengenali tuhan hingga ke saat ini, tidakkah kita sedari lagi?

mungkin kita perlu kan raja atau sultan sebagai perisai terakhir agama, ini kerana, pemimpin hadapan kita sendiri telah meninggalkan agama, dengan memimpin masa kita dengan ideologi barat yang membawa sekularasi dalam pentadbiran.. akan tetapi, kenapa  seorang raja itu mengabaikan tugas nya sebagai seorang raja.. apa mereka lupa FASAL untuk menjadi seorang raja? apa mereka lupa tiada yang patut di sembah melainkan Allah? apa mereka lupa, tiada Yang Maha Mulia selain daripada Allah..

seperti nasihat Imam Syafi'i yang berbunyi;  "jauhilah pintu raja"

"dimana pun seorang raja berada, janganlah bernaung di pintu nya,
apa yang engkau inginkan dari seorang raja?
bila sang raja marah, dia akan mengejar mu,
dan bila hatinya puas, dia akan berasa bosan kepada mu..
berlindunglah hanya kepada ALLAH dan jauhilah pintu para raja..
sesungguhnya berdiri di pintu seorang raja merupakan suatu kehinaan." - Imam Syafi'i


dan dibawah satu payung agama kita bercinta, atas satu nama, nama-NYA.. tiada seharus nya daulat tuanku, yang kita perlu adalah Allahu Akbar! Amin.

remember those days

ah.. manusia.. secelaka kata meninggalkan kemanusiaan..
demi kerana gaya, peradaban dan mutu keunggulan..
bagaimana evolutionist menjahilkan rumpun kehidupan..
membiarkan kemanusiaan dengan hilaian keriangan..
suka benar mereka mendustakan kemanusiaan - kekejaman..
jalan lagi kau, kedajjalan, sialan..
ketawa, mengata, menghina, tomahan..
keriangan sudah menjadi adab kehidupan..
mengkastakan manusia dengan bahasa..
membuang kemanusiaan dengan keduniaan..
mengilai kemegahan seperti kau sahaja yang indah di nian..
nak pergi, sila pergi..
usah di ketuk lagi pintu ini..
jangan bangkitkan segala kekurangan..
usah dipedulikan ini kekurangan..

oh tuhan..
tolong bagi mereka cahaya kemanusiaan..
supaya mereka tidak terus megah dengan keduniaan..
amin!


Monday, November 1, 2010

benci ( akan ada diskriminasi )

apa itu benci? nak belajar apa itu benci, senang...
 usah peduli, biarkan api kuasai diri..
nak tahu definisi benci? sila search google, ataupun, bukan kamus dewan bahasa dan pustaka...
atau pun, ayat suci dari dinding suci,...
perlu ke ada benci? perlu ke? perlu...tapi benci yang macam mana?
sila tolong benci kepada yang HARAM , benci pada kekejaman..
... israel itu tanah haram..  jangan benci orang..
tolong.. di harap kalian, mewujudkan satu senario aman dalam kehidupan..
hapus segala benci kepada sesama insan..
sekali lagi, di ulang, berikan cinta kepada sesama..
baru aman dunia... tolong bawa satu rekonsiliasi..

untuk satu motivasi sila klik ini ; benci
peace, love and harmony.. unity under ONENESS.. kepada yang ESA, kita bercinta..

tukar niat, dan baca Bismillah, pasti jadi.. percaya pada hari esok, hari ini cuba perbaiki.. ;)

rekonstruksi satu revolusi untuk satu rekonsiliasi..=)

Jangan Pernah (Cover).mp4