Sunday, June 22, 2014

kota penyu tanpa cengkerang

"unggas bebas, mengebar sayap penjuru ke penjuru, menggalas basah menyambar sirip.pohon renek, gelak tawa, gundah kencana, sepoi angin selatan sebelum bertukar utara.berlalu serumpun segar"


disebuah tanah asing, yang ada cuma beberapa ekor penyu masih meneruskan sisa cela. masih cuba bersatu-sama untuk terus ada suasana. tenang renangnya, gundah yang dijadikan bahagia itu o.k.u. belum mampu keluar dari teluk semula tanpa cengkerang.

2069, perang dunia ke-4

bilangan f22 kelihatan seperti unggas bebas. melingkari kota-kota kehidupan. durjana. facisms, judi nombor satu bagi semua pelosok dunia. kaum ku adalah kaum yang maha. kaya raya menindas. tentera yang tidak mampu kudeta, dijadikan peluru. pengebom berani mati. kereta kebal anti-gravity, peronda malibu yang mampu hilang dilarut malam seperti nighthawk. f14 sebagai balai kantur bergerak. semuanya di awangan. anti-gravity.

pesta merdeka kali ke 192, disambut hanya diruang sarap. whisky dan 7 cawan kecil. cigar tembakau kuda. tidak seperti waktu dulu, berlalu serumpun segar. antara bangunan-bangunan yang tiada rupa, punah, kereta adalah rumah semua manusia. tiada dinding konkrit, tiada dinding berocky. kelongsong peluru sebagai kayu api, menembak sesama manusia demi hanya secebis roti. lembu dan hampir semua ternakan, mati semasa perang biologi jadi industri utama menjajah negara-negara. general hanya menghantar ababil(f22) untuk mengebom toksid. reban, kandang, atau sangkar ikan, semuanya kosong. manusia mengangkat pistol dan pisau untuk secebis roti. mula dilanda kemarau, bukan kemarau terik matahari, ianya kemarau yang melaparkan. ladang-ladang dibakar, kebun-kebun dijadikan penjara, gudang-gudang mula susut, tiada lagi industri mengetin atau industri kuih goreng. bom! bom! bom! semuanya letupan, semuanya pengeboman. yang menyambut natal, yang menyambut bulan penuh, yang menyambut hari tuai, juga yang menyambut kemarau lapar sebagai hari puasa mereka, semua hanya diantara lorong-lorong kecil yang dulunya longkang aliran sisa. 

tiada lagi nelayan, tiada industri sardin, laut biru semuanya merah, semuanya berdarah. populasi keseluruhan tanah dunia tinggal hanya cuma 3.6 juta orang. kalau adapun, cuma semangkuk dua periuk kera, hutan rebah. tiada pengimbal yang menari jack dan kacang ajaibnya, kebun adalah penjara, tiada guru-guru tadika, tiada kilang kasut, tiada siaran televisyen, dan yang pasti tiada elektrisiti. kayu-kayu perabot jadi unggun api untuk malam. bumi gelita, 'blink' merah dari f22 adalah bintang, dan semua yang ada dibumi sentiasa berdoa sambil melihat sinaran tembakan bom seperti tahi bintang. jarak masa antara tahi bintang cuma empat puluh lima minit.

penyu-penyu lari mungkin ke galapagos, mungkin nortuna, mungkin diantara gunung-gunung bawah laut, atau di pulau yang indah,belum dijumpai peta, atau gua bawah tanah. lelumba tidak lagi berenang, tiada ikan mahupun udang yang mampu berenang di lautan darah. eraksi toksid mampu memecahkan perisai dinding, apatah lagi cengkerang-cengkerang penghuni laut. kura-kura di kolam semua mati hangus seperti anjing yang dibakar. populasi dunia cuma ada di mereka-mereka yang tinggal di udara, di atas gravity. tongkang, layar, kapal besar, semua hanya tukun laut mati.


yang terjebak di pulau indah, penyu-penyu cacat tanpa cengkerang, masih hidup dengan sisa. makan air laut mati. 



********************************************************************************************************************


duhai khalifah yang menghidupkan alam, sedarlah, bahawa yang memusnahkan bumi ini sendiri adalah yang mentadbirnya tanpa tuhan. lihatlah, tuhan itu ada dimana-mana. 


"save el turtle"

yang masih menulis satira,
fakir rimba, bashijauburuk, 2014.


  

capture by messo burger, skimboarder, taveller, writer.capture by messo burger, skimboarder, taveller, writer.
image art by fiat thaiskim. skimboarder, activist, adventurerimage art by fiat thaiskim. skimboarder, activist, adventurer

Wednesday, March 5, 2014

most berret green

inside er' aorta,
bomb a,
no more tuna netra,
color a call,
a c all.

like la sierra maestra banana,
foo all em' plucka,
where everyman walks a bomb a,
then e pencil all rise flowa.

yellow sesame' on a street in jonka,
likewise no other, 
shall all be altogether,



jackie's cabin culture. surfin

Tuesday, October 29, 2013

bagasi ilmu dan pondok cinta

biru redup, jam 3, Mata Hari ,

nanti bila dah penuh dada, mari lumba dengan ikan lumba-lumba.





di antara gunung-ganang, ada daki prophet, ada kisah balik awan. jangan lupa baca buku.

Monday, August 5, 2013

3.09 , pagi ketika semua pohon tunduk ke bumi

larut, isi malam longlai, sujud.
diam, hanya antara kita,
hanya langit-langit sedang menggaru,
di bawah awan, di kaki pelangi.

seperti semalam baru kita berpisah.

selamat kembali wahai sang kemerahan

Tuesday, March 5, 2013

0314

sayang, sudah tiga bulan aku bermalam dengan suara mu di hentian bas,

"holla, tolong ambil saya nanti yah".

air biru bersih mahu sampai, tiada lagi ombak besar dalam tahunan.

waktu untuk petik embun, selamat pagi sayang.



*sebenarnya aku rindu suara pagi mu, di tepi jendela sepanjang 130km.
hujan pagi, teluk cempedak, air pasang penuh




Friday, November 2, 2012

kota bahagia, pena dari tuna netra

pembikinan filem pementasan puisi, dengarnya angin tidak ketahuan bertiup kemana, dibalik sana mana?
surat dan sirat dari ranting akar-akar kecil harusnya digali, ritma dan nada sebagai irama paksi, balik sana juga perlu dimakna. kota-kota cinta yang dikatakan bahagia , apakah ia tersergam sebuah suasana tanpa derita? ingin ke kota sana, dahului hari muka bumi dengan menyelak katanya dahulu, jangan biarkan muka bumi menyelak kata pada hari sesalmu.

tuhan juga pernah bilang tentang sebuah kota bahagia yang ada di suatu bahagia,

Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar(kota) ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa kami '; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik". 

baqarah, verse 58.


nak masuk kota? sekarang tahu bagaimana? ambil kunci, selak pintu ya cinta.




Thursday, August 16, 2012

sepapan sampan pendayung melintas

baru seketika, tiba dalam sesat. kendi dhab serta susu kambing.
seorang darwish masuk ke dalam kota, bukan dulu kota bahagia.
melangkah sementara untuk singgah mengisi semula bekalan untuk hari-hari nanti,
kelemasan tidak, cuma mahu terbang menggelungsuri sungai-sungai syurga.

padi, patukan bisa pengair muda, kompass hati menyanyi utara.
ada misi bangkai-barangkali dalam topeng extremist.


*kau dah selak sendiri, masa kita menari berdikari.